Syukur Alhamdulillah...
Kerana dengan izin Allah S.W.T, kita masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan Ibadah puasa di hari yang ke 29 Ramadhan.. Dan sekiranya dipanjangkan umur In Shaa Allah, kita akan berpeluang menyambut Hari Raya Aidilfitri 2014/1435 Hijrah..
Seandainya hari ini merupakan hari yang terakhir kita berpuasa... Saya ingin menadah tangan memohon ampun dan maaf, seandainya ada salah dan silap yang telah saya lakukan samada disengajakan atau tidak disengajakan...
- Seandainya mata ini tersalah melihat,
- seandainya mulut ini tersalah kata,
- seandainya telinga ini tersalah mendengar,
- seandainya tangan ini tersalah mengambil,
- seandainya jari-jari ini tersalah menyentuh,
- seandainnya hidung ini tersalah menghidu,
- Seandainya ada tersalah gerak hati,
- Seandainya akal ini tersalah mentafsir atau memberikan pandangan
- Seandainya jari jemari ini tersalah menaip di Facebook, email dan blog
Maafkanlah kesemua kesalahan yang telah saya lakukan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki... Sesungguhnya saya hamba yang lemah... Hamba yang tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan...
Pada kesempatan ini, saya dan isteri Norsuzana Zakaria serta anak-anak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..
Semoga hari raya ini dapat disambut dengan meriah bersama seisi keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga..
Sedekahkan Al-Fatihah buat rakan-rakan kita yang terkorban dalam nahas MH17, terkorban di Bumi paestin, terkorban dalam kemalangan jalan raya, dan rakan-rakan atau saudara mara kita yang tidak berkesempatan untuk turut sama menyambut hari raya AIdilfitri pada tahun ini kerana pergi menghadap Illahi.... Sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka... Semoga roh mereka di cucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...
Kepada yang sedang memandu untuk pulang ke kampung halaman... Berhati-hati semasa memandu... Ingatlah orang-orang yang tersayang sedang menanti kepulangan anda dalam keadaan selamat..
Akhir sekali Terimalah lagu raya dendangan Elizabeth Tan, sebagai penyeri telinga... Walaubagaimanapun kaum lelaki tidak digalakkan menonton video ini, supaya mengelakkan daripada berkurangnya pahala puasa..
P/S: Kepada yang berminat untuk menghadiahkan SMS Raya kepada rakan-rakan dan insan yang tersayang, sebagai pengganti kad raya tahu ini... bolehlah pilih koleksi SMS raya yang terdapat di blog Coretan Anuar:
P/s/s : Kepada para Calon yang bakal menduduki peperiksaan SPA pada 5 Ogos nanti, jangan lupa dapatkan Contoh-contoh soalan, Manual Exam Online dan maklumat-maklumat lain yang anda perlukan sebagai persediaan menduduki peperiksaan tersebut... Dapatkan maklumat-maklumat ini secara PERCUMA di Group Tips Lulus Exam SPA (Klik Di Sini)
4 Ulasan
Syawal telah menjelang tiba,
BalasPadamBermaaf-maafan diantara kita ,
Takbir berkumandang menusuk jiwa,
Semoga ceria bersama keluarga.
Ucapan tulus ikhlas dari saya: Kamil Salleh sekeluarga.
http://www.sensasi2020.com/2014/07/salam-aidilfitri-2014.html
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat bro
BalasPadamwow semua hero..untunglah dapat beraya bersam..suami saya la kesian kene kerja..jumaat ni baru dia dapat beraya..
BalasPadamTips Atasi Kolesterol
Selamat menyambut Hair Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
BalasPadam