Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
DiGi WWWOW Awards 2014 telah kembali.. Saya rasa tentu ramai yang sudah sedia maklum tentang Berita ini.. Memang WWOW betul lah...
Contest DiGi WWWOW Awards mula diperkenalkan pada tahun 2011.. Ini bermaksud Contest online yang mendapat liputan meluas menerusi Media Massa dan Media Online ini telah pun masuk tahun ke 4.. Selama 4 tahun juga saya tidak pernah ketinggalan mengikuti perkembangan Contest ini, walaupun mula menyertainya pada tahun 2012 dan 2013..
Saya mula rasa berminat untuk mengikuti perkembangan DiGi WWWOW Awards 2011 apabila melihat persaingan di antara blogger-blogger handalan pada ketika itu seperti Ben Ashaari, Mia Liana, Anwar Hadi dan beberapa blogger lain..
Hampir setiap minggu saya tidak melepaskan peluang untuk melihat blog mana yang sedang mendahului carta undian pada ketika itu...
Persaingan memang sengit... Terutamanya kedudukan Top 5 yang didominasi oleh blogger-blogger handalan... Masing-masing tidak mahu menyerah kalah.. Sehinggakan ada yang tak habis-habis berkempen macam YB nak menang pilihan raya... Siap ada yang berkempen secara offline lagi dengan mengajak rakan-rakan atau kenalan di tempat kuliah, tempat bekerja dan sebagainya semata-mata untuk mengundi blog mereka..
Akhirnya apabila Contest telah berakhir... Para peserta terpaksa akur dengan kehebatan Anwar Hadi yang berjaya memenangi 3 kategori daripada 16 kategori yang dipertandingkan..
Senarai pemenang bagi 16 Kategori DIGI WWWOW Awards 2011:
- Fave Person Under 15 : Let It Be
- Fave Person Over 40 : Brandjontan
- Best Internet Good Award : Petfinder.my
- Online Story Of The Year : Suzuki AFF Cup
- Fave Malaysian Female Online Celebrity : Stacy
- Fave Malaysian Male Online Celebrity: Nicholas Teo!
- Fave Tech Head : The Techno Hut
- Must-Follow Personality : Anwar Hadi
- Online Shop Of The Year : Karysma Beads and Sequins
- Picture Of The Year : Beautiful White Orchid
- Top Kay Poh : Lee Zi Wen
- Top LOL : Blog Serious
- Top Makan-Makan Expert : Oh!Malaysia
- Video of The Year : Anwar Hadi
- Best Internet For All Idea : A.F.O Radio
- Blogger of the Year : Anwar Hadi
Melihat semangat yang ditunjukkan oleh para peserta DiGi WWWOW Awards 2011, telah menarik minat saya untuk turut sama menyertai DiGi WWWOW Awards 2012.. Sebenarnya masa tu saya join sebab nak seronok-seronok sahaja.. Memang tak ada harapan pun nak menang, disebabkan blogger yang join semuanya hebat-hebat belaka..
Daripada 16 kategori yang dipertandingkan, saya telah menghantar 5 penyertaan untuk bertanding dalam 3 kategori iaitu:
- Blogger Of The Year (2 Penyertaan),
- Most Promising Webpreneur of the year (1 penyertaan) dan
- PhotoJournalist of The Year (2 Penyertaan)..
Tepat seperti yang saya jangka.. Penyertaan saya dalam DiGi WWWOW Awards 2012 sekadar untuk memeriahkan Contest.. Ramai lagi penggiat media online di Malaysia yang lebih layak untuk memenangi setiap kategori yang dipertandingkan...
Senarai Pemenang bagi 16 Kategori yang dipertandingkan dalam DiGi WWWOW Awards 2012
- Nuffnang Blogger of the Year - Bro, Don Like That La, Bro
- Nuffnang Fave Makan-Makan Expert - FriedChillies
- Nuffnang Fave Kay Poh - Rotikaya
- Malaysiakini PhotoJournalist of The Year - Sea Gypsies
- MSN Breakthrough Star Performer of The Year - Talents of SMK Seafield
- Yahoo! Social Media Gathering of The Year - Twtupkaseh
- Mudah.my Most Promising Webpreneur of the Year - Christy Ng Shoes
- Samsung App of the Year Award - First Word of Geeks
- DiGi WWWOW People's Choice Award (by popular vote) - MyHazman
- The Best of The Best – The DiGi WWWOW Of The Year - Petfinder
- Lowyat.NET Fave Tech Head - Keiths.blog
- Says.my Online Shop of the Year - FriendlyFashion
- Innity Funniest Video of The Year - My Generasi
- Google Most Inspiring Internet for Good Award - Petfinder
- Astro Top Online Over-Achiever Under 15 - ImanShippo
- inMobi Mobile Short Film of The Year - Terima Kasih Malaysia: Belacan
Hasil tinjauan yang telah saya lakukan, terdapat peserta dan penyokong yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut DiGi WWWOW Awards 2012.. Pada pendapat mereka, masih ada peserta lain yang lebih layak untuk menjadi pemenang bagi kategori-kategori tertentu yang dipertandingkan, tetapi peserta lain pula yang dipilih sebagai menang..
Syyyy.. Saya tak nak sebut kategori apa, dan siapa yang dimaksudkan... Kalau nak tahu, kenalah cari sendiri dekat Googgle.. Bukan sekadar sorang dua sahaja yang tidak puas hati dengan keputusan tersebut, tetapi boleh tahan juga bilangannya.. Sehinggakan ada blogger yang nak boikot daripada menyertai DiGi WWWOW Awards untuk tahun-tahun yang berikutnya...
Bagi Digi WWWOW Awards 2013 pula, saya hanya menghantar 2 penyertaan sahaja iaitu masing-masing dalam kategori Online Shop of The Year dan kategori Blogger of The Year..
Percubaan kali kedua saya juga nampaknya kurang berjaya.. Walaubagaimanapun saya berpuas hati sebab dapat meramaikan penyertaan.. Melalui penyertaan dalam contest tersebut secara tidak langsung telah membantu mempromosikan 2 blog saya ... ;)
Senarai Pemenang bagi 15 Kategori yang dipertandingkan dalam DiGi WWWOW Awards 2013
- Blogger of The Year : Irine Marcello
- Shorty Blogger of The Year : Justin Tan Wei Jin
- Fave Entertainment Blog : Mohd Idris
- Fave Tech Head : Arif Ishak
- Online Shop of The Year : Arthur Loh Dien Lun
- Fave Video of The Year : Mat Luthfi
- Most Inspiring Internet for Good Award : Heidy Quah
- Top Online Over-Achiever Under 16 : Ruth Kezia Hope a/p Muthu
- App of The Year : AMOK
- Photostory of The Year : Ronan Tan
- Breakthrough Youtube Star : Amrita Soon
- Social Media Gathering of The Year : Cyril Dason (TweetUp Kuching 2012)
- Fave Makan Makan Expert : Teo Chee Seng
- People’s Choice Award : MyHazman.com
- Best of The Best : Mat Luthfi
Tidak banyak kedengaran berita negatif dalam DiGi WWWOW Awards 2013, berbanding contest pada tahun sebelumnya... Sebaliknya terdapat rakan-rakan blogger menceritakan kisah kejayaan Irine Marcello dinobatkan sebagai Blogger Of The Year di saat baru sahaja menghayati kemanisan mendapat anak pertama.. Sememang benar, setiap kelahiran anak ke dunia ini membawa rezeki bersamanya... ;)
Selain itu MyHazman.com juga turut mencuri tumpuan apabila masih berjaya mengekalkan kemenangan untuk kategori People’s Choice Award selama 2 tahun berturut-turut..
Selain itu MyHazman.com juga turut mencuri tumpuan apabila masih berjaya mengekalkan kemenangan untuk kategori People’s Choice Award selama 2 tahun berturut-turut..
Adakah beliau akan dapat terus mengekalkan kecemerlangan dalam DiGi WWWOW Awards 2014?
Sama-samalah kita nantikan... Tapi pada edisi DiGi WWWOW Awards pada kali ini beliau perlu bersaing dalam kategori yang lain pula, disebabkan kategori yang dimenangi sebelum ini sudah tidak wujud lagi..
Senarai kategori yang dipertandingkan dalam DiGi WWWOW Awards 2014
Dalam DiGi WWWOW Awards sebelum ini, secara kebiasannya kita melihat sekitar 15-16 kategori yang dipertandingkan. Tetapi dalam Edisi DiGi WWWOW Awards 2014 ternyata jauh berbeza..
Pada kali ini hanya 3 kategori sahaja yang dipertandingkan iaitu Commerce, Content dan Comunity.. Setiap kategori mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut:
Pada kali ini hanya 3 kategori sahaja yang dipertandingkan iaitu Commerce, Content dan Comunity.. Setiap kategori mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut:
Commerce
Kategori Commerce sesuai untuk mereka yang ada menjalankan perniagaan menerusi internet. Mereka menggunakan Platform secara online untuk memasarkan dan menjual produk / perkhidmatan mereka secara sah di sisi undang-undang. Berikut merupakan senarai semak untuk mendaftar di bawah kategori ini:
- Memiliki perniagaan atau perkhidmatan secara online.
- Sekurang-kurangnya telah menjadi peniaga secara Online selama lebih daripada 3 bulan.
- Menggunakan pelbagai platform media sosial seperti blog, Facebook , Twitter atau mana-mana media sosial online yang bersifat interaktif.
- Mempamerkan minat dan komitmen yang tinggi terhadap e-perniagaan.
- Dan lain-lain
Content
Mempunyai isi kandungan web yang menarik. Penyertaan dibuka kepada mereka yang kreatif dan boleh menghasilkan sesuatu yang menarik seperti video, muzik, applikasi, dan sebagainya untuk dikongsikan kepada orang ramai secara online.. Kemungkinan anda berjaya menghasilkan sesuatu idea yang kecil, tetapi mempunyai potensi untuk memberi impak yang besar kepada masyarakat. Berikut merupakan senarai semak pendaftaran untuk menyertai kategori ini:
- Isi kandungan adalah hasil usaha sendiri samada secara individu atau berkumpulan.
- Isi kandungan yang diterbitkan adalah asli , unik dan hasil tempatan.
- Mempamerkan kepakaran teknikal dan inovasi yang tinggi (contohnya pengambilan gambar/video, kerja-kerja penyuntingan , pencahayaan, dan kesan bunyi.)
- Skrip atau jalan cerita yang kreatif dan berjaya ditulis dengan baik .
- Pengiktirafan hasil kerja yang tinggi merujuk kepada bilangan subcribers/followers.
Comunity
Mempunyai idea yang dapat membawa perubahan yang lebih baik kepada Malaysia. Sama ada dari segi hubungan sosial, kebajikan, prihatin terhadap kebajikan manusia/haiwan , pendidikan atau kempen alam sekitar dan sebagainya yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kita. Berikut merupakan senarai semak pendaftaran untuk menyertai kategori ini:
- Anda mempunyai urusan sosial secara online.
- Menjalankan kempen/penubuhan dana dalam talian untuk misi sosial.
- Mempamerkan kesan projek /urusan yang dilakukan dapat memberi kesan yang baik .
- Menggunakan pelbagai platform media sosial seperti blog, Facebook , Twitter atau mana-mana media sosial online yang bersifat interaktif untuk tujuan promosi.
- dan lain-lain
Hmmm.. Banyak juga syarat yang dikenakan untuk menyertai DiGi WWWOW Awards 2014 pada kali ini.. Patutlah cuma ada 3 kategori sahaja yang dipertandingkan, dan hadiah yang ditawarkan untuk setiap kategori memang lumayan.. Wang tunai sahaja dah ada RM20K.. itu belum termasuk lagi pakej percutian ke destinasi menarik, Samsung GALAXY Note 3 Rose Gold dan lain-lain... Beruntung betul siapa yang berjaya menjadi pemenang pada kali ini.. ;)
Untuk turut sama memeriahkan DiGi WWWOW Awards 2014, saya telah pun menghantar satu penyertaan menerusi blog Discount Hari2.. Blog ini biasa-biasa sahaja, takderlah sefemes mana pun..
Pada asalnya saya daftar blog ini di bawah kategori Commerce.. Tapi kena reject dengan pihak penganjur.. Pihak penganjur meminta saya mendaftarkan semula blog tersebut di bawah kategori Content pula.. Dah itu kehendak penganjur, maka saya turutkan sahaja asalkan ada juga sekurang-kurangnya satu penyertaan saya dalam Contest ini.
Hasilnya.. Pada petang tadi saya melihat blog Discount Hari2 telah dimasukkan dalam senarai peserta DiGi WWWOW Awards 2014.. Syukur Alhamdulillah.. Ada juga satu penyertaan pada kali ini..
Untuk turut sama memeriahkan DiGi WWWOW Awards 2014, saya telah pun menghantar satu penyertaan menerusi blog Discount Hari2.. Blog ini biasa-biasa sahaja, takderlah sefemes mana pun..
Pada asalnya saya daftar blog ini di bawah kategori Commerce.. Tapi kena reject dengan pihak penganjur.. Pihak penganjur meminta saya mendaftarkan semula blog tersebut di bawah kategori Content pula.. Dah itu kehendak penganjur, maka saya turutkan sahaja asalkan ada juga sekurang-kurangnya satu penyertaan saya dalam Contest ini.
Hasilnya.. Pada petang tadi saya melihat blog Discount Hari2 telah dimasukkan dalam senarai peserta DiGi WWWOW Awards 2014.. Syukur Alhamdulillah.. Ada juga satu penyertaan pada kali ini..
Sumber : Klik Di Sini
Walaupun pendaftaran telah berjaya dilakukan, tetapi sebenarnya saya baru memenuhi 3 daripada 8 langkah penyertaan contest ini.. Perghh ada lagi 5 langkah yang perlu saya lakukan..
1. Pendaftaran Online
Pendaftaran secara Online menerusi Facebook, Twitter atau Google+
2. Pilih Kategori dan hantar penyertaan
Pilih kategori dan hantar entry/proposals penyertaan
3. Tunggu pengesahan melalui Email
Peringkat pertama telah pun selesai.. Dalam tempoh 24 jam anda akan menerima email pengesahan pednaftaran daripada pihak penganjur..
4. Mengisi Jurnal Online
Peserta yang telah berjaya melepasi langkah ke 3, boleh access online Journal WWWOW. Peserta perlu menjawab beberapa siri soalan bagi setiap kategori dan menyempurnakan penyertaan tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
5. Buat Hebahan dan dapatkan Undian
Buat hebahan menerusi media sosial dan dapatkan undian daripada rakan-rakan anda
6. Pengumuman Top 10 FINALISTS
Top 10 finalists bagi setiap kategori akan diumumkan dan penyertaan mereka akan di bawa ke peringkat seterusnya
7. Pembentangan Idea daripada FINALISTS
Para Finalists akan diberi peluang untuk membentagkan idea-idea mereka dihadapan panel hakim yang terdiri daripada pakar-pakar industri. Mereka akan mendengar idea tersebut dan anda akan mendapat maklumbalas berharga daripada mereka
8. Malam Penganugerahan
Satu malam penganugerahan akan diadakan untuk mengiktiraf dan meraikan pemenang tempat pertama bagi setiap kategori.
Pada malam tersebut pastinya 3 pemenang yang bakal mengungguli setiap kategori akan tersenyum lebar bersama hadiah wang tunai yang dimenangi, berserta hadiah-hadiah lumayan lain yang ditaja oleh syarikat-syarikat ternama seperti berikut:
Pada malam tersebut pastinya 3 pemenang yang bakal mengungguli setiap kategori akan tersenyum lebar bersama hadiah wang tunai yang dimenangi, berserta hadiah-hadiah lumayan lain yang ditaja oleh syarikat-syarikat ternama seperti berikut:
Senarai Penaja bersama DiGi WWWOW Awards 2014
- DiGi - Tajaan berupa Wang Tunai berjumlah RM15,000 (RM5,000 untuk setiap kategori)
- Mudah.my - Tajaan berupa Wang Tunai berjumlah RM15,000 (RM5,000 untuk setiap kategori)
- SAYS - Tajaan berupa Wang Tunai berjumlah RM15,000 (RM5,000 untuk setiap kategori)
- AIG - Tajaan berupa Wang Tunai berjumlah RM15,000 (RM5,000 untuk setiap kategori)
- SAMSUNG - Tajaan berupa Samsung GALAXY Note 3 Rose Gold X 3 unit
- Asia Web - Tajaan berupa Penginapan 3D2N @ Miri Marriot Resort and Spa, Penginapan 3D2N@Renaissance Johor Bahru dan Penginapan 3D2N@Courtyard Bali Nusa Dua
- Lowyat.net
- ITrain
- MSN
- Yahoo! Malaysia
- Mindvalley
- Astro
Banyaknya hadiah yang disediakan dalam DiGi WWWOW Awards 2014.. Tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan Contest ini pada setiap tahun..
Setinggi penghargaan terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak penganjur kerana memberi kesempatan kepada blog Discount Hari2 untuk turut sama memeriahkan contest ini.. ;)
Sumber : Klik Di Sini
P/s : Sekiranya tidak keberatan, jemputlah undi blog Discount Hari2 dalam DiGi WWWOW Awards 2014
0 Ulasan