Mereka Kata Saya Gemuk.... Betul ker?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ramai sahabat lama yang berjumpa dengan saya mengatakan saya ni dah gemuk.. Betul ker?

Saya rasa mungkin ada betulnya juga apa yang diperkatakan oleh kawan saya tu.. Sebab berat badan saya pun dah meningkat dekat 10Kg berbanding semasa saya duduk di Mukah Sarawak dulu.. 

Masa tu masih slim lagi, walaupun dah ada anak dua.. hehehe.. Kalau tak percaya boleh tengok gambar-gambar saya kira-kira 3 tahun yang lalu di link ini

Cuba bandingkan gambar saya dahulu dengan gambar saya sekarang... Jauh berbeza kan... Sekarang ni dah nampak semakin berisi... 


Gambar Terbaru saya bersama isteri dan anak-anak.. 


"Tak bolehlah nak bezakan dulu dengan sekarang... Dulu anak baru 2, sekarang dah ada 3 orang anak..." Antara alasan spontan yang saya berikan, apabila ada orang menegur saya dah gemuk... Hehehe..  ;) 

"Tak ada kena mengena langsung dengan alasan tu... Lainlah ko yang mengandung... Ini Isteri ko yang mengandung, ko pula yang gemuk.."  Sebiji sindiran pedas kena dekat batang hidung saya... Hahaha...

"Erk.. Memanglah.. Isteri aku mengandung, cukup sembilan bulan kandungan dilahirkan.. Tapi isi dalam perut aku ni cukup sembilan bulan tak mahu nak keluar-keluar, makin bertambah adalah" Ayat terpaksa mengalah sambil memberi alasan.. ;) 


Dulu-dulu anak baru 2, sekarang dah ada 3 anak

Bukan setakat rakan lama sahaja yang mengatakan saya dah gemuk... Malah anak-anak juga turut mengatakan sedemikian... Mereka selalu membandingkan saya dengan isteri saya...  

"Tak bolehlah macam tu, Mama Haikal dan Adam memanglah kurus jika nak dibandingkan dengan ayah".. Itu antara kata-kata yang dapat saya ungkapkan kepada Haikal dan Adam sekiranya saya rasa malas nak melayan mereka... 

Dan ada kalanya, apabila saya malas nak melayan mereka bermain nyorok-nyorok disebabkan banyak kerja atau keletihan.. Saya akan berkata

"Ayah mana boleh main nyorok-nyorok, sebab ayah kan dah gemuk.. Dekat mana Ayah nak menyorok?.. Nanti Haikal dengan Adam senang jer jumpa Perut Ayah.." Sambil membesarkan perut saya ke depan.. hehehe...

Ada kalanya anak saya bersetuju dengan alasan yang saya berikan, dan mengecualikan saya daripada turut serta bermain nyorok-nyorok bersama mereka... Yes!!! Strategi menjadi.. 

Tetapi tidak selalunya berhasil... Banyak kali kena main nyorok-nyorok juga, berbanding sekali-sekala mendapat pengecualian kuliah daripada bermain nyorok-nyorok.. 

Walaupun letih melayan kerenah anak-anak, tapi saya rasa cukup bahagia dengan kehidupan kami.. Jadi, tak hairanlah kenapa saya boleh jadi gemuk macam sekarang ni... 



Walaubagaimanapun, tak bolehlah saya nak membiarkan badan saya terus mengembang.. Saya perlu usahakan sesuatu supaya boleh jadi slim semula macam dulu-dulu..

Gambar saya dan anak-anak pada tahun 2011

Gambar saya dan isteri pada tahun 2006.. 

Apabila melihat gambar dulu-dulu sememangnya saya mengakui, keadaan berat badan saya kini dah jauh berbeza.. Dulu slim, sekarang tak berapa nak slim.. 

Lemak dah semakin banyak terkumpul dekat Perut.. Dan keadaan tersebut sudah pastinya tidak bagus untuk kesihatan.. Dan kita perlu melakukan sesuatu untuk mencegah keadaan tersebut daripada berlarutan... 


Menurut apa yang saya tahu melalui pembacaan,  lemak yang ada pada pinggang dan perut adalah paling sukar untuk kita hapuskan. Kerana lemak dikawasan tersebut adalah tempat penyimpanan lemak yang sangat besar dalam badan kita.

Kalori yang berlebihan dari pemakanan kita akan disimpankan pada tapak penyimpanan lemak iaitu di perut.

Kesannya... Sekarang ni dah ada beberapa seluar Slack saya yang dah tertanggal cangkuk seluar, merekah jahitan tepi pada peha dan zip seluar rosak disebabkan perut dan peha semakin membesar... Keadaan ini menyebabkan saya terpaksa membeli seluar slack baru untuk bekerja, disebabkan ada seluar kerja yang dah tak muat untuk dipakai... huhuhu... 


Berusaha Menurunkan Berat Badan Pada Tahun 2014

Pada Tahun 2014 ini, saya akan berusaha untuk menurunkan berat badan... Sekarang ini saya sedang mencari seberapa banyak info dan Tips melalui internet dan bahan bacaan lain seperti buku, majalah dan surat khabar... Tentang strategi paling berkesan untuk menurunkan berat badan...

Kalau boleh saya taknaklah turunkan berat badan dengan cara memakan ubat-ubatan, atau terpaksa diet yang keterlaluan sehingga langsung tidak boleh makan nasi... 

Untuk pengetahuan anda, saya ni jenis tak suka makan ubat... Sejak kecil sehinggalah sekarang, setiap kali makan ubat, walaupun sekadar Panadol pun dah rasa nak termuntah... Inikan pula ubat yang lagi bermacam-macam jenis yang saya langsung tak pernah makan... Memang susahlah saya nak makan...

Bab tak makan nasi pula, memang saya tak boleh terima... Sebab saya akan cepat rasa lapar bila tak makan nasi... Ada kalanya rasa lapar keterlaluan sehingga badan rasa menggigil... Disebabkan itu kalau ada yang mengesyorkan saya turunkan berat badan dengan cara tidak makan nasi, saya terpaksa menolaknya dengan cara baik... 

Melalui hasil carian saya, saya suka membaca info yang ditulis oleh En Hafiz Wasa, dekat laman web beliau yang bertajuk Teknik Bakar Lemak Pantas.. 

Melalui laman web tersebut, En Hafiz Wasa berkongsi pengalaman beliau menurunkan berat badan sebanyak 14 Kg dengan menggunakan teknik yang betul... Kalau tak percaya anda boleh baca kisah kejayaan beliau menurunkan berat badan dengan berkesan dengan klik di sini 

Malah yang menariknya, beliau turun berkongsi kisah kejayaan rakan-rakan beliau yang turut berjaya menurunkan berat badan dengan menggunakan Teknik Bakar Lemak Pantas yang dipraktikannya...  

Antara tips yang dikongsikan oleh En Hafiz Wasa di laman web tersebut ialah:
  • Cara mengira keperluan kalori individu
  • Bagaimana untuk merangka diet yang sesuai untuk diri sendiri.
  • Apakah aktiviti yang boleh dilakukan untuk membakar lemak dengan pantas dan berkesan.
  • Bagaimanakah untuk meningkatkan metabolisma diri.
  • Bagaimana gabungan senaman kardio dan senaman bebanan dapat membakar lemak-lemak degil yang ada pada diri anda.
  • Dan banyak lagi....
Untuk mengetahui lebih banyak info atau tips mengenai teknik bakar lemak pantas ini saya syorkan anda klik di sini


Saya Nak Belajar teknik turunkan berat badan tanpa produk!

Saya melihat ada rakan saya yang berjaya menurunkan berat badan setelah mengamalkan pemakanan produk X... Kemudian ada rakan yang lain pula berjaya menurunkan berat badan setelah mengamalkan pemakanan produk Y..  Siap buat testimoni lagi gambar mereka sebelum dan selepas mengamalkan prodek tersebut, dan kemudian share dekat Facebook.. 

Tetapi yang menariknya ada kawan saya yang lain turut mengamalkan produk yang sama, tetapi tak menjadi pula... 

Tahukah anda, jika betul-betul ada produk X dan Y yang boleh turunkan berat badan, maka tiadalah masyarakat Malaysia yang mengalami masalah obesiiti (terlebih berat badan).

Itu semua propaganda. Jika kita lihat produk demikian lebih kepada MLM iaitu produk multilevel marketing. Mereka 'wajib' mencari orang dan mencapai target jualan agar bonus dapat mereka nikmati pada hujung bulan.

Sebenarnya tiada semudah itu untuk menurunkan berat badan. Melainkan ada strategi yang khas dan perancangan yang betul untuk mengurangkan berat badan. Dimana kita berpeluang untuk menurunkan berat badan dengan membakar lebih lemak dalam diri kita.

Dengan kajian saintifik dan fakta yang terbukti berkesan telah menambah keyakinan saya untuk mempraktikkan cara menurunkan berat badan yang dikongsikan di laman web BakarLemakPantas.com

Kini saya pasti bahawa tiada yang mustahil untuk anda menurunkan berat badan tanpa sebarang produk!


Nak turunkan berat badan dengan berlapar?

Berdasarkan maklumat yang saya baca di laman web BakarLemakPantas.com, Salah sebenarnya kalau kita nak turunkan berat badan dengan berlapar.

Diet dengan berlapar hanya akan merendahkan metabolisma dalam badan kita dan menyebabkan penguraian otot-otot badan (permulaan ke arah kegemukan jika makan secara tidak terkawal selepas itu).

Daripada kita menurunkan berat badan dengan berlapar, lebih elok kalau kita turunkan berat badan dengan cara bersenam... 

Dengan senaman, kalori boleh digunakan dan anda juga dapat mengekalkan/menaikkan metabolisma badan, seperti senaman weight training mampu menaikkan metabolisma anda dan menyingkirkan lemak yang berlebihan.

Jadi, berdietlah secara sihat.. Jangan terlalu stress sehingga terpaksa berlapar semata-mata untuk menurunkan berat badan.. 

Kawal diet kita dan lakukan senaman secara konsisten. Diet secara drastik boleh membuatkan kita tertekan, moody, tidak bermaya seterusnya bukan sahaja menjejaskan badan kita...  Tetapi turut boleh menjejaskan hubungan dengan keluarga, kerja dan sosial.

Untuk mencapai sasaran menurunkan berat badan pada tahun 2014, Apa yang saya perlukan ialah motivasi, semangat dan kesungguhan untuk menguruskan berat badan.. 

Selain itu, saya memerlukan seberapa banyak info sebagai panduan untuk memahami selok belok pemakanan, cara melakukan senaman yang betul, serta penyusunan gerak kerja yang betul dan teratur..  

In Shaa Allah semoga usaha saya dan rakan-rakan lain yang turut berminat untuk menurunkan berat badan dipermudahkan Allah S.W.T... Amin... 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Salam perkenalan. Cikgu ke ni ? Akupun dah makin gemuk he..he..he..tapi yang gemuknya lebih ke perut.Semoga usaha menurunkan berat badan berjaya.

    BalasPadam
  2. Memang sangatlah berbeda sekali...semoga bisa langsing seperti dulu

    BalasPadam