Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Pada tahun lepas kita dikejutkan dengan berita seorang budak berumur 8 tahun bernama Evan, yang berjaya buat duit sebanyak RM4.23 juta setahun melalui Youtube.
Pendapatan yang luar biasa lumayan tersebut beliau berjaya perolehi setelah tiga saluran YouTube beliau iaitu EvanTubeHD, EvenTubeRAW dan EvenTube Gaming mendapat jumlah tontonan sebanyak 750 juta dalam masa beberapa tahun ia dimuatnaik.
Tengok tu.. Budak berumur 8 tahun pun boleh jadi jutawan.. Walaupun ibu dan bapa Evan banyak membantu beliau dalam membuat review, fotografi, video produksi dan menyunting rakaman video Evan untuk dimuatnaik ke Youtube. Tetapi secara tidak langsung kisah kejayaan Evan boleh menjadi satu suntikan motivasi kepada kita yang berminat untuk menjana pendapatan secara Online..

Buat Duit RM14 juta setahun dengan hanya bermain komputer
Berbalik semula kepada tajuk entri ini, iaitu tentang kisah seorang pemuda dari Sweden bernama Felix Kjellberg yang berjaya menjana pendapatan RM14 juta setahun (2.6 juta pound) dengan hanya bermain komputer.
Felix Kjellberg digelar 'Raja Youtube 2014' menerusi 4.1 bilion hit daripada lebih 33 juta pelanggan yang mengagumi aksinya menerusi kamera web 'PewDiePie'. Kini beliau dianggap sebagai generasi Youtube paling popular dan berpengaruh.
Sumber : Klik Di Sini
Akaun Twitter Felix Kjellberg mempunyai 5.06 juta pengikut
Melihat bilangan pengikut di akaun Twitter beliau, membuktikan beliau sangat berpengaruh di internet..
Kadang tu saya terfikir...
Adakah tindakan beliau dengan berhenti sekolah disebabkan tidak berminat untuk meneruskan persekolahan yang bakal memberikan prospek pekerjaan yang bagus seperti ahli perniagaan, CEO syarikat, dan jawatan yang seangkatan dengannya... Merupakan satu tindakan yang bijak?
Sedikit Kisah tentang latar belakang pendidikan Felix Kjellberg
Felix Kjellberg mendapat pendidikan awal di Goterborgs Hogre Samskola iaitu antara kawasan terkemuka di Sweden.
Dalam temu bual majalah Ikon Dela Sidan, anak muda itu mengakui tidak memiliki persamaan dengan rakan sebaya ketika menuntut.
"mereka mahu berjaya dalam perniagaan, menjadi CEO dan jawatan seperti itu. Ia tidak menarik minat saya, lalu saya berhenti sekolah."
"Bukan mudah berterus terang dengan ibu bapa mengenai keputusan untuk berhenti belajar dan duduk di rumah bersama video rakaman serta bermain video"
"Malah mereka berpandangan duduk di rumah sambil bermain video tidak akan mengubah taraf kehidupan." katanya.
“Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, kerana sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”. Ramai tokoh hadis yang mengatakan hadis ini adalah palsu. Tetapi saya suka isi kandungannya, sebab dapat menggalakkan umat Islam untuk menuntut ilmu
3 Cara Felix Kjellberg menjana Pendapatan yang lumayan melalui Youtube
Sedikit tips yang dapat saya kongsikan tentang tiga cara Felix Kjellberg berjaya menghasilkan duit melalui YouTube iaitu:
1# Memuatnaik video "let's play" di YouTube
Video "Let's Play" merupakan video yang menunjukkan anda sedang memainkan game tertentu. Untuk menghasilkan video ini, anda hanya memerlukan sebuah akaun Youtube, sebuah Software yang boleh merakam semua aktiviti di monitor anda ketika sebuah game sedang dimainkan, software untuk mengedit video, serta mikrofon (tidak wajib).
Semakin menarik dan bermanfaat video "Let's Play" yang anda sajikan, semakin banyak pula orang yang mengunjungi saluran anda. Jika anda berjaya memuatnaik video yang berkualiti secara konsisten, boleh manarik ramai pengunjung (penonton) untuk "subscribe" (melanggan) saluran anda.

Felix Kjellberg lebih dikenali dengan nama "PewDiePie" di Youtube. Sehingga kini, saluran YouTube "PewDiePie" sudah memiliki lebih dari 33 juta pengikut dan setiap hari menghasilkan puluhan juta views.
Terdapat tiga faktor yang berjaya melonjakkan channel "PewDiePie" di Youtube iaitu:
- Video yang Unik (original)
- Konsisten/berterusan
- Interaktif.
Faktor pertama adalah keunikan. Video-video "PewDiePie" memiliki keunikan tersendiri. Nama beliau mulai dikenali ketika ia memuatnaik video ketika bermain game "horror". Reaksi ketakutan "PewDiePie" yang kelihatan lucu ternyata sangat disukai oleh pengikutnya, dan dalam masa yang singkat ia berjaya mendapatkan banyak subscribers. Menyedari kejayaan tersebut, "PewDiePie" menjadikan kesan lucu tersebut sebagai trandmark beliau ketika bermain game, dan beliau mengulangi perkara yang sama dalam video Let's Play, dan hingga sekarang strategi tersebut kelihatan sangat berkesan.
Faktor kedua adalah konsisten atau berterusan. Sejak beliau mula dikenali hingga sekarang, "PewDiePie" sangat aktif dalam memuatnaik video di Youtube. Hampir setiap hari, pengikutnya boleh melihat satu video baru menerusi salurannya. Ada masanya beliau memuatnaik 2 hingga 3 video sehari. Keadaan ini telah menyebabkan pelanggan salurannya berasa terhibur, menjadikan namanya semakin popular, dan berjaya menarik lebih ramai "subscribe" baru untuk menonton koleksi video yang terdapat di saluran Youtube beliau.
Faktor ketiga adalah interaktif, di mana anda seolah-olah melibatkan viewers anda di dalam video tersebut. Pada bahagian akhir setiap video, "PewDiePie" selalu mengajak pengunjungnya untuk memberikan maklum balas terhadap video-video tersebut. Kemudian beliau juga rajin membaca komen, kritikan, dan cadangan yang ditinggalkan oleh para penonton video beliau. Untuk memuaskan hati penontov video beliau, beliau rajin memberi maklum balas terhadap sebarang pertanyaan atau cadangan yang diberikan.
Melalui penggabungan ketiga-tiga faktor ini iaitu keunikan, konsisten dan interaksi telah menjadi kunci kepada kejayaan beliau menghasilkan pendapatan yang lumayan di Youtube. ;)
Melalui penggabungan ketiga-tiga faktor ini iaitu keunikan, konsisten dan interaksi telah menjadi kunci kepada kejayaan beliau menghasilkan pendapatan yang lumayan di Youtube. ;)
2# Membuat review tentang game tertentu
Video review biasanya mengandungi pendapat seseorang tentang kualiti sebuah game melalui pelbagai aspek seperti kualiti gambar, suara, gameplay, tahap kesukaran, dan lain-lain.
Ramai orang suka membaca/menonton review individu berbanding review yang dihasilkan oleh syarikat pengeluar, kerana ia kelihatan lebih jujur dan lebih dekat di hati pembaca/penonton.
Ramai yang suka menonton review game yang dihasilkan oleh "PewDiePie". Video-video tersebut memiliki keunikan, konsisten, dan interaktif yang sangat tinggi di Youtube.
3# Membuat karya seni yang berkaitan dengan video game
Kaedah ini boleh dihasilkan sekiranya anda mempunyai bakat seni yang tinggi. Cara yang popular adalah dengan menyanyikan lagu soundtrack sebuah video game, dan kemudian memuatnaik video tersebut ke YouTube. Sekiranya ramai yang menyukai hasil karya seni anda, video anda akan menjadi popular dengan cepat, dan rezeki anda akan menyusul dengan sendirinya selepas itu.
Sebenarnya fenomena ini sedang melanda di Youtube pada masa sekarang ini. Cuba anda lihat di Youtube, dari sehari ke sehari semakin ramai individu yang cuba menyanyikan lagu-lagu popular dendangan artis-artis terkenal.. Kemudian mereka memuatnaik video tersebut di Youtube untuk meraih populariti. Hasilnya ada pendapatan yang mengalir ke akaun bank mereka.. ;)
Ramai Jutawan komited melakukan kerja amal setelah berjaya meraih pendapatan yang lumayan. Begitu juga halnya dengan Felix Kjellberg. Beliau komited melaksanakan kerja amal dan menjana lebih 660,000 pound (RM3.2 juta) untuk disalurkan kepada pertubuhan seperti Save The Children, World Wildlife Fund (WWF) dan Charity Water.

Felix Kjellberg Komited melakukan Kerja Amal dengan Pendapatan lumayan yang berjaya diperolehi
Ramai Jutawan komited melakukan kerja amal setelah berjaya meraih pendapatan yang lumayan. Begitu juga halnya dengan Felix Kjellberg. Beliau komited melaksanakan kerja amal dan menjana lebih 660,000 pound (RM3.2 juta) untuk disalurkan kepada pertubuhan seperti Save The Children, World Wildlife Fund (WWF) dan Charity Water.
Saya rasa setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada kita semua, terutama bagi mereka yang berminat nak menambahkan pendapatan pada tahun 2015.. Good Luck!!
P/s: Dalam entri ini mengandungi perkara yang baik dan yang buruk bagi seorang individu yang berjaya. Ambil ikhtibar di sebalik kejayaan seseorang untuk menjadikan anda lebih berjaya pada masa akan datang.. Sebaliknya abaikan perkara yang anda rasa buruk atau nagetif, terutamanya kepada pelajar sekolah, atau mereka yang masih belajar di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah

10 Ulasan
memang menarik cara tu. Nampaknya aku terpaksa la tak kaya sebab tak berapa minat main game2 yg canggih2 tu. heee
BalasPadamdia bijak mengambil peluang dan mendapatkan starving crowd yang gemarkan games.
BalasPadamnak buat sesuatu yang unik tu la yang bukan semua orang leh wat.
BalasPadamtabik spring... dari segi kekreatifan dia...
BalasPadamazam 2015 ni nak jinak2 dgn youtube 4 biz ;)
Dia ni memang hebat, kadang-kadang kita tengok video ni macam tak rasional pun ade sampai boleh dpt juta-juta view.. tapi itulah loophole yg saya sendiri tak perasan..
BalasPadamPergggghh!
BalasPadamMmg terbaiklah. Nyata dgn minat dan usaha..kejayaan pasti akan tiba
Yes, youtube mmg blhe buat duit.. jgn trget nk kaya juta2.. dpt 2,3 ratus pn ok la kn.. akn dtg xtau lg.. jom buat video di youtube.. hehe :-)
BalasPadamorang kita tau nyanyi je kt Youtube..tapi sebenarnya banyak lagi benda boleh buat, sebab orang kita rasa tak biasa je,tu sebab nampak pelik..padahal kat sana biasa je
BalasPadammemang handal tapi tak semua mampu melakukannya.
BalasPadamsaya selalu juga tengok Pewdiepie ni. dan siap subscribe lagi. memang kelakar cara dia main game.
BalasPadamyoutuber lain seperti Shaytards dan PVP juga boleh dikatakan jutawan sekarang. tapi mereka ni low profile.