Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Kit Kat merupakan "jajan" kegemaran saya semasa saya kecik-kecik dulu.
Masih teringat lagi kenangan-kenangan indah semasa saya kecil dulu, sewaktu emak atau ayah saya pulang dari Pekan Teluk Intan.
Betapa seronoknya kami adik-beradik apabila melihat terdapat sebungkus plastik Kitkat mengandungi 6 paket Kitkat kecil di dalamnya,.. dihulurkan oleh emak atau ayah kami sebagai "jajan". Inilah "jajan" paling mahal yang sentiasa kami nantikan daripada emak atau ayah kami, setiap kali mereka pulang dari Teluk Intan.
Bila dah dewasa ni, kesukaan terhadap Kit kat masih tetap wujud. Cuma dah jarang membeli disebabkan terdapat keutamaan lain untuk keperluan anak-anak.
Biasalah.. bila dah jadi ayah ni, keperluan anak-anak lebih diutamakan berbanding keperluan sendiri. ;)
Tetapi, bila saya terbaca akhbar utusan bertarikh 10 Disember 2014 yang lalu.. Timbul keinginan untuk menikmati produk terbaru Kitkat, iaitu Kit Kat Rubies.
Kalau ada sesiapa yang bermurah hati nak hadiahkan saya Kit Kat Rubies,.. pemberian anda sangat dialu-alukan.. hehehe ;)
Kit Kat mula dikenali pada penghujung abad ke-17 di London, apabila "Literary Club" ditemui di sebuah kedai pai milik seorang chef pastri bernama Christoppher Catling. Kumpulan tersebut dipanggil "Kit Kat Club" dan sebagai singkatan kepada nama pemilik kedai tersebut.
Ditubuhkan pada 29 Ogos 1935, dengan memperkenalkan produk KIT KAT pertama "Four-finger wafer" di York. Kemudian wafer ini dijual di London dan Selatan Timur England sebagai "Rowntree’s Chocolate Crisp".

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Nestle Products Sdn. Bhd. menerusi produk konfeksinya, Kit Kat mengunjurkan untuk meningkatkan penguasaan pasaran sebanyak 10 peratus bagi segmen coklat di Malaysia pada 2015.
Pengurus Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Konfeksinya, Sachin Goel berkata, penguasaan pasaran Kit Kat ketika ini adalah 18.7 peratus dan ia boleh berkembang seiring dengan penerimaan yang positif terhadap produk itu.Katanya, unjuran tersebut akan dipacu oleh pengenalan produk baharu iaitu Kit Kat Rubies yang bakal memasuki pasaran Malaysia akhir Disember ini.“Malaysia merupakan pasaran terbesar bagi Kit Kat dalam kalangan 11 pasaran di negara Asia, justeru Kit Kat Rubies terlebih dahulu diperkenalkan di negara ini.
“Produk baharu ini bakal dilancarkan di negara lain secara berperingkat pada masa akan datang,” katanya selepas majlis pelancaran Kit Kat Rubies di sini hari ini.Yang turut hadir, Pengurus Inovasi dan Renovasi, Unit Perniagaan Konfeksi Nestle Products, Thierry Martin.
Kit Kat Rubies mengandungi inti trufel coklat pekat, bahagian tengah wafer yang rangup dan kepingan kacang hazel disalut dalam gilapan coklat susu yang halus.
Sumber : Utusan Online
"Nestle KIT KAT Rubies dicipta untuk mereka yang mahu melepaskan lelah dan berehat sebentar daripada tekanan tanpa henti dan rutin hidup yang membosankan; sebagai salah satu cara bagi menghargai apa yang terbaik yang ditawarkan dalam kehidupan."
"Setiap permata coklat ini diadun dengan rasa kasih sayang daripada inti trufel coklat pekat, bahagian tengah wafer yang rangup, dan kepingan-kepingan kacang hazel yang disalut dalam gilapan coklat susu yang halus."
"Setiap lapisan dengan penuh kelazatan ini bakal meledakkan pelbagai emosi yang tidak terjangka diadun bagi menghasilkan rasa sensasi yang paling manis. Krim trufel coklat yang dihasilkan daripada beberapa ramuan bahan terbaik yang didatangkan khas dari Sepanyol, begitu istimewa dan bakal membuat anda dibuai rasa ketika bersama yang tersayang dalam saat senang dan manis, inti manisnya akan menceriakan hati anda seperti dibuai manja oleh insan tersayang."
"Terdapat keindahan di sebalik rasa manis, rangup dan rasa halus selembut sutera dalam setiap keping coklat, kemudian dibalut dengan bungkusan merah lembayung yang mewah lagi menawan, tersusun rapi di dalam kotak dua lapisan yang elegan, seakan memanggil insan tersayang untuk merasai kelazatan coklat tiada bandingan. Dengan sebatian 1500 perisanya, coklat adalah sangat kompleks, membuatkan pengguna menikmati pusaran rasa yang unik, rasa kebuahan, pedas, berempah, asas dan manis."
"Perkara terbaik mengenai coklat ialah bukan sahaja sekadar memakannya; namun ianya adalah kesempatan untuk berkongsinya."
"Coklat telah lama dikaitkan dengan adat memberi daripada golongan bangsawan kepada orang biasa; Hadiah yang terbaik untuk diberikan kepada keluarga, tanda persahabatan, cinta dan saat saat romantis. Sama ada ketika menikmati hidangan tengah malam, pencuci mulut, memeriahkan sambutan sesuatu majlis, atau untuk mencipta kenangan-kenangan bersama individu yang anda sayangi."
"Nestle KIT KAT Rubies melengkapkan maksud keikhlasan memberi dari hati. Satu hadiah yang ideal untuk mana-mana acara, kerana ia memberikan kedua-dua si pemberi dan penerima satu detik rehat yang lebih membahagiakan.
Raikan bersama Nestle KIT KAT Rubies. Berehat sebentar bersama KIT KAT."
Sumber :http://www.nestle.com.my
Sewaktu majlis Nestle Kit kat Rubies Launch diadakan, ramai-rakan blogger dan media yang turut hadir untuk membuat liputan.
Secara jujurnya saya suka strategi pemasaran yang dipraktikkan oleh Nestle..
Menggunakan kekuatan Media dan blogger sewaktu majlis pelancaran produk terbaru.. Kemudian menggunakan pengiklanan Nuffnang sebagai platform untuk membuat promosi susulan. Dah tentu satu Malaysia akan mengetahui kewujudan Kit Kat Rubies, disebabkan iklan Nuffnang terdapat pada kebanyakan blog di Malaysia.
Bijak betul strategi pemasaran Kit kat, yang dilakukan oleh syarikat Nestle ni kan?

Sedikit Maklumat tentang KIT KAT
Kit Kat mula dikenali pada penghujung abad ke-17 di London, apabila "Literary Club" ditemui di sebuah kedai pai milik seorang chef pastri bernama Christoppher Catling. Kumpulan tersebut dipanggil "Kit Kat Club" dan sebagai singkatan kepada nama pemilik kedai tersebut.
Ditubuhkan pada 29 Ogos 1935, dengan memperkenalkan produk KIT KAT pertama "Four-finger wafer" di York. Kemudian wafer ini dijual di London dan Selatan Timur England sebagai "Rowntree’s Chocolate Crisp".
Sumber : http://www.nestle.com
1937: George Harris, Pengarah Pemasaran bagi Rowntree, telah membuat penjenamaan semula produk kepada Kit Kat Chocolate Crisp. Tahun tersebut juga buat pertama kalinya mereka menggunakan perkataan 'Break' dalam pengiklanan Kit Kat.
1942: Semasa Perang Dunia Kedua, disebabkan kekurangan bahan-bahan termasuk susu, Rowntree diubah kepada resepi Kit Kat Chocolate Crisp. Pembungkusan juga turut ditukar kepada warna biru dan logo bujur telah dibuang bersama dengan perkataan Chocolate Crisp. Sebagai penggantinya, perkataan Kit Kat telah ditulis dengan huruf tebal.
1949: Kit Kat kembali kepada resipi susu asalnya, dan pembalut juga turut ditukar kembali kepada warna merah.
1950-an: Penjenamaan Kit Kat berkembang di peringkat antarabangsa. Mula memasuki beberapa negara di seluruh dunia seperti Australia, New Zealand, Afrika Selatan dan Kanada
1958: Donald Gilles, selaku eksekutif di agensi pengiklanan JWT London, telah mewujudkan talian pengiklanan klasik dengan tema ‘Have a Break, Have a Kit Kat’
1960-an: "Two-finger multi-pack" dihasilkan. Format pembungkusan baru diwujudkan untuk jualan di pasar-pasar raya baru, disebabkan peningkatan permintaan daripada pengguna.
1970-an: Kit Kat berkembang di Eropah dengan pembuatan bermula di Hamburg, Jerman.
Jenama Kit Kat terus berkembang dan satu perjanjian telah dibuat dengan Hershey Corp untuk menjual jenama Kit Kat secara berlesen di USA.
Satu perjanjian diwujudkan untuk menjual Kit Kat di Jepun dengan bantuan syarikat Fujiya.
1988: Nestle memperolehi Rowntree
"Menjadi sebahagian daripada rangkaian produk Nestle dan berkembang menjadi jenama coklat nombor satu di Malaysia. Dinikmati oleh golongan muda mahupun tua, snek ringan ini boleh didapati di lebih 11 negara di serata Asia."
1989: Pengeluaran Kit Kat bermula dengan menggunakan kemudahan baru Nestle di Kasumigaura, Jepun.
1990-an: Operasi Perkilangan dilaksanakan di Malaysia, India, China.
1996: Kit Kat Orange, variasi perasa yang pertama, dilancarkan di UK.
1999: Kit Kat Chunky dilancarkan di UK, dan mendapat sambutan dengan begitu cepat sekali.
2000: Nestle membeli saham Fujiya di Jepun.
2000-an: Operasi Perkilangan diperluaskan di Bulgaria, Rusia, Turki dan Venezuela.
2002: Kit Kat Chunky diperluaskan ke Timur dan Tengah Eropah.
2005: Kit Kat Pop Choc dilancarkan.
2006: Kit Kat menjadi salah satu syarikat pertama di United Kingdom dan Ireland memperkenalkan Guideline Daily Amounts (GDAs) pada pek Kit Kat.
2007: Kit Kat Singles dilancarkan di Kanada (kemudian turut dibawa ke Malaysia dan Eropah Barat).
2008: Kit Kat Senses dilancarkan di Eropah dan Kanada
2010: Kit Kat telah berusia 75 tahun.
2015: Nestle Kit kat Rubies dilancarkan di Malaysia.
Lihat! Begitu pesat perkembangan perniagaan Kit Kat, bermula pada tahun 1935 sehingga sekarang.
Bermula di sebuah kedai pai milik seorang chef pastri bernama Christoppher Catling (Kit Kat), sehingga berkembang pesat menjadi sebuah perniagaan yang terkenal di seluruh dunia.
Nak memulakan sebuah perniagaan bukannya susah.. Saya rasa semua orang boleh memulakan sebuah perniagaan.. Tetapi untuk memastikan perniagaan boleh berkembang dari satu cawangan ke cawangan-cawangan yang lain.. Dari satu negeri ke negeri-negeri yang lain.. Dari satu negara ke negara-negara yang lain, bukannya mudah..
Lebih-lebih lagi untuk memastikan sebuah perniagaan dapat bertahan dalam tempoh masa yang lama.. Sehingga mampu mencapai 8 dekad lamanya.. Bukan satu kerja yang mudah..
Inilah rahsia kejayaan seorang usahawan Coklat yang boleh dijadikan motivasi kepada usahawan-usahawan Coklat yang lain, dari segi penjenamaan, strategi pemasaran, pembungkusan dan sebagainya.
P/S : Saya doakan semoga satu hari nanti ada jenama Coklat milik usahawan tempatan yang berjaya menembusi pasaran dunia dan mampu bertahan lama seperti Kit Kat.
Anda juga mungkin meminati :

- Rahsia Perniagaan Coklat Buatan Tangan Dari Rumah
- Panduan memasak Kek Coklat Yang Sedap Hingga Menjilat jari
- Rahsia Membina Bisnes Burger Yang Lumayan & Stabil TERBONGKAR
- Panduan Awal untuk Menjadi Usahawan Tudung yang Berjaya
- Bagaimana menghasilkan Komisyen yang Lumayan melalui Blog
- Belajar cara untuk membuat kek Kukus yang sedap
- Belajar Cara Membuat Kek Cheese yang Lembut, Cair Di Mulut
- Panduan membuat Cookies yang Sedap dan Rangup seperti Biskut Terkenal
- Panduan Perniagaan Biskut Raya dengan Bajet Rendah
- Belajar membuat tart anda sendiri di rumah
- Panduan Membuat dan Berniaga Cupcake dari Rumah
- panduan Lengkap Video Bun, Pau dan Pizza Style Hotel
- Belajar Membuat Aneka Roti Canai yang lembut dan Enak
- Cara membuat putu piring, putu bambu dan 10 aneka putu special edition
6 Ulasan
Kategori : Motivasi untuk usahawan. .
BalasPadamWah panjang nya sejarah kit kat nie.
BalasPadamTakda kit kat depan mata lak.
Kalau tak, boleh seketika bersama kit kat.
Lama juga sejarah tentang kit kat sebab itu sekarang popular di Malaysia. kit kat memang sedap.
BalasPadamKit kat kegemaran suami dan anak2 saya...tapi saya tak suka..he he
BalasPadamKit kat ni memang feveret anak2 saya juga..
BalasPadamsaye pun suke kit kat, tak sangka kit kat ade sejarah yang panjang...
BalasPadamCara Mudah Tukar Saiz Badan Dari XXL Kepada M