10 Program Affiliate Tempatan Terbaik Bagi Tahun 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Apabila kita sebut tentang Affiliate, saya rasa tentu ramai yang dah tahu... terutamanya rakan-rakan Blogger. 

Pada tahun 2014, saya lihat semakin ramai rakan-rakan blogger dah mula sedar tentang kewujudan program Affiliate, dan ramai yang telah berjaya menjana pendapatan melaluinya.

Terutamanya bagi mereka yang rajin melawat blog Cikgu Titan, Reezluv, Pondok Kecil, Eyriqazz dan sebagainya yang rajin update tentang komisyen affiliate terbaru yang berjaya mereka perolehi melalui blog.


Perkembangan Program Affiliate di Malaysia selari dengan pertambahan Blogger. Kedua-duanya boleh diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. 

Owner program Affiliate memerlukan blogger dan usahawan internet yang lain untuk memasarkan produk mereka.. Begitu juga sebaliknya.. Blogger juga memerlukan program affiliate yang dapat memberi side income kepada mereka.

Tetapi, sebagai blogger, sebelum anda mempromosikan mana-mana program affiliate, sebaiknya kenali program affiliate tersebut. Dapatkan seberapa banyak maklumat daripada ejen affiliate/blogger yang pernah mempromosikan program affiliate tersebut dari segi bayaran, dari segi produk, dari segi kepercayaan customer terhadap produk dan pemilik produk, dan sebagainya.

Macamana nak dapatkan mklumat-maklumat tersebut?

Zaman sekarang ni tak susah.. Dunia dihujung jari.. Semua maklumat boleh diperolehi melalui internet.. Boleh cari maklumat dekat Google, facebook, blog dan sebagainya.. 

Nasihat saya.. Jangan sesekali promosikan program Affiliate yang mempunyai masalah dari segi bayaran.. Kelak anda akan menggigit jari, apabila anda berjaya menghasilkan jualan, tetapi komisyen anda tidak dibayar oleh pemilik produk.. Saya dah pernah terkena beberapa kali yer... Disebabkan itu, saya tak nak ada orang lain, terutamanya pembaca blog saya yang turut mengalamai masalah tersebut.. Sebagai peringatan untuk diri saya dan rakan-rakan..

Oklah berbalik kepada tajuk entri ini.. 10 Program Affiliate Terbaik Bagi Tahun 2014 berdasarkan pengalaman saya dan membaca pengalaman rakan-rakan blogger lain yang hebat dalam usaha mempromosikan program Affiliate pada tahun lepas.




Gambarajah di bawah ni merupakan sebahagian Komisyen Affiliate daripada Program-program Affiliate yang pernah saya promosikan pada tahun 2014..


Sebahagian daripada Komisyen Affiliate daripada Program-program Affiliate yang pernah saya promosikan pada tahun 2014

Untuk makluman anda.. Sepanjang tahun 2014, saya hanya mempromosikan Program Affiliate tempatan sahaja.. Saya tak pandai lagi nak mempromosikan program Affiliate luar negara seperti Amazon, ClickBank, dan sebagainya.. 

10 Program Affiliate Tempatan Terbaik Bagi Tahun 2014


1. JobDiRumah

JobDirumah merupakan program Affiliate terbaik bagi tahun 2014. Ramai blogger dah berjaya menjana pendapatan yang lumayan melalui proigram Affiliate JobDiRumah. Terutamanya Cikgu Titan yang berjaya mendapat komisyen kali yang ke 178 (terbaru), dengan menggunakan jurus-jurus SEO yang terdapat dalam Kitab SEO warna Pink

Setakat ini bayaran komisyen daripada program JobDiRumah sangat tidak mengecewakan. Cukup cepat. Kadang tu hari ni berjaya dapat komisyen, hari ni juga duit dah masuk dalam akaun. memang terbaik.. ;)

Contohnya:


Komisyen JobDiRumah yang berjaya dihasilkan pada 9 Januari 2015


Bayaran JobDiRumah yang diterima pada 9 Januari 2015

Disebabkan itu ramai blogger suka mempromosikan program JobDirumah.. Sebab langsung tiada masalah dari segi bayaran. Dah tentu ramai blogger tersenyum sampai ke telinga setiap kali membuka mailbox masing-masing.. ;)

Rating untuk Program Affiliate JobDiRumah:
  • Tempoh masa membayar Komisyen : ☆☆☆☆☆
  • Potensi untuk mendapat Customer : ☆☆☆☆☆
  • Feedback dari Customer/blogger : ☆☆☆☆☆
P/S : Jangan lupa juga untuk Promosikan laman web Advetorial.my


2. Tim Infokerjaya

Syukur Alhamdulillah..  Pada tahun lepas ramai blogger berjaya menjana pendapatan yang lumayan melalui beberapa produk Tim Infokerjaya

Masa tu saya pun turut tumpang tumpang sekaki.. Tolong promosikan beberapa ebook berkaitan dengan Exam secara Online untuk bekerja di Sektor kerajaan dan Ebook Rahsia Bijak Temuduga.

Hasilnya sangat menggembirakan.. 

Saya pernah menulis kisah kejayaan tersebut dalam entri saya sebelum ini.. Sekiranya anda terlepas membaca entri-entri tersebut, anda boleh baca dengan klik pada 2 entri di bawah: 


Berminat nak buat Duit Mudah bersama Tim Infokerjaya? Boleh baca di sini


Rating untuk Program Affiliate Tim Infokerjaya:
  • Tempoh masa membayar Komisyen : ☆☆☆☆☆
  • Potensi untuk mendapat Customer : ☆☆☆☆☆
  • Feedback dari Customer/blogger : ☆☆☆☆☆

3. Ashadee / Jom Niaga

Ashadee atau sebelum ini dikenali sebagai Jom Niaga merupakan Platform Affiliate yang memasarkan pelbagai produk Affiliate tempatan dan antarabangsa. 

Terlalu banyak produk Affiliate yang terdapat di laman web Ashadee. Sampai rambang mata dibuatnya untuk memilih produk affiliate yang mana satu?

Saya mula mempromosikan produk affiliate Ashadee/Jom Niaga bermula pada tahun 2012. Setakat ini syukur Alhamdulillah, tidak mengecewakan dari segi bayaran dan sekiranya feedback  diperlukan daripada admin atau pemilik produk. 

Antara komisyen yang berjaya saya perolehi daripada produk Ashadee pada tahun 2014 ialah:

Rating untuk Program Affiliate Ashadee/Jom Niaga:
  • Tempoh masa membayar Komisyen : ☆☆☆☆
  • Potensi untuk mendapat Customer : ☆☆☆☆ (Bergantung kepada jenis Produk)
  • Feedback dari Customer/blogger : ☆☆☆☆


4. KlikJer


Saya mula menyertai Klikjer pada tahun 2010. Saya tahu tentang kewujudan program affiliate Klikjer ni daripada Tuan Mohd Suhaimy atau lebih dikenali sebagai Suth dalam dunia perniagaan internet

Untuk makluman anda, Tuan Mohd Suhaimy @ Suth merupakan owner kepada Forum WangCyber, dan juga  merupakan Founder kepada Program Affiliate klikjer.. 

Klikjer merupakan Platform Affiliate yang memasarkan pelbagai produk Affiliate tempatan. Secara keseluruhannya KlikJer dan Ashadee hampir sama sahaja iaitu terdapat pelbagai produk affiliate yang dapat anda promosikan.

Cuma yang berbezanya dari segi komisyen yang ditawarkan. 

Klikjer menawarkan komisyen yang cukup lumayan, iaitu 70% komisyen untuk setiap jualan yang berjaya anda hasilkan.

Antara Produk Klikjer yang popular ialah Panduan Pelaburan Saham, Bisnes Burger, Panduan Menjimatkan Bil Elektrik, Panduan Muet, dan lain-lain

Nak berjaya menjana komisyen yang lumayan melalui Program Affiliate Klikjer, kena ada guru yang betul..

Sekiranya anda memerlukan seorang guru yang dapat membimbing anda untuk menjadi Top Affiliate Klikjer, saya syorkan anda berguru dengan Reezluv..

Sehingga ke hari ini, boleh dikatakan setiap bulan Reezluv berjaya menjadi Top Affiliate Klikjer.. 

Nak tahu rahsia kerjayaan beliau, boleh baca di sini

Rating untuk Program Affiliate KlikJer:
  • Tempoh masa membayar Komisyen : ☆☆☆☆
  • Potensi untuk mendapat Customer : ☆☆☆☆ (Bergantung kepada jenis Produk)
  • Feedback dari Customer/blogger : ☆☆☆☆



5. Panduan Menjahit baju Kurung


Panduan menjahit Baju Kurung merupakan produk affiliate yang hot bila menjelang musim perayaan.


Maklumlah bukan semua orang berkemampuan nak menempah baju baru bila tiba musim perayaan. Nak membeli baju baru, kadang tu potongannya tak sesuai dengan bentuk badan kita. Mungkin ada yang ketat dekat pinggang, tapi terlalu panjang kalau nak membeli saiz yang lebih besar.. Hmmm.. Bukan semua pakaian yang ada dijual dikedai/pasaraya sesuai untuk ukuran baju semua orang... Sebab bentuk dan saiz badan semua orang tak sama, terutamanya wanita..


Kalau dapat jahit baju sendiri tentu lebih selesa dan sesuai dengan citarasa sendiri. Dalam masa yang sama dapat menjimatkan kos. Sekiranya baju yang kita hasilkan kelihatan cantik, menarik dan selesa.. Siap hari bulan, ada pula rakan sekerja atau jiran yang meminta kita menjahitkan baju untuk mereka... Bukan Percuma ye.. Tapi berbayar...
Nah, dah boleh buat side Income.. Boleh cari duit tambahan untuk keperluan hari raya.. 


Sepanjang saya memperomosikan Panduan menjahit Baju Kurung, dari segi bayaran juga tidak mengecewakan... Pernah berlaku, hari ni dapat komisyen esok terus dapat bayaran.. ;)

Rating untuk Program Affiliate Panduan Menjahit baju Kurung:
  • Tempoh masa membayar Komisyen : ☆☆☆☆☆
  • Potensi untuk mendapat Customer : ☆☆☆☆
  • Feedback dari Customer/blogger : ☆☆☆☆



6. Panduan Bakar Lemak Dengan Pantas

Panduan Bakar Lemak Pantas merupakan perkongsian pengalaman seorang Pemuda bernama Hafiz Wasa yang berjaya menurunkan Berat badan dengan teknik yang beliau kongsikan.   

Produk affiliate ini juga tidak mengecewakan dari segi bayaran. 

Cikgu Titan merupakan orang yang rajin promote ebook ini.. Dan hasilnya, sangat menggemberikan... ;)

Rating untuk Program Affiliate Panduan Bakar Lemak Dengan Pantas:
  • Tempoh masa membayar Komisyen : ☆☆☆☆
  • Potensi untuk mendapat Customer : ☆☆☆
  • Feedback dari Customer/blogger : ☆☆☆☆☆

7. EQurban

Bila sebut tentang Equrban, biasa saya akan teringat dekat blog Denaihati..

Nama Equrban dan Denaihati begitu sinonim sekali.. 

"Hidupkan Untuk memberi"..

Saya mengenali laman web Equrban ni pun melalui blog Denaihati.. Seronok membaca pengalaman Founder Denaihati dan Team Denaihati Network yang pernah mengikuti program Kembara Korban di Kemboja.. ;)

Inilah peluang terbaik untuk rakan-rakan blogger mengajak pembaca yang berminat untuk melaksanakan ibadah Qurban dan Akikah di kemboja, dengan kos yang murah.. 

Untuk maklumat lanjut, sila KLIK DI SINI

Rating untuk Program Affiliate E Qurban:
  • Tempoh masa membayar Komisyen : ☆☆☆
  • Potensi untuk mendapat Customer : ☆☆☆
  • Feedback dari Customer/blogger : ☆☆☆☆☆

8. Rahsia Hipnosis

Rahsia Hipnosis merupakan produk Affiliate yang sesuai untuk dipromosikan pada awal Tahun baru.. Sebab produk ini berkaitan dengan Motivasi..

Tak ramai blogger yang mempromosikan produk ini. Jadi, kurang persaingan.. 

Setakat ini tiada masalah dari segi bayaran. Jadi, jom promote Rahsia Hipnosis untuk membantu pembaca blog anda mencapai azam tahun baru 2015 dengan lebih berkesan.. ;)

Rating untuk Program Affiliate Rahsia Hipnosis:
  • Tempoh masa membayar Komisyen : ☆☆☆☆
  • Potensi untuk mendapat Customer : ☆☆☆
  • Feedback dari Customer/blogger : ☆☆☆☆


9. 8 Fakta Saintifik Surah Yassin : Membongkar Kehidupan Selepas Mati

8 Fakta Saintifik Surah Yassin : Membongkar Kehidupan Selepas Mati merupakan produk yang terhasil melalui kajian. 

Sesuai untuk dibaca oleh ahli akademik dan masyarakat beragama islam yang berminat untuk mendalami maksud disebalik ayat-ayat Al-Quran. 

Rating untuk Program Affiliate 8 Fakta Saintifik SUrah Yassin : Membongkar Kehidupan Selepas Mati:
  • Tempoh masa membayar Komisyen : ☆☆☆☆
  • Potensi untuk mendapat Customer : ☆☆
  • Feedback dari Customer/blogger : ☆☆☆


10. Bisnes Raya

Bisnes Raya merupakan produk affiliate yang hot bila menjelang musim perayaan.

Pada bulan Syaaban dan Ramadhan jer promosikan produk ni.. Bila dah masuk bulan Syawal tak perlu promosi lagi produk ini sebab jualan telah pun ditutup..


Dari segi bayaran juga tidak mengecewakan.. Hari ni dapat komisyen, esok dah terima bayaran.. ;)

Owner produk ini merupakan usahawan internet yang sangat disegani, iaitu Cikgu Hafiz yang terkenal sebagai "Pakar Hartanah Maya No.1 Malaysia" atau "Usahawan Internet Tanpa Produk Sendiri".. 

Sebab itu ramai yang berminat mempromosikan produk-produk terbaru beliau.. 

Rating untuk Program Affiliate Bisnes Raya:
  • Tempoh masa membayar Komisyen : ☆☆☆☆☆
  • Potensi untuk mendapat Customer : ☆☆
  • Feedback dari Customer/blogger : ☆☆☆☆

Saya harap info ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca blog Coretan Anuar.. Terutamanya bagi rakan-rakan blogger yang masih tak tahu, nak pilih program Affiliate mana yang sesuai untuk dipromosikan?.. 

So, Sekarang ni dah tahu.. Jom buat kerja.. Jangan tunggu lagi.. Good Luck!!

P/S : Saya tegaskan sekali lagi.. Program-program Affiliate yang saya kongsikan dalam entri ini, berdasarkan pengalaman saya mempromosikan Proram Affiliate pada tahun 2014.. Banyak lagi program affiliate yang bagus untuk dipromosikan.. Tapi berdasarkan pengalaman saya, inilah 10 Program Affiliate Tempatan Terbaik Bagi Tahun 2014.

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Menarik. Tahniah bro makin sukses dlm seni affiliate ni.

    No 9 tu menarik...affiliate dr ashadee ke bro?

    BalasPadam
  2. teringin juga nak join affiliate program nie.. tapi tak reti...

    BalasPadam
  3. Bermula tahun lepas saya aktif mempromosikan produk dari tim infokerjaya & ashadee. Hasilnya Alhamdulillah, luar biasa!

    BalasPadam
  4. affiliate yg saya join setakat ni satu je..ada dua yg baru saya daftar..tapi belum aktifkan iklan atau entri ttg nya..

    BalasPadam
  5. ada juga lah mempromosikan program affiliate daripad job dirumah ini

    BalasPadam
  6. Terima kasih, saya dah dftar dan dah pasang pun..
    Pilhan saya buat masa ini, yang sedia ada di blog saya ..TQ 4 sharing !

    BalasPadam
  7. Bagi orang lain, mungkin dia mempunyai 10 yang terbaik bagi dirinya sendiri. Bergantung kepada apa yang 'masuk' ke dalam poketnya...

    BalasPadam
  8. menang best..kalau ada income masuk melalui affiliate

    BalasPadam
  9. masih lagi tangah belajar nak jana duit melalui affiliate nie

    BalasPadam
  10. fuhh..

    macam-macam program hang join nih..

    BalasPadam
  11. Tahniah lah pada mereka yg dah berjaya dlm program affiliate nie

    BalasPadam
  12. Yang affiliates kerjaya tu, masih belum berjaya dpt komisen yg banyak..persaingan tu..haha

    BalasPadam
  13. saya tengah cari program affiliate local, nak cuba try affiliate, terima kasih sebab ada list ni :)

    BalasPadam
  14. saya masih penasaran dgn afiliate jobdirumahbuatduit.... pendaftrannya gratis atau berbayar

    BalasPadam