Pengalaman Berharga Menyertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 14 Disember 2013 baru-baru ini (Hari Sabtu), saya berpeluang menyertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia yang diadakan di MIECC, Mines Selangor.. 

Pada awalnya, saya tak tahu menahu pun tentang event ini.. Jadi, saya dah mempunyai perancangan untuk menghadiri  Affiliate Summit Terakhir 2013 yang diadakan di Nouvelle Hotel, Sg. Besi, KL pada tarikh yang sama.. 

Saya tahu ada event Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia ni pada hari Rabu, 3 hari sebelum event ini diadakan.. Apabila dah tahu tahu ada event ini mula rasa berbelah bagi nak pergi keevent yang mana satu.. 

Tetapi disebabkan Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia diadakan di The Mines, tempat yang sama berlangsungnya Big Bad Wolf book Sale, telah menjadi salah satu daya tarikan kepada saya untuk menghadiri event ini...  Di sana saya boleh melakukan 2 aktiviti sekaligus dalam satu masa.. Sertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia dan dalam masa yang sama boleh memborong buku dekat Big Bad Wolf book Sale...  Ya!! itulah tujuan utama kunjungan saya ke MIECC, Mines pada ketika itu... ;)

 
I'm at the largest blogger gathering in Malaysia


Jumlah Blogger yang Menyertai Himpunan Blogger Terbesar di Malaysia..

Berdasarkan maklumat yang saya terima, seramai 600 blogger telah menyertai event ini.. Walaubagaimanapun saya tak pasti pula, sasaran untuk mencipta rekod baru 'The Malaysia Book of Records' untuk perhimpunan blogger terbesar di Malaysia tercapai ataupun tidak... 

Saya tertunggu-tunggu juga sekiranya pihak penganjur ada membuat pengumuman tersebut di Fanpage Blogrrr... Tetapi sehingga sekarang saya masih belum mendapat sebarang maklumat tentang berita 'The Malaysia Book of Records' tersebut... 


MARSHA dan SHARIFAH SAKINAH penyeri BLOGRRR AWARDS 2013

Siapa yang menghadiri Blogrrr Awards 2013 sudah pasti terhibur dengan celoteh MARSHA dan SHARIFAH SAKINAH... Ada sahaja bait demi bait perkataan yang keluar dari mulut mereka untuk menghiburkan tetamu yang hadir... Saya percaya ramai yang suka mendengar celoteh mereka, terutama sekali apabila mereka mengumumkan pemenang hadiah cabutan bertuah.... 

Masa tu semua orang fokus memasang telinga dan berharap supaya nombor mereka terpanggil untuk memenangi hadiah cabutan bertua tersebut.... hehehe... Tahniah diucapkan kepada setiap pemenang.. 

Jom layan beberapa keping gambar MARSHA dan SHARIFAH SAKINAH yang sempat saya ambil dari jarak jauh dengan menggunakan Kamera Smartphone HTC lama saya ni... 


MARSHA dan SHARIFAH SAKINAH berinteraksi dengan penonton yang hadir

Seorang jejaka menjawab soalan yang diajukan oleh MARSHA dan SHARIFAH SAKINAH

Abang ni pun nak mencuba nasib untuk memenangi hadiah ... ;)



Ada bermacam-macam hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur dan penaja.. Semua hadiah memang menarik belaka... Saya cuma berpeluang dapat dua hadiah sahaja.. 

Yang pertama senaskah Akhbar harian Metro yang di taja oleh Harian Metro.. Semua pengunjung pun boleh mendapatkannya, sebab ianya diberi secara Percuma kepada setiap tetamu yang hadir...  hehehe

Hadiah yang kedua T-shirt eksklusif untuk setiap blogger yang menyertai... Boleh jadikan T-Shirt ini sebagai hadiah kenang-kenangan... ;)

Sebenarnya saya tak berminat untuk menunggu Marsha dan Sharifah Sakinah mengumumkan nombor saya sebagai pemenang cabutan bertuah... Sebab kehadiran saya ke event ini adalah untuk mendapatkan seberapa banyak mungkin ilmu daripada mereka yang pakar dalam pemasaran internet... 


Menghadiri Seminar Tentang Perniagaan Internet di Blogrrr..

Kenapa anda wajib menghadiri Blogrrr???

Sekiranya itu persoalan yang diajukan kepada saya, sudah pasti saya akan menjawab... Kerana saya berpeluang untuk menghadiri beberapa seminar tentang perniagaan internet secara PERCUMA yang disampaikan oleh pakar dalam setiap bidang masing-masing..  

Saya ingat lagi sewaktu Irfan Khairi (Ikon Jutawan Internet) memberi seminar tentang keusahawan internet di tempat saya bekerja... Saya bertanya kepada rakan saya yang menganjurkan seminar tersebut, tentang bayaran ke atas irfan Khairi.. Rakan saya bagi tahu RM6,000 untuk satu hari... Satu nilai yang cukup besar untuk berpeluang mendengar seminar yang disampaikan oleh seorang usahawan internet...

Tapi kali ni Percuma sahaja... Memang rugilah kalau saya tak mengambil kesempatan ini dengan sebaiknya...  

Untuk makluman anda, terdapat 12 seminar yang diadakan di 3 bilik seminar yang berbeza.. Setiap seminar akan berlangsung selama 45 minit secara serentak pada setiap sesi, di 3 lokasi bilik seminar yang berbeza... Setiap bilik seminar mampu menampung kapasiti seramai 40 orang peserta sahaja.. Jadi siapa cepat, dia dapat masuk ke bilik seminar mana yang diminati.. 

Jadual mini Seminar Blogrrr

Saya sampai ke Blogrrr pun dah dekat pukul 10.00 pagi.. Sebaik sahaja mendaftar, saya terus mengunjungi bilik-bilik seminar untuk membuat semakan jadual waktu.. Jadi, saya pun berjalanlah berulang-alik dari satu bilik seminar ke satu bilik seminar yang lain, untuk memilih seminar mana yang sesuai untuk saya dengari pada pagi tersebut... 

Bilik seminar satu berkaitan dengan pemasaran Google... Hmm Menarik.. Terus daftar nama... 

Bilik seminar dua nampak menarik, tetapi saya lebih berminat untuk mendengar informasi dari bilik seminar satu... Tak jadi nak daftar nama.. Lagipun macam mana saya nak mendengar kedua-dua seminar yang berlangsung dalam masa yang sama...

Masuk bilik seminar ke 3, ada seorang brader yang begitu ramah menegur saya dan mengajak saya menyertai seminar di bilik tersebut yang akan bermula tidak lama lagi... Memandangkan saya telah pun menulis nama di bilik seminar satu, jadi saya tidak bercadang pula untuk menyertai seminar di bilik seminar 3... 

Tetapi disebabkan nak menjaga hati brader ni, Saya pun melihatlah pada senarai kehadiran yang telah menulis nama... Saya terpandang satu nama yang cukup saya kenali iaitu  "Muaz Hadi".. Macam biasa dengar jer nama ni, bisik hati saya...

Saya pun bertanya kepada brader ni, "Mana satu Encik Muaz Hadi?"

Beliau pun memperkenalkan diri.. "Sayalah sebenarnya Muaz Hadi"

Kemudian beliau menambah lagi.. "Yang memakai baju putih tu merupakan penceramah kita iaitu Encik Azrul yang merupakan Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)"..  

Saya pun bersalaman dengan Encik Muaz Hadi dan Encik Azrul (Gero Azrul), sambil berkata "Selama ini saya pernah tengok gambar Encik Muaz Hadi dan Encik Azrul dekat laman web sahaja, sebab tu saya tak berapa cam bila berjumpa secara live macam ni"

Kemudian kami saling berkenalan dan bertukar-tukar kad perniagaan... Saya tidak mempunyai kad personal sebagai seorang blogger, jadi saya pun bagilah kad yang ada dalam poket saya... Terjumpa pula kad ini... Kad di tempat saya bekerja.. hehehe.. Mungkin saya tersalah pakai topi pada ketika ini, tapi takperlah dah ini sahaja yang ada... ;)

  

Seminar Pertama

Disebabkan Encik Azrul (Gero Azrul), telah bersedia untuk memberikan seminar, jadi saya pun terus duduk dekat kerusi audiance...  Termasuk saya cuma ada 6 orang audience sahaja yang berada di bilik tersebut..  3 orang daripadanya termasuk Encik Muaz Hadi merupakan pasukan Encik Azrul (Gero Azrul) daripada  Persatuan usahawan Internet Malaysia (PUIM).. 

Disebabkan bilangan peserta seminar tidak ramai, jadi sesi seminar lebih bersifat interaksi dua hala... Inilah peluang terbaik saya untuk bertanya beberapa soalan kepada Encik Azrul (Gero Azrul) yang merupakan Presiden Persatuan usahawan Internet Malaysia (PUIM)..

Sebelum ini beliau pernah menulis beberapa artikel dalam ruangan Tinta Biz di akhbar harian Metro... Salah satu artikel menarik yang pernah saya baca ialah berkaitan dengan pendapatan RM20K sebulan dengan menjadi ejen affiliate..


Gambar kenangan bersama Gero Azrul

Antara soalan-soalan yang sempat saya ajukan kepada beliau ialah:

>>Berkaitan dengan strategi pemasaran di Fanpage:


Sumber : Klik Di Sini

- Beliau mengesyorkan audience supaya mendapatkan DVD Facebook Ads Marketing daripada Sifu Jamal

>>Berkaitan dengan statistik klik Vs Jualan yang berjaya saya perolehi melalui link affiliate 


Sumber Pendapatan : Klik Di Sini

>> Tentang Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM)

>> Tentang Panduan mendapatkan RM1,000 secara PERCUMA melalui GMBO

>> laman web jualan Encik Azrul (Gero Azrul)?

Beliau sudah tidak memiliki sebarang laman web jualan pada ketika ini.. Tetapi rakan beliau Zamri Nanyan ada menghasilkan sebuah produk jualan untuk beliau yang dikenali sebagai Minda Bisnes Internet.. 

>> Dan sebagainya.. 

Walaupun seminar dan sesi pertemuan dengan Encik Azrul (Gero Azrul) berlaku dalam masa yang singkat, tetapi saya sangat berpuas hati dengan maklumat yang disampaikan... In Shaa Allah saya akan cuba mendapatkan domain.my sendiri, daftar perniagaan, dan membuat sebuah shopping chart untuk membolehkan saya memohon geran perniagaan bernilai RM1,000 melalui program GMBO.. 

Dalam masa yang sama saya juga akan menyertai Persatuan usahawan Internet Malaysia (PUIM) yang telah mempunyai lebih daripada 6,000 orang ahli sehingga kini... In Shaa Allah... 

Sambil menyelam minum air.. Dalam masa yang sama, saya juga mengambil kesempatan untuk bersembang dengan Encik Muaz Hadi...   


Gambar kenangan bersama Muaz Hadi 

Encik Muaz Hadi antara usahawan internet berjaya yang terkenal di Malaysia.. Walaupun mempunyai taraf pendidikan peringkat Sarjana, tetapi beliau lebih selesa menjadi seorang usahawan internet sepenuh masa...  

Ini disebabkan pendapatan yang telah berjaya beliau perolehi sebagai seorang usahawan internet, jauh lebih lumayan berbanding bekerja makan gaji seperti saya..  

Sehingga ke hari ini,  Encik Muaz Hadi telah mempunyai beberapa belas laman web, tetapi saya tidak ingat kesemuanya.. Antara laman web beliau yang saya ketahui adalah seperti berikut:

Dan yang menariknya.. Dengan bantuan seramai lebih 600 agen affiliate, telah menjadikan setiap laman web beliau berjaya menghasilkan jualan sekitar 5-6 angka.. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh seorang usahawan internet Malaysia berbangsa Melayu .. ;)

Saya mengambil satu contoh laman web Encik Muaz Hadi yang telah menghasilkan banyak jualan iaitu Pakej Rujukan PTD 2013 .. Melalui laman web ini sahaja, Encik Muaz Hadi telah berjaya memperolehi jualan hampir RM900K... 

Kalau tak percaya, anda boleh tengok dalam gambar di bawah... Dalam gambar tersebut menunjukkan jumlah komisyen yang telah di bayar oleh Encik Muaz hadi kepada setiap Top agen Affiliate yang telah membantu beliau mempromosikan laman web Pakej Rujukan PTD 2013

Jumlah Komisyen yang telah di bayar = RM 421,610.00

Jumlah komisyen yang telah dibayar oleh Encik Muaz hadi kepada setiap Top Agen Affiliate yang disenaraikan di atas ialah sebanyak RM421,610.00.. Ini yang tersenarai dalam top egen affiliate.. Mungkin terdapat beberapa puluh lagi Ejen Affiliate yang berjaya mendapat 1-5 jualan sahaja, tetapi tidak tersenarai dalam gambar di atas...  

Biasanya komisyen jualan yang akan diberikan oleh Encik Muaz ialah 50% daripada harga produk.. Katakan harga jualan bagi satu produk ialah RM50, Encik Muaz Hadi akan memberikan komisyen RM25 (50%) kepada agen Affiliate dan beliau akan mengambil RM25 (50%) lagi...  Jadi, pendapatan yang berjaya Encik Muaz hadi perolehi daripada laman web Pakej Rujukan PTD 2013 ialah RM421,610.00.. Itu baru satu laman web, bagaimana pula dengan pendapatan melalui laman-laman web beliau yang lain?


Seminar Ke 2 

Seminar kedua yang saya sertai disampaikan oleh Yeap Mei Yi (Business Development Manager) Syarikat Shopify.. Seminar yang menarik dan bagus untuk mereka yang berminat untuk memiliki sebuah Shopping Chart sendiri.. 

Shopify.my menyediakan paling mudah untuk newbie seperti saya memiliki sebuah shopping chart sendiri, tanpa perlu memahami atau pandai membuat sebuah laman web.. Untuk maklumat lanjut tentang laman web ini saya syorkan anda klik di sini..  


Big bad Wolf Book Sale

Ketika waktu rehat.. Saya mengambil kesempatan untuk mengunjungi Big Bad Wolf book Sale.. Pada mulanya nak luangkan masa selama satu jam sahaja untuk membeli 5 buah buku..  Tetapi kesudahannya terlajak sehingga dua jam dan "terbeli" 62 buah buku.. Hehehe





Disebabkan terlalu banyak buku, sehinggakan saya tidak larat untuk mengangkatnya ke atas.. Jalan penyelesaiannya, saya terpaksa membeli sebuah beg... Walaubagaimanapun,  Letih juga nak usung beg ini ke sana-sini...

Apabila semua urusan dekat bawah telah selesai... Saya kembali ke atas semula... 

Apabila sampai ke atas, saya mendapati acara penyampaian hadiah bagi pemenang setiap kategori telah pun selesai.. 

Berikut merupakan senarai 11 Blog Malaysia Terbaik 2013 anjuran Blogrrr.my:
Tahniah diucapkan kepada setiap pemenang... Semua pemenang memang terbaik dalam kalangan  yang terbaik... kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa.. Kali ini mungkin bukan rezeki anda untuk menang... Anda boleh mencubanya pada lain kali... 


Seminar ke 3 

Selepas selesai majlis perasmian dan penyampaian hadiah untuk anugerah blogrrr, di atas pentas masih berlangsung aktiviti seperti biasa... Manakala di bilik seminar pula, masih ada seminar yang dijalankan... 

Seminar ketiga yang saya sertai disampaikan oleh Encik Luqman Idris yang merupakan Co-Founder kepada Square Social Commerce..  

Saya menyertai seminar ini setelah menolak pelawaan blogger Azwan Anuar dan encik Titan untuk menyertai sesi sembang Teh tarik bersama mereka..  

Sebenarnya saya dah tak larat nak berjalan pada ketika itu setelah bertungkus lumus memborong sehingga 62 buah buku dalam masa 2 jam di Big Bad Wolf book Sale ..  

Memang letih sangat masa tu... Saya perlukan masa untuk duduk dan berehat sambil mendengar seminar, sebelum memandu pulang ke Ipoh, Perak... Jadi maaf yer kepada rakan-rakan blogger yang sudi mengajak saya mengeteh masa tu..

Seminar pada petang tersebut pada mulanya agak biasa-biasa sahaja.. penceramah menceritakan tentang strategi pemasaran facebook seperti cara mengumpul banyak like, cara mewujudkan "Engagement" dengan orang yang like fanpage kita, dan sebagainya.. 


Rupanya ia tidak berkesudahan di situ sahaja.. Ada maklumat yang dikongsikan oleh penceramah, merupakan maklumat baru bagi saya... Iaitu kita boleh membuka sebuah shopping chart sendiri secara PERCUMA dengan menggunakan aplikasi Facebook..

Jadi sekarang ini sesiapa sahaja boleh mempunyai sebuah shopping chart sendiri taanpa perlu mengeluarkan modal untuk membeli domain, web hosting dan mengupah web designer...  

Contohnya macam dalam gambar di bawah:

Sumber : Klik Di Sini

Dengan aplikasi Facebook ini juga membolehkan pelanggan memilih item yang mereka minati, untuk dimasukkan ke dalam troli seperti pada bahagian disebelah kanan yang terdapat dalam gambar di atas.. 

Kemudian pelanggan juga boleh memilih cara penghantaran dan cara bayaran..



Dalam aplikasi ini pelanggan boleh melaksanakan transaksi bayaran melalui facebook dengan menggunakan kaedah pemindahan wang atau kad kredit kad kredit ... memang menarik... 

Saya akan cuba menggunakan aplikasi ini terlebih dahulu, sekiranya berhasil nanti saya akan kongsikan caranya kepada anda semua... In Shaa Allah... ;)

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak MYNIC Berhad (MYNIC), kerana sudi menganjurkan Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia ini... Terima kasih juga saya ucapkan kepada Maxis Broadband, Bank Simpanan Nasional (BSN), akhbar Harian Metro dan sesiapa sahaja yang sudi menaja program ini samada secara langsung atau tidak langsung... ... 

Begitu banyak pengalaman berharga yang dapat saya perolehi semasa Menyertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia 

Bagi saya pengalaman ini sangat  menyeronokkan.. Sebab ini merupakan kali pertama saya menghadiri event himpunan penulis blog seumpama ini..

Kemudian saya juga rasa gembira kerana dapat berpeluang berjumpa dengan blogger-blogger handalan seperti Tuan denaihati, CEO Amanz.my, Encik Titan, Hazman Fadzil, Abang Ensem, Bro Framestone, Azwan Anuar, Fazrol dan lain-lain... Maaf sekiranya ada rakan blogger yang saya tak kenal, dan tidak sempat bertegur sapa dengan anda sepanjang event ini diadakan...

Sebab masa tu saya agak strees mengejar masa untuk mencapai beberapa tujuan saya berada di MIECC, Mines Selangor.. Syukur Alhamdulillah 95% tujuan saya telah tercapai.. 

Diharap lain kali ada lagi event seperti ini, dan semoga pihak penganjur dapat memperbaiki kelemahan yang ada.. Kelemahan paling ketara yang dapat saya lihat ialah bilangan peserta yang memenuhi bilik seminar.. 


Seminar menarik, speaker hebat, tetapi sayangnya tidak ramai blogger yang berminat untuk mendengar seminar tersebut.. Mungkin mereka lebih berminat untuk mendengar sekiranya nama mereka dipanggil untuk memenangi hadiah dalam cabutan bertuah... Sedangkan hadiah cabutan bertuah tu, hanya merupakan keseronokan sementara sahaja... Tetapi manfaat ilmu yang kita perolehi dapat digunakan untuk selamanya. . Ini merupakan pendapat peribadi saya sahaja, untuk renungan kita bersama... 

In Shaa Allah, sekiranya ada kelapangan masa , boleh kita berjumpa lagi di lain waktu... ;)

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Tahniah kerana berjaya untuk aktiviti hari tersebut. Tq info ini.

    BalasPadam
  2. Tak dapat hendak pergi sebab hadir sepupu berkahwin.

    BalasPadam
  3. Terasa rugi pulak tak pergi selepas baca posting ini. Tq for sharing

    BalasPadam
  4. laaa.. kita duduk sebelah je bro hari tu.. huhu. menyesal tak tegur.

    BalasPadam
  5. Wah panjang lebar entri kali ni. Bertuah bro dapat pergi event tu..

    BalasPadam
  6. Ni dah jadi laporan lengkap event aritu.... anyway dapat gak kita jumpa face to face kan

    BalasPadam
  7. terbaiklah bro...lepas ini boleh tulis ebook dah!

    BalasPadam
  8. memang bagus details...rs mcm ciktom pergi kt sn bila bc entry ni ..thanks kongsi info menarik event..
    ciktom pun last minute tau psl event ni..then mak suh balik kampung..xdpt attend..syg..

    BalasPadam
  9. banyak yang bro kongsikan dari perhimpunan dan seminar blogrrr yang hebat ni. semoga ramai lagi yang sertai tahun depan.

    BalasPadam
  10. alamakk.. terasa rugi plak tak masuk bilik seminar.. ni semua salah marsha asyik menggoda saya je di pentas ahahaha

    BalasPadam
  11. den tak berpeluang pergi sebab berada di Kuala Terengganu ketika tuh...

    BalasPadam
  12. Puas hatilah! Terima kasih bro Anuar berkongsi se'details' ni. Rasa macam suku badan dah sampai ke sana.

    Paling menarik pastinya shopping chart di fb tuh...

    BalasPadam
  13. Banyak gila pengalaman yang berfaedah

    Saya pun cadang nak g sambil2 singgah BBW..tapi hari tu dari PD, sampai sana jem teruk terpaksa patah balik

    BalasPadam
  14. Tahniah dapat merasa pergi ke event yang besar macam tu.. Masa tu sedang bertugas luar, tak dapat join..

    BalasPadam
  15. tak dapat nak sertai event ni..cuma beberapa hari sebelum tu ada pergi ke sana untuk memborong buku.

    BalasPadam
  16. Membaca ulasan panjang lebar ni membuatkan saya rasa cemburu pula tak dapat hadir....

    BalasPadam
  17. Perghhh banyak tuh..bila lah nak jadi macam saudara muaz ni..haha

    BalasPadam
  18. akak pn ade...tapi kt booth jualan blogshop..rasa nye si muaz hadi tu ade singgah booth akak, beli durian crepe..ahaksss

    BalasPadam
  19. Seronok dapat pergi...tapi saya terpaksa menolak atas urusan keluarga.....

    BalasPadam
  20. Entri yang panjang namun sarat dengan pengisian. Best baca pengalaman bro!

    Tanya sikit... Apa nama aplikasi percuma shopping cart untuk Facebook tu?

    BalasPadam
  21. komunitas nya besar dan elok,
    sebuah kegiatan yang bagus untuk diikuti,
    :-).
    thz

    BalasPadam