Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sebelum ini saya ada menulis kisah percutian Kami sekeluarga di Pulau Pangkor, Perak.. Dari sehari ke sehari nak menulis Bahagian 2 episod percutian keluarga tersebut, tidak kesampaian... Maklumlah selepas selesai World Cup Brazil 2014, terlalu banyak urusan kerja yang perlu diselesaikan. huhuhu..
Baiklah.... Bersambung semula ke episod seterusnya Cuti-Cuti Malaysia di Pulau Pangkor, Perak..
Semasa berada di Pulau Pangkor, kami telah menyewa dua buah bilik di Purnama Beach Resort..
Sebelum ini saya ada menulis kisah percutian Kami sekeluarga di Pulau Pangkor, Perak.. Dari sehari ke sehari nak menulis Bahagian 2 episod percutian keluarga tersebut, tidak kesampaian... Maklumlah selepas selesai World Cup Brazil 2014, terlalu banyak urusan kerja yang perlu diselesaikan. huhuhu..
Baiklah.... Bersambung semula ke episod seterusnya Cuti-Cuti Malaysia di Pulau Pangkor, Perak..
Semasa berada di Pulau Pangkor, kami telah menyewa dua buah bilik di Purnama Beach Resort..
Purnama Beach Resort
Di Purnama Beach Resort, terdapat 6 jenis kediaman yang boleh anda pilih mengikut keselesaan dan budget percutian anda iaitu:
1) Smart Chalet (Max 2 orang)
Harga Biasa : RM90.00
Jumaat/Sabtu/Cuti Sekolah : RM120.00
Cuti Umum : RM150.00
*Harga termasuk Sarapan pagi
Harga Biasa : RM130.00
Jumaat/Sabtu/Cuti Sekolah : RM150.00
Cuti Umum : RM170.00
*Harga termasuk Sarapan pagi
3) Smart Villa (Max 4 orang)
Harga Biasa : RM150.00
Jumaat/Sabtu/Cuti Sekolah : RM180.00
Cuti Umum : RM210.00
*Harga termasuk Sarapan pagi
4) Standart Villa (Max 4 orang)
Harga Biasa : RM140.00
Jumaat/Sabtu/Cuti Sekolah : RM160.00
Cuti Umum : RM190.00
*Harga termasuk Sarapan pagi
5) Deluxe Chalet (Max 5 orang)
Harga Biasa : RM180.00
Jumaat/Sabtu/Cuti Sekolah : RM210.00
Cuti Umum : RM250.00
*Harga termasuk Sarapan pagi
6) Homestay (Max 10 orang)
Selain itu, terdapat juga beberapa aktiviti rekreasi yang boleh diuruskan oleh pihak Purnama Beach Resort, dengan bayaran tertentu..
Harga Biasa : RM300.00
Jumaat/Sabtu/Cuti Sekolah : RM400.00
Cuti Umum : RM480.00
* Sarapan pagi tidak disediakan.
Disebabkan percutian kami melibatkan 9 dewasa dan 3 kanak-kanak, kami telah menempah Homestay kira-kira dua hari sebelum bercuti.. Homestay kelihatan lebih selesa untuk percutian kami sekeluarga dengan kadar harga sekitar RM400 sehari..
Tetapi apabila kami sampai di Pulau Pangkor, Homestay yang kami tempah tidak lagi available.. Pihak Purnama Beach Resort tersilap merekodkan tempahan yang kami lakukan.. Kami tempah tarikh lain, dapat tarikh lain... huhuhu..
Disebabkan kesilapan tersebut, kami meminta mereka mendapatkan dua bilik secara bersebelahan untuk keselesaan penginapan kami..
Hasilnya.. Dapatlah kami menyewa 2 buah bilik Smart Villa (ini sahaja bilik yang masih available), pada kadar harga RM160 sebilik.. Jumlah yang perlu kami bayar ialah RM320 untuk penginapan kami satu malam di Pulau Pangkor..
2 buah bilik Smart Villa yang kami sewa semasa bercuti di Pulau Pangkor..
Untuk makluman semua, Smart Villa ini mempunyai satu katil Queen Size dan satu katil Single Size.. Agak tidak selesa juga untuk melelapkan mata.. Tapi nak buat macamana, dah ini sahaja bilik yang kami perolehi untuk menggantikan homestay...
Walaubagaimanapun, anak-anak saya sangat suka tinggal di sini disebabkan tempat yang strategi.. Terletak ditengah-tengah antara 6 jenis kediaman yang lain:
Tidak jauh dari tempat makan..
Kemudahan Swimming Pool untuk kanak-kanak dan orang Dewasa
Baby Naila sangat suka bermain air..
Bukan main seronok lagi Haikal dan Adam bersama pistol air masing-masing..
Antara aksi-aksi Haikal dan Adam..
Bila semua ahli keluarga berkumpul sudah pasti ada sahaja aktiviti keluarga yang kami jalankan.. Selain aktiviti bersnokling, kami juga turut memanfaatkan masa yang ada semasa berada di Purnama Beach Resort..
Berkumpul bersama keluarga di Swimming Pool Purnama Beach Resort
Haikal dan Adam paling seronok sekali.. Dapat main lumba lari dalam air.. Seorang demi seorang tukang bawa mereka berlari.. hehehe
Pasangan Pengantin Baru, Pakcik Helmi dan Acik Maya antara yang menjadi mangsa tunggangan Haikal dan Adam..
Dekat Purnama Beach Resort, kita berpeluang melihat kelibat burung-burung enggang dari dekat, ketika mereka hinggap di dahan-dahan pokok pada waktu pagi..
burung-burung enggang hinggap di dahan-dahan pokok pada waktu pagi
Betapa seronoknya Adam dan Baby Naila bila tengok gelagat burung-burung enggang dari dekat..
Haikal memerhatikan gelagat burung-burung enggang dari jauh.. Sementara Adam pula.. berposing dihadapan kamera....
Kadar Bayaran Bagi Aktiviti Rekreasi Yang Disediakan Oleh Purnama Beach Resort
- Boat Trip + Snorkling : RM 25.00 seorang
- Kayak : RM 20.00 sejam
- Mengelilingi pulau dengan van : RM 90.00 sebuah van (max 10 pax)
- Permainan bola tampar : RM 40.00 sejam
0 Ulasan