Nilai Yang Perlu Di Bayar untuk sebuah kegagalan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. .

Kegagalan merupakan perkara negatif yang cuba dielakkan oleh kebanyakan manusia.. Seboleh-bolehnya semua manusia tak nak kegagalan.. Mereka lebih mendambakan kejayaan dalam setiap usaha yang mereka lakukan..

Pernah tak anda mengalami kegagalan dalam hidup anda?

Sekiranya ada, berapa besarkah nilai kegagalan tersebut dalam hidup anda?

Adakah nilai tersebut diukur dengan kerugian wang yang anda alami?  Sekiranya ada berapa banyak?  Puluhan ringgit?  Ratusan ringgit?  Ribuan ringgit?

Ataupun nilai kegagalan tersebut diukur dengan pencapaian? Gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR,  SPM,  Peperiksaan-peperiksaan ketika di universiti,  MUET,  Temuduga pekerjaan yang anda impikan dan sebagainya. .

Atau mungkin juga kegagalan anda dalam perhubungan kekeluargaan,  dalam percintaan, dalam perkahwinan dan sebagainya. .

Semua orang pernah mengalami kegagalan. . Menghadapi kegagalan dan kemudian bangkit semula daripada kegagalan untuk mencipta kejayaan, merupakan satu perkara yang normal bagi setiap manusia biasa. .


Kegagalan dan kejayaan Rasulullah dalam usaha dakwah dan Peperangan.. 

Sebagai contoh Rasulullah S.A.W sendiri, tetap tidak terlepas daripada mengalami kegagalan, walaupun baginda merupakan kekasih Allah S.W.T. . Baginda pernah mengalami kegagalan dalam usaha Dakwah dan juga dalam peperangan, terutamanya dalam peperangan Uhud.. Di mana askar tentera Islam kalah disebabkan pasukan pemanah turun daripada Bukit Uhud untuk turut sama mengaut harta rampasan pihak musuh.. 

Walaupun baginda pernah mengalami kegagalan satu masa dahulu, sehingga mengakibatkan ramai sahabat baginda gugur Syahid di medan peperangan demi menegakkan agam Allah di muka bumi ini.. Tetapi baginda terus berfikiran positif dan yakin satu hari nanti Agama Islam akan bertebaran di muka bumi ini.. 

Hasilnya dapat kita lihat pada hari ini..  bilangan umat Islam di seluruh dunia meningkat dan terus meningkat... Statistik yang saya perolehi pada tahun 2011 menunjukkan bilangan umat Islam di seluruh dunia berjumlah 6.9 billion dan dijangka akan berkembang sehingga mencapai 8.3 bilion pada tahun 2030.. 

Inilah rahsia kegagalan seorang kekasih Allah, sebagai khalifah teragung di muka bumi ini... 

Boleh kita jadikan kejayaan Rasulullah dan para sahabat dalam mengembangkan agama Islam sebagai motivasi terbaik kepada kita untuk mencipta kejayaan pada tahun 2014.. Caranya begini:
  • Usahakan Sesuatu yang kita minati>>> 
  • bersedia menerima kegagalan >>> 
  • berusaha tanpa berputus asa >>> 
  • menerima kegagalan dengan hati yang terbuka >>> 
  • Berusaha lagi >>> 
  • Bersabar menerima kegagalan seterusnya >>> 
  • usaha lagi........... dan lagi>>> 
  • >>> sehingga mencipta kejayaan. .



Dengan motivasi ini mungkin dapat menguatkan semangat kita untuk mengusahakan sesuatu bermula dari sekarang,  supaya hasilnya dapat dinikmati oleh anak-anak,  cucu,  cicit dan keturunan kita pada kemudian hari. .. In Shaa Allah. .


Kegagalan sebagai batu loncatan kepada kejayaan setiap insan. .

Sebagai manusia biasa, kita yang mempunyai banyak kelemahan. . Sudah tentu kita perlu lebih bersedia menerima lebih banyak kegagalan sebelum merasai kemanisan sebuah kejayaan.. 

Bill Gates seorang tokoh perniagaan yang sangat terkenal di dunia kerana seringkali tersenarai sebagai manusia terkaya di dunia juga pernah mengalami kegagalan dalam hidup beliau.. 

Beliau pernah tercicir daripada pengajian di Universiti,  sebelum memulakan syarikat Microsoft bersama seorang rakan karib beliau. . Kini syarikat beliau telah menjadi antara syarikat terkaya di dunia..

Mark Zuckerberg, orang yang bertanggungjawab membangunkan facebook, juga pernah mengalami kegagalan suatu masa dahulu.. Kebangkitan beliau daripada kegagalan telah membuahkan satu kejayaan besar sehingga ke hari ini. . 

Hasilnya, pada hari ini Facebook telah menjadi laman web jaringan sosial nombor satu di dunia... Boleh dikatakan hampir setiap lapisan masyarakat, terutamanya golongan generasi Y memiliki Facebok untuk bersosial dengan rakan-rakan mereka... 

Dr Azizi Osman yang merupakan seorang jurulatih,  pakar motivasi, dan jurulatih kejayaan terkenal di Malaysia. .

Tahukah anda bahawa beliau juga pernah mengalami kegagalan semasa berada di sekolah menengah, juga pernah beberapa kali gagal dalam perniagaan. . 

Tetapi pada hari ini beliau telah mengecapi kejayaan yang cukup membanggakan. . Usaha beliau untuk melahirkan lebih ramai usahawan di Malaysia dalam kalangan kaum bumiputra, telah menjadikan beliau antara mentor terbaik di Malaysia..


Chef Li, penulis buku best saller berjudul Jutawan Senyap juga pernah mengalami kegagalan dalam perniagaan. Kegagalan tersebut telah menyebabkan rumahnya disita kerana tidak mampu untuk membayar hutang-hutang yang telah tertunggak. Bagaimanakah agaknya jika kita berada dalam keadaan seperti ini? Keadaan di mana seakan-akan nyawa berada di hujung tanduk. Kerana pada bila-bila masa sahaja beliau boleh diisytiharkan muflis! 

Syukur alhamdulillah.. Dengan izin Allah S.W.T akhirnya beliau menjumpai jalan keluar untuk membina kejayaan. .

Dan banyak lagi contoh-contoh kejayaan seseorang yang bermula daripada sebuah atau beberapa siri kegagalan. . Tetapi persoalannya, berapa ramai orang yang sanggup menghadapi kegagalan untuk mencapai kejayaan?


Berani Gagal : Dare To Fail

Inilah yang cuba disampaikan oleh Billi Lim, dalam buku beliau berjudul Dare To Fail,  atau dalam bahasa Melayunya BERANI GAGAL. . Buku ini telah menjadi antara buku terlaris yang dijual di pasaran antarabangsa 


Buku hasil tulisan Billi Lim ini berkisar tentang pengalaman peribadi beliau :
  • membesar dalam sebuah keluarga yang besar dengan mempunyai 14 orang adik beradik, 
  • Berkongsi latar belakang pendidikan beliau,  
  • Pengalaman ketika memegang jawatan penting semasa berada di Universiti,  
  • Kegagalan mendapatkan pekerjaan yang diimpikan setelah tamat pengajian dari Universiti,  
  • Pengalaman menubuhkan syarikat sendiri bersama beberapa orang rakan kongsi,  
  • Pengalaman mengambil risiko kegagalan dalam perniagaan, 
  • Pengalaman merasai kegagalan apabila syarikat yang diusahakan terpaksa gulung tikar,
  • Pengalaman merasai kepahitan gagal dalam perniagaan berserta dengan pakej gagal dalam percintaan,  
  • Pengalaman berharga daripada menjadi bos syarikat sendiri, kemudian terpaksa memohon pekerjaan dan bekerja makan gaji semula..



Antara yang menarik dikongsikan dalam buku ini ialah, bagaimana beliau dapat bangkit semula setelah puas menghadapi kegagalan demi kegagalan..

Kebangkitan Billi yang begitu drastik untuk membina semula empayar perniagaannya dengan memasuki pasaran negara-negara lain bermula di Thailand, Indonesia, seterusnya Laos, Filipina, dan Singapura. .

Kegagalan ternyata sangat bererti dalam hidup beliau. . Beliau merasakan lebih hebat kegagalan yang dialami oleh seseorang  akan menjadikan diri seseorang itu bertambah hebat pada kemudian hari. .

Itulah yang berlaku dalam hidup beliau,  sehingga membolehkan beliau yang pada asalnya insan biasa menjadi insan yang luar biasa. . 


Melalui buku ini,  beliau telah menyelongkar kegagalan ahli-ahli politik,  pemimpin-pemimpin negara,  bintang - bintang filem, tokoh-tokoh perniagaan,  ahli-ahli sukan dan sebagainya. . Ramai rupanya dalam kalangan golongan profesional di atas pernah gagal sebelum mengecapi kejayaan yang mereka nikmati seperti sekarang. 

Bagi beliau,  kegagalan merupakan proses pendidikan terbaik yang dapat melahirkan individu yang mempunyai kejayaan yang luar biasa. .

Antara kisah-kisah kegagalan dan kejayaan orang-orang ternama yang turut diceritakan dalam buku ini ialah: 

  • Mahatma Gandhi
  • Michael Jackson
  • Jackie Chan
  • Henry Ford
  • Tun Dr Mahathir Mohamad
  • Dr. Kalaignar M Karunanidhi
  • Hellen Keller
  • Lee Kuan Yew
  • Dr Azizan Osman
  • Lee Kong Chian
  • Sun Yat Sen
  • Thomas Edison
  • Pablo Picasso
  • Albert Einstein
  • Nelson Mandela
  • Arnold Schwarzenegger
  • Datuk Maznah Hamid
  • Datuk Michelle Yeoh
  • Muhammad Ali
  • Mohtarma Benazir Bhutto
  • Ho Chi Minh
  • Amitabh Bachchan
  • Christopher Columbus
  • Bill Gates
  • dll..


Banyak maklumat yang berjaya saya perolehi melalui pembacaan buku ini,  yang dapat dijadikan suntikan motivasi dalam permulaan tahun baru 2014..



Bersyukur kerana berpeluang Untuk Merasi Nikmat sebuah Kegagalan

Kita seharusnya bersyukur kerana berpeluang untuk merasai nikmat sebuah kegagalan,.. Setiap kegagalan yang kita alami sebenarnya mengandungi sesuatu perkara tersirat yang tidak kita tahui . . Hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya disebalik setiap ujian yang diberikan kepada kita, seperti kata pujangga:

“Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi… kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah.”

Biarlah kita melakukan lebih banyak kegagalan sebagai proses pembelajaran,  seperti mana yang dialami oleh Thomas Edison. . Setelah melakukan 700 kegagalan, dia tahu 700 perkara yang dia tidak perlu buat untuk menjalankan ujikaji yang seterusnya. . Hasilnya beliau berjaya mencipta mentol yang kita gunakan pada hari ini. . Subhan Allah..


Rakyat Malaysia perlu berani menghadapi kegagalan untuk menyeimbangkan semula keadaan kos sara hidup yang meningkat

Seperti yang kita sedia maklum,  tahun 2014 merupakan tahun harga barang naik. . Setiap lapisan rakyat Malaysia perlu berfikir di luar kotak dan berani untuk membuat perubahan bagi meningkatkan keadaan ekonomi keluarga. .

Jangan membiarkan diri kita menjadi "mangsa lemas dalam kolam di halaman sendiri", kerana tidak pandai berenang. . 

Penyebab utama orang yang mati lemas di dalam air bukan disebabkan mereka tidak pandai berenang,  tetapi disebabkan mereka "Terus Berada Di Situ". .

Kalaulah mangsa dapat bergerak, atau ada orang lain yang dapat menggerakkan mereka ke tempat yang lebih selamat, sudah tentu mereka boleh terselamat daripada mati kelemasan. 

Begitu juga dengan golongan yang menghadapi masalah kewangan..  Sekiranya mereka dapat usahakan sesuatu yang boleh menambahkan pendapatan mereka,  sudah tentu mereka mempunyai peluang untuk keluar dari zon masalah kewangan pada satu hari nanti. .

Salah satu cara untuk menambahkan pendapatan tanpa mempunyai sebarang risiko kegagalan ialah dengan menyertai program affiliate.  

Saya rasa inilah masa yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia tahu tentang program affiliate, dan bagaimana mereka boleh menjana pendapatan melalui program ini..

Bagi saya, sekiranya ada rakyat Malaysia yang berminat nak jana pendapatan tetapi tiada modal, lebih baik usahakan pendapatan melalui program affiliate daripada terjebak dalam beberapa program seperti berikut:

  • Skim cepat kaya
  • MLM yang hanya mengambil kesempatan terhadap ahli 
  • Skim piramid
  • Skim binari


Program-program seperti ini biasanya mengkaburi ahli baru dengan menjanjikan pulangan yang lumayan.. Contohnya "hari ni mendaftar, esok terus dapat duit".. Atau "Peluang untuk mendapat duit 4 angka setiap hari".. Modus operandinya dengan meletakkan yuran pendaftaran yang tinggi, kemudian upline mendapat keuntungan daripada pembayaran yuran pendaftaran ahli baru..

Kalau anda terjumpa program atau skim seperti ini, harap dijauhkan.. 

Affiliate ternyata berbeza dengan skim/program seperti ini... Ini disebabkan pendaftaran Affiliate adalah PERCUMA, pendapatan yang kita perolehi bergantung kepada komisyen hasil jualan produk/barangan yang kita promosikan.. 


Nilai yang perlu dibayar untuk kegagalan menyertai program affiliate. .

Soalan : Berapa nilai yang perlu dibayar bagi setiap kegagalan menyertai program Affiliate?

Jawapannya adalah kosong atau Zero.. Disebabkan kita tidak perlu mengeluarkan sebarang wang walau satu sen pun untuk menyertai program Affiliate.. 

Soalan : Berapa anggaran pendapatan yang boleh diperolehi dengan menjadi ejen affiliate?


Jawapannya unlimited atau tanpa had.. Walaubagaimanapun bergantung kepada usaha seseorang untuk mendapatkannya.. 


Peranan Blogger untuk menyebarkan kebaikan menyertai program Affiliate kepada Rakyat Malaysia..

Setiap Blogger sebenarnya mempunyai tanggungjawab sosial untuk menyampaikan info berkaitan kebaikan menyertai program Affiliate kepada Rakyat Malaysia..

Dengan maklumat yang kita sampaikan tentang program ini, secara tidak langsung kita telah membuka peluang pekerjaan sampingan, atau laluan mencari rezeki kepada mereka yang memerlukannya..

Bukankah memudahkan rezeki orang lain merupakan satu perkara yang dituntut dalam Islam..

seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)  

Rezeki Allah terbentang luas di muka bumi ini.. 

Ar-Rahman menunjukkan sifat maha pemurah Allah S.W.T kepada setiap hambanya samada beragama Islam atau tidak beragama Islam..

Ar-Rahim pula menunjukkan sifat penyayang Allah S.W.T kepada hambanya yang beragama Islam sahaja.. 

Jadilah insan yang sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian Allah S.W.T..

Sekiranya ada diantara kita yang pernah mempromosikan program Affiliate sebelum ini, tetapi tidak berhasil menjana pendpaatan yang lumayan seperti yang diharapkan, anggaplah mungkin rezeki anda belum sampai... Atau mungkin ada orang lain yang lebih sesuai untuk mendapatkan rezeki tersebut...

Jadi, bagi kita yang tahu peluang ini, sebaiknya kongsikanlah peluang tersebut kepada rakan kita... Dengan beranggapan mungkin rezeki mereka ada di situ... Cuma selama ini, peluang tersebut mungkin tidak sampai kepada mereka, sebab mereka tidak tahu caranya untuk mendapatkan rezeki tersebut... 

Dengan berkongsi info dan membuka laluan rezeki kepada orang lain dengan seikhlas hati, In Shaa Allah... Allah akan melapangkan rezeki kita berkali ganda daripada apa yang telah kita nikmati sekarang ini.... 


Giveaway Pertama Blog Coretan Anuar pada tahun 2014.. 


Sempena melangkah ke tahun baru ni,  elok juga saya membuat giveaway untuk berkongsikan koleksi buku-buku motivasi yang tersimpan dekat rak buku di rumah saya.


Buku dibeli sepatutnya untuk dibaca,  tetapi kebanyakan buku yang saya beli hanya disimpan sebagai koleksi disebabkan saya tidak berkesempatan untuk membacanya. .

Jadi kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan Lima Belas (15) Buah Buku daripada saya secara percuma, anda perlu melakukan beberapa syarat seperti berikut:

1) Tulis satu entri bertajuk "Pulangan Pelaburan Melebih 2000% Setahun"

2) Entri anda perlu mengandungi lebih daripada 200 patah perkatan

3) Kongsikan banner di bawah berserta linknya sekali di blog anda


4) Letakkan link entri anda di ruangan komen entri ini, berserta nombor dan tajuk buku yang anda mahukan. Setiap blog/peserta hanya layak mendapatkan satu buku sahaja

5) Hadiah yang disediakan untuk Giveawayt ini ialah:

5 buah buku jangan baca buku ini berserta 10 buah buku lain yang boleh anda pilih dalam senarai di bawah:
  1. Jangan Baca Buku Ini (Bernilai RM25 termasuk kos penghantaran)
  2. Jangan Baca Buku Ini (Bernilai RM25 termasuk kos penghantaran)
  3. Jangan Baca Buku Ini (Bernilai RM25 termasuk kos penghantaran)
  4. Jangan Baca Buku Ini (Bernilai RM25 termasuk kos penghantaran)
  5. Jangan Baca Buku Ini (Bernilai RM25 termasuk kos penghantaran)
  6. Aku mahu naik pangkat (Bernilai RM26 termasuk kos penghantaran)
  7. Komunikasi di tempat kerja (Bernilai RM22 termasuk kos penghantaran)
  8. Supaya poket tidak kosong lagi (Bernilai RM21 termasuk kos penghantaran)
  9. Eksekutif Smart : Bekerja dengan lebih efektif (Bernilai RM30 termasuk kos penghantaran)
  10. Hidup kaya tanpa riba (Bernilai RM26 termasuk kos penghantaran)
  11. Didik anak urus wang (Bernilai RM20 termasuk kos penghantaran)
  12. Didik anak jadi usahawan (Bernilai RM21 termasuk kos penghantaran)
  13. Mesyuarat Efektif (Bernilai RM25 termasuk kos penghantaran)
  14. Komunikasi Efektif (Bernilai RM25 termasuk kos penghantaran)
  15. Trik Penipu di Ebay (Bernilai RM20 termasuk kos penghantaran)
  16. Internet marketing untuk bisnes kecil (Bernilai RM21 termasuk kos penghantaran)
  17. Kerjaya Sebagai Doktor Perubatan (Bernilai RM24 termasuk kos penghantaran)
  18. 15 teknik efektif pemasaran SMS (Bernilai RM20.50 termasuk kos penghantaran)
  19. Buat duit dengan baiki handphone (Bernilai RM22.50 termasuk kos penghantaran)
  20. Pintar Bahasa Inggeris melalui kaedah Greek & Latin (Bernilai RM27 termasuk kos penghantaran)
  21. Buat duit dengan Katering (Bernilai RM19 termasuk kos penghantaran)
  22. Di sebalik tabir You Tube (Bernilai RM18 termasuk kos penghantaran)
  23. Rahsia Pengurus Insurans hayat (Bernilai RM28 termasuk kos penghantaran)
  24. Strategi Bisnes Manchaster United (Bernilai RM21 termasuk kos penghantaran)
  25. Rahsia melabur dalam unit amanah (Bernilai RM25 termasuk kos penghantaran)
  26. Kerjaya sebagai perancang kewangan peribadi (Bernilai RM21 termasuk kos penghantaran)
  27. 15 Teknik Efektif internet marketing (Bernilai RM30 termasuk kos penghantaran)
  28. Sembuhkan virus-virus bisnes (Bernilai RM21.50)
  29. Kerjaya dalam bidang Insurans (Bernilai RM22.50 termasuk kos penghantaran)
  30. Menjadi selebriti melalui Youtube (Bernilai RM22.50 termasuk kos penghantaran)
  31. Kerjaya dalam bidang perakaunan (Bernilai RM22 termasuk kos penghantaran)
  32. Kerjaya dalam bidang perhotelan (Bernilai RM23 termasuk kos penghantaran)
  33. Kerjaya sebagai pengurus kewangan koporat (Bernilai RM23 termasuk kos penghantaran)
  34. Buat Duit sebagai ejen unit amanah (Bernilai RM21 termasuk kos penghantaran)
  35. Buat Duit sebagai ejen Insurans dan Takaful (Bernilai RM21.50 termasuk kos penghantaran)
  36. Buat Duit dengan jaga budak (Bernilai RM19.50 termasuk kos penghantaran)
  37. Buat Duit dengan kedai jahit (Bernilai RM19.00 termasuk kos penghantaran)
  38. Buat Duit dengan Kraf tangan (Bernilai RM19.00 termasuk kos penghantaran)
  39. Buat Duit dengan cendawan (Bernilai RM18.50 termasuk kos penghantaran)
  40. Buat Duit dengan Video Perkahwinan (Bernilai RM19.50 termasuk kos penghantaran)
P/s: Siapa cepat dia dapat.. Sekiranya ada dua peserta yang memilih tajuk buku yang sama, keutamaan akan diberikan kepada siapa yang terlebih dahulu menghantar penyertaan .. 




Semoga entri ini bermanfaat kepada kita semua... 

Bermula daripada sekarang, marilah kita cuba usahakan sesuatu supaya kita tidak "mati kelemasa dalam kolam di halaman rumah sendiri".. Usaha kita pada hari ini mungkin akan turut dinikmati hasilnya oleh keturunan kita pada masa akan datang..

Marilah kita sama-sama renung-renungkan.. Wallahualam.. 

Catat Ulasan

36 Ulasan

  1. memang kena berusaha barulah ada hasilnya,...

    BalasPadam
  2. Panjangnya entry... saya suka part buku Berani Gagal... Saya ada sebuah "Dare to Fail"... dulu dapat hadiah masa rancangan "Perdana Ria".

    BalasPadam
  3. pergh tabah taip entry mmg pnjg giler...
    ciktom pernah bc dare to fail tp versi BM punya..
    mmg best penuh dgn motivasi..
    giveaway menarik..
    content entry tue bebas ke cne??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isi kandungan Entry bebas.. Tetapi seboleh-bolehnya bagi perangsang kepada orang lain, atau tunjukkan cara kepada mereka bagaimana nak menyertai program affiliate...

      Padam
  4. setiap ujian kegagalan yang Allah beri kita pasti ada hikmah dan pengajaran yang sangat berguna untuk kita.
    wah menarik ni, ada 40 hadiah buku menanti, semoga sukses semua.

    BalasPadam
  5. siap dah. bila tarikh tamatnya nih?

    http://ahmadfaizal.com/2014/01/06/pulangan-pelaburan-melebihi-2000-setahun/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada tarikh tamat ditetapkan.. Giveaway ini akan tamat setelah cukup 15 peserta... Cikgu Titan, sila pilih tajuk buku.. Tq..

      Padam
  6. kegagalan adalah guru yang terbaik untuk kita mencipta kejayaan. Kalau ada idea untuk menulis entri nanti, boleh juga puteri turut serta :)

    BalasPadam
  7. Emm apa tips ekk bro jadi rajin membaca tu..saya ni malas jer nak baca buku..

    BalasPadam
  8. Memang panjang entri ini dan terbaik. Berani gagal membawa kejayaan Insyaallah!

    BalasPadam
  9. Buku abg ensem tu nanti nak belilah buat rujukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hairul Hafiz, tak payah beli.. Join jer Giveaway ni, dan boleh dapat PERCUMA..

      Padam
  10. Istilah 'kegagalan' sebenarnya tak patut wujud sebab ianya memberikan aura negatif dan menyebabkan orang hilang semangat.

    Sepatutnya istilah itu diganti dengan pengalaman ke arah kejayaan ataupun batu loncatan ke arah kejayaan. Hehe..

    BalasPadam
  11. Ramai yang tidak berani untuk gagal, yang mereka tahu nak terus berjaya tanpa susah.

    BalasPadam
  12. gagal boleh menjadi pemangkin untuk berjaya..
    ramai org berjaya yang menempuhi kegagalan yang pelbagai

    BalasPadam
  13. Ok..saya join gak GA ni..hehe..
    Buku pilihan saya adalah no.27 - 15 Teknik Efektif internet marketing
    Link artikel penyertaan - http://pondokkecil.com/blog/pulangan-pelaburan-melebih-2000-setahun/

    BalasPadam
  14. Banyak sekali ya koleksi buku-nya, buku saya tidak sebanyak itu...
    Semoga banyak yang ikut dalam giveaway dari anda ini. Sukses selalu

    BalasPadam
  15. Siap dah bang. Kawe nak buku abang ensem. hehe
    Link di sini : http://doulnut.com/blog/pulangan-pelaburan-melebihi-2000-setahun/

    BalasPadam
  16. Ok, dah siap entri. :)

    http://syaisya.com/2014/01/pulangan-pelaburan-melebihi-2000-setahun.html

    Link ke blog ni saya masukkan di gambar.

    Pilihan buku : No. 16 : Internet marketing untuk bisnes kecil ^_^

    BalasPadam
  17. Baru perasan....adeh..sempat lagi ke ni bro Anuar?

    dah cukup ke 15 org?

    BalasPadam
  18. Peluang ini masih di buka lagi.. Sehingga kini belum cukup 15 pemenang.. Jemputlah join dan kemudian jangan lupa pilih tajuk nbuku yang diminati...... ;)

    BalasPadam
  19. ciktom join>> http://www.ciktom.com/pulangan-pelaburan-melebihi-2000-setahun/
    buku pilihan no.9...tq

    BalasPadam
  20. Salam, saya join juga. Ni link penyertaan: http://www.azri.my/2014/01/pulangan-pelaburan-melebihi-2000-setahun.html

    Saya berminat dengan buku Abang Ensem, Jangan Baca Buku Ini :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azri Johan, sila emailkan kepada saya:
      1) Nama Penuh
      2) Alamat
      3) No. Telefon

      menerusi email nuargto@gmail.com untuk tujuan penghantaran hadiah...

      Padam
  21. yeay!

    akhirnya sempat karang utk GA ni.

    http://www.hafizmohd.com/blogging/pulangan-pelaburan-melebihi-2000-setahun/

    moga diterima =)

    pilihan buku: no. 20

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hafizmd, sila emailkan kepada saya butiran berikut:

      1) Nama Penuh
      2) Alamat
      3) No. Telefon

      menerusi email nuargto@gmail.com untuk tujuan penghantaran hadiah... TQ

      Padam
  22. Hafizmd, sila emailkan kepada saya butiran berikut:

    1) Nama Penuh
    2) Alamat
    3) No. Telefon

    menerusi email nuargto@gmail.com untuk tujuan penghantaran hadiah...

    BalasPadam
  23. tulisannya sangat bermanfaat.terima kaish pencerahannya

    BalasPadam
  24. Saya nak join jugak.. saya dah tulis.. Ini linknya: http://www.fiezaradzi.com/pulangan-pelaburan-melebih-2000-setahun/

    Pilihan buku: buaku yang konon2 laris n hensem tu... Jangan Baca Buku Ini.. (macam mana nak baca ni, ada orang tak bagi baca..)

    BalasPadam
  25. saya nak sertai juga

    http://onlajer.com/blog/pulangan-pelaburan-melebihi-2000-setahun/

    Jika ada apa - apa yang kurang mohon diberi teguran

    BalasPadam
  26. http://azlanvai.com/blog/pulangan-pelaburan-melebih-2000-setahun/

    BalasPadam