Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini merupakan hari ke 5 Pesawat MAS MH370 hilang..
Semenjak kehilangan pesawat MAS MH370, saya lebih banyak menonton televisyen, mendengar dan membaca... Sehingga kehilangan mood hendak menulis...
Setiap masa hati ini berdebar-debar nak tahu berita terkini tentang status pesawat tersebut... Terlalu banyak persoalan yang belum ada jawapannya....
- Ke mana menghilangnya pesawat tersebut?
- Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pesawat tersebut boleh hilang daripada radar?
- Adakah pesawat tersebut telah ditemui?..
- Bagaimana dengan keadaan semua penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat tersebut?
- Siapakah sebenarnya 2 orang penumpang misteri yang turut menyertai penerbangan tersebut?
- Sekiranya benar pesawat tersebut terhempas seperti spekulasi yang pernah diperkatakan oleh sesetengah pihak, Mana buktinya?
- Sekiranya pesawat tersebut telah berpatah balik, di mana pesawat tersebut mendarat?
dan sebagainya...
Kehilangan Pesawat MAS MH370
Sumber : www.thestar.com.my
Semakin banyak kita berfikir tentang kehilangan pesawat MH370, semakin banyak persoalan yang berlegar-legar difikiran kita...
Untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut, pelbagai usaha telah kita lakukan..
Pandangan dan pendapat pakar berkaitan dengan teknologi penerbangan telahpun kita dengar ..
Bermacam jentera telah kita kerahkan dalam usaha mencari pesawat yang hilang...
Bantuan dan kepakaran dari negara luar juga telah kita gunakan...
Tetapi, Walau secanggih mana pun teknologi yang ada, tetapi sehingga 4 hari berlalu, pesawat yang dicari tidak juga dijumpai...
Ini menunjukkan kemampuan manusia ada batasannya.. Walaupun kita mampu menguasai sains dan teknologi, tetapi kita perlu akur dengan kekuasaan Allah S.W.T..
Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini...
Marilah kita sama-sama berdoa supaya... dengan izin Allah S.W.T kapal terbang MH370 yang hilang dapat ditemui semula dalam keadaan selamat... sebagaimana kapal tersebut hilang dengan izin Allah S.W.T juga...
Antara usaha rohaniah yang boleh kita lakukan untuk memohon pertolongan ALlah S.W.T ialah dengan mengadakan solat Hajat... Dan jangan juga dilupa Solat Dhuha...
Doa Solat Dhuha
Maksud doa Solat Dhuha:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”
Ya Allah Ya Tuhanku, jika pesawat MH370 masih ada di langit, turunkanlah.. Jika pesawat tersebut ada di daratan, tunjukkanlah di mana ia berada.. Jika pesawat tersebut ada di dalam lautan, timbulkanlah... Berkat waktu Dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh..
Sesungguhnya begitu ramai hamba-hambamu yang mengharap kepulangan pesawat tersebut... Terutamanya ahli-ahli keluarga penumpang pesawat tersebut, yang begitu menyayangi mereka...
Sesungguhnya Allah maha berkuasa ke atas sesuatu, maha pemurah, maha pengasih lagi maha bijaksana.. Wallahualam...
0 Ulasan