Limpahan Rezeki Pada Tahun 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Rezeki, pertemuan, Jodoh, ajal dan Maut, di tangan Allah S.W.T.. Hanya Allah yang lebih mengetahui tentang persoalan kenapa? , bila?, di mana?, bagaimana?, berapa?  dan siapa?  Sekiranya ia berkaitan dengan Qada' dan Qadar Allah S.W.T..

Namun begitu sebagai manusia biasa kita disyorkan supaya berusaha, berikhtiar, berdoa... Dan akhir sekali barulah bertawakal, supaya apa yang kita usahakan dan apa yang kita hajatkan akan diperkenankan oleh Allah S.W.T..

"Rezeki itu milik Allah S.W.T yang dipinjamkan sementara kepada manusia, supaya manusia dapat mentadbirnya dengan adil dan Bijaksana"  


Apabila kita menyebut tentang rezeki, Sesungguhnya rezeki itu milik Allah S.W.T.. Allah akan memberikan rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu dan Dia juga berhak mengambilnya semula pada bila-bila masa yang di kehendaki. 

Jadi, kita perlu sentiasa bersabar dan bersyukur dengan rezeki yang kita miliki pada hari ini, walaupun nilainya sedikit. Semoga di dalam rezeki yang sedikit itu, ada keberkatan di dalamnya. In Shaa Allah..

"Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan." [Surah Al-Baqarah, Ayat 245]

  • Lahir sebagai seorang muslim juga dinamakan rezeki.. Kita patut bersyukur kerana hidayah Islam telah sampai kepada kita sejak kita berada di dalam perut ibu lagi
  • Dapat peluang bertemu jodoh juga dinamakan rezeki.. Kita patut bersyukur dengan rezeki tersebut, kerana ada juga dalam kalangan rakan-rakan kita yang berharta, berpangkat, mempunyai paras rupa yang menarik tetapi masih belum bertemu jodoh sehingga sekarang
  • Mendapat tubuh badan yang sihat juga dinamakan rezeki. Kita patut bersyukur kerana ada rakan-rakan kita pada ketika ini terlantar di atas katil disebabkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi
  • Dapat makan sesuap nasi sehari juga dinamakan rezeki. Kita patut bersyukur kerana ada rakan-rakan kita di luar sana yang mati kebuluran disebabkan tidak mendapat bekalan makanan selama beberapa hari
  • Mendapat zuriat juga dinamakan rezeki. Kita patut bersyukur kerana ada rakan-rakan kita yang telah berkahwin berpuluh-puluh tahun tetapi masih  lagi belum dikurniakan zuriat walaupun pelbagai usaha telah mereka lakukan
  • Mendapat bonus dan kenaikan gaji juga dinamakan rezeki. Kita patut bersyukur kerana masih ada lagi rakan-rakan kita di luar sana yang bekerja berpuluh-puluh tahun tetapi tetap tidak pernah mendapat kenaikan gaji walau sekali pun, apatah lagi mendapat pemberian bonus
  • Dan terlalu banyak lagi contoh rezeki yang terdapat di sekeliling kita, seandainya kita tahu menilainya dan mengakui tentang kebesaran Allah S.W.T yang sentiasa pemurah terhadap hamba-hambanya..


Sebagai contoh, limpahan rezeki yang telah saya perolehi pada tahun 2013.. (Saya jadikan diri saya sebagai contoh supaya lebih mudah untuk saya menceritakan pengalaman limpahan rezeki yang telah berjaya saya perolehi pada tahun lepas)


1) Dikurniakan Zuriat ke 3 

Ianya bermula di saat isteri saya disahkan hamil, mengandung anak ke 3

Pada mulanya kami seakan tidak percaya dengan berita yang kami ketahui, memandangkan anak ke dua kami telah pun berumur melebihi 4 tahun. Disebabkan dah terlalu lama isteri saya tidak mengandung, jadi masa tu kami redha sekiranya hanya dikurniakan dua orang cahaya mata sahaja dalam hidup kami.

Tetapi apabila kehamilan isteri saya disahkan positif, kami berdoa semoga pada kali ini kami dikurniakan seorang anak perempuan,  memandangkan kami sudah mempunyai dua orang anak lelaki.

Usia kehamilan isteri saya semakin bertambah dari sehari ke sehari. Sehinggalah jantina baby dalam kandungan boleh diketahui. Dan betapa gembiranya kami apabila mengetahui jantina anak dalam kandungan isteri saya adalah perempuan. Syukur Alhamdulillaah, kerana perkenankan permintaan hambamu ini yang tidak pernah berputus asa menadah tangan memohon kepada mu..


Anak Pertama Haikal, Kedua Adam, dan Ketiga Naila

Lebih menggembirakan lagi apabila kelahiran anak ke tiga kami jatuh pada tarikh lahir yang sama dengan anak sulung saya dan ayah mertua saya iaitu pada 5 Oktober.. Ayah mertua saya lahir pada 5 Oktober 1956, Anak pertama saya lahir pada 5 Oktober 2007, dan anak ke 3 saya lahir pada 5 Oktober 2013.. Jadi, murah rezeki Baby Naila.. Dapat sambut hari lahir sekali dengan Abang Haikal dan Atuk ketika baru berumur sehari.. ;)

Selamat Hari Lahir Atuk, Haikal Dan Naila.. 5 Oktober dalam kenangan..

Selepas kelahiran anak ke 3, rezeki kami semakin melimpah ruah.. 

Benarlah kata orang tua-tua.. Setiap anak yang lahir ke dunia ini akan membawa bersamanya rezeki untuk diuruskan oleh kedua ibu-bapanya.. Disebabkan itu, walaupun ada keluarga yang mempunyai 20 orang anak, tetapi masih mampu membesarkan kesemua anak-anaknya sehingga dewasa.. Sesungguhnya Allah S.W.T maha pemurah lagi maha penyayang.


2) Berjaya mendapat keputusan kenaikan Pangkat

Rezeki pertama selepas kelahiran anak ke 3 mucul pada penghujung bulan Oktober..

Saya dan isteri saya berjaya mendapat pemangkuan kenaikan pangkat... Syukur Alhamdulillah.. 

Keputusan pemangkuan kenaikan pangkat saya

Keputusan pemangkuan kenaikan pangkat isteri


3) Berjaya Menjadi Salah Seorang Pemenang Blogger Contest

Kemudian pada 1 November 2013, sekali lagi saya mendapat rezeki.. Pada kali ini melalui blog pula.. Blog saya diumumkan sebagai salah satu pemenang bagi Contest yang pernah saya sertai..


Mungkin inilah yang dinamakan rezeki dapat anak.. Siapa sangka blog picisan ini boleh terpilih menjadi salah seorang pemenang bagi Contest yang turut disertai oleh ramai blogger tersohor tanah air..

"Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya." [Surah At-Thalaq, Ayat 3]


4) Mewakili Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia

Pada 2 November 2013, sekali lagi ada rezeki lain berpihak kepada saya.. Saya telah terpilih untuk mewakili Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam kejohanan sukan antara Staf Universiti bagi acara Catur.. 

Bergambar kenangan bersama para atlet dan pengurus pasukan Catur KPM

Betapa seronoknya hati saya apabila mendapat peluang ini.. Maklumlah dah lama saya tak bermain catur dalam kejohanan besar macam ini.. Kali terakhir saya mewakili KUiTTHO (Kini UTHM) ialah pada tahun 2005.. Selepas itu saya sepi daripada bermain catur setelah dihantar bertugas ke Mukah, Sarawak..

Masa saya dapat peluang ini, saya rasa bersyukur sangat-sangat.. Sebab inilah masa terbaik untuk saya menjejaki semula rakan-rakan "seteru" saya semasa kami bersama-sama bermain sebagai  pelajar pada satu masa dahulu.. 

Apabila tiba hari pertandingan, perasaan seronok bertukar menjadi perasaan gementar.. Sebab apa?

Saya kena duduk di board pertama yang berperanan seakan-akan sebagai seorang ketua pasukan.. 

Walaupun duduk di Board pertama tetapi saya cuba juga memberi saingan kepada pemain pasukan lain.. Syukur Alhamdulillah... Hasilnya 4 menang, 1 seri dan 3 kalah..

Dapat Seri dengan Dr. Nasrul (Bekas pemain UTM semasa belajar dulu, dan kini tetap mewakili UTM)

Berjaya mengalahkan PM Dr. Mohammad Nazmul.. Syukur Alhamdulillah..

Dalam seronok bermain catur mewakili KPM, tak sangka pula saya dapat panggilan telefon daripada seorang wartawan akhbar harian Metro, yang berminat dengan hasil kerja tangan isteri saya..

5) Hobi Isteri tersiar dalam akhbar Harian Metro, gara-gara blog Coretan Anuar

Sekali lagi rezeki yang tidak disangka-sangka menjelma dalam kehidupan kami.. Tak sangka pula ada Wartawan daripada Harian Metro yang mengikuti perkembangan blog Coretan Anuar, disebabkan tertarik dengan segmen "Hobi Terbaru Isteri Saya"

Beliau meminta saya aturkan satu temujanji dengan isteri saya disebabkan ingin menemuramah dan mengambil gamabar beliau..

Disebabkan pada ketika itu saya berada di UKM, Bangi (kerana bermain catur) dan isteri saya pula pada ketika itu sedang berpantang di rumah mertua saya di Pusing, Perak..

Jadi, wartawan tersebut (Ida) meminta saya membuat satu temujanji melalui perbualan telefon sahaja supaya beliau boleh menemubual isteri saya..

Hasilnya.. Melalui temubual di telefon dan juga gambar-gambar yang terdapat di blog saya, membolehkan artikel ini disiarkan dalam akhbar Harian Metro pada sisipan Majalah M.. Syukur ALhamdulillah di atas rezeki mu Ya Allah.. 

Hobi Isteri tersiar dalam akhbar Harian Metro, gara-gara blog Coretan Anuar

Sejak tersiarnya Hobi isteri saya dalam akhbar Harian Metro, ada sahaja tempahan yang berjaya isteri saya terima.. 

Anak Kedua saya Adam bergambar bersama sebahagian daripada hasil kerja isteri saya..

Saya rasa dah panjang lebar saya berkongsikan tentang Limpahan Rezeki yang telah saya perolehi Pada Tahun 2013.. Kesemua rezeki ini saya perolehi dengan izin Allah S.W.T.. Allah meminjamkan rezeki-rezeki ini kepada saya buat seketika, sementara ada kesempatan untuk menikmati keindahan bumi ciptaan Allah S.W.T yang terbentang luas dihadapan mata.. 

Saya percaya anda juga sudah pasti mempunyai rezeki yang tersendiri.. Semoga anda berjaya mentadbir rezeki yang anda perolehi dengan baik supaya kita sama-sama mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat... In Shaa Allah

Sebelum saya menamatkan entri ini.. Saya ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menghadiri satu Talk Show seperti butiran berikut:
  • Tajuk : Limpahan Rezeki 
  • Tarikh : 1 Mac 2014 
  • Tempat : Uniten, Bangi
  • Masa     : 9 Pagi - 5 Patang

Antara tajuk-tajuk menarik yang bakal dibincangkan dalam Program Talk Show ini ialah: 
  • Konsep rezeki dalam Islam
  • Limpahan rezeki dalam bisnes di Malaysia
  • Al-Fateh: The Art of Business
  • How Does Giving Makes You Richer
  • Mudahnya menjemput rezeki


Sumber : Klik Di Sini


Ahli Panel Talk Show ini terdiri daripada insan-insan yang hebat dalam bidang masing-masing iaitu:
  • Tan Sri Ali Hashim – Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), bekas Presiden Johor Corp (JCorp), Penulis Buku
  • Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (Dr. MAZA) - Bekas mufti kerajaan negeri Perlis, Pensyarah USM (Prof Madya), Penulis Buku juga sorang penulis blog
  • Saiful Nang - Jurugambar Profesional, penulis blog
  • Ustaz Syaari - Pendakwah, Penulis buku Best Seller

Ahli Panel dah hebat.. Masing-masing telah bersedia untuk berkongsi ilmu kepada para hadirin..

Jadi, apa tunggu lagi.. Jom daftar sekarang untuk mengikuti program Talk Show tersebut.. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program Talk Show ini, saya syorkan anda layari pautan http://jootawanjannah.com/


Berapa bayaran yang dikenakan untuk mengikuti program Talk Show Limpahan Rezeki?

Bayaran yang dikenakan kepada setiap peserta untuk mengikuti Talk Show ini adalah berpatutan.. Terdapat tiga pilihan harga tiket yang boleh dibeli oleh para peserta mengikut kategori seperti berikut:

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menghadiri pogram Talk Show ini..  Kalau rasa segan nak datang sorang-sorang, ajaklah dua orang rakan yang lain menemani anda? .. Disamping anda dapat teman, anda juga turut dapat menjimatkan kos membeli tiket.. ;)

P/S: Datang bertiga lebih bagus daripada anda datang seorang diri... Sebab sebaik sahaja lepas habis mendengar Talk Show Limpahan Rezeki, anda boleh mula merancangkan sesuatu untuk dilaksanakan bersama rakan-rakan anda.. Kerja berpasukan sudah pastinya lebih produktif dan dapat memberikan hasil yang lebih memuaskan berbanding anda berkeja seorang diri.. ;)  


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Semoga tahun 2014 ni Anuar akan dilimpahi dengan rezeki yang berlipat kali ganda daripada tahun sebelumnya..amin..

    BalasPadam
  2. Semoga terus-terusan mendapat rezeki yang melimpah ruah, salam ziarah dari saya.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah murah rezeki saudara...semoga dikurniakan anak ke4 nanti mana tahu..ehhehe

    BalasPadam
  4. semoga tahun 2014 akan ada rezeki lebih buat bro sekeluarga...amin...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah dan tahniah bro, mudahan bertambah lagi rezeki 2014, insyaAllah.

    BalasPadam
  6. rezeki Tuhan sudah tuliskan sejak kita diciptakan.usaha dan berdoakan semoga kita akan jadi insan lebih baik berguna untuk keluarga dan masyarakat.alhamdulillah saya ucapakan untuk admin ;)

    BalasPadam
  7. Rezeki...antara nikmat kemanisan yang tak terkata dalam hidup kita selaku manusia biasa..hehe..gud luck always bro..

    BalasPadam
  8. Rezeki anak isteri namanya. Alhamdulillah

    tak sangka bro ni cikgu. Hai En Anuar! Saya bekas ex student POLISAS.. hehe jauh sangat dgn PSIS tu, jumpa coach Gayung kirim salam kat dia ya, saya tak main catur dulu..hehehe :D

    BalasPadam
  9. banyak rezeki terbaik tahun 2013 yang tuan dapat tu

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah.. kita banyakkan kesyukuran dalam hidup.. elakkan menyebut kata rungutan di bibir

    BalasPadam
  11. alhamdulillah... tuan menjadi antara orang yang terpilih menerima rezeki yang pelbagai. moga dimurahkan rezeki selalu... aminn

    BalasPadam
  12. Jangan bersungut dengan kelahiran anak ke-3, limpahan rezeki ada di mana-mana yang Allah Taala tetapkan. Kita hanyalah berusaha...berdoa dan bertawakal. Insya Allah.

    Kebolehan isteri mengubah Berkaitan kesenian) patut dipuji dan selayaknya dapat masuk Harian Metro, tahniah buat kelaurga anda. Semoga bro dan keluarga bertambah rezeki utk tahun akan datang. Semoga kaya dan berjaya...

    BalasPadam
  13. Tahniah bro! Sesaja godek entri lama bro. Sambil utk SEO boleh kenal lebih lanjut pemilik blog coretananuar ni. Harapnya bro tak kisah :) hihi

    BalasPadam