Statistik Peratus Pemohon Yang Gagal mendapatkan Kerja Kerajaan bagi tahun 2010 hingga 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada setiap tahun lebih daripada 1 juta rakyat Malaysia yang memohon pelbagai pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan.. Ini menunjukkan begitu ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk bekerja di sektor kerajaan, walaupun gaji yang diperolehi tidaklah sebanyak gaji yang ditawarkan oleh sesetengah majikan di sektor swasta. 

Salah satu penyebabnya mungkin disebabkan kerjaya di sektor kerajaan lebih terjamin untuk jangkamasa panjang, berbanding sesetengah pekerjaan di sektor swasta.

Statistik Peratus Pemohon Yang Gagal mendapatkan Kerja Kerajaan bagi tahun 2010 hingga 2012

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), untuk tempoh 3 tahun iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2012.. Hanya beberapa peratus sahaja calon yang berjaya dalam permohonan untuk mendapatkan kerja kerajaan.. Sebahagian besarnya adalah GAGAL..

Sumber: Maklumat Laporan Tahunan SPA bagi tahun 2010, 2011 dan 2012

Dalam tempoh 3 tahun tersebut, jumlah pemohon yang berjaya mendapat kerja kerajaan adalah seperti berikut:
  • Tahun 2010 seramai 35,061 (2.11%) orang calon sahaja yang berjaya daripada 1,661,687 permohonan
  • Tahun 2011 seramai 36,810 (3.28%) orang calon yang berjaya daripada 1,123,692 permohonan
  • Tahun 2012 seramai 47,335 (4.36%) orang calon  yang berjaya daripada 1,085,877 permohonan
  • Statistik untuk tahun 2013 masih belum dikeluarkan lagi oleh pihak SPA..

Walaupun statistik di atas menunjukkan bilangan peratus pemohon yang berjaya mendapatkan kerja kerajaan semangkin meningkat pada setiap tahun, tetapi peratusnya masih lagi rendah.. Sehingga kini tak sampai pun 5% calon yang berjaya dalam permohonan tersebut.

Ini menunjukkan persaingan untuk mendapatkan peluang bekerja disektor kerajaan terlalu kuat.. Semakin ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk bekerja di sektor kerajaan, tetapi sayangnya jawatan kosong yang disediakan adalah terhad. Lebih-lebih lagi apabila tempoh bersara di sektor kerajaan telah ditingkatkan kepada 60 tahun. Semakin lambat golongan pekerja kerajaan bersara, maka semakin sedikit kadar pusing ganti untuk mengambil pekerja baru dilaksanakan


"Semakin Ramai Graduan dilahirkan menjadikan permohonan untuk bekerja di sektor kerajaan semakin meningkat"

Pada hari ini remaja lepasan SPM mempunyai banyak pilihan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Mereka boleh membuat pilihan untuk melanjutkan pelajaran berdasarkan minat mereka, dengan syarat mereka berjaya memenuhi syarat kelulusan minimum yang telah ditetapkan. 

Mereka boleh melanjutkan pengajian ke 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), atau di 52 Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Universiti, atau di lebih 400 buah kolej Swasta, atau di 30 buah politeknik yang terdapat di seluruh Malaysia, atau di mana-mana 80 buah kolej Komuniti yang terdapat di Malaysia.. Pilihan terletak di tangan mereka..  

Terdapat 20 IPTA di Malaysia
Sumber : Klik Di Sini

Terdapat 53 IPTS bertaraf Universiti di Malaysia
Sumber : Klik Di Sini

Sekiranya ada remaja yang lebih cenderung kepada kemabhiran berbanding akademik, mereka boleh menyertai pengajian/kemahiran di bawah kementerian yang lain seperti ADTEC, IKM, ILP, IKBN, CIAST, CIDB dan sebagainya.. 

Dengan adanya pertumbuhan yang pesat dalam sektor pendidikan, menjadikan graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam pelbagai sektor pendidikan semakin banyak.. Sedangkan peluang pekerjaan di sektor kerajaan adalah terhad.. 

Sebagai contoh, iklan yang terdapat di laman web SPA untuk sepanjang tahun 2014, cuma ada 28 iklan kekosongan jawatan sahaja yang ditawarkan secara terbuka.. Maklumat ini saya perolehi berdasarkan Jadual Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam bermula pada bulan januari 2014 sehingga bulan November 2014.

Jadual Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam

Bulan Januari
  • Pembantu Penguatkuasa Gred N17 06.01.2014 - 08.01.2014

Bulan Februari
  • Pegawai Belia dan Sukan Gred S41     08.02.2014

Bulan Mac
  • Pegawai Penerangan Gred S41 01.03.2014
  • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 08.03.2014
  • Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP27          10.03.2014 - 14.03.2014
  • Pegawai Arkib Gred S41 29.03.2014
  • Pereka Gred B17  25.03.2014

Bulan April
  • Ahli Fotografi Gred B17 02.04.2014
  • Penolong Akauntan Gred W27 05.04.2014
  • Penolong Penguasa Penjara Gred KX27 07.04.2014 - 11.04.2014
  • Separa Perubatan Gred U29                              14.04.2014 - 02.05.2014

Bulan Mei
  • Pegawai Penerangan Gred S41                  03.05.2014
  • Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 06.05.2014 - 08.05.2014
  • Pereka Gred B41   14.05.2014 - 16.05.2014
  • Penerbit Rancangan Gred B27                   19.05.2014 - 22.05.2014
  • Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 24.05.2014

Bulan Jun
  • Pegawai Kebudayaan Gred B27 09.06.2014 - 12.06.2014
  • Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S27 14.06.2014
  • Penolong Pegawai Penerangan Gred S27      21.06.2014  

Bulan Ogos
  • Perangkawan Gred E41                                    16.08.2014
  • Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP27 26.08.2014 - 29.08.2014

Bulan September
  • Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27  09.09.2014 - 11.09.2014  
  • Artis Budaya Gred B17 15.09.2014 - 18.09.2014
  • Penolong Penguasa Bomba Gred KB29       22.09.2014 - 26.09.2014  
  • Akauntan Gred W41                                27.09.2014

Bulan Oktober
  • Ahli Fotografi Gred B27                  08.10.2014 - 10.10.2014
  • Penolong Pegawai Arkib Gred S27 18.10.2014
  • Separa Perubatan Gred U29             20.10.2014 - 31.10.2014

Bulan November
  • Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27 01.11.2014


Ramai calon yang gagal dalam permohonan Jawatan yang disenaraikan dalam jadual di atas, disebabkan para calon perlu lulus dalam peperiksaan sebelum berjaya mendapatkan pekerjaan-pekerjaan tersebut..


Ramai calon yang tidak lulus didalam peperiksaan untuk mendapatkan pekerjaan-pekerjaan di atas disebabkan mereka tidak membuat persediaan rapi untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Sebagai contoh, peperiksaan yang terhampir ialah Peperiksaan Pegawai Penerangan Gred S41 yang akan diadakan pada 1 Mac 2014.. 

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi terdapat lebih kurang 4000 orang calon yang telah memohon jawatan Peperiksaan Pegawai Penerangan Gred S41.

Tetapi persoalannya..

Adakah semua calon tahu format soalan yang bakal di tanya dalam peperiksaan tersebut?

Adakah semua calon tahu persediaan yang perlu mereka lakukan untuk menduduki peperiksaan tersebut?

Adakah para calon tahu di mana mereka boleh mendapatkan rujukan yang berkaitan denganPeperiksaan Pegawai Penerangan Gred S41 ?

Saya percaya tidak semua calon mengetahuinya..

Disebabkan itu tidak hairanlah sekiranya ramai yang gagal dalam peperiksaan perkhidmatan awam sebelum ini..

Jadi, sekiranya anda ada memohon pekerjaan dalam sektor kejayaan pada tahun 2014 ini, saya berharap semoga anda tidak tersenarai dalam peratus calon yang gagal seperti pada 3 tahun sebelum ini:

- Tahun 2012, 95.64% GAGAL
- Tahun 2011, 96.72% GAGAL
- Tahun 2010, 97.89% GAGAL

Harapan saya... Semoga anda boleh membuat persediaan lebih AWAL, persediaan yang lebih RAPI dan persediaan yang lebih TERSUSUN..

Disebabkan masih ada masa lagi untuk anda membuat persediaan tersebut..

Sebelum ini semasa anda belajar di Universiti, anda boleh membuat persediaan untuk menduduki pelbagai ujian dan peperiksaan sehingga akhirnya anda berjaya menggenggam seggulung Ijazah.. 

Tetapi pada kali ini, anda juga perlu membuat persediaan rapi untuk mendapatkan pekerjaan... Supaya tidak sia-sia penat lelah anda belajar selama beberapa tahun semasa di Universiti sebelum ini..

Ayuh!! Buat persediaan bermula dari sekarang dan tinggalkan mereka yang masih leka menunggu sehingga tiba tarikh peperiksaan tanpa sebarang persediaan!

Sekiranya anda pernah membuat permohonan pekerjaan dalam sektor kerajaan pada tahun 2014 ini, anda perlu memulakan langkah pertama anda dengan membuat semakan di laman web SPA..

Bagaimana cara nak buat semakan?

Anda boleh dapatkan jawapannya dalam entri yang pernah saya tulis sebelum ini.. Untuk maklumat lanjut anda boleh klik di sini

Kepada calon-calon yang bakal menduduki Peperiksaan Pegawai Penerangan Gred S41 pada 1 Mac nanti, saya ucapkan semoga berjaya.. 

Semoga anda berjaya mendapatkan pekerjaan yang anda impikan selama ini... Good Luck ;)

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Sweet blog! I found it while searching on Yahoo News.
    Do you have any tips on how to get listed in Yahoo News?
    I've been trying for a while but I never seem to get
    there! Cheers

    Feel free to visit my webpage; συνταγες

    BalasPadam
  2. peluang kurang, saingan makin memang dasyat untuk masuk sektor awam.

    BalasPadam
  3. persaingan dan tapisan yang terlalu susah juga nak dipilih tuh.. sekarang memang susahla kalau nak dibanding dengan dulu...

    BalasPadam
  4. Syukur pada tahun 2012 waktu usia 30 tahun dapat juga rezeki untuk kerja dalam sektor gomen.
    Walaupun agak lambat tapi masih belum terlewat.

    BalasPadam
  5. info yang sangat detail. para pencari kerja kerajaan perlu tau info ni.. tapi nampaknya peratusan gagal makin turun walaupun beza hanya 1% setiap tahun. terima kasih kerana berkongsi..

    BalasPadam
  6. Kena kerja jadi blogger secara sambilan ni.

    BalasPadam
  7. Pergh besar gila statistik. Macam mana la saya nanti bila dah grad. :(

    BalasPadam