Masalah Exam Online Dan Tarikh-Tarikh Temu Duga Kerja Kerajaan Melalui SPA Bagi Tahun 2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Pada hari Sabtu baru-baru ini telah berlangsung satu lagi exam Online SPA, yang melibatkan jawatan Penguasa Kastam W41.
Peperiksaan secara Online yang dilakukan pada kali ini mempunyai masalah yang hampir sama dalam Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27. Kebanyakan calon tidak dapat menduduki Exam Online Penguasa Kastam W41 ini secara sempurna berikutan masalah teknikal..
Berikutan masalah tersebut, telah menyebabkan seramai 28,310 (33%) daripada 84,856 orang calon diberi peluang untuk menduduki semula Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 pada 10 September ini.. dengan syarat mereka mengemukakan aduan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 menerusi pautan berikut:
[+] http://aduan.spa.gov.my/AduanExam
Kisah ini turut mendapat liputan beberapa Media massa seperti TV3 dan akhbar Online Sinar Harian. Boleh baca laporan akhbar tersebut menerusi pautan berikut:
[+]http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/calon-peperiksaan-spa-kecewa-1.314611
Saya tertarik membaca komen-komen dan luahan hati daripada para calon. Ada calon yang berpuas hati.. Ada calon yang tidak berpuas hati tetapi masih memberikan kata-kata positif kepada pihak SPA.. Tetapi ada juga calon yang tidak berpuas hati dan memberi kata-kata negatif kepada pihak SPA disebabkan kecewa semasa menduduki Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41.
Contoh Komen Positif daripada Calon tentang peperiksaan Online SPA
Contoh Komen Negatif daripada Calon tentang peperiksaan Online SPA
Contoh Komen kecewa daripada Calon
Disebabkan kecewa, Ada calon yang mengharapkan supaya peperiksaan Online SPA ditukar semula kepada peperiksaan Bertulis seperti yang dilaksanakan oleh pihak SPA sebelum ini.
Secara jujurnya, saya tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Ini disebabkan kos yang besar perlu dikeluarkan oleh pihak SPA untuk mengendalikan peperiksaan Bertulis bagi calon yang ramai macam ini... Ianya merupakan satu pembaziran...
Duit siapa yang kita nak bazirkan tu?..
Duit kerajaan..
Duit kerajaan tu duit siapa?
Duit rakyat..
Duit rakyat tu, duit siapa?
Duit kita juga..
So, Buat apa nak membazirkan duit kita, semata-mata untuk mengadakan peperiksaan betulis, sedangkan ada cara yang lebih menjimatkan...
Jom kita sama-sama menganalisi kos yang perlu dikeluarkan untuk mengadakan peperiksaan betulis.. Sebagai contoh dalam peperiksaan Online Penguasa Kastam W41..
84,856 orang calon yang dipanggil untuk menduduki peperiksaan ini... Katakan kita mengadakan peperiksaan dalam sebuah dewan besar yang dapat menempatkan 800 orang calon dalam satu Pusat Peperiksaan..
Jadi, 84,856/800 = 106.7 atau 107 pusat peperiksaan perlu diwujudkan..
Setiap pusat peperiksaan memerlukan:
- 800 set kertas peperiksaan = RM800
- Sekurang-kurangnya 5 orang petugas untuk menjaga pusat peperiksaan = Minimum upah/elaun RM200
- 805 set meja + kerusi = upah sewa dewan + susun meja kerusi + Bil elektrik = RM600
- Sekurang-kurangnya 8 orang Pemeriksa Kertas Soalan = Minimum RM800
Jumlah kos yang perlu dikeluarkan untuk setiap pusat peperiksaan minimum RM2400
Jumlah minimum Kos Keseluruhan yang perlu dikeluarkan untuk mengadakan Peperiksaan Betulis Penguasa Kastam W41 = RM2400 X 107 = RM256,800
Hmmm... Melebihi suku Juta... Banyak tak?
Jadi, pendekatan yang telah dilakukan oleh pihak SPA dengan memperkenalkan Exam memasuki perkhidmatan awam secara Online, wajar kita sokong..
Lepas ni pihak SPA tak perlu lagi nak mengeluarkan kos
- Mencetak set kertas soalan peperiksaan
- Membayar Upah/elaun petugas untuk menjaga pusat peperiksaan
- Menyewa dewan + upah susun meja dan kerusi + Bayar bil elektrik
- Membayar upah Pemeriksa Kertas Soalan
Setiap kali mengadakan peperiksaan SPA...
Lepas ni pihak SPA cuma perlu membayar kos membangunkan aplikasi peperiksaan online, kos menjaga dan menyelenggara server, dan kos-kos tambahan lain yang pastinya lebih menjimatkan berbanding mengendalikan peperiksaan bertulis..
Walaupun perlaksanaan peperiksaan SPA secara online ini masih ada cacat celanya... Masih belum seratus peratus sempurna.. tetapi saya percaya akan ada penambah baikan dilakukan oleh pihak SPA dari masa ke semasa..
Biasanya generasi pertama yang menggunakan sistem ini akan menjadi bahan eksperimen terlebih dahulu... Sehinggalah ke beberapa generasi sampai sistem peperiksaan online ini benar-benar stabil... Harap calon-calon generasi awal yang menggunakan sistem peperiksaan online ini dapat bersabar yer... In Shaa Allah.. Ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku..
Kalau ada calon yang tidak berpuas hati dengan peperiksaan Online yang dikendalikan oleh SPA, ada platform yang disediakan oleh pihak SPA untuk membuat aduan... Setakat ini, pihak SPA memberi peluang ke dua untuk menduduki peperiksaan kepada calon-calon yang mengemukakan aduan.... Kira oklah tu... Sebab dapat peluang kedua untuk menduduki peperiksaan.. Harap jangan sia-siakan peluang kedua yang diberikan...
Tarikh-Tarikh Temu Duga Kerja Kerajaan Melalui SPA Bagi Tahun 2014
Selepas pihak SPA berjaya menapis calon-calon melalui sistem peperiksaan online.. Calon-calon yang berjaya disenarai pendekkan akan melalui tapisan kedua iaitu melalui sesi Temu Duga.. Dalam masa terdekat ini ada berlangsung beberapa sesi Temu Duga kerja Kerajaan bagi beberapa jawatan seperti berikut:
1# Sesi Temu duga : Akauntan Gred W41
Tarikh Temu Duga : 26 Ogos - 5 September 2014
2# Sesi Temu duga : Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Gred S27
Tarikh Temu Duga : 28 Ogos - 12 September 2014
3# Sesi Temu duga : Pemandu Gred H11
Tarikh Temu Duga : 7 September - 11 September 2014
4# Sesi Temu duga : Pemelihara Hutan Gred G41
Tarikh Temu Duga : 7 September - 18 September 2014
5# Sesi Temu duga : Pegawai Veterinar Gred G41
Tarikh Temu Duga : 9 September - 11 September 2014
6# Sesi Temu duga : Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Gred E41
Tarikh Temu Duga : 7 September - 12 September 2014
7# Sesi Temu duga : Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
Tarikh Temu Duga : 9 September - 19 September 2014
8# Sesi Temu duga : Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U17 (Calon Sabah)
Tarikh Temu Duga : 8 September - 15 September 2014
9# Sesi Temu duga : Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
Tarikh Temu Duga : 7 September - 12 September 2014
10# Sesi Temu duga : Pembantu Awam Gred H11
Tarikh Temu Duga : 8 September - 12 September 2014
11# Sesi Temu duga : Latihan Jururawat From Jururawat Masyarakat (PSl)
Tarikh Temu Duga : 7 September - 12 September 2014
12# Sesi Temu duga : Latihan Pembantu Kesihatan
Tarikh Temu Duga : 7 September - 12 September 2014
TERKINI!!
13# Sesi Temu duga : Penolong Penguasa Kastam W27
Tarikh Temu Duga : 9 September - 2 Oktober 2014
Sekiranya anda merupakan salah seorang calon yang bakal menduduki salah satu sesi temuduga berikut, anda perlu membuat persediaan awal.
Ini kerana ramai calon yang bakal menduduki peperiksaan tersebut. Jadi, tidak semua calon yang menghadiri sesi temu duga akan lulus. Pastikan anda berjaya meletakkan diri anda dalam senarai calon yang LULUS Temuduga Kerja Kerajaan pada kali ini.
Tips Menghadiri Temu Duga Kerja Kerajaan
Justeru itu, anda perlu tahu beberapa teknik dan Rahsia Untuk Lulus Kerja Kerajaan, antaranya:
Persiapan Sebelum menghadiri Temuduga:
- memakai pakaian yang membolehkan anda mendapat markah PERCUMA sebanyak 5%
- Bagaimana nak jangkakan soalan - soalan yang bakal disoal semasa temuduga?
- Persediaan untuk menjawab soalan Killer seperti " Kenapa kami patut pilih anda bagi jawatan ini?"
- dan lain-lain
Teknik Menjawab Soalan Temuduga, terutamanya soalan-soalan killer berkaitan dengan:
- Background anda.
- kekuatan & kelemahan diri
- Kerjaya terakhir anda
- Soalan khusus bagi mereka yang berada di tahun akhir atau lepasan universiti mahupun lepasan sekolah
- Jabatan atau agensi yang anda minta jawatan tersebut
- proses dan usaha pencarian kerja anda dan bermacam-macam lagi.
Rahsia Kejayaan dan Kegagalan Calon Temuduga:
- Kisah kejayaan dalam temuduga yang diceritakan kembali oleh mereka yang telah berjaya bergelar sebagai seorang penjawat awam.
- Kisah kegagalan dalam temuduga yang diceritakan kembali oleh mereka yang telah gagal bergelar sebagai seorang penjawat awam.
- Apa yang perlu anda lakukan & apa yang perlu anda elakkan ketika menghadiri temuduga kerja kerajaan.
Teknik Penulisan Resume Temuduga Kerja yang betul!
- Template khas yang boleh anda gunakan terus untuk menulis Resume dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
Nak dapatkan lebih banyak maklumat Tips Lulus Temuduga Kerja Kerajaan?
Klik pada pautan berikut:
4 Ulasan
11% calon yg attend exam 6 septembsr lulus. Yg buat aduan ade peluang utk lepas.
BalasPadamSelamat berjaya utk calon2.
Memang seram tengok pengiraan kos tu..hehe..terima kasih kongsikan..
BalasPadamgood info..but u bisnes...hmm
BalasPadam1 November 2014 nanti exam PTD pula bro.
BalasPadamDah lebih 3x SPA tunda tarikh ni... akhirnya dapat juga tarikh rasmi.
Diharapkan calon bersedia :)