Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Semalam saya ada menerima satu email daripada seorang sahabat lama.. Beliau bertanyakan tentang Ebook Temuduga Kerja Kerajaan, untuk adik Ipar beliau yang telah mendapat panggilan Temuduga untuk jawatan Penguasa Kastam W41 pada 29 September ini.

"TERBARU!!!
Sesi Temuduga : Penguasa Kastam W41
Tarikh TemuDuga : 29 September - ???"
Inilah situasi/keadaan untuk bekerja di sektor kerajaan pada ketika ini.. Sememangnya saya akui, memang susah nak masuk kerja kerajaan sekarang ni. Tidak seperti semasa zaman saya tamat belajar dulu.
Zaman sekarang ni nak masuk kerja kerajaan kena ambil exam secara online dulu. lepas dah lulus exam online kena melepasi tapisan temuduga dulu, barulah berpeluang untuk bekerja di sektro awam..
Keadaan ini berlaku disebabkan bilangan calon yang memohon untuk bekerja di sektor kerajaan terlalu ramai, sedangkan kekosongan jawatan sedikit sahaja.
Sebagai contoh dalam Exam Online Penguasa Kastam W41 yang telah diadakan pada awal September yang lalu.. Exam SPA Online tersebut melibatkan seramai 84,856 calon dari seluruh Malaysia. Dan 30 Ribu Calon berjaya Lulus dalam peperiksaan tersebut.
Melaui exam online yang telah pihak SPA laksanakan, telah berjaya menapih lebih 50 ribu calon yang memohon jawatan tersebut. Sekarang ni pihak SPA perlu menapis 30 ribu calon lagi untuk mengisi bilangan kekosongan jawatan yang ada.
Inilah realiti semasa yang perlu para graduan hadapi, sekiranya berminat untuk bekerja di sektor kerajaan.
Saya masih ingat lagi, sewaktu mula bekerja di sektor kerajaan pada tahun 2006. Pada masa tu, saya rasa nak masuk bekerja di sektor kerajaan tidaklah sesukar seperti sekarang. Mungkin disebabkan bilangan calon yang memohon bekerja di sektor kerajaan pada masa tu tidaklah terlalu ramai macam sekarang ini.
Jadi, untuk mengetahui kebenaran terhadap andaian tersebut.. saya pun mulalah menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Pakcik Google, untuk mendapatkan Statistik Calon Temuduga VS Kekosongan Jawatan Di Sektor Kerajaan sekitar tahun 2011 hingga tahun 2014
Zaman sekarang ni nak masuk kerja kerajaan kena ambil exam secara online dulu. lepas dah lulus exam online kena melepasi tapisan temuduga dulu, barulah berpeluang untuk bekerja di sektro awam..
Keadaan ini berlaku disebabkan bilangan calon yang memohon untuk bekerja di sektor kerajaan terlalu ramai, sedangkan kekosongan jawatan sedikit sahaja.
Sebagai contoh dalam Exam Online Penguasa Kastam W41 yang telah diadakan pada awal September yang lalu.. Exam SPA Online tersebut melibatkan seramai 84,856 calon dari seluruh Malaysia. Dan 30 Ribu Calon berjaya Lulus dalam peperiksaan tersebut.
Melaui exam online yang telah pihak SPA laksanakan, telah berjaya menapih lebih 50 ribu calon yang memohon jawatan tersebut. Sekarang ni pihak SPA perlu menapis 30 ribu calon lagi untuk mengisi bilangan kekosongan jawatan yang ada.
Inilah realiti semasa yang perlu para graduan hadapi, sekiranya berminat untuk bekerja di sektor kerajaan.
Jadi, untuk mengetahui kebenaran terhadap andaian tersebut.. saya pun mulalah menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Pakcik Google, untuk mendapatkan Statistik Calon Temuduga VS Kekosongan Jawatan Di Sektor Kerajaan sekitar tahun 2011 hingga tahun 2014
Statistik Calon Temuduga VS Kekosongan Jawatan Di Sektor Kerajaan Pada Tahun 2011
Statistik Calon Temuduga Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 Vs Kekosongan Jawatan bagi tahun 2010/2011
Statistik Calon Temuduga Pegawai Imigresen KP17 Vs Kekosongan Jawatan bagi tahun 2010/2011
Pada tahun 2010/2011 Bilangan Kekosongan Jawatan masih lagi banyak. Pada ketika itu, bilangan graduan (Lepasan Ijazah) yang memohon jawatan Hot seperti jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) tidaklah terlalu ramai seperti sekarang. Jadi peluang untuk mendapatkan jawatan tersebut adalah tinggi.
Begitu juga jawatan kosong di sektor kerajaan yang disediakan untuk Lulusan Diploma. Masa ni masih banyak lagi kekosongan jawatan yang perlu diisi.
Statistik Calon Temuduga VS Kekosongan Jawatan Di Sektor Kerajaan Pada Tahun 2012
Statistik Calon Temuduga Penolong Akauntan W27 Vs Kekosongan Jawatan bagi tahun 2012
Statistik Calon Temuduga Penolong Pegawai Teknologi F29 Vs Kekosongan Jawatan bagi tahun 2012
Statistik Calon Temuduga Pegawai Penilaian W41 Vs Kekosongan Jawatan bagi tahun 2012
Statistik Calon Temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian Vs Kekosongan Jawatan bagi tahun 2012
Statistik Calon Temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam Vs Kekosongan Jawatan bagi tahun 2012
Statistik Calon Temuduga Latihan Jururawat Vs Kekosongan Jawatan bagi tahun 2012
Statistik Calon Temuduga Latihan Jururawat Masyarakat Vs Kekosongan Jawatan bagi tahun 2012
Masuk ke tahun 2012, kita lihat bilangan kekosongan jawatan untuk beberapa jawatan dalam sektor kerajaan semakin berkurangan. Sedangkan bilangan calon yang memohon masih lagi kekal sekitar puluhan ribu calon, dan terdapat pertambahan bilangan calon untuk beberapa jawatan yang Hot seperti Jururawat (64,379 permohonan bagi 110 kekosongan jawatan), Pembantu Kesihatan Awam (41,674 permohonan bagi 25 kekosongan jawatan), dan lain-lain.
Statistik Calon Temuduga VS Kekosongan Jawatan Di Sektor Kerajaan Pada Tahun 2013
Statistik Calon Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17 Vs Kekosongan Jawatan bagi tahun 2013
Statistik Calon Temuduga Penolong Pegawai Imigresen KP17 Vs Kekosongan Jawatan bagi tahun 2013
Statistik Calon Temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional J29 Vs Kekosongan Jawatan bagi tahun 2013
Statistik Calon Temuduga Pembantu Penerbitan N17 Vs Kekosongan Jawatan bagi tahun 2013
Statistik Calon Temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 Vs Kekosongan Jawatan bagi tahun 2013
Sekarang kita lihat pula statistik pada tahun lepas, iaitu pada tahun 2013. Bilangan calon yang memohon semakin bertambah sehingga ada jawatan-jawatan tertentu yang telah menjangkau kepada angka ratusan ribu calon. Sedangkan bilangan jawatan kosong yang disediakan oleh pihak SPA semakin berkurangan. Malah, ada beberapa jawatan yang hanya mempunyai kekosongan jawatan tak sampai pun 10 orang.
Sebagai contoh, kita lihat statistik Penolong Pegawai Teknologi W27 (Terdapat 34,059 calon yang memohon, sedangkan hanya terdapat 2 kekosongan jawatan sahaja) dan Penolong Penolong Pegawai Latihan Vokasional J29 (Terdapat 47,027 calon yang memohon, sedangkan juga hanya terdapat 2 kekosongan jawatan sahaja)..
Sekain itu, kita lihat juga bilangan calon yang memohon jawatan-jawatan lain juga tidak kurang hebatnya seperti Pembantu Penguasa Kastam W17 (235,935 permohonan untuk 109 kekosongan jawatan), Pegawai Imegresen KP17 (213,641 permohonan untuk 219 kekosongan jawatan), Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 (84,963 permohonan untuk 200 kekosongan jawatan), dan lain-lain.
Statistik Calon Temuduga VS Kekosongan Jawatan Di Sektor Kerajaan Pada Tahun 2014
Apabila kita merujuk kepada statistik-statistik Calon Temuduga VS Kekosongan Jawatan Di Sektor Kerajaan bermula dari tahun 2011-2013, sudah pasti kita dapat menjangka betapa ramainya calon yang akan memohon jawatan-jawatan di sektor kerajaan bagi tahun 2014.
Saya ambil dua contoh seperti berikut:
Statistik Calon Temuduga Penolong Pegawai Teknologi W27 Vs Kekosongan Jawatan bagi tahun 2014
Untuk Jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional J29, bilangan calon yang memohon seramai 69,355, sedangkan bilangan kekosongan jawatan yang ada cuma 5 sahaja..
Statistik Calon Temuduga Penolong Pegawai Teknologi W27 Vs Kekosongan Jawatan bagi tahun 2014
Dan Untuk Jawatan Penolong Penguasa Kastam W27, bilangan calon yang memohon seramai 194,641, sedangkan bilangan kekosongan jawatan yang ada cuma 30 sahaja..
Katakan anda merupakan salah seorang calon yang berjaya melepasi Exam SPA secara Online untuk jawatan Penolong Penguasa Kastam W27.. kemudian anda dipanggil untuk menghadiri sesi Temuduga bersama dengan 5,856 calon yang lain.. Apakah persediaan yang perlu anda lakukan untuk tersenarai dalam kelompok 30 yang terbaik daripada 3,857 tersebut?
Sudah tentu Anda perlu menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.. Anda perlu membuat persediaan yang rapi sebelum menghadiri sesi temuduga.
Jadi, kepada para calon yang dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga bagi jawatan-jawatan seperti yang saya senaraikan di bawah.. Sila buat persediaan yang rapi, sekiranya anda benar-benar berminat untuk menjawat jawatan tersebut.
[UPDATE TERBARU JADUAL PANGGILAN TREMUDUGA SPA]
1# Sesi Temuduga : Penolong Penguasa Kastam W27
Tarikh TemuDuga : 9 September - 2 Oktober 2014
2# Sesi Temuduga : Pembantu Pembangunan Masyarakat S17
Tarikh TemuDuga : 21 September - 3 Oktober 2014
3# Sesi Temuduga : Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang A41
Tarikh TemuDuga : 21 September - 3 Oktober 2014
4# Sesi Temuduga : Pembantu Setiausaha Pejabat (Sarawak) N17
Tarikh TemuDuga : 22 September - 24 September 2014
5# Sesi Temuduga : Pembantu Setiausaha Pejabat N17
Tarikh TemuDuga : 17 September - 26 September 2014
6# Sesi Temuduga : Pembantu Setiausaha Pejabat (Sabah) N17
Tarikh TemuDuga : 22 September - 24 September 2014
7# Sesi Temuduga : Penolong Pegawai Teknologi Makanan C27
Tarikh TemuDuga : 17 September - 26 September 2014
8# Sesi Temuduga : Penolong Pegawai Perikanan G27
Tarikh TemuDuga : 17 September - 7 Oktober 2014
9# Sesi Temuduga : Pembantu Kesatria S17
Tarikh TemuDuga : 24 September - 25 September 2014
10# Sesi Temuduga : Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41
Tarikh TemuDuga : 10 Oktober - 13 Oktober 2014
11# Sesi Temuduga : Pembantu Perangkaan E17 (Semenanjung/Sabah)
Tarikh TemuDuga : 28 September - 3 Oktober 2014
TERBARU!!!
12# Sesi Temuduga : Penguasa Kastam W41
Tarikh TemuDuga : 29 September - ??????? 2014
Tarikh TemuDuga : 28 September - 3 Oktober 2014
TERBARU!!!
12# Sesi Temuduga : Penguasa Kastam W41
Tarikh TemuDuga : 29 September - ??????? 2014
Good Luck saya ucapkan kepada semua calon. Semoga anda telah melakukan persediaan selengkapnya sebelum menghadiri sesi temuduga tersebut.
Akan Datang!! Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 akan berada di pasaran pada bulan Oktober nanti. Pastinya ia menjadi antara rujukan yang sangat dinanti-nantikan oleh para Graduan yang bakal menduduki peperiksaan ini pada penghujung bulan Oktober ini.
soalan PTD, soalan exam PTD, contoh soalan exam PTD, soalan peperiksaan PTD, peperiksaan PTD... segalanya untuk anda
Nak dapatkan lebih banyak maklumat tentang Tips menduduki exam SPA dan Tips Temuduga Kerja Kerajaan?
Sertai kami di Group Tips Lulus Exam SPA
Dan juga Fanpage Rujukan Exam Online PTD 2014..
0 Ulasan