Persediaan Menghadapi Peperiksaan SPM untuk Subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Matematik Tambahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada bulan September yang lepas, saya dan rakan-rakan sekerja berpeluang untuk menganjurkan Seminar SPM Didik Berita Harian.. Seminar ini ditaja sepenuhnya oleh Pihak Tabung Haji... Untuk maklumat lanjut tentang seminar tersebut, saya syorkan anda baca di sini

Seminar SPM Didik Berita Harian yang kami anjurkan melibatkan 3 subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris... Kepuasan yang kami perolehi sepanjang mengendalikan seminar tersebut ialah apabila melihat wajah-wajah ceria para peserta, setelah selesai mengikuti seminar SPM Didik Berita Harian... 

Sebagai penganjur, sudah tentu kami berharap supaya setiap peserta telah mengulangkaji pelajaran dengan menggunakan semua tips dan material yang telah mereka perolehi sepanjang mengikuti seminar tersebut... 

Ya... Itu harapan kami setelah hampir 2 bulan berlalu... 

Pisau dan mentimun telah pun berada pada tangan mereka... Apa yang mereka perlukan ialah menghiris timun tersebut dengan menggunakan pisau yang diberikan... Dengan erti kata lain, Bertindak dari sekarang... Manfaatkan masa yang ada untuk belajar dan membuat latihan.. Sebab peperiksaan SPM dah dekat dah ni....


Soalan Ramalan Peperiksaan SPM 2013..

"Sebagai umat islam, tak elok kita membuat ramalan".. Inilah kata-kata jenaka guru Bahasa Melayu yang menjadi penceramah dalam seminar SPM Didik Berita Harian...

Sambil berjenaka, beliau sempat memberikan 15 "cadangan tajuk ksubjek Bahasa Melayu yang perlu diulangkaji oleh para peserta... Menurut beliau, pada tahun lepas beliau memberikan 16 tajuk karangan kepada para peserta seminar SPM Didik Berita harian 2012, dan 4 daripadanya telah tersenarai dalam kertas peperiksaan SPM Bahasa Melayu 2012... 

Jadi, pada tahun ini, beliau menjangkakan mungkin akan ada dua atau tiga tajuk dalam senarai di bawah, yang masuk dalam kertas peperiksaan Bahasa Melayu SPM 2013... 


  1. Menghargai Warga Tua/Jasa Guru/OKU
  2. Belilah Barangan Buatan Malaysia
  3. Pembentukan Masyarakat Penyayang
  4. Usaha-usaha mengurangkan kemalangan jalan raya
  5. Langkah memupuk amalan membaca
  6. menanamkan nilai Patriotisme dalam kalangan anak-anak
  7. Kepentingan amalan Gotong-royong dalam masyarakat
  8. Faedah Koperasi sekolah
  9. Industri Pelancongan - Tahun Melawat Malaysia 2014
  10. Kepentingan Peninggalan Sejarah kepada sesebuah negara
  11. Kebaikan Amalan Menabung
  12. Industri Kecil dan sederhana
  13. Manfaat mengelolakan sukan bertaraf antarabangsa
  14. Kitar Semula
  15. Perpaduan Kaum - Integrasi Nasional..

Jadi, terpulanglah kepada para peserta samada untuk mengulangkaji kesemua tajuk-tajuk ini, atau sebahagiannya sahaja... 

Untuk makluman kita semua, penceramah yang dibawa oleh Berita Harian ini bukan calang-calang orangnya... Beliau merupakan seorang guru pakar bagi matapelajaran Bahasa Melayu (SPM) yang juga turut terlibat dalam menggubal soalan SPM dan memeriksa skrip jawapan pelajar...  ;)

Untuk subjek Matematik dan Bahasa Inggeris, guru yang mengajar tidak pula memberi "extra maklumat"  kepada para peserta... Semua yang diajar dalam seminar tersebut, hanya merujuk kepada nota dan latihan yang disediakan dalam fail untuk setiap peserta... jadi, tiada apa yang menarik untuk saya kongsikan di sini...

Walaubagaimanapun, sekiranya anda memerlukan lebih banyak tutorial untuk msubjek Matematik dan Matematik Tambahan, saya syorkan anda klik pada pautan di bawah: 


Semoga para Calon Peperiksaan SPM 2013 dapat memanfaatkan masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran... Sebab peperiksaan SPM dah nak dekat dah ni...

Peperiksaan SPM bakal berlangsung pada 6 November sehingga 5 Disember 2013. Berikut disenaraikan jadual penuh bagi peperiksaan SPM 2013:

Sumber : Klik Di Sini

Good Luck!!! Ye adik-adik semua... Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi dik, dah tak lama dah... Manfaatkanlah masa yang ada dengan sebaiknya... saya doakan semoga adik-adik berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2013... 


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. good luck kepada adik2 yg bakal menduduki peperiksaan

    BalasPadam
  2. Aku tak pernah nak study pun mase SPM dulu. Dah masuk Universiti baru la aku pandai buat ulangkaji

    BalasPadam
  3. semoga berjaya untuk anak-anak dan adik-adik semua. gunakanlah tip-tip dari seminar sebaiknya.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah anak2 semua dah lepas

    BalasPadam