Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Harga Emas Jatuh Lagi... Syukur Alhamdulillah...
Sebelum anda membaca entri ini, saya ingin memohon maaf disebabkan agak terlewat untuk menerbitkan entri ini...
Sebenarnya entri ini sesuai diterbitkan pada 17 Disember yang lalu di saat harga emas menunjukkan penurunan ke angka terendah bagi tahun 2013... Tetapi disebabkan keadaan tidak mengizinkan pada ketika itu, baru kali ini berkesempatan untuk menulis entri ini sepenuhnya...
Sumber : Klik Di Sini
Sebelum kita di belenggu dengan kenaikan harga minyak pada Bulan September 2013, Kemudian disusuli pula dengan kenaikan harga gula pada bulan Oktober 2013, Kemudian kenaikan Tarif Elektrik pada dan kadar tol baru pada awal tahun ini, pada ketika itu masih ramai rakyat Malaysia berminat untuk menambah stok pelaburan emas...
Di pejabat saya pada ketika itu, orang sibuk memperkatakan tentang kejatuhan harga emas... Dan apabila gaji masuk, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi kedai emas berhampiran untuk membeli emas bagi menambah stok pelaburan mereka...
Saya melihat golongan ini suka membeli emas untuk dijadikan simpanan.. Dan jarang sekali mereka menjual koleksi simpanan emas yang mereka ada... Justeru itu golongan ini sangat bersyukur apabila harga emas jatuh... Dan semakin jatuh.... Semakin harga emas jatuh, mereka semakin bersyukur... Sebab peluang untuk mereka manambah stok simpanan emas, semakin besar...
Itu cerita rakan-rakan pejabat saya pada sekitar bulan September sehingga Bulan Disember yang lalu...
Tetapi pada kali ini, saya lihat mereka agak kurang berminat untuk membeli emas bagi menambah pelaburan...
Keadaan ini berlaku disebabkan keadaan kos sara hidup yang tinggi di saat anak-anak mula memasuki alam persekolahan pada awal Januri tahun ini..
Yalah, banyak belanja yang perlu dikeluarkan untuk membeli keperluan anak-anak bersekolah... Pada ketika ini, mungkin mereka mula menstrukturkan semula perbelanjaan bulanan mereka untuk menyeimbangkan keadaan ekonomi yang semakin meningkat..
Selepas dah keadaan ekonomi kembali stabil semula, mungkin mereka akan membeli emas semula...
Justeru itu, sudah tentu kami berharap supaya harga emas terus jatuh dan jatuh... Sehinggalah mereka mampu membeli emas semula...
Inilah sebahagian rahsia dalam Pelaburan Emas yang diperkatakan oleh Tuan Azizi Ali..
Tuan Syukur Hashim dalam ebooknya berjudul Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas juga ada memperkatakan tentang 6 Faktor yang perlu anda tahu sebelum membeli emas sebagai pelaburan..
Kepada yang berminat untuk mengetahui senarai harga terkini emas Fizikal di Malaysia, saya syorkan anda klik di sini
Banyak koleksi emas Fizikal yang boleh anda beli pada harga kilang terdapat di laman web tersebut..
P/S: Kepada yang berminat nak tahu, pelaburan apa yang boleh memberikan kadar pulangan pelaburan melebihi 2000%, saya syorkan anda klik di sini
16 Ulasan
Betul ke?
BalasPadamHm nak beli tapi tak mampu lagi haihhhh
baru beli untuk gelang rantai. RM133 ari tu
BalasPadambeli masa emas jatuh camni untung kannn
BalasPadamgood news for those yang nk beli emas but bad news for those yang nak jual emas.. haha
BalasPadamtunggu sikit hari lagi. dia akan jatuh lagi rasanya nih..
BalasPadamKejatuhan harga emas juga boleh menyebabkan pelabur emas risau sebab emasnya jatuh nilai. Tapi insyaAllah dalam jangka masa panjang, nilai emas akan naik balik. Betul tak?
BalasPadamciktom planning nak beli gelang tangan dlm masa tdekat ni..hehe..
BalasPadamazizi ali pro bab ni..
BalasPadamsaya dah jual almost semua pegangan dalam emas baru-baru ini.
BalasPadamhmm....boleh le nak gi kedai emas pasni...heh
BalasPadamMasa terbaik utk membeli emas
BalasPadammasa macam ni la paling sesuai untuk beli emas
BalasPadammasa harga jatuh paling sesuai untuk beli emas!
BalasPadamMemang inilah masa yang terbaik untuk membeli emas kan.
BalasPadamWalaupun masih jatuh dan sentiasa jatuh, namun ia tetap tak mampu ku miliki..haha
BalasPadamenath akapan bisa beli emas
BalasPadam