Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Domain dan Hosting salah satu blog saya akan expired tidak lama lagi.. Nama Domain yang saya maksudkan ada tertera dalam Invoice dibawah... Infokeluarga.net
RM100 sahaja diperlukan untuk membayar harga domain + Hosting ini..
Syarikat Pengeluar Invoice : Klik Di Sini
Domain ini dah berumur lebih daripada 2 tahun... Lama juga tu...
Tetapi disebabkan kesibukan pemiliknya, sehingga sekarang tak sempat untuk menulis sebarang entri... Blog terus suram setelah sekian lama, tanpa sebarang Informasi untuk membina Keluarga bahagia...
Ya!! Membina keluarga bahagiam merupakan Impian setiap manusia yang telah mendirikan rumah tangga seperti saya... Untuk memastikan rumah tangga kekal bahagia, aman dan harmoni... Setiap ahli keluarga ada peranannya masing-masing..
Bukan mudah sebenarnya untuk menulis entri tentang motivasi atau kekeluargaan sekiranya kurang pembacaan.. Walaupun ada Idea, tetapi sering terkandas di tengah jalan... Saya perlu banyak membaca supaya entri tentang tips kekeluargaan yang akan saya kongsikan dalam blog ini diterima dan boleh menjadi rujukan untuk seluruh rakyat Malaysia...
Tetapi disebabkan keterbatasan masa untuk membaca, telah menyebabkan blog ini terkubur sehingga ke hari ini...
Dan yang pastinya... Untuk tahun 2014, sudah tentu rutin kehidupan saya bertambah sibuk daripada sekarang..
Seawal pagi perlu menyiapkan anak-anak untuk dihantar ke sekolah dan ke rumah pengasuh... Di Pejabat pula tugas-tugas baru sedang menanti saya setelah mendapat berita gembira baru-baru ini... Berita gembira di alam pekerjaan biasanya datang dengan tanggungjawab yang lebih besar, berbanding sebelum ini... Saya Yang Menurut Perintah (SYMP) merupakan istilah biasa yang digunakan oleh kakitangan kerajaan seperti saya... ;)
Dalam masa yang sama anak sulung dah masuk darjah satu dan anak kedua dah masuk pra sekolah... Tugas semakin besar untuk menghantar Anak sulung kena pergi sekolah Kebangsaan pada sebelah pagi dan sekolah agama rakyat pada sebelah petang...
Di sebelah malamnya pula selepas selesai menunaikan solat Maghrib, kena menghantar anak-anak mengaji di rumah Ustaz yang terletak di taman sebelah... Sehingga ke hari ini, walaupun dah menghantar anak-anak mengaji ke rumah Ustaz, saya terpaksa mengajar anak saya mengaji bersama ustaz, ...
Sebelum ini dalam perancangan kami, setelah menghantar anak pergi mengaji ke rumah ustaz saya akan pulang ke rumah sama seperti yang dilakukan oleh ibu bapa yang lain... Kemudian setelah anak selesai mengaji saya akan mengambil mereka semula...
Tetapi lain pula jadinya... Masa mula-mula hantar anak mengaji, baru sahaja menghidupkan enjin kereta, anak saya dah berlari ke kereta saya dengan berkaki ayam sambil menangis tidak mahu ditinggalkan.. Anak-anak saya mengharapkan saya mengajar mereka mengaji di rumah Ustaz, sebab mereka takut dengan ustaz yang sedikit garang... Jadi, saya kena menunggu mereka sehingga habis mengaji... Nak buat macamana, saya terpaksa menuruti kehendak mereka demi ingin melihat mereka mendapat pendidikan yang secukupnya... Kalau tak, saya yang akan menjawabnya di akhirat nanti...
Orang-orang dekat surau di depan rumah saya pun dah perasan dengan ketiadaan saya menunaikan solat isyak Berjemaah... Ada seorang ustaz tu pernah menegur saya...
Ustaz : "cikgu Anuar, Lama dah tak nampak pergi ke mana?"
Saya : "Ada, dekat sini.. Cuma tak berkesempatan nak bersua muka dengan Ustaz.. Maklumlah sibuk sedikit sekarang ni"
Sebabnya... Saya balik kerja dah lambat dah.. Sampai dekat rumah berehat sekejap, sebelum menyiapkan anak-anak untuk pergi mengaji.... Selepas itu baru saya bersiap-siap pergi ke surau.... Biasanya sampai dekat surau pun dah lambat... Samada nyaris-nyaris tertinggal rakaat pertama atau dah masuk rakaat kedua... Bila dah habis sembahyang Maghrib, sebaik sahaja selesai berdoa terus balik ke rumah tanpa sempat bersalaman dengan jemaah yang hadir...
Lepas tu bawa anak-anak pergi mengaji dan menemani anak-anak sehingga selesai mengaji... Ramai juga pelajar yang belajar mengaji dengan Ustaz... Biasanya apabila anak-anak selesai mengaji, solat Isyak berjemaah dekat surau dah pun selesai... Mungkin sebab tu ustaz yang menegur saya tu, dah jarang bersua muka dengan saya semasa dekat surau... Melainkan hari Khamis disebabkan hari Khamis merupakan hari cuti mengaji untuk membaca Yassin di surau....
Itulah rutin kehidupan saya sekarang dan seterusnya pada tahun 2014 nanti... ;)
Disebabkan itu, saya berhasrat untuk melepaskan blog Infokeluarga.net pergi buat selamanya... Terasa rugi, apabila kita membayar sesuatu, tetapi kita tidak dapat nak menggunakannya...
Mungkin ada rakan blogger yang lebih sesuai untuk mengendalikan blog ini... Blog ini mempunyai domain yang menarik, sesuai untuk mereka yang bercita-cita untuk mempunyai sebuah blog berkisarkan tentang kekeluargaan...
Jadi, sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan domain dan hosting ini daripada saya (tukar hak milik), bolehlah hubungi saya melalui email nuargto@gmail.com
Sekiranya ada yang betul-betul berminat nak dapatkan domain ini, sila hubungi saya dengan kadar segera... Sebelum domain ini expired dan di jual semula pada harga yang jauh lebih mahal daripada harga sekarang...
Tiada sebarang bayaran yang akan saya kenakan kepada anda.. Cuma saya minta anda selesaikan segala prosuder dan kos tukar hak milik terebut dengan pihak netkl.com.. Selepas itu domain dan hosting tersebut akan menjadi milik anda buat selamanya... ;)
Akhirnya akan ku lepaskan dikau pergi buat selamanya..... Selamat tinggal Infokeluarga.net ... Semoga ada insan lain yang lebih layak untuk diri mu.....
12 Ulasan
dot net ni aku tak berapa gemar. Susah nak tarik diri sendiri untuk aktif menulis. Lain kalau dot com. Feel dia lain sikit. blog aku yang dot net, dot my dan dot info. Semua huru-hara sekarang. haha..
BalasPadamsentiasa ada yang lebih penting berbanding yang penting
BalasPadamnak buat macam mana
Bro rasanya banyak domain terpaksa lepaskan...
BalasPadamBaru2 nie domain yang paling bro sayang.. dah 2 tahun.. rm100 termasuk hosting. Tapi waktu tue mmg tengah nazak so xboleh nk renew.. Bila nk renew.. harga terlalu tinggi. So terpaksa lepaskan
sayang jugakan, tapi gitulah kehidupan...ada masanya terpaksa lepaskan apa yg perlu demi yg lain...
BalasPadamapapun, moga ada yg ambil domain ni..bro ada up kat mana2 grup tak? kot2 ada yg berkenan
saya pun ada dot net, tapi oleh kerana masih sayang terpaksalah buat entri syok sendiri jer
BalasPadamAda try jual di flippa tak? Dengar cerita kalau jual kat situ boleh dapat buyer yang sanggup bagi harga yang agak tinggi
BalasPadameh ni pakai doinan apa eh...net kl ker apa?
BalasPadamKalau tiada masa elok lepaskan jer lah...kalau nak guna membazir pulak kan.
BalasPadamblog aku yg satu ni pon terabai.. kalau tak leh gak fikir utk aku sambung. hehehe
BalasPadammungkin ini yang terbaik, kalau tak pakai membazir simpan lama2 kot...
BalasPadamEmm kalau simpan boleh jana duit tak apa kan bro?hehe..tambah2 pulak masa nak monitor tu kurnag..celaru habis dibuatnya..hehe
BalasPadammaterinya berat nih,,benar-benar yang sudah memiliki pengalaman berkeluarga agar lebih mantab
BalasPadam