Malam Lailatul Qadar 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah..

Sejuk mata memandang apabila melihat senarai keyword yang masuk ke Blog Coretan Anuar pada pagi ini.. 4 daripada 10 Keyword adalah berkaitan tentang Malam Lailatul Qadar, iaitu:


  • Malam lailatul Qadar
  • Doa dan Gambar Lailatul Qadar
  • Bertemu malam Lailatul Qadar
  • Kiraan Malam Lailatul Qadar 2014 


  • Senarai Keyword berkaitan Malam Lailatul Qadar yang menerjah masuk ke Blog Coretan Anuar pada pagi ini..

    Informasi berkaitan Malam lailatul Qadar, sudah pasti dicari oleh kebanyakan umat Islam di seluruh dunia.. Terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadhan..


    Semoga mereka berjaya menemui maklumat yang dicari berkaitan Malam Lailatul Qadar.. Iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan..

    Sebenarnya bukan semua orang berpeluang untuk bertemu malam Lailatul Qadar.. Kalau Allah tak izinkan, kita berusaha macam mana cara sekalipun belum tentu kita dapat menemui malam tersebut.. 

    Contohnya kalau kita dah nekad tak nak tidur pada 10 malam terakhir Ramadhan, sebab nak bertemu dengan malam Lailatul Qadar.. Tetapi kalau Allah tak izinkan, sampai masanya kita akan tertidur juga... Disebabkan kita digalakkan supaya berusaha dan berdoa, supaya bila sampai masanya nanti kita dapat juga berpeluang dengan malam Lailatul Qadar.. In Shaa Allah..

    Walaupun saya berusaha setiap tahun untuk menemui malam lailatul Qadar... Tetapi saya yakin hanya pernah mengalaminya sekali sahaja... Iaitu kira-kira 10 tahun yang lalu, sewaktu dalam perjalanan malam menaiki Motorsikal dari Parit Raja, Batu Pahat, Johor ke kampung Gajah, Perak.. Baca kisahnya di entri berjudul Pengalaman Menikmati Malam lailatul Qadar..

    Jom baca entri lain berkaitan dengan Malam lailatul Qadar yang terdapat di blog  Coretan Anuar :




    Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.. Terutamanya dalam usaha mencari Malam Lailatul Qadar.. In Shaa Allah.. 

    Info berkaitan:


    Catat Ulasan

    0 Ulasan