Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 akan diadakan pada 27 MEI ini secara Online (Atas Talian). Ini berdasarkan maklumat terbaru yang saya terima daripada Tim Infokerjaya. Salah satu sumber maklumat yang boleh saya percayai setakat ini, dan telah membantu lebih daripada 60,000 calon lulus peperiksaan SPA sejak dari tahun 2009 lagi.
Sila maklumkan kepada rakan-rakan, adik beradik atau saudara mara yang pernah memohon jawatan ini, supaya membuat semakan secara Online status permohonan mereka di laman web SPA.
Kepada yang berjaya dipanggil untuk menduduki peperiksaan ini, saya ucapkan TAHNIAH!
Semoga anda memanfaatkan masa yang ada untuk membuat persediaan bagi menduduki peperiksaan tersebut...
Sekiranya, anda memerlukan rujukan, anda boleh klik pada pautan berikut:
Semoga rujukan tersebut dapat membantu anda mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan sebelum menduduki peperiksaan tersebut tidak lama lagi...
Saya difahamkan bilangan calon yang bakal menduduki peperiksaan ini cuma 3 ribu orang sahaja. Kalau nak diikutkan bilangan calon tidaklah terlau ramai. Tetapi daripada 3 ribu orang calon tersebut, sudah tentu ramai yang akan tersingkir untuk pergi ke peringkat tapisan seterusnya iaitu sesi Temuduga Pegawai Pembangunan Masyarakat S41..
Sesi Peperiksaan inilah yang akan menentukan segalanya, untuk melayakkan anda di panggil ke sesi Temuduga tersebut ataupun tidak. Saya berharap anda berjaya melepasi tapisan pertama ini.. In Shaa Allah..
Walaubagaimanapun ia terletak pada usaha anda untuk lulus dalam Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41.
Sekiranya anda buat sambil lewa sahaja, dan tidak bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan bagi menduduki Peperiksaan tersebt, Saya tak jamin anda boleh lulus. Saya percaya anda pasti bersetuju dengan pendapat saya. Betul tak?
Kita telah melalui semua pengalaman tersebut semenjak belajar di bangku sekolah rendah sehinggalah menamatkan pengajian di peringkat Universiti. Biasanya orang yang membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan akan berjaya mendapatkan keputusan yang diimpikan... Betul tak?
Baiklah. Untuk membantu para calon membuat persediaan bagi Menduduki Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41, Tim Infokerjaya ada menyediakan pakej Rujukan yang boleh mula diperolehi pada 23 Mei 2014 sehingga .....
Matlamat Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41.
Terdapat perbezaan format peperiksaan pada tahun ini berbanding tahun lepas. Iaitu hanya terdapat tiga seksyen sahaja iaitu Seksyen A, B dan C..
Seksyen A dan B sama macam biasa, seperti soalan-soalan peperiksaan SPA yang lain. Manakala Seksyen C adalah merupakan ujian personaliti. Tiada seksyen Esei untuk Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 pada kali ini. Jadi exam ini hanya ada 3 seksyen sahaja, pastinya lebih memudahkan calon untuk menjawab peperiksaan.
Seksyen A dan B sama macam biasa, seperti soalan-soalan peperiksaan SPA yang lain. Manakala Seksyen C adalah merupakan ujian personaliti. Tiada seksyen Esei untuk Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 pada kali ini. Jadi exam ini hanya ada 3 seksyen sahaja, pastinya lebih memudahkan calon untuk menjawab peperiksaan.
FORMAT DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN JAWATAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41
- Seksyen A – Pengetahuan Am
- Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen C – Ujian personaliti
Seksyen A – Pengetahuan Am
Jumlah Soalah : 50
Tempoh Masa : 20 Minit
Jumlah Soalah : 50
Tempoh Masa : 20 Minit
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara.
Contoh Soalah Seksyen A
1. Berapakah bilangan Ahli Dewan Negara?
A) 56
B) 65
C) 70
D) 75
2.Perkataan berikut adalah istilah-istilah yang digunakan dalam Kanun Tanah Negara 1965 KECUALI
A) Kaveat
B) Torrens
C) Rizab
D) Penimbang Tara
3.Perlembagaan Persekutuan yang digunapakai pada hari ini adalah berdasarkan perlembagaan tahun
A) 1948
B) 1957
C) 1963
D) 1984
A) Majistret
B) Pesuruhjaya
C) Pemilik Tanah
D) Gelaran Jawatan
5.Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) adalah merupakan inisiatif kerajaan yang ditubuhkan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mempromosikan industri pelancongan kesihatan di negara ini. Pernyataan berikut adalah TIDAK BENAR mengenai peranan MHTC KECUALI:
A) Mempromosikan ke luar negara perkhidmatan hospital swasta dan hospital kerajaan yang telah diiktiraf layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian untuk menjana pendapatan industri kesihatan negara
B) Mempromosikan ke luar negara perkhidmatan hospital swasta sahaja yang telah diiktiraf layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak Kementrian untuk menjana industri Kesihatan negara
C) Mempromosikan ke luar negara perkhidmatan hospital kerajaan sahaja yang telah diiktiraf layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian untuk menjana industri kesihatan negara
D) Mempromosikan ke dalam dan luar negara perkhdimatan hospital swasta dan hospital kerajaan yang telah diiktiraf dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh phak Kementerian untuk menjana pendapatan industri kesihatan negara
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Jumlah Soalah : 40
Tempoh masa : 20 minit
Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:
(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik
(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.
(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif yang sesuai dengan tugas sebagai Pegawai Psikologi. Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan pelajaran tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian, adalah dianggap tahap kesukaran sesuai untuk semua calon kerana telah melalui tingkatan 5.
Contoh Soalah Seksyen B
A) RM74,850
B) RM75,250
C) RM79,000
D) RM80,000
2. Puan Juita telah membeli kabinet dapur import yang berharga RM21,040. Dia membayar RM5,200 sebagai pendahuluan. Bakinya dibayar secara ansuran selama 1 setengah tahun. Berapakah wang yang perlu dibayar
A) RM680
B) RM880
C) RM980
D) RM990
3. Sebuah kereta bergerak dengan purata laju 92KM/J. Kira jarak dalam KM yang dilalui oleh lori itu dalam 1 jam 15 minit?
A) 15
B) 75
C) 60
D) 65
Seksyen C – adalah ujian personaliti, memerlukan kebijaksaan anda dalam menjawab soalan personaliti ini.
Untuk mengetahui Format Soalan dan Contoh Soalan dalam Seksyen ini, saya syorkan anda >>> klik di sini <<<
Untuk pengetahuan anda, ini merupakan kali Pertama pihak SPA mengadakan peperiksaan secara Online..
Ya Betul!! Para calon akan menjawab peperiksaan secara Online.. Dari segi teknikalnya ia kelihatan bagus, dapat menjimatkan masa, kos percetakan kertas dan memudahkan pihak SPA untuk memeriksa ujian calon. Dengan hanya menggunakan aplikasi secara online, pihak SPA sudah boleh memproses markah Objektif calon dalam masa satu hari sahaja. Bukankah ianya sangat memudahkan urusan pihak SPA.
Bagi calon pula, ianya juga turut memudahkan calon menyemak sekiranya terdapat soalan yang tidak berjawab. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Panduan Menduduki Peperiksaan Online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41, saya syorkan anda menonton Video berikut:
Untuk pengetahuan anda, ini merupakan kali Pertama pihak SPA mengadakan peperiksaan secara Online..
Ya Betul!! Para calon akan menjawab peperiksaan secara Online.. Dari segi teknikalnya ia kelihatan bagus, dapat menjimatkan masa, kos percetakan kertas dan memudahkan pihak SPA untuk memeriksa ujian calon. Dengan hanya menggunakan aplikasi secara online, pihak SPA sudah boleh memproses markah Objektif calon dalam masa satu hari sahaja. Bukankah ianya sangat memudahkan urusan pihak SPA.
Bagi calon pula, ianya juga turut memudahkan calon menyemak sekiranya terdapat soalan yang tidak berjawab. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Panduan Menduduki Peperiksaan Online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41, saya syorkan anda menonton Video berikut:
Video Panduan Menduduki Peperiksaan Online Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
Semoga maklumat yang saya sampaikan mudah difahami. Dan dapat membantu calon untuk membuat persediaan menduduki Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 secara Online pada 27 Mei nanti. Good Luck
0 Ulasan