Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Pastinya seluruh rakyat Malaysia berasa gembira, apabila buat pertama kalinya kerajaan mengumumkan penurunan harga Minyak menjelang tahun baru 2015..
PENGUMUMAN RASMI HARGA MINYAK BERMULA 1 JANUARI 2015
"Harga baru runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.91 seliter, manakala RON97 adalah RM2.11 seliter.Harga baru bagi bahan api itu turun sebanyak 35 sen berbanding harga sebelum ini iaitu RM2.26 seliter bagi RON95 dan RM2.46 seliter bagi RON97.Sementara itu, harga baru runcit bagi diesel turut turun sebanyak 30 sen daripada RM2.23 kepada RM1.93"Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Syukur Alhamdulillah... Malaysia masih aman..
Dengan penurunan harga minyak petrol dan diesel ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan keresahan rakyat.. dalam masa yang sama turut menjawab teka-teki penurunan harga minyak yang bermain-main di minda selama ini..
Statistik Perbezaan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta Bagi tahun 2013 hingga 2015
Jika sebelum ini semasa harga minyak naik pada 2 Oktober 2014, saya ada menulis entri berkaitan dengan Jadual Kenaikan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta Berdasarkan Harga Semasa Ron 95..
Jadi, pada kali ini, saya kongsikan pula Jadual Penurunan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta Berdasarkan Harga Semasa Ron 95, untuk rujukan rakyat Malaysia.
Statistik Perbezaan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta Bagi Tahun 2013 hingga 2015
Berdasarkan Statistik di atas, kita dapati harga minyak Ron 97 sekarang (RM2.11) hampir sama dengan harga minyak Ron 95 pada 3 September 2013..
So, kalau anda rasa budget membeli minyak kereta sepanjang tahun 2014 tidak membebankan keadaan ekonomi anda, mungkin anda mampu menggunakan minyak Ron 97...
Bagi yang kurang berkemampuan seperti saya, teruskan menggunakan minyak Ron 95.. Dapatlah juga menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM20, untuk pembelian setangki penuh minyak kereta..
Diharap info ringkas ini dapat memberi manfaat kepada kita semua..
Terima kasih kerana sudi membaca.. ;)
8 Ulasan
Semoga memberi manfaat kepada semua. .
BalasPadamdah turun ni memang terasa juga bezanya.dulu RM70 penuh masa minyak naik..tadi isi minyak..tak sampai RM60 plak
BalasPadamAlhamdulillah balik pada sept13 dan sebelumnya. mudahan dapat banyak membantu pada kita dan peniaga.
BalasPadamPrefer isi minyak RON97, setakat ni ok lagi. Tak terasa sangat sekarang ni mungkin sebab kerja di rumah sahaja :P
BalasPadamKalau kena ulang alik kerja mungkin berfikir 2-3 kali nanti.
banyak juga perbezaannya.mudah2an kekal rendah harga minyak ni.
BalasPadamHuhu..semoga harga terkini itu tidak akan naik lagi haaa...hehe
BalasPadambagi saya jika beza harga ron95 dan ron97 hanya 20sen seliter. sy pilih ron97 kerana ia lebih kilometer dan lebih baik utk penjagaan enjin.
BalasPadamSekarang kat stesen2 minyak kat kampung2 motor2 yg digunakan utk masuk kebun dh isi minyak RON 97.
BalasPadam