Samsung Galaxy S5 Cuma RM799 seunit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semalam sempat bawa isteri, anak-anak dan adik-adik Ipar pergi ke JUSCO/AEON Seksyen 18 Ipoh..

Bagi peluang dekat isteri dan adik-adik Ipar nak membeli barang.... disamping memenuhi permintaan anak-anak yang nak bermain-main dekat sana..

Antara rutin aktiviti saya apabila pergi ke JUSCO/AEON Seksyen 18 Ipoh ialah membayar bil DiGi untuk saya, isteri dan Ibu mertua saya..

Bil DiGi saya kali ni agak tinggi...Kena bayar RM50.XX sebulan.. Maklumlah banyak kali online menggunakan Handphone, berbanding menggunakan WiFi semasa berada di rumah.. Tapi kira oklah tu... Biasa dalam budget yang ditetapkan diantara RM30.00 hingga RM60.00 sebulan.. Jimat Budget..

Semasa saya bayar Bil dekat DiGi Store, ada sesuatu yang menarik perhatian saya...

Samsung GALAXY S5 dijual pada harga RM799 seunit... Hmmm Memang murah tu, berbanding harga asal RM2,399 seunit.. 

Tetapi syaratnya, kena ambil DiGi SmartPlan 148 dengan bayaran bil bulanan sebanyak RM143/bulan dan terikat kontrak dengan Plan tersebut selama 24 bulan (Setahun)... Bab ni yang tak larat nak bayar ni.. hehehe..   


Sumber : DiGi.com.my


Ataupun ada Option kedua yang kelihatan lebih baik berbanding Option yang pertama, iaitu...

Beli Samsung Galaxy S5 pada harga RM999 seunit dengan DiGi SmartPlan 108.. Bayaran bil bulanan sebanyak RM103/bulan, dan terikat kontrak dengan Plan tersebut selama 24 bulan (Dua tahun).. 


DiGi SmartPlan
Sumber : DiGi.com.my

Walaupun kena tambah RM200 untuk membeli Samsung Galaxy S5 bagi DiGi SmartPlan 108.. Tetapi kalau dikira jumlah keseluruhan yang perlu kita bayar sehingga cukup 24 bulan, ternyata lebih menjimatkan..  

  • RM40 X 24 = RM960 (Perbezaan bayaran selama 24 bulan bagi DiGi SmartPlan 108 dan 148)
  • RM960 - RM200 = RM760 (Penjimatan membeli Samsung Galaxy S5 dengan DiGi SmartPlan 108)


Perbezaan harga sebanyak RM760 dalam tempoh 2 tahun, banyak juga tu... Jadi, kalau ada yang rasa teringin sangat nak pakai Samsung Galaxy S5 pada harga murah, saya syorkan anda mengambil Plan DiGi SmartPlan 108... Lebih menjimatkan berbanding mengambil plan DiGi SmartPlan 148...

Mula-mula saya rasa nak tukar Handphone.. Tetapi apabila mengenangkan HTC yang sedang saya gunakan sekarang ni masih boleh digunakan lagi, saya mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu hasrat tersebut... Sebabnya kesian dekat HTC saya... Kalau saya beli Smartphone yang baru nanti, dah tak ada siapa yang sudi pakai HTC ini...


HTC yang sedang saya gunakan sekarang ni masih elok lagi


Kepada yang berminat nak mendapatkan Samsung Galaxy S5 pada harga murah, janganlah segan silu untuk mengunjungi DiGi Store terhampir di kawasan tempat tinggal anda, untuk mendapatkan harga Istimewa ini... Ataupun kalau rasa malas atau tiada masa nak pergi Digi Store, anda boleh membeli secara Online menerusi laman web DiGi.com.my .. 

Promosi ini bermula pada 23 Julai 2014 dan akan berakhir pada 15 Ogos 2014... 

Catat Ulasan

0 Ulasan