Tidak dapat Melelapkan Mata sepanjang penerbangan bersama Syarikat Malindo Air

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebenarnya dah lama nak bagi tulis entri tentang pengalaman pertama menaiki Pesawat Malindo Air.. Tapi apakan daya keadaan tidak mengizinkan... Syukur Alhamdulillah... Akhirnya hari ini dapat juga peluang untuk menulis entri ini... 

Entri simple yang pernah saya tulis sebelum ini tentang Malindo Air, MAS dan Air Asia ternyata dapat menarik perhatian orang ramai untuk bertandang ke Blog Coretan Anuar... Tak tahu apa yang menariknya tentang entri tersebut sehingga berjaya dinobatkan sebagai entri popular Blog Coretan anuar bagi Bulan September 2013.. 

Boleh tahan juga bilangan komen yang berjaya saya perolehi melalui entri tersebut... Dan Yang pastinya kebanyakan komen yang saya terima, begitu Excited nak tahu kenapa saya tak dapat nak melelapkan mata sepanjang menaiki Pesawat Malindo Air.. ;) 


Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini

Depa semua dok komen, mungkin disebabkan peramugari Malindo Air yang berpakaian seksi... hahaha... Erk.. Seksi sangat ker pakaian Peramugari Syarikat Malindo Air ni? 

Sepanjang 5 tahun pengalaman saya menaiki kapal terbang semasa berkhidmat di Mukah Sarawak, sememangnya saya akui kebanyakan peramugari berpakaian seksi... Terutamanya syarikat Air Asia... Tetapi penampilan mereka sedikit pun tidak mampu untuk menghalang saya daripada tidur lena sepanjang penerbangan... ;)

Jadi, apa penyebabnya??

Nak tahu kenalah baca entri ini sehingga tamat.... 

Pengalaman pertama menaiki penerbangan syarikat Malindo Air, pastinya agak mendebarkan... Sama seperti pengalaman pertama menaiki penerbangan milik syarikat MAS, Air Asia, Firefly, Foker dan Twin Otter... Biasalah.. Mesti nak tahu kelebihan dan keistimewaan sesebuah syarikat penerbangan berbanding syarikat penerbangan yang lain.. Betul tak?



Kapal terbang Malindo Air pertama yang saya naik ialah Boeng 737... Lebih kurang macam kapal terbang MAS jugalah... Cuma bezanya, kapal terbang ni kapal terbang baru... Dan terdapat sedikit kelainan berbanding ketika berada dalam Boeng 737 milik MAS yang pernah saya naik sebelum ini... 


Boeng 737 - Malindo Air... 

Para penumpang mula mengambil tempat duduk masing-masing.. 

Inilah keistimewaan syarikat Malindo Air... Walaupun naik penerbangan Domestik, kelas Economy, tambang murah... Tapi ada disediakan LCD Touch Screen untuk setiap penumpang, yang boleh dimanfaatkan untuk mengisi masa lapang di sepanjang penerbangan anda..


Pilihlah bahasa mengikut keselesaan anda... 

Setiap kali ada pengumuman atau gangguan akan dimaklumkan melalui paparan Screen ini... 

Tetapi tiada Earphone disediakan.. Kalau nak gunakan earphone, boleh guna earphone telefon bimbit anda, atau membelinya pada peramugari bertugas dengan bayaran RM10/unit... 

Strategi perniagaan yang menarik... Teringat kisah kejayaan perniagaan Abdul Rahman Bin Auf... Beliau menjual Unta pada harga kos. Tetapi mendapat keuntungan melalui hasil jualan “tali pengikat unta”

Saya percaya syarikat Malindo Air boleh mendapat keuntungan yang lumayan melalui hasil jualan EarPhone... ;)

Selain itu, Syarikat Malindo Air juga turut mennjual makanan di atas pesawat.. Sama seperti strategi perniagaan yang digunakan oleh syarikat Air Asia... 




Boleh tahan juga harga makanan yang dijual di atas pesawat Malindo Air... Siapa yang berminat nak beli, boleh beli... Tiada paksaan untuk membeli... Lagipun makanan yang dijual nampak sedap.... Cubalah rasa...

Sebelum menaiki pesawat Malindo Air, saya dan keluarga dah menikmati sarapan pagi di lapangan Terbang Kuching... Jadi, kami tidak membeli makanan sebaliknya menikmati juadah percuma yang diberikan iaitu sepotong butter Cake dan sebotol kecil air mineral... Syukur Alhamdulillah.... 

Sepotong butter Cake dan sebotol kecil air mineral yang diberikan secara percuma kepada semua penumpang... 

Biasanya dalam penerbangan, peramugari akan menunjukkan demonstrasi menggunakan peralatan keselamatan dan kecemasan.... Kecuali sekiranya anda menaiki pesawat kecil seperti Twin Otter.. 

Dalam pesawat Malindo Air kali ini, demonstrasi menggunakan peralatan keselamatan dan kecemasan turut ditunjukkan... Cuma yang membezakan dengan pesawat yang lain ialah, demonstrasi tersebut dipaparkan pada screen monitor yang terdapat di hadapan kita... Tiada lagi demonstrasi live, yang memberi peluang kepada kita untuk melihat secara live kecantikan peramugari yang bertugas... 

 Demonstrasi menggunakan peralatan keselamatan dan kecemasan yang terpapar pada Screen Monitor di hadapan kerusi setiap penumpang... 

Seksi ker peramugari Malindo Air?

Secara jujurnya, saya suka demonstrasi menggunakan peralatan keselamatan dan kecemasan turut ditunjukkan menerusi screen monitor. Ini disebabkan ianya turut disertakan dengan tunjuk cara sebenar... Contohnya: 


Cara Memakai Seat Belt dengan betul...

cara mematikan telefon Bimbit... Ops, masa ni saya belum mematikan telefon bimbit yang saya gunakan... Hehehe... Jangan marah yer... 


Cara memakai corong Oksigen...

Cara nak keluar dari pesawat sekiranya berlaku kecemasan... 

Situasi/gambaran sebenar ditunjukkan menerusi paparan screen monitor yang dapat membantu  kita lebih memahami, maklumat yang disampaikan... Terbaik... ;)

Seterusnya... Inilah masa yang ditunggu-tunggu... Mengisi masa lapang anda sepanjang berada di dalam pesawat dengan hiburan yang disediakan... 


Pilihan terletak di tagan anda...  Klik sahaja yang satu berkenan di hati... 



Saya memilih Filem Shaolin... Filem yang pernah saya tonton buat kali pertama sewaktu dalam perjalanan menaiki bas daripada Mukah Sarawak ke Kem Alapong, Lundu Sarawak... Masa tu jarak perjalanan dekat 10 jam.. Jadi bolehlah tengok beberapa buah filem dalam bas untuk mengisi masa lapang tersebut... ;)

Sapi kali ini, dapat peluang tengok satu filem sahaja... Saya sengaja memilih filem Kungfu , supaya tidak dapat nak melelapkan mata sepanjang penerbangan menaiki Syarikat Malindo Air.... hehehe...




Diharapkan persoalan anda telah terjawab... Kenapa saya tidak dapat nak melelapkan mata sepanjang penerbangan bersama Syarikat Malindo Air?

Secara keseluruhannya, Saya gembira dapat menimba pengalaman pertama menaiki penerbangan syarikat Malindo Air... Perkhidmatan yang diberikan tidak mengecewakan, malah ada nilai tambah yang pastinya dapat menggembirakan hati penumpang penerbangan tersebut.... 



Sekiranya anda belum pernah menaiki penerbangan Malindo Air, saya syorkan anda mencubanya... Harga tiket yang ditawarkan oleh syarikat Malindo Air, tidak lah mahal sangat... Nak harga tambang yang lebih murah, saya syorkan anda mengambil penerbangan di sebelah pagi... Harganya boleh jadi lebih murah berbanding harga tambang yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan Tambang Murah, Air Asia...  Tapi, kena tempah dengan segera... Sebab siapa cepat dia dapat... Siapa lambat menggigit jari.... 

Kekerapan masa penerbangan syarikat Malindo Air tidaklah sebanyak kekerapan masa penerbangan syarikat penerbangan yang lain... Mungkin disebabkan syarikat malindo Air baru sahaja beroperasi, dan masih belum mampu untuk memperbanyakkan kekerapan masa penerbangan dalam sehari... Saya percaya kekerapan masa penerbangan tersebut boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa... 

Tahniah Syarikat Malindo Air... Teruskan kecemerlangan tersebut, sehingga berjaya menjadi salah satu syarikat penerbangan terbaik di Dunia pada satu hari nanti... ;)


Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. bukan ke kapal MAS ada yg dh ada screen tu ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. MAS ada screen tu.. Setahu saya untuk penerbangan luar negara... Untuk penerbangan tempatan (Domestik) saya kurang pasti ada ke tak... Tetapi sepanjang pengalaman saya menaiki MAS untuk penerbangan tempatan, saya belum pernah lagi berpeluangada screen tersebut...

      Padam
    2. berdasarkan pengalaman saya dengan MAS... penerbangan domestik JB-KLIA-Penang dlm 737 ada screen.. pesawat tu baru jugak..saya fly masa raya haji baru-baru ni.

      Padam
  2. salam.saya tiada pengalam tapi seronok membaca pengalaman admin sini.

    BalasPadam
  3. ulasan yang menarik. terasa macam teringin pula nak naik kapal terbang malindo air...

    BalasPadam
  4. Menarik. Pasti ramai yg lebih yakin dan tertarik nak naik Malindo Air ni...

    terbaiklah bro! ingat sebab apa takleh tidur...hoho

    BalasPadam
  5. serius tak pernah lagi mana2 penerbangan ni huhu

    BalasPadam
  6. ulasan yang baik, aku x pernah lagi naik Malindo ni

    BalasPadam
  7. lepas nih boleh la cuba naik Malindo Air pulak...

    BalasPadam
  8. belum pernah naik lagi Malindo Air, teruja baca kisah ini, tapi laluan untuk ke Sabah tak banyak ler....

    BalasPadam
  9. ternanti-nanti la sebab apa tak boleh tidoq, rupanya.... hahahaha

    BalasPadam
  10. Oh lain daripada yang lain, demo dalam screen.

    BalasPadam
  11. Oh lain daripada yang lain, demo dalam screen.

    BalasPadam
  12. Ini buat gua rasa nak naik Malindo nie...

    BalasPadam
  13. Haha ingatkan malindo air ni kuat bergegar..emm tak sabar rasanya nak naik malindo air..nak tengok ruang dalam tu..secara realnya..hehe

    BalasPadam
  14. Malindo belum pernah naik,kalau mas dan A.sia selalu :)

    BalasPadam
  15. Patutlah tak boleh tidur. Banyak pengisian. Hehehe

    BalasPadam
  16. macam best je malindo nie..kemudahan pun banyak..

    BalasPadam
  17. MAS pun dh ada dh screen mcm malindo air...ms tue sy guna flight KL - Sibu..earphone disediakan (Free)

    BalasPadam
  18. Saingan terbaik AirAsia ni. Patut la tak boleh tidur. Hehe

    BalasPadam
  19. Terima kasih bro. Memang bercadang nak naik Malindo Air. Ada skrin, agak menarik di situ.

    BalasPadam
  20. x sbr bln dpt nk naik malindo air hehe

    BalasPadam
  21. Tgh survey flight murah utk kakak n the family balik sabah raya next year. Entri ni sgt mmbantu.. Thanks admin. ;-)

    BalasPadam
  22. wah,menarik juga malindo air ni encik anuar boleh cuba ni hehhe

    BalasPadam
  23. If more people that write articles really concerned themselves with writing great content like you, more readers would be interested in their writings. Thank you for caring about your content. 안전토토사이트


    BalasPadam