Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Al-Quran merupakan Mukjizat teragung sepanjang zaman yang diturunkan oleh Allah S.W.T melalui junjungan besar baginda nabi Muhammad S.A.W. Isi kandungan Al-Quran merupakan mukjizat terbesar untuk manusia, terutamanya di dalam bidang ilmu pengetahuan.
Antara mukjizat Al-Quran ialah keindahan bahasanya yang tinggi dan halus, susunan bahasa yang baik, ilmu pengetahuan yang dapat membimbing manusia ke arah kebenaran, serta panduan yang lengkap untuk dijadikan rujukan kepada manusia sehingga akhir zaman.
Isi Kandungan Al-Quran
Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril A.S secara berperingkat-peringkat selama lebih kurang 23 tahun.
Di dalamnya mengandungi peristiwa umat terdahulu yang menyentuh aspek kehidupan manusia seperti cara hidup berkeluarga, bermasyarakat, beribadah, urusan pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan pembangunan.
Sebelum Rasulullah S.A.W wafat, baginda berpesan kepada seluruh umat Islam supaya menjadikan Al-Quran sebagai rujukan sepanjang zaman, disamping hadis-hadis yang ditulis oleh sahabat-sahabat untuk membantu kita memahami isi kandungan Al-Quran mengikut amalan baginda Rasulullah S.A.W.
Ramai bijak pandai mengakui Al-Quran mempunyai ilmu kesusasteraan yang sangat indah. Ramai penyair-penyair yang hidup ketika zaman Rasulullah S.A.W tidak mampu menghasilkan syair-syair seindah Al-Quran. Keindahan susunan bahasa dan hikmah didalamnya sangat sempurna.
Selain itu, Al-Quran juga turut dapat dijadikan rujukan oleh ilmuwan-ilmuwan Islam yang mengkaji tentang matematik, kimia, perubatan, astronomi, sastera, psikologi, sains, tata negara, muamalat, ekonomi, biologi, fizik, geologi, geografi, segala ilmu, segala abad, sejak penciptaan alam semesta, masa lalu, masa kini, masa depan, sehingga masa kiamat dan kehidupan setelah kiamat sekalipun, semuanya dinyatakan di dalam Al-Quran.
Ramai Ilmuwan Islam mengakui kebenaran isi kandungan Al-Quran apabila mendapati hasil setiap ujikaji yang mereka lakukan ada dinyatakan di dalam Al-Quran. Terutamanya dalam bidang astronomi, Al-Quran telah membuktikan kebenaran sebelum orang lain mengetahuinya. Jadi, secara tidak langsung dapat menguatkan keimanan kita kepada isi Kandungan dan Allah S.W.T yang mencipta mukjizat teragung untuk seluruh umat manusia.
Pada masa ini Ilmu pengetahuan berada pada tahap tertinggi. Banyak hasil-hasil kajian telah dihasilkan oleh ilmuwan-ilmuwan dari seluruh negara, terutamanya dari negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan China. Sekiranya kita bandingkan setiap penemuan sains dengan Al-Quran, kita dapati tidak ada satupun dari ayat Al-Quran yang bertentangan dengan ilmu pengetahuan, malah ayat Al-Quran menyatakannya secara terperinci.
Oleh itu, umat Islam perlu yakin Al-Quran mampu menjadi ubat dan penawar kepada segala jenis penyakit sama ada rohani atau jasmani yang melanda masyarakat masa kini.

“Alif, Laam, Raa. Ini ialah Kitab (al-Quran) Kami turunkannya kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman (dengan izin tuhan mereka) ke jalan Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.”- Surah Ibrahim, ayat 1 -
Oleh itu, umat Islam perlu yakin Al-Quran mampu menjadi ubat dan penawar kepada segala jenis penyakit sama ada rohani atau jasmani yang melanda masyarakat masa kini.
8 Fakta Saintifik Surah Yassin : Membongkar kebenaran hidup selepas mati
Sehingga ke hari ini masih terdapat pengkaji-pengkaji dari Barat yang menggunakan Al-Quran untuk Menyelongkar Keajaiban Alam, terutamanya dalam bidang Sains.. Sebahagian daripada menemuan tersebut boleh dilihat dalam National Geographic.
Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya.. Terdapat pengkaji-pengkaji yang menggunakan Al-Quran sebagai rujukan utama dalam kajian mereka.
Antaranya Ustaz Zul Hilmei Mohamad Rohani, yang menjalankan kajian saintifik dalam Al-Quran terutamanya apabila beliau menyambung pengajian bidang master di UTM.
Melalui kajian tersebut, beliau berjaya menghasilkan sebuah ebook berjudul 8 Fakta Saintifik Surah Yasin : Membongkar kebenaran hidup selepas mati
Sumber : Klik Di Sini
Walaupun kajian beliau hanya tertumpu pada Surah Yasin.. Tetapi beliau dapat menyelongkar 8 fakta saintifik, yang dapat memperkuatkan lagi Iman dan Akidah kita sekiranya kita mengetahuinya.
Banyak yang beliau bongkarkan dalam ebook ini...
Sekiranya berminat nak mengetahui isi kandungan ebook ini dengan lebih lanjut, saya syorkan anda klik pada link di bawah:
10 Ulasan
Betapa bersyukurnya kita jadi umat nabi Muhammad S.A.W..
BalasPadamhuwwwaaa... bagus eh? harap-harap akan dapat meningkatkan iman dan amal kite
BalasPadamfuh bagus nie...menbongkar keajaiban
BalasPadamkalau kite rajin bace AQ dan terjemahan, kite akan rase teguran Allah, ayat yang kita duk bace tak lain tak bukan untuk diri kite sendirila, bukan tuju pada Nabi Muhammad saw je...
BalasPadamyang saya dapat rase, ape pun condition kite, bile kite bace AQ die akan jadi penawar, die bagi bite gembira ubat kesedihan kite, kite akan terpukul dengan ancaman dan teguran, kite akan sedih dan hisab diri sendiri...dan macam-mcam lai..
dari XXL kepada M dengan mudah
indah hidup bila "dihiasi" al-Quran.
BalasPadamteringat satu kisah di zaman Nabi tentang seorang penyair di zaman itu yang bongkak dan cuba mencabar nahu dan tatabahasa Surah al-Fil (Tentera Bergajah). bunyi ayat dia lebih kurang macam ni "Al-fiil. Ma hu al-Fiil". ayat penuh tak ingat. tapi memang kelakar bunyi ayat dia..
Alhamdulillah.. Beruntungnya ada insan yang suka berkongsi cerita macam ni..terima kasih bro..
BalasPadamterima kasih dengan perkongsian ini. sharing is caring.
BalasPadamBagus buku ni boleh buat panduan hidup
BalasPadamperkongsian yg bermanfaat.. trima kasih atas perkongsian ini
BalasPadamthis isc
BalasPadamBest Private Universities in India for student placement