Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Ada apa dengan C-I-N-T-A.. Kasih... Sayang...
Ke tiga-tiganya telalu abstrak untuk diperkatakan.. Tetapi ianya terbit secara semulajadi dalam diri setiap insan..
Dengan adanya perasaan cinta, kasih dan sayang yang wujud dalam diri pasangan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, adalah lebih baik mereka segera diijabkabulkan.. Supaya perasaan tersebut dapat disalurkan melalui ikatan perkahwinan yang sah, tanpa menimbulkan sebarang fitnah...
Cuti Sekolah = Musim Menyatukan Perasaan Cinta Antara Dua Hati
Apabila tiba sahaja musim cuti sekolah, ada sahaja majis kenduri kahwin diadakan.. Sehingga sekarang ni dah ada beberapa jemputan ke Majlis kenduri kahwin telah saya terima.. Mana yang dekat tu dapatlah saya pergi... Mana yang jauh tu, minta maaflah sekiranya saya tidak berkesempatan untuk menghadirinya...
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat pengantin baru kepada rakan-rakan yang telah mendirikan rumah tangga atau bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi sempena musim cuti sekolah pada kali ini.. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.. In Shaa Allah...
Cabaran Selepas Berkahwin
Selepas berkahwin pastinya ada cabaran besar menanti pasangan pengantin... Sebelum ini hidup sorang-sorang, sekarang ni dah hidup berdua..
Kalau sebelum ini memadai kita makan sepinggan nasi dan kenyang, tetapi selepas ini kita kena fikir ada orang lain yang sentiasa akan makan bersama kita..
Kalau sebelum ini kita tidur lesak, kuak lentang dan sebagainya atas katil sorang-sorang.. Tapi sekarang ni kita kena fikir dekat atas katil yang sama ada orang yang memerlukan perhatian kita.... Oppss nasib baik tak terlajak tulis...
Lepas ni, kalau ada rezeki... Keluarga akan membesar.. Semakin besar keluarga, semakin besar tanggungjawab yang perlu dipikul... Masa tu kena fikirkan pula kehidupan keluarga dan anak-anak...
Dan seterusnya cabaran selepas berkahwin semakin besar dari masa ke semasa.. Dan pastinya ada ganjaran pahala yang menanti kita sekiranya kita berjaya mengharungi setiap cabaran tersebut dengan sabar dan berjaya mengemudi bahtera perkahwinan dengan baik...
Sejauh mana C-I-N-T-A, kasih dan sayang dapat bertahan?
Soal sejauhmana Sejauh mana C-I-N-T-A, kasih dan sayang dapat bertahan tidak perlulah kita fikirkan.. Itu urusan Allah S.W.T... Ajal, maut, pertemuan dan perpisahan itu adalah ketentuan takdir..
Kita serahkan segalanya di tangan Allah S.W.T, tetapi dalam masa yang sama kita perlu bersikap jujur dengan pasangan, kemudian sentiasa berusaha dan berdoa semoga jodoh kita dengan pasangan berpanjangan hingga ke akhir hayat...
Tahniah Kerana Telah Bersama Selama 13 Tahun
Entri ini sebenarnya ditujukan khas buat pasangan suami isteri ini, yang telah berjaya melayari bahtera rumah tangga selama 13 tahun... Dalam tempoh tersebut mereka telah dikurniakan 5 orang anak lelaki... Tahniah buat kedua pasangan ini..
Dan sempena memperingati hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 13 tahun, si isteri telah menempah Design Quilling sebagai kenang-kenangan...
Cinta, Kasih, Sayang... Tq Allah S.W.T.. Semenjak 31 Disember 2000
Yaa.. Inilah dia Design Quilling terbaru yang telah disiapkan oleh isteri saya...
Design Quilling bersaiz A3 ini ditempah oleh rakan sekerja saya, sempena menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 13... Semoga jodoh kak Su bersama suami tercinta berpanjangan sehingga ke akhir hayat... In Sha Allah..
Kak Su menempah saiz Quilling yang besar dengan tujuan untuk diframekan.. dan kemudian digantung di dinding rumah beliau..
Idea yang menarik...
Menurut Kak Su ... Daripada membeli kad ucapan, kemudian disimpan.. Lebih baik beliau menempah sesuatu yang unik, kemudian dapat digantung didinding untuk dijadikan hiasan rumah.. Sekurang-kurangnya dapat mereka sekeluarga melihatnya pada setiap hari... ;)
6 Ulasan
cantiknya design quilling tu...memang kreatif isteri bro menyiapkannya :)
BalasPadamcantiklah... warna-warni dan design yang unik
BalasPadamini baru betul-betul RARE!
kalau dah frame nanti sudah tentu nampak lebih cantik...
BalasPadamterbaik juga dapat mengabdikan tarikh penting dalam hidup..
BalasPadamCantik design quilling ni. Memang kena tangan seni nak buat quilling ni.
BalasPadamCantiknya semoga jodoh mereka secantik hiasan pada kartu ucapan tersebut
BalasPadam