Tips penjagaan kereta yang dikongsikan oleh seorang anak kepada pemilik sebuah bengkel kereta...
101 Kerosakan Kereta Berpunca Daripada Kurangnya Ilmu
Ramai warga Malaysia yang memiliki kereta, tetapi tidak ramai yang pandai menjaganya..
Ramai pelanggan yang datang ke bengkel kereta disebabkan masalah-masalah kereta mereka berpunca dari kekurangan penjagaan dan kelemahan dalam menyelenggara kereta sendiri.
Seperti contoh :
- Enjin selalu panas. Puncanya – kerana jarang memeriksa air di radiator.
- Enjin terasa berat. Puncanya – kerana salah memilih minyak hitam.
- Kes paling teruk – enjin perlu dioverhaul kerana tak pernah tukar minyak hitam
- Dan lain-lain..
Apakah Akibatnya Jika Kereta Tidak Dijaga?
Pemilik kereta akan menanggung kos pembaikan yang besar sekiranya kereta tersebut rosak atau mengalami masalah..
Contohnya seperti dalam senarai kos pembaikan dalam resit berikut:
Sumber : Klik Di Sini
Sekali tengok Bil ini, memang telan air liur dibuatnya... Mana nak cari duit sebanyak ini dalam sekelip mata...
Untuk mengelakkan keadaan ini daripada berlaku, kenalah rajin-rajin servis kereta... Kos berkala yang perlu kita keluarkan untuk servis kereta mungkin tidaklah semahal ini...
Seperti Kata orang tua-tua mencegah lebih baik daripada mengubati...
Lebih baik kita melakukan servis kereta secara berkala, untuk mencegah kereta kita daripada mengalami kerosakan...
P/s: Anggaplah kereta sebagai "Bini Kedua"... Prihatinlah dengan tahap kesihatan "Bini Kedua " anda, supaya dapat memudahkan urusan anda pada setiap hari... ;)
0 Ulasan