Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sepanjang pengalaman saya terlibat dalam penulisan blog dan pengalaman buat duit secara Online, saya rasa inilah pengalaman buat duit secara Online yang paling menyeronokkan.
Sebab apa ianya sangat menyeronokkan?
Sebab penganjur menyediakan pelbagai hadiah lumayan... yang saya kira cukup memotivasikan semua peserta yang menyertai cabaran ini.. Antara hadiah lumayan yang disediakan oleh pihak penganjur ialah Macbook Pro Retina, iPhone 6 Plus, iPad Mini 2, iPod Touch, Sony PS3, Penginapan 2 hari 1 malam di Hotel, dan bonus berupa hadiah wang tunai untuk top 20..
Senarai Hadiah-hadiah lumayan yang disediakan oleh pihak penganjur
Selain itu dalam Closed Grop Tim Infokerjaya turut diadakan sesi perbincangan, sokongan padu, sikap saling tolong-menolong sesama rakan peserta, serta sikap prihatin penganjur terhadap permasalahan yang sedang dihadapai oleh peserta...
Berdasarkan pengalaman ini, cukup untuk saya mengatakan.. Inilah Cabaran Affiliate yang sangat,sangat,sangat, sangat X 27 terbaik yang pernah saya sertai sepanjang hampir 5 tahun terlibat dengan pelbagai cabaran affiliate tempatan...
Tahniah saya ucapkan kepada Tim Infokerjaya kerana menyediakan cabaran Buat Duit Online yang Paling menyeronokkan ini..
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang terdiri daripada otai-otai kerana tidak lokek untuk berkongsi strategi yang telah mereka praktikkan, sehingga membolehkan mereka menghasilkan jualan sebanyak 5 angka dalam tempoh tak sampai satu minggu sepanjang cabaran diadakan..
Jom baca rahsia kejayaan otai-otai menghasilkan jualan sebanyak 5 angka dalam tempoh tak sampai satu minggu (klik di sini)
Sebenarnya saya sangat suka menyertai cabaran-cabaran Affiliate yang dianjurkan oleh Tim Infokerjaya.. Ini disebabkan, Tim Infokerjaya tak pernah miss walau satu sen pun membayar komisyen kepada setiap peserta..
Jadi, setiap kali ada sahaja cabaran baru yang dianjurkan oleh Tim Infokerjaya.. saya mesti join sekiranya mempunyai kelapangan masa..
Lebih-lebih lagi setelah berpeluang untuk bersua muka dengan Bos Besar Tim Infokerjaya iaitu Tuan Muaz Hadi dalam Himpunan Penulis Blog Terbesar Di Malaysia anjuran Blogrr
Banyak ilmu tentang strategi pemasaran internet yang berjaya saya perolehi daripada Tuan Gero Azrul dan Tuan Muaz Hadi dalam event tersebut..
Tetapi memandangkan masa sangat mencemburui saya untuk mempraktikkan kesemua strategi-strategi pemasaran internet yang dikongsikan..
Jadi, saya cuba mempraktikkan satu strategi tambahan dalam setiap cabaran.. Kata orang sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.. Daripada satu strategi tambahan ke satu strategi tambahan yang lain..
Jadi, saya cuba mempraktikkan satu strategi tambahan dalam setiap cabaran.. Kata orang sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.. Daripada satu strategi tambahan ke satu strategi tambahan yang lain..
Sehingga akhirnya saya dapat melaksanakan hampir kesemua strategi yang pernah diceritakan oleh Tuan Gero Azrul dan Tuan Muaz Hadi dalam cabaran affiliate kali ini.. ;)
Dan hasilnya.. Syukur Alhamdulillah... Nasib menyebelahi saya, kerana berjaya juga menempatkan diri dalam senarai Top 20 untuk cabaran Affiliate pada kali ini..
Senarai Top 20 Cabaran Affiliate PTD anjuran Tim Infokerjaya
Terasa kerdil pula diri ini apabila berpeluang berada dalam satu senarai bersama dengan pakar-pakar affiliate dan blogger-blogger terkenal..
Sebab ramai blogger-blogger terkenal dan pakar-pakar affiliate turut sama menyertai cabaran pada kali ini antaranya Sifu Mohd Shamsuriyadi, Cikgu Titan, Sifu Jamal Sifufbads, Tuan Oswald Justin, Zeo Unic, Prof Hariz, Akmar Omar, Hasrul Hassan, Eyriqazz, Hati Putera, Tok Puteh, Hafiz Rahim, Sabree Hussin, Tuan Suhaili dan ramai lagi..
Kesemuanya hebat-hebat belaka..
Mereka merupakan pakar-pakar SEO, pakar FBAds, Pakar Adwords, Pakar Kumpul List, pakar menghasilkan landing Page, dan pakar Copywriting yang mampu membuatkan prospek tak sabar untuk membeli..
Terlalu kerdil sangat diri ini jika hendak dibandingkan dengan mereka..
Maklumlah saya hanyalah seorang blogger picisan..
Saya cuma ada blog, ada domain, tetapi tidak mempunyai hosting
Dah 5 tahun ada blog, tetapi tidak mempunyai design khas dan tidak mempunyai themes yang hebat..
Disebabkan itu, untuk menyertai cabaran ini saya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi...
Mempraktikkan strategi-strategi yang pernah dikongsikan oleh otai-otai yang pernah saya kenali... Tetapi seperti yang saya katakan tadi, saya terpaksa lakukannya secara peringkat demi peringkat... Disebabkan kekangan masa
Mempraktikkan strategi-strategi yang pernah dikongsikan oleh otai-otai yang pernah saya kenali... Tetapi seperti yang saya katakan tadi, saya terpaksa lakukannya secara peringkat demi peringkat... Disebabkan kekangan masa
Setiap bulan saya terpaksa mengeluarkan modal beberapa ratus ringgit untuk membeli rujukan, dan kemudian mempraktikannya..
Pengalaman Mempraktikkan Strategi Pemasaran Internet yang dikongsikan oleh sifu-sifu
Baiklah, saya akan kongsikan sedikit pengalaman mempraktikkan beberapa strategi pemasaran yang telah saya pelajari daripada beberapa orang sifu..
1) Memperbanyakkan entri berkaitan dengan cabaran PTD
Dalam cabaran PTD kali ini, saya telah menulis sebanyak 7 entri yang ada berkaitan dengan PTD. Maklumlah blog tak power.. Kena berusaha dengan lebih gigih lagi berbanding peserta-peserta lain..
Berikut merupakan tajuk-tajuk entri yang ada kena mengena dengan PTD
- Permohonan Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 Secara Online masih dibuka sehingga 8 June 2014
- Perubahan tarikh dan Format Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 2014
- Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) diminati lulusan Universiti
- Saya Mahu Rujukan Exam Online PTD 2014 - Graduan UTHM
- Tips dan Contoh Soalan Psikometrik Exam PTD
- 1.6 Juta Mohon Kerja Kerajaan Melalui SPA sehingga September 2014
- Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
Hmmm... Tengok tu, banyak tak entri yang telah saya hasilkan untuk mempromosikan rujukan PTD?
Banyakkan?
Tapi sayangnya, masa awal-awal tu saya tak tahu nak memperalatkan entri-entri tersebut untuk mengumpul list.. Trafik dapat, tapi list = 0
2) Hasilkan Fanpage dan Secret Group di Facebook
Saya mula menggunakan Fanpage dan Secret Group di Facebook dalam cabaran Kastam..
Hasilnya jualan saya sedikit meningkat.. Masa tu dapatlah dalam 10 jualan, dengan jumlah jualan bernilai RM500
Sumber : Klik Di Sini
Bagi saya dapat jualan bernilai RM500 dalam tempoh 4 hari dah dikira banyak..
Tapi ada 8 orang otai berjaya menghasilkan jualan sebanyak 5 angka dalam tempoh yang sama.. So, kalau mereka boleh buat, tak kan kita tak boleh buat? betul tak?
Kata pepatah orang tua-tua kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapatkan sagunya.. So, kena pecahkan ruyung terlebih dahulu, kalau nak dapatkan sagu... betul tak?
Inilah satu-satunya Fanpage PTD yang saya ada dalam cabaran kali ini..
Sewaktu cabaran sedang berlangsung, saya lebih banyak menggunakan akaun Fanpage ini berbanding menggunakan akaun Facebook personal... huhuhu
3) Dapatkan Panduan Seni Adwords daripada Sifu Mohd Shamsuriyadi
Antara usaha lain yang telah saya lakukan untuk memecahkan ruyung ialah dengan mendapatkan panduan Seni Adwords daripada Sifu Mohd Shamsuriyadi .. Dalam cabaran hebat macam ini, kita tidak boleh bergantung harap kepada SEO semata-mata..
Maklumlah blog tak power.. Walaupun dah ada 7 entri, tetapi SEO tetap juga ke laut.. huhuhu..
Sebenarnya kekuatan SEO dengan mudah dapat dipatahkan oleh deretan pengiklanan Adwords..
Setelah saya mendapatkan panduan Seni Adwords daripada Sifu Mohd Shamsuriyadi baru saya nampak kesannya..
Melalui panduan tersebut, barulah saya tahu tujuan membuat pengiklanan Adwords adalah untuk mengumpul List.. Sangat rugi sekiranya kita menggunakan iklan Adwords dengan hanya meletakkan link affiliate kita.. Sebab apabila prospek klik dan tidak membuat pembelian pada ketika itu juga, kita tidak dapat follow up mereka supaya membeli pada masa yang lain... Jadi kos pengiklanan kita akan rugi macam tu sahaja...
Daripada situ, saya mula berusaha membina sebuah mini site ataupun Landing page...
4) Mendapat Seorang Lagi Sifu Mini Site dan Sistem Aoutoresponder
Syukur Alhamdulillah... Dengan izin Allah, saya bertemu dengan seorang lagi sifu.. Sifu Boon Lee namanya.. Kali ni memang betu-betul bertemu dengan seorang Sifu.. (sifu merupakan nama panggilan untuk seorang guru bagi kaum Cina)
Saya telah membeli produk beliau yang diberi nama Blogspot to minisite pada harga RM79.00.. Pada saya RM79 tersebut sangat berbaloi sebab dapat templete mini site Percuma, dapat Domain Percuma selama setahun, dan dapat.....
Nak tahu dapat apa lagi boleh baca di sini
Serius memang tak rugi saya mendapatkan Panduan ini..
Sebab dengan menggunakan Paltform Blogspot sahaja, saya boleh menghasilkan sebuah Mini Site yang dapat membantu saya mengumpul senarai List..
Sumber : http://www.tipsexamspa.com/
Paling penting sekali, Sifu Boon Lee sentiasa guide saya sekiranya saya menghadapi masalah pada mini site dan borang Opt In yang telah saya hasilkan...
Apabila dah ada mini site ini, barulah boleh menggunakan pengiklanan Adwords.. Minta tolong Pak Cik Google pula kali ni..
Tapi pakcik Google demand, letakkan kos pengiklanan yang sangat mahal untuk beberapa keyword Hot yang ada berkaitan dengan 'PTD'..
Sampai hati pak cik google buat dekat saya macam tu... Dah lah ini first time saya nak belajar seni Adwords, tapi tak sangka macam ni pula jadinya...
Jadi, saya pun keluar budget mengikut kemampuan sahaja... Hanya mampu bayar dekat pakcik Google dalam RM100 sahaja... Dapatlah menumpang iklan dekat sebelah tepi jer... huhuhu
Hasilnya, dapatlah kumpul dalam 100++ list.. Sepatutnya boleh kumpul list lebih banyak dari itu.. Tapi sayangnya tak perasan ada masalah pada borang Opt In yang dipasang pada mini site...
Rugi pakcik bayar dekat Pakcik Google free macam tu jer...
Hasil List dari Adwords dan Fanpage.. Sikit jer kan...
Syukur Alhamdulillah.. Walaupun list sedikit, tetapi dengan bantuan Sistem Autoresponder sangat-sangat membantu saya untuk menghasilkan jualan..
Saya menggunakan Sistem Aoutoresponder tempatan sahaja iaitu Emelmatik
Yang bestnya Emelmatik ini, tiada komitmen bulanan diperlukan seperti sistem autorensponder luar negara..
Kita bayar sekali seumur hidup, dan boleh kumpul list sebanyak mana yang kita mahukan.. Dan boleh hantar email sebanyak mana yang kita mahukan, tanpa ada limit..
Menghantar email kepada prospek mengikut jadual yang ditetapkan secara automatik dengan bantuan Emelmatik
Dengan bantuan Emelmatik, sangat membantu saya dalam usaha membuat follow up dan promosi.. Setiap hari prospek menerima email daripada saya secara automatik..
Walaupun saya sedang tidur pada ketika email dihantar... ;)
Disebabkan list yang sedikit, saya hanya mampu menghasilkan jualan sebanyak RM2260 sepanjang cabaran berlangsung...
Carta Jualan Affiliate Cabaran PTD
Sebanyak 33 jualan berjaya dihasilkan melalui lebih daripada 2000 klik.. Menurut pendapat pakar-pakar affiliate.. Sekiranya bilangan klik sebanyak itu berjaya saya perolehi melalui senarai List, kemungkinan saya boleh mendapatkan lebih banyak sale daripada itu..
33 Sales daripada lebih 2000 klik
Tapi nak buat macamana.. List yang saya ada cuma sedikit sahaja.. Bilangan klik tersebut saya perolehi melalui pelbagai sumber seperti blog, Fanpage, Secret Group, dan Akaun Peribadi facebook..
Walaupun cuma berjaya mendapat 33 sales sahaja dalam cabaran pada kali ini.. Tapi saya rasa seronok sangat-sangat.. Sebab dalam sehari ada beberapa sales menerjah masuk ke mailbox saya.. Pernah dapat sampai 12 sales dan 13 sales sehari... Tentulah seronokkan..
Email pemberitahuan mendapat Sales PTD pada 25 hingga 30 Oktober 2014
Syukur Alhamdulillah...
Inilah Pengalaman pertama berpeluang mempraktikkan ilmu-ilmu dan teknik-teknik yang dikongsikan oleh pakar-pakar pemasaran seperti Tuan Muaz Abdul Hadi, Zeo Unic, Sifu Jamal Sifufbads, Sifu Mohd Shamsuriyadi, dan lain-lain..
Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati sebab dalam cabaran pada kali ini kerana buat kali pertama saya berpeluang menggunakan:
- Mini site (untuk kumpul list)
- Adwords (membawa Trafik ke minisite)
- Fanpage (Tempat mengumpul target PTD)
- Group Facebook (Tempat saya bagi ebook-ebook Percuma)
- Blog (membawa trafik ke minisite)
Walaupun masih banyak lagi kelemahan yang perlu saya baiki, terutamanya berkaitan dengan borang Opt-In saya, tapi saya sangat berpuas hati dengan hasil yang berjaya saya perolehi..
Yang penting sekali.. sekarang ni saya dah mempunyai satu sistem Autoresponder yang dapat saya gunakan tanpa had, tanpa sebarang bayaran tambahan lagi selepas ini.. Senjata paling klasik dan paling berharga kepada usahawan Internet... untuk menghasilkan pendapatan lumayan melalui Affiliate. Terutamanya kepada blogger-blogger yang baru nak berjinak-jinak dengan affiliate...
Jangan biarkan trafik yang datang ke blog kita pergi begitu sahaja, tanpa meninggalkan sebarang "ole-ole" kepada kita.. "Ole-ole" yang mereka berikan dapat ditukar menjadi wang tunai...
P/S: Jangan lupa ikuti kisah kejayaan Oswald Justin yang berjaya menggunakan "ole-ole" yang ditinggalkan oleh pengunjung blog/laman web untuk menghasilan pendapatan 5 angka..
16 Ulasan
Tahniah tuan, murah rezeki, berkat usaha yang luar biasa. Hebat!
BalasPadamtajniah tuan, saya nampak kesungguhan tuan nak buat dan berjaya hasilkan duit dari apa yang di mahukan
BalasPadamaku masih jauh dengan semua ni
BalasPadamorang dah berlari, aku masih merangkak
huhu
banyak juga income yang tuan dapat.tahniah
BalasPadamfffuuuuuuuuhhhh... hebat... all the best bro...
BalasPadamhebat bro..memang orang dah lama buat duit online nie
BalasPadamkeseronokan dunia online
BalasPadamkalau masih ada yang tak seronok dapat duit online macam ni
tak tau la nak kata apa
Tahniah bro, banyak juga komisen bro dpt..
BalasPadamTahniah ye tuan..
BalasPadamMemang terbaik! terbaik juga pendapat yang dah dpat.
BalasPadamterbaik bro. kagum bila baca pengalaman bro ni.
BalasPadamnak kena work smart klu nak dapat macam bro ni :D
Saya tengah berusaha untuk mendapat side income melalui blogging.
BalasPadamSaya tengah berusaha untuk mendapat side income melalui blogging.
BalasPadamHebat sekali banyak juga income yang anda dapat....sukses selalu
BalasPadamBanyak ilmu tentang strategi pemasaran internet yang saya peroleh disini
BalasPadamGreat Blog,
BalasPadamKubah Ornamen Masjid
Kubah Masjid
Perusahaan Kubah Masjid Ornamen