Pengalaman bercuti di Marina Water Park dan Marina Cove Resort Teluk Batik, Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada bulan Lepas saya berkesempatan Bercuti di Marina Water Park dan Marina Cove Resort Teluk Batik, Perak.

Sambil bercuti, sempat lagi nak menyahut Cabaran Blog Denaihati dengan menghasilkan satu entri bertajuk Belajar Daripada Blog Denaihati cara membelai hati Pembaca

Hmmm.. hasil yang lumayan berjaya diperolehi melalui entri tersebut... Terima kasih diucapkan kepada Team Denaihati Network..

Ok... Berbalik kepada percutian kami sekeluarga di Marina Cove Resort, Teluk Batik, Perak.

Lokasi percutian ini mempunyai pemandangan yang cukup menarik.. Nampak pemandangan pulau buatan dan Pulau Pangkor dari bilik penginapan kami..







Pemandangan yang dapat dilihat dari Marina Cove Resort Teluk Batik, Perak


Pemandangan Marina Water Park dari bilik penginapan kami


Pemandangan Parking kereta dari bilik penginapan kami

Rate harga Bilik Di Marina Cove Resort Teluk Batik, Perak sangat bersesuaian untuk pakej percutian keluarga.. Tidak terlalu mahal dan tidak juga terlalu murah.. Pilihlah bilik yang sesuai dengan budjet percutian anda.. 


Week Days
Weekend & Public / School Holiday
Published & Peak Season
Room Type
Nett (RM)
Nett (RM)
Nett (RM)
Superior Room
RM128.00
RM158.00
RM208.00
Balcony
RM118.00
RM148.00
RM198.00
(RM10.00)
+ 2 Breakfast
+ 2 Breakfast
+ 2 Breakfast




Executive
RM138.00
RM188.00
RM238.00
Superior
+ 2 Breakfast
+ 2 Breakfast
+ 2 Breakfast




Superior



Family Room
RM168.00
RM208.00
RM268.00
No Balcony
RM158.00
RM198.00
RM258.00
(RM10.00)
+ 3 Breakfast
+ 3 Breakfast
+ 3 Breakfast




Studio Deluxe



One Room
RM148.00
RM188.00
RM228.00
Apartment
+ 2 Breakfast
+ 2 Breakfast
+ 2 Breakfast
(RM10.00)







Premier Deluxe



Two Bedrooms
RM228.00
RM288.00
RM398.00
Apartment
+ 4 Breakfast
+ 4 Breakfast
+ 4 Breakfast
(RM20.00)







Premier Suite



Three Bedrooms
RM298.00
RM388.00
RM598.00
Apartment
+ 6 Breakfast
+ 6 Breakfast
+ 6 Breakfast
(RM30.00)







Executive Deluxe
RM188.00
RM288.00
RM398.00
One Room
+ 2 Breakfast
+ 2 Breakfast
+ 2 Breakfast
Apartment







Executive Premier Deluxe



Two Bedrooms
RM288.00
RM388.00
RM528.00
Apartment
+ 4 Breakfast
+ 4 Breakfast
+ 4 Breakfast




President Suite



Four Bedrooms
RM688.00
RM798.00
RM888.00
Apartment
+ 8 Breakfast
+ 8 Breakfast
+ 8 Breakfast
Rate Bilik Di Marina Cove Resort Teluk Batik, Perak

Kami sekeluarga menginap di Premier Suite Three Bedrooms Apartment.. Selesa untuk percutian kami sekeluarga..

Plan Lantai bilik penginapan kami : Ada satu ruang tamu, 1 dapur, 3 bilik tidur dan 2 bilik air.


Ruang Tamu di bilik penginapan kami



Di bawah Appartment yang kami sewa ada kemudahan swimming pool.. Bolehlah bawa anak-anak mandi di Swimming Pool, sekiranya tidak mahu membawa mereka pergi ke Marina Water Park, yang terletak berhadapan dengan bangunan apartment ini..




Pemandangan dari bawah : Marina Cove Resort Teluk Batik Perak


Mandi-manda di Marina Water Park

Setiap penyewa Marina Cove Resort Teluk Batik boleh masuk ke Marina Water Park secara PERCUMA.. dengan syarat, menunjukkan kupon yang diberikan sewaktu mendaftar masuk menyewa apartment..

Marina Water Park mungkin tidak sehebat Lost World Of Tambun, Bukit Merah Lake Town Resort atau Sunway Lagoon.. Tetapi kalau setakat nak bawa anak-anak kecil seperti anak-anak saya bermain air, tempat seperti ini mungkin sudah memadai..







Pada mulanya anak-anak saya tak mahu bermandi-manda di Marina Water Park. Sebab anak-anak saya ni jenis kurang berminat nak bermain air.. Lebih-lebih lagi apabila anak kedua saya, Adam tidak berapa sihat pada ketika itu.


Adam tidak Sihat ketika kami bercuti di Marina Water Park 

Tetapi apabila tengok ramai orang mandi, Haikal mula menunjukkan minat.. Tak sangka baby Naila pun sama.. Saya dan isteri saya pun tumpang sekaki... hehehe ;)

Haikal, Saya dan Naila

Haikal seakan-akan berenang... Padahal air cetek jer... 

Boleh main papan gelongsor..





Boleh bermain bola tampar air

Syukur Alhamdulillah.. Anak-anak seronok, isteri seronok, ayah tumpang gembira..

Sekiranya anda berminat untuk membawa anak-anak atau ahli keluarga bercuti ke Marina Water Park atau Marina Cove Resort Teluk Batik, Perak, anda boleh layari laman web berikut:


Atau boleh menghubungi nombor telefon dan email seperti berikut: 


Selain waterpark, terdapat beberapa kemudahan lain lagi yang disediakan di Marina Cove Resort Teluk Batik seperti Team Building, Meeting, Seminar,Conference Facilities dan lain-lain.



Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Sudah lama tak ke sini, memang best tempat ni

    BalasPadam
  2. macam menarik je tempat ni..1st time tau ada tempat percutian camni kat perak..
    Sebelum ni yang kitorang tau pun pulau pangkor je..dan baru2 ni je baru explore lost world of tambun..
    nanti nak ajak family gi sini plak la..tq ye coz share..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blh cll,msg.wechat 0175416854@0174905926 utk mendptkn hrga yg lbh murah..sya ada tgkt 8 dn tgkat 3

      Padam
  3. agak murah ya di Marina cove teluk batik. water park pon Nampak luas. puas anak2 main... ada rezeki nak bawa juga anak2 ke telukbatik :))

    BalasPadam
  4. wah! seronoknya :D. pemandangan pun cantik!

    BalasPadam
  5. Wah-wah...memang seronok sangat ni..terbaiklah bro..minggu lepas saya bawa anak mandi manda kat sungai kg jer..nanti ada rezeki lebih boleh la kesini pula..hehe

    BalasPadam
  6. bestnyaa...besarnya kolam dia... murah pula tu harga satu malam..mesti full kalau cuti sekolah kan.

    BalasPadam
  7. Macam menarik je kawasannya. Cuma nampak bilik seperti sedikit lama la kan.

    BalasPadam
  8. Wah lama sangat tak pergi teluk batik. Banyak dah perubahan rupanya siap ada water park. Boleh terjahlah cenggini.

    BalasPadam
  9. Wahhh... seronok gak kat situ... aku kalau balik Seri Iskandar selalu gak ke Lumut atau Teluk Batik tapi tak tau pulak kat Marina tu ada benda2 ni semua...eekekekeke...best2.... :D

    BalasPadam
  10. Wah, saya orang Perak, tahun lepas ada pegi telok batik bawak mak dan juga family. Ingat tahun ni nak cari tempat-tempat yang lagi best. Terima kasih tuan Anuar sudi share :)Bonus Extra Panduan Kumpul List Cara Pro

    BalasPadam
  11. uih menarik ni. tak tau plak kat situ ada tempat macam ni. bolehlah gi weekend yang free nanti. =)

    BalasPadam
  12. Pemandanganya sangat bagus dan sangat menarik, sangat cocok memang untuk bercuti bersama keluarga.

    BalasPadam
  13. marina waterpark nampak seakan tidak disenggara

    BalasPadam
  14. Menarik jugak, tapi kenapa macam kaler air tu hijau ea? mcm tak berapa bersih pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kaler hijau sebab dorang buat macam laut buatan .

      Padam
  15. Dapur apartment tu ada tempat memasak tak?

    BalasPadam
  16. Rate nya tak la mahal sangat.

    Ok jer ..

    BalasPadam
  17. cantiknya semua view itu tak jenuh mata memandangnya

    BalasPadam
  18. Nampak menarik Marina cove Teluk Batik. water park pon nampak luas. puas anak2 main... ada rezeki boleh bawa anak2 ke sana

    BalasPadam
  19. best ni, minggu ni nak pergi, tak sabar. ada tak kedai makan yang best?

    BalasPadam
  20. tempat kje dlu jdi hoskeping

    BalasPadam