Bersanding Berdua Vs Bersanding Berlima

Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera.. 

Pada Hari Ahad bersamaan 1 Jun baru-baru ini, berlangsung majlis perkahwinan adik Ipar saya Helmi, bersama pasangan pilihan hatinya Marliyah Myya@ Maya.. 

Selamat Pengantin Baru saya ucapkan kedua pasangan pengantin... Semoga ikatan Perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat... In Shaa Allah... 

Seronok melihat pasangan pengantin bersanding berduaan di atas pelamin..  


Helmi dan Marliyah Myya@ Maya bersanding berduaan di atas pelamin..


Adik Ipar berkahwin bersanding berduaan.. Kakak dan Abang Ipar tumpang pelamin bersanding berlima.. ;)


Saya, isteri dan anak-anak bersanding berlima di atas pelamin..

Bila lagi kami berlima nak bergambar secara Formal.. Raya tahun lepas dah cuba ambil gambar raya sekeluarga, tetapi Hard Disk kepunyaan jurukamera rosak dan gambar-gambar tersebut tidak berjaya di selamatkan... 

Jadi, kali ni, sementara ada pelamin yang cantik...  dan kebetulan kami semua memakai baju sedondon (bertemakan warna majlis persandingan) kecuali Baby Naila memakai baju berwarna putih,  kami pun tumpang pelamin adik ipar untuk ambil gambar sekeluarga... 

Keluarga adik ipar kedua pun tumpang bersanding sama.. Bersanding berempat, tak lama lagi berlima.. 

Bersanding berempat, tak lama lagi berlima.. 

Bersanding berdua merupakan kunci utama untuk berpeluang bersanding bertiga, berempat dan berlima pada suatu hari nanti, sekiranya dimurahkan rezeki... Tak dimulakan dengan bersanding berdua, macamana nak dapat peluang bersanding berlima.. Betul tak?

Pesanan ini ditujukan kepada para pembaca yang masih bujang, supaya lekas mendirikan rumah tangga... Harap Korang faham dengan maksud tersirat yang cuba saya sampaikan... 

Isteri merupakan anak sulung... Masih ada lagi 4 orang adik-adik ipar saya yang belum mendirikan rumah tangga.. 

Cuba teka mengikut urutan.. Dari Sulung sampai ke Bongsu.. 

Selepas ini, In Shaa Allah seorang demi seorang adik ipar akan mendirikan rumah tangga.. 

Pada masa tu nanti, kalau ada rezeki mungkin saya berpeluang untuk bersanding berenam atau bertujuh... Itupun sekiranya dimurahkan rezeki... In Shaa Allah..

Kalau tak ada pertambahan rezeki, dapat bersanding berlima pun dah kira bersyukur sangat-sangat... ;)

Catat Ulasan

0 Ulasan