Buffet Ramadhan Casa Ombak

Sejak akhir-akhir ini semakin ramai rakan-rakan blogger sibuk mempromosikan Buffet Ramadhan Casa Ombak Kuala Lumpur.

Timbul persoalan di minda saya.. Apa yang menarik sangat Buffet Ramadhan Casa Ombak ini berbanding Buffet Ramadhan yang lain?.. Sehinggakan begitu ramai rakan blogger yang sibuk mempromosikannya..


Baiklah.. Saya cerita serba sedikit tentang latar belakang Buffet Ramadhan Casa Ombak ini..

Buffet Ramadhan Casa Ombak menyediakan buffet stall terbuka untuk membolehkan para pelanggan memilih pelbagai juadah ala garden, sambil menikmati hidangan berbuka puasa dalam suasana santai.


Juadah dengan ala garden tersedia untuk pengunjung memilih menu yang diminati

Buffet stall yang ceria dan menarik dengan suasana ala garden boleh dinikmati di Kuala Lumpur

Para pengunjung berpeluang menikmati hidangan berbuka puasa dalam suasana santai.


Sumber Gambar : Facebook Ombak Creative 



Buah Kurma dan air mineral terhidang di atas meja sebagai pembuka juadah berbuka puasa.. Kita disunatkan makan Kurma atau manisan sewaktu berbuka puasa..

Menu utama buffet Ramadhan terdiri dari pelbagai hidangan kampung dari Pantai Timur, Utara dan Selatan yang sangat menyelerakan. Ada gulai ikan masin, ayam kurma, sup ayam, telur puyuh, sambal paru, sayur masak lemak, nasi kerabu, ulam-ulaman dan bermacam-macam lagi.

Hidangan Kampung yang menyelerakan menjadi menu utama Buffet Ramadhan Casa Ombak

Nasi Kerabu

Selain itu, tersedia juga instant cook stall corner seperti Mee/Mehoon Soup, Kambing Golek, char koay teow, laksam, roti jala, roti john, kuih muih tradisional, bermacam-macam dessert dan buah-buahan dan lain-lain. .

stall Mee/Meehon Soup


Kambing Golek pun ada.. 

Kuih Muih Tradisional seperti Karipap, Seri Muka dan lain-lain


Apamacam?.. Nampak best tak?

Di tengah-tengah kota raya Metropolitan ini, anda masih berpeluang untuk menikmati hidangan Kampung yang menyelerakan... Disamping dapat menjamu selera dalam suasana santai, seakan-akan anda berada dalam suasana kampung yang sebenar.. Inilah keunikan Buffet Ramadhan Casa Ombak yang perlu anda nikmati bersama insan-insan tersayang.. 

Untuk makluman anda, Buffet Ramadhan Casa Ombak ini dikendalikan oleh Ombak Creative.

Latar Belakang Ombak Creative

Ombak Creative merupakan sebuah syarikat event dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd. Syarikat ini telah berpengalaman menjalankan pengurusan event lebih daripada sepuluh tahun. 

Skop perkhidmatan yang disediakan oleh Team Ombak Creative ialah menguruskan catering, majlis perkahwinan, majlis koperat dan persendirian.

Lokasi event terletak di Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang. Merupakan sebuah Banglo yang berkonsepkan ala garden.


Promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Ombak Creative menyediakan promosi Buffet Ramadan. Ia terbuka untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk membuat tempahan.

Berikut merupakan Banner promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak:

Promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak, Kuala Lumpur

Harga Buffet Ramadhan berpatutan:

  • RM55 nett untuk dewasa
  • RM27 nett untuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun

Saya percaya, para pengunjung akan berpuas hati apabila berpeluang menjejakkan kaki ke Buffet Ramadhan Casa Ombak..

Ianya diakui sendiri oleh rakan-rakan Blogger, berdasarkan pengalaman mereka berbuka Puasa di Buffet Ramadhan Casa Ombak.. antaranya :



Jom ajak rakan-rakan dan saudara mara pergi beramai-ramai mengunjungi Buffet Ramadhan Casa Ombak, Kuala Lumpur

Untuk menjamu selera di Buffet Ramadhan Casa Ombak, tempahan boleh dibuat samada secara individu, kumpulan, keluarga dan syarikat. Untuk tempahan anda boleh menghubungi nombor-nombor phone yang tertera seperti di bawah untuk reservation. 


Tempahan Boleh Dibuat Melalui:

  • Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
  • Tel : 03 21818750
  • Call/Whatsapp : 013 624 1417
  • Call/Whatsapp : 012 662 1062
  • Facebook page : Ombak Creative
  • Website: www.OmbakCreatives.com

Untuk pergi ke lokasi Buffet Ramadhan Casa Ombak, anda boleh menjadikan peta di bawah sebagai rujukan.. Ianya terletak di No.22 Jalan Damai off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur.

Peta ke lokasi Buffet Ramadhan Casa Ombak

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Buffet Ramadhan Casa Ombak adalah terbaik. Untunglah siapa yang pergi. Semoga berjaya bro....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Kamil Salleh.. Memang beruntung siapa dapat peluang pergi ke Buffet Ramadhan Casa Ombak... Terima kasih..

      Padam
  2. came to visit after a long absence here, greetings and congratulations pilgrimage fasting. wait behind the visit, I had a good video, may be useful for younger nephew maybe even your own, please excuse me if your friends are not pleased

    BalasPadam
  3. came to visit while bringing funny and exciting game free download, greetings introductions friend

    BalasPadam
  4. Kambing golek itu memang menggiurkan. :)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah memang best sangat makan kat Casa Ombak ni. Ni pun rasa nak repeat lagi berbuka kat sana..:)

    BalasPadam
  6. Assalam terima kasih cikgu sudi join....master ni hehe....semoga berjaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam... Saya join sekadar untuk memberi sokongan kepada Akma Omar mempromosikan Buffet Ramadhan Casa Ombak... Cotest Raya yang menarik... Good Luck!

      Padam
  7. Memang berbaloilah berbuka kat sini, suasana santai dan menunya sedap-sedap belaka.

    BalasPadam
  8. Tengok kambing golek tu memang xtahan.... huhu
    Entri yang menarik! Semoga berjaya!

    BalasPadam
  9. waahhhh... ada akmbing golek.. masa sy pergi baru ni tak der pon kambing golek tuuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau macam tu Bro Ishak Ismail kena pergi Buffet Ramadhan Casa Ombak lagi sekalilah.. Supaya dapat menikmati keenakan Kambing Golek... hehehe...

      Padam
  10. cantiknye tempat ni..saya pun agree part kambing golek tu yang paling menggoda..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mummy Dina!! Kambing Golek di Buffet Ramadhan Casa Ombak ni cukup menggoda.. Berjaya menjadi daya tarikan pengunjung... ;)

      Padam
  11. wow! ini memang menarik. All the best bro :))

    BalasPadam
  12. Wouw,,menunya sangat menggugah selera

    BalasPadam