Mendapatkan Lebih Banyak Stok Cadar Patchwork Cotton untuk memenuhi permintaan potential customer

Syukur Alhamdulillah..

Buat kesekian kalinya saya 'terpaksa' mendapatkan lebih banyak stok cadar Patchwork Cotton..

Ini berikutan kebanyakan stok yang kami ada dah habis terjual.. Dan ada potential customer yang request nak tengok design-design baru..

Naik berpeluh saya dibuatnya, bila memikirkan permintaan mereka... Jadi, nak memuaskan hati potential customer kami, saya pun cubalah mencari supplier yang baru... 

2 supplier yang pernah saya berurusan sebelum ini, dah kehabisan stok.. Kalau nak beli daripada mereka, satu supplier tu kena tunggu diantara 2-4 minggu.. Satu lagi supplier kena tunggu antara 6-8 minggu... Sedangkan potential customer nak cepat, sementara tengah buat persiapan raya ni (Andaian saya)... 

Cari punya cari... Syukur Alhamdulillah, jumpa satu supplier ni.. Harganya sedikit mahal berbanding 2 supplier sebelum ini.. Tapi corak-corak cadarnya banyak yang berkenan di hati isteri saya.. Jadi, tanpa membuang masa kami pun borong cadar-cadar ni.. ;)

Pada mulanya kami nak borong setakat 30 set cadar sahaja.. Tapi sekali pilih punya pilih dah terlebih 30 set... Nak tolak yang mana satu pun tak tahu dah.. Sekali tokey cadar offer nak turunkan lagi harga sekiranya kami memborong 50 set... 

Terus kami setuju... 

Hasilnya..




















Ini baru sebahagian sahaja daripada stok terbaru cadar Patchwork yang kami borong pada hari Ahad (3 hari lepas).. Kami tidak dapat membawa kesemua stok tersebut disebabkan kereta tak muat.. 

Kami cuma dapat bawa separuh sahaja.. Baki selebihnya akan dihantar menaiki lori... Katanya, hari ni (Rabu) baru sampai... huhuhu...

Walaubagaimanapun, Syukur Alhamdulillah... Sebahagian besar stok terbaru ni dah pun terjual.. Sehingga semalam, dalam 20 set dah terjual... Kira oklah tukan, dapat jual 20 set dalam tempoh 2 hari...

P/s : Kepada yang berminat untuk membeli Cadar Patchwork Cotton samada untuk kegunaan sendiri, atau untuk jualan (harga borong), boleh hubungi saya menerusi email nuargto@gmail.com


Info berkaitan:

Catat Ulasan

0 Ulasan