Jadual Kenaikan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta berdasarkan harga semasa Ron 95

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semenjak pihak kerajaan mengumumkan kadar harga baru minyak Petrol di Malaysia pada 2 Oktober 2014 yang lalu, saya mula meninjau harga barang terutamanya harga barang-barang makanan yang di jual di pasar Malam.

Pada kebiasaannya, apabila harga minyak Petrol naik, terdapat peniaga di pasar-pasar malam dan kedai-kedai runcit yang menaikkan harga barang dgangan mereka seperti dalam entri yang pernah saya sebelum ini berjudul Harga minyak naik 20 sen, harga ayam goreng naik 50 sen.

Minyak Oh Minyak..


Tetapi, alhamdulillah.. Untuk kenaikan harga minyak pada kali ini, belum ada mana-mana peniaga di kawasan tempat tinggal saya yang cuba mengambil kesempatan untuk menaikkan barang jualan mereka sesuka hati.. 

Saya harap keadaan tersebut dapat berterusan.. Dan kalau boleh sehingga tahun depan.. Walaupun GST telah dilaksanakan pada ketika itu..  

Itu harapan saya sebagai rakyat Malaysia.. Dan saya rasa ianya juga merupakan harapan sebahagian besar rakyat Malaysia, terutamanya bagi golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana seperti saya..  

Jadual Kenaikan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta berdasarkan harga semasa Ron 95


Setelah lebih setahun berlalu, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu tetap tiba.. Kenaikan harga minyak yang berlaku pada 3 September 2013, kini berulang pada 2 Oktober 2014. Dengan nilai kenaikan yang sama untuk setiap liter iaitu masing-masing RM0.20 sen.

Berikut merupakan perubahan harga minyak bagi setangki penuh minyak kereta mengikut perubahan harga semasa Ron 95 


Harga Minyak Bagi Setiap Tangki Penuh Kereta mengikut harga semasa RON95

2 Sept 2013
(1L = RM1.90)
(RM)
3 Sept 2013
(1L = RM2.10)
(RM)
2 Okt 2014
(1L = RM2.30)
(RM)
Honda Accord
123.50
136.50
149.50
Honda City
79.80
88.20
96.60
Honda Civic
108.30
119.70
131.10
Honda CRV
110.20
121.80
133.40
Nissan Latio
95.00
105.00
115.00
Nissan Sylphy
98.80
109.20
119.60
Nissan Almera
77.90
86.10
94.30
Nissan Teana
123.50
136.50
149.50
Grand Livina
98.80
109.20
119.60
Toyota Camry
133.00
147.00
161.00
Toyota Prius
85.50
94.50
103.50
Toyota Vios
85.50
94.50
103.50
Toyota Wish
114.00
126.00
138.00
Toyota Avanza
85.50
94.50
103.50
Toyota Innova
79.80
88.20
96.60
Kia Spectra
95.00
105.00
115.00
Kia Forte
98.80
109.20
119.60
Kia Optima
133.00
147.00
161.00
Kia Picanto
66.90
73.50
80.50
Hyunday Gets
85.50
94.50
103.50
Hyunday Acent
85.50
94.50
103.50
Volkswagen Golf
95.00
105.00
115.00
Volkswagen Polo
85.50
94.50
103.50
Mitsubishi Lancer
112.10
123.90
135.70
Perodua Alza
79.80
88.20
96.60
Perodua Myvi
76.00
84.00
92.00
Proton Exora
104.50
115.50
126.50
Proton Inspira
112.10
123.90
135.70
Proton Saga
76.00
84.00
92.00
Proton Iriz
76.00
84.00
92.00
Perodua Axia
62.70
69.30
75.90
Jadual Kenaikan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta berdasarkan harga semasa Ron 95 

Semoga jadual ini dapat memberi manfaat kepada anda semua..

Terutama bagi mereka yang tak tahu macamana nak menentukan kadar harga baru setangki penuh minyak kereta kita, setiap kali berlaku perubahan harga minyak di Malaysia.

Disebabkan saya merupakan seorang pengguna tegar minyak Ron 95 (nak guna Ron 97 memang tak mampu), jadi di sini saya kongsikan cara pengiraan untuk menentukan kadar harga setangki penuh minyak kereta anda.

Sebagai contoh saya mengambil kereta saya yang mempunyai kapasiti penuh minyak kereta sebanyak 52 liter (Maklumat ini boleh anda perolehi melalui spesifikasi kereta anda, yang boleh anda perolehi melalui Broucher, manual kereta ataupun laman web jenama kereta anda).

Jadi,

52 X RM2.30 = RM119.60

RM119.60 merupakan kadar harga setangki penuh minyak kereta saya sekarang setelah harga Petrol Ron 95 dinaikkan daripada RM2.10/liter kepada RM2.30/liter berkuatkuasa pada 2 Oktober 2014 yang lalu. 

Untuk setiap tangki penuh minyak kereta saya, saya perlu menambah perbelanjaan sebanyak

52 X RM0.20 =  RM10.40

Jadi, sekiranya dalam masa sebulan saya mengisi setangki penuh minyak kereta sebanyak 4 kali.. Saya perlu menambahkan perbelanjaan sebanyak RM41.60 untuk keperluan minyak kereta pergi balik ke tempat kerja. Huhuhu.. Banyak juga tu.. 





Sebagai langkah penjimatan, di sini saya sertakan sedikit tips yang dapat membantu anda menjimatkan penggunaan minyak kereta anda, yang boleh anda praktikkan mulai dari sekarang :
  • Isi minyak kereta diwaktu malam
  • Bertolak lebih awal ke tempat kerja untuk mengelakkan traffic jam
  • Rancang perjalanan supaya dapat mengelakkan kesesakan lalulintas
  • Panaskan enjin dengan betul, dengan membiarkan enjin kereta sekurang-kurangnya 30 saat sahaja setelah enjin dihidupkan.
  • Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus
  • Kurangkan beban atau berat kenderaan anda
  • Sentiasa memeriksa tekanan angin tayar anda.
  • Melaksanakan penyelenggaraan kenderaan secara berkala supaya enjin kereta sentiasa berada dalam prestasi yang memuaskan
  • Memandu secara konsisten tidak melebihi 90 kilometer sejam (km/j) 
  • Mematikan enjin sekiranya kereta tidak bergerak
  • Berkongsi kereta ke tempat kerja
  • Kalau boleh kurangkan jarak perjalanan pergi balik ke tempat kerja dengan mencari rumah sewa yang terhampir dengan tempat kerja  
  • dan lain-lain...

Semoga Jadual Kenaikan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta dan juga sedikit Tips penjimatan minyak kereta yang saya kongsikan di blog ini, dapat memberi manfaat kepada kita semua.. In Shaa Allah.. 


Catat Ulasan

0 Ulasan