Hobi Terbaru Isteri Saya, Cantik Tak? (Bahagian 25)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam segmen Hobi Terbaru Isteri saya sebelum ini.. Isteri saya ada menghasilkan sebuah kad design Quilling kusus untuk kedai  Rika Trading , yang merupakan salah sebuah kedai yang ada menjual bahan-bahan Quilling di Malaysia... Kepada rakan-rakan yang terlepas untuk melihat design Kad tersebut, saya syorkan anda klik di sini

Disebabkan kad tersebut kelihatan menarik.. Haikal dan Adam pun nak kad macam tu juga... Kesian dekat isteri saya terpaksa membuat dua buah kad lagi yang hampir sama macam design untuk Rika Trading, tetapi tak serupa... 

Oppss silap... Bukan dua buah kad, tetapi tiga... Supaya adil untuk ketiga-tiga anak kami, walaupun anak nombor 3 masih kecil lagi, belum tahu meminta itu dan ini... Belum pandai menghargai seni, tetapi isteri saya nak bersikap adil kepada anak-anak...

Dan inilah hasilnya untuk tiga buah kad design Quilling untuk Haikal, Adam dan Naila...

3 Keping Kad Quilling untuk ketiga-tiga anak kami

Kad Quilling untuk Anak Kedua kami, Adam

Kad Quilling untuk anak sulung kami, Haikal

Kad Quilling untuk anak ke tiga kami, Naila

Apa pendapat anda tentang Design Kak Quilling ini? Cantik tak?

Bagi pendapat saya, seni adalah sesuatu yang sangat unik.. Dan ianya tidak dapat untuk dinilai dengan wang ringgit... Ada orang sanggup mengeluarkan wang beratus-ratus ringgit sehingga berjuta-juta ringgit semata-mata untuk mendapat kepuasan pemandangan/gambar seni yang mereka inginkan... 

Disebabkan itu siapa sangka potrait Monalisa dan lukisan-lukisan lain yang senaraikan di bawah mempunyai nilai seni yang terlalu istimewa sehingga bernilai sedemikian rupa:
  • Potrait Monalisa berharga US$670 juta
  • No. 5 , 1948 berharga US$149.6 juta
  • Woman III berharga US$157 juta
  • Potret Adele Bloch-Bauer I berharga US$144.4 juta
  • Potret Dr. Gachet berharga US$136.1 juta

Sumber : Wikipedia 

Nilai bagi seni Quilling

Semasa saya mendapat tempahan daripada rakan-rakan, pada mulanya saya rasa keberatan untuk menyatakan harga tempahan bagi design Quilling yang mereka inginkan.. Contohnya bagi harga Kad Quilling.. Kebanyakan kad ucapan yang dijual di kedai biasanya berharga sekitar RM5-RM15 mengikut design dan kualiti... Tetapi bagi tempahan Kad Quilling, harganya jauh lebih mahal dari itu..


Tetapi, apabila saya bagi tahu harga sebenar tempahan kad Quilling kepada mereka, mereka kata harga yang isteri saya letakkan masih lagi murah berbanding harga dekat internet... 

Terkejut saya mendengar berita tersebut... Ialah saya ni orang lelaki yang tidak berapa pandai untuk menilai seni... Biasanya kalau nak beli kad pun, saya akan cuba cari kad yang tak mahal sangat... Bagi saya harga sekeping kad, kalau dah cecah RM20 tu dah kira mahal dah... Tetapi bagi golongan wanita peminat seni ni, berbeza pandangan mereka... 

Betullah kata orang, seni tidak dapat diukur dengan wang ringgit... Lagipun bukan senang nak buat design Quilling ni.. Memakan masa untuk menyiapkannya... Memang patut pun ianya agak mahal sedikit berbanding kad-kad ucapan yang boleh dibeli di kedai-kedai biasa...

P/s: Setakat ini masih ada lagi beberapa tempahan Quilling yang masih belum isteri saya siapkan.. Nak tengok Design terbaru? Tunggu.... Sekiranya nak buat tempahan Quilling, anda boleh menghubungi saya dengan menggunakan No. Telefon dan email seperti berikut... 016-5425547 dan nuargto@gmail.com


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. memang sah tangan isteri bro sangat berseni...

    BalasPadam
  2. Wow,, very nice... Ape kate cube jual.. Mane taw ade orang nak beli ke

    BalasPadam
  3. Waahh...lawa..sangat seni isteri tuan

    BalasPadam
  4. saya suka dan jatuh hati cewah

    BalasPadam
  5. Memang cantik? Berkualiti, peminat seni pasti tak berkira.

    Moga makin sukses!

    BalasPadam
  6. Kad ini untuk apa sebenarnya bro, macam kad ucapan ke

    BalasPadam
  7. Boleh dah berikan saya satu ni..haha

    BalasPadam
  8. Jarang-jarang memiliki hobi seni yang begini, sangat bagus dan cantik

    BalasPadam
  9. sungguh kreatif..
    http://shakleedmamazara.blogspot.com/

    BalasPadam