Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Dalam Bahagian 2 Cuti-Cuti Malaysia di Pulau Pangkor, Perak, saya ada menyatakan tentang kadar harga Snorkeling di sini cuma RM10 seorang sahaja (Termasuk Life jacket dan peralatan snorkeling) .. Murah bukan?
Saya rasa kadar bayaran tersebut tidak berubah.. Iaitu Sama seperti ketika saya snorkeling di sini pada 10 tahun yang lepas, walaupun kebanyakan harga termasuk harga minyak telah beberapa kali naik dalam tempoh masa tersebut...
Terima kasih saya ucapkan kepada pengusaha-pengusaha aktiviti snorkeling di kawasan ini kerana telah mengekalkan kadar harga tersebut demi untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Pulau ini...
Tetapi harga RM10 tersebut untuk aktiviti Snorkeling sahaja.. Kadar bayaran untuk Aktiviti-aktiviti air yang lain adalah seperti berikut:
Harga-harga aktiviti air yang saya senaraikan di atas, bukan harga pakej Hotel.. Tetapi harga yang dikenakan oleh kebanyakan pengusaha-pengusaha aktiviti air yang terdapat di tepi-tepi pantai pulau ini.. Kalau nak tahu harga-harga Pakej yang dikenakan oleh pihak Hotel, boleh klik di sini
Jom layan gambar-gambar kami sewaktu bersnokeling...

- Snokling + Pusing pulau dengan menaiki Bot RM15,
- AKtiviti Mencandat sotong RM10
- Untuk sukan air seperti paparazzi, banana boat dll berharga RM 20.00 seorang.
- Untuk jet-ski RM 75.00 seorang untuk 1 jam.
- Kayak RM 10.00 seorang untuk 1 jam.
Harga-harga aktiviti air yang saya senaraikan di atas, bukan harga pakej Hotel.. Tetapi harga yang dikenakan oleh kebanyakan pengusaha-pengusaha aktiviti air yang terdapat di tepi-tepi pantai pulau ini.. Kalau nak tahu harga-harga Pakej yang dikenakan oleh pihak Hotel, boleh klik di sini
Jom layan gambar-gambar kami sewaktu bersnokeling...
Inilah saya.. Siap baawa bekalan (terutamanya roti buku) ke tempat snorkeling..
Kami sekeluarga telah bersiap sedia untuk pergi bersnorkeling di Pulau Pangkor
Haikal, Adam dan Naila dah tak sabar nak pergi bersnorkeling... Hehehe
Bergambar kenangan.. Pak Ya sekeluarga nak pergi bersnorkeling... ;)
Sebelum pergi Snorkeling saya sibuk mencari kedai runcit di waktu pagi semata-mata untuk membeli roti buku... Mujur pula ada satu kedai ni buka awal, iaitu dalam pukul 8.30 pagi.. Sempat beli roti buku sebelum pergi snorkeling...
Jom Pergi Pulau.. ;)
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya semua peserta snorkeling akan dibekalkan dengan seketul roti burger seorang.. Jadi selain daripada Life Jacket dan alat Snorkeling, dengan pakej RM10 tersebut anda juga akan dapat seketul roti burger untuk diberi makan kepada ikan-ikan di laut..
Tetapi cukupker bagi ikan makan seketul roti sahaja... Kalau tanya dekat anak-anak saya, confirm tak cukup... Sebuku roti yang saya bawa tu pun belum tentu cukup...
Gelagat anak-anak saya di tempat snorkeling..
Adam dan Haikal..
Baby Naila yang tak mahu dipakaikan Jeket Keselamatan..
Pengalaman Pertama Baby Naila Bersnorkeling..
Pengalaman Kedua Adam Bersnorkeling.. Tetapi cukup takut apabila saya membawa dia masuk ke dalam air.. Bagi makan ikan nak, tapi masuk dalam air tak nak...
Baby Naila dan Ibu
Atuk bersama Jorannya ... Nenek dan adik-adik ipar ku..
Syukur Alhamdulillah... Berpeluang membawa mereka snorkeling di Pulau Pangkor... Tumpang gembira apabila melihat keseronokan tergambar pada wajah isteri dan anak-anak juga pada wajah keluarga mertua saya.. ;)
In Shaa Allah.. Sekiranya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, boleh kami datang ke sini lagi pada masa akan datang... ;)
2 Ulasan
Assalamualaikum... Menarik sungguh info ttg snorkeling... Mcm utk anak spt baby naila ada disediakan life jacket x?
BalasPadamAssalamualaikum... Menarik sungguh info ttg snorkeling... Mcm utk anak spt baby naila ada disediakan life jacket x?
BalasPadam