Syukur Alhamdulillah... Cek yang ditunggu telah pun tiba...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selepas tamat daripada pengajian di Matrikulasi Gopeng, adik ke 4 saya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di Kolej Poly-Tech Mara yang terletak di Taman Shamelin Perkasa, Cheras.. Program yang ditawarkan kepada adik saya ialah BSC (HONS) In Business Information Technology With Accounting 3+0 in Collaboration with Coventry University, UK.. 

Disebabkan tidak menerima sebarang tawaran memasuki mana-mana Universiti tempatan, adik saya telah bersetuju menerima tawaran tersebut, lalu beliau pun membayar 3 jenis bayaran lapor diri yang ditetapkan oleh pihak kolej iaitu:
  • Pengesahan penerima tawaran - RM250.00
  • Pengesahan Asrama - RM200.00
  • Yuran Lapor Diri - RM1,050.00  
Dengan jumlah keseluruhan yuran yang telah dibayar ialah sebanyak RM1,500.00..

Setelah pembayaran yuran selesai dilakukan, dan menunggu waktu hendak melapor diri ke Kolej Poly-Tech Mara, adik saya mendapat pula tawaran menyambung pengajian di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam jurusan ekonomi.. 

Adik saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian di UNIMAS pula, setelah mendapat persetujuan daripada ahli keluarga yang lain... Dan adik saya telah selamat melapor diri di UNIMAS pada 22 September 2013 (Ahad)...  Syukur Alhamdulillah.. 

Sebelum adik saya berangkat ke UNIMAS, beliau ada menghubungi pihak pentadbiran Kolej Poly-Tech Mara untuk memohon pemulangan semula Yuran lapor diri berjumlah RM1,050.00 yang telah di bayar...

Berdasarkan lampiran tatacara bayaran lapor diri program, pelajar boleh menuntut semula yuran lapor diri bernilai RM1,050.00 sekiranya tidak melapor diri ketika hari pendaftaran... 

Setelah adik saya berada di UNIMAs, tugas untuk "follow up" perkembangan bayaran semula wang tersebut diserahkan kepada saya... 

Disebabkan agak sibuk dengan urusan seharian, saya hanya dapat "follow up" melalui panggilan telefon sahaja...  

Saya hanya berkesempatan pergi sendiri ke Kolej Poly-Tech Mara untuk menyelesaikan urusan tersebut, pada 8 November 2013 iaitu setelah selesai mengikuti Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia 2013 (SUKUM 38) Di UKM .. 

Dan akhirnya... Cek yang ditunggu-tunggu telah pun tiba... Kami meminta pihak pengurusan Kolej Poly-Tech Mara mengembalikan yuran lapor diri bernilai RM1,050.00.. 

Tetapi pihak pengurusan Kolej Poly-Tech Mara memberikan cek kepada kami bernilai RM1,250.00... Syukur Alhamdulillah... Dapatlah kami gunakan wang ini untuk keperluan perbelanjaan adik saya semasa belajar di UNIMAS.. 



Setinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pihak pengurusan Kolej Poly-Tech Mara, di atas pemberian cek tersebut... Dengan sistem pengurusan yang telus seperti ini, semoga Kolej ini dapat menjadi antara kolej terbaik di Malaysia... ;)

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. ohh kptm cheras. aku bangi!!! Best dapat p serawak!!!

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkanNYA

    BalasPadam
  3. bagus jugak kan sistem kolej tu..cepat...
    hope adik nnti sukses dlm studynya

    BalasPadam
  4. bagus..sistem pengurusan yang lebih baik

    BalasPadam
  5. Nasib baik dapat. Kalau tak dapat balik, sedih juga.

    BalasPadam
  6. Hehe..seronoknya kenangkan kembali masa zaman belajar dulu..emm memang dia return balik ekk duit tu..hehe

    BalasPadam
  7. alhamdulillah rezeki, jarang tempat bila dah daftar boleh dpt semula duit tu kembalikan...

    BalasPadam
  8. seronoknya dapat sambung belajar hee...nak sambung tapi pikir berkali-kali pula uh...

    BalasPadam
  9. ini yang kita nak ada ketelusan dalam pengurusan.....

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, rezeki namanya.Syukur dapat balik

    BalasPadam
  11. alhamdulillah syukur atas rezeki dari NYA..:)

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah. bila cekap macam ni memberi kepercayaan yang tinggi pada kita.

    BalasPadam