Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Syukur Alhamdulillah... Dengan izin Allah S.W.T pada hari ini kita di beri satu lagi peluang untuk menyambut hari Raya AidilAdha bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai...
Sebagai hamba Allah, sepatutnya kita rasa bersyukur dengan kesempatan yang diberikan.. Kita perlu bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini, bagi menambahkan amal ibadah sebagai bekalan di akhirat nanti... In Shaa Allah...
Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, kita perlulah mengorbankan sesuatu yang berhara dalam hidup kita dengan niat semata-mata kerana Allah S.W.T.. Kita boleh berkorban bermula daripada sekecil-kecil pengorbanan yang mampu kita lakukan, sehinggalah sebesar-besar pengorbanan yang mampu kita lakukan pada satu hari nanti... In Shaa Allah...
Harus kita ingat sebesar manapun pengorbanan yang kita lakukan, ianya tidak akan sama dengan pengorbanan orang-orang terdahulu yang ditulis dalam Al-Quran..
Contohnya pengorbanan pertama dalam sejarah Islam, iaitu pengorbanan Habil yang meninggal dunia di tangan adik beradik kandungnya sendiri iaitu Qabil disebabkan perasaan hasad dengki. Untuk memadamkan perasaan hasad dengki tersebut daripada terus berlarutan, Habil merelakan dirinya dibunuh oleh Qabil.
Contohnya pengorbanan pertama dalam sejarah Islam, iaitu pengorbanan Habil yang meninggal dunia di tangan adik beradik kandungnya sendiri iaitu Qabil disebabkan perasaan hasad dengki. Untuk memadamkan perasaan hasad dengki tersebut daripada terus berlarutan, Habil merelakan dirinya dibunuh oleh Qabil.
Kemudian pengorbanan Nabi Noh A.S yang mengorbankan keegoan dirinya dan sanggup menerima cemuhan daripada ahli keluarga dan masyarakat kerana membina bahtera di atas darat semata-mata untuk melaksanakan perintah Allah S.W.T.. Hanya orang cekal dan berhati waja sahaja yang sanggup berkorban sehingga ke peringkat tersebut...
Satu lagi pengorbanan terbesar dalam sejarah Islam yang terus dikenang sehingga ke hari ini, terutamanya pada hari Raya Aidil Adha ialah pengorbanan tiga beranak iaitu Nabi Ibrahim A.S, Nabi Ismail A.S. dan Siti Hajar..
Pengorbanan bermula sejak Siti Hajar mengandungkan Nabi Allah Ismail A.S lagi... Pada ketika itu, Siti Hajar ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir oleh suaminya Nabi Allah Ibrahim A.S. sehingga lahirnya Nabi Ismail A.S... Begitu cekalnya hati seorang ibu, yang sanggup ditinggalkan oleh seorang suami demi kerana melaksanakan perintah Allah S.W.T...
Kemudian apabila nabi Alalh Ismail A.S. telah dewasa, sekali lagi nabi Ibrahim A.S. diarahkan supaya melaksanakan Korban dengan menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail A.S.
Walaupun sangat menyayangi anak beliau, tetapi sebagai seorang hambaNYA yang taat, Nabi Ibrahim telah menuruti perintah tersebut... Subhan Allah... Begitu besar pengorbanan yang telah dilaksanakan oleh keluarga ini kepada Allah S.W.T... Sebagai seorang hamba, mampukah kita melaksanakan pengorbanan sebesar ini?
Walaupun sangat menyayangi anak beliau, tetapi sebagai seorang hambaNYA yang taat, Nabi Ibrahim telah menuruti perintah tersebut... Subhan Allah... Begitu besar pengorbanan yang telah dilaksanakan oleh keluarga ini kepada Allah S.W.T... Sebagai seorang hamba, mampukah kita melaksanakan pengorbanan sebesar ini?
Disebabkan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S, Nabi Ismail A.S. dan Siti Hajar pada suatu masa dahulu.. Pada hari ini Mekah menjadi tempat tumpuan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia untuk berkumpul bagi mengerjakan ibadah haji dan Umrah pada setiap tahun ...
Kemudian disebabkan peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim A.S dan anaknya Ismail A.S, telah menjadikan ibadah Korban dan Akikah dilaksanakan oleh umat Islam di seluruh dunia.. terutamanya ketika menyambut perayaan AidilAdha..
Kemudian disebabkan peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim A.S dan anaknya Ismail A.S, telah menjadikan ibadah Korban dan Akikah dilaksanakan oleh umat Islam di seluruh dunia.. terutamanya ketika menyambut perayaan AidilAdha..
Ibadah Korban dan Akikah 1434 Hijrah / 2013 Masihi
Syukur Ke Hadrat Allah S.W.T.. Pada tahun ini saya berkesempatan untuk turut sama menyertai aktiviti gotong-royong dengan penduduk taman perumahan di sekitar surau Menglembu, Perak untuk melaksanakan Ibadah Korban dan Akikah.....
Dalam program Korban dan Akikah pada kali ini melibatkan dua ekor lembu dan seekor kambing...
Lembu Pertama untuk Korban
Lembu Kedua Untuk Akikah
Seekor Kambing untuk Korban..
Harga satu bahagian lembu ialah RM420.. Manakala seekor Kambing berharga RM750 yang dikorbankan oleh seorang usahawan India Muslim yang berminat untuk menyertai aktiviti Korban di surau ini... Syukur Alhamdulillah... Semakin bertambah bilangan peserta, semakin bertambah meriah aktiviti Korban dan Akikah yang dilaksanakan... ;)
Aktiviti Korban dan Akikah sepatutnya bermula pada jam 9.00 pagi... Tetapi sehingga jam 11.00 pagi, tukang sembelih yang ditunggu-tunggu tidak juga muncul... Kalaulah saya pandai menyembelih, dah lama dah saya sembelih ketiga-tiga binatang korban tersebut.... Tapi apakan daya, saya tidak mempunyai kepakaran tersebut... Jadi tunggu jerlah dengan penuh kesabaran...
Sementara menunggu, saya sempat bersembang dengan tuan punya pemilik Kambing yang akan dikorbankan...
Beliau merupakan seorang lelaki India Muslim, yang lahir di negara India dan telah datang ke Malaysia bersama bapa beliau sewaktu berumur 4 tahun... Banyak cerita menarik dan unsur nasihat tentang agama dan tips murah rezeki yang dapat saya perolehi daripada beliau...
Kisah beliau mendapat status kerakyatan ketika berumur 12 tahun, kisah beliau berkahwin dengan pasangan hidup daripada India yang telah dijodohkan oleh kedua orang tua sejak kecil lagi, kisah perjalanan hidup beliau daripada berpendapatan RM50 sebulan sehingga menjadi seorang pemilik perniagaan yang berjaya dan sebagainya... In Shaa Allah, sekiranya ada kesempatan, saya akan kongsikan info-info menarik yang dapat saya perolehi melalui hasil perbualan kami...
Setelah menunggu selama 2 jam, tukang sembelih tidak juga muncul-muncul... Saya terpaksa mengambil ayam yang ditempah semalam untuk kegunaan kenduri akikah pada keesokan harinya... Kalau tak ambil, kedai menjual ayam tersebut akan ditutup, disebabkan kedai menjual ayam hanya dibuka separuh hari sempena Hari Raya Aidiladha...
Sekembalinya saya ke surau Menglembu, saya dapati 2 ekor lembu dan kambing telah selamat disembelih... Alahai tak sempat nak pegang lembu-lembu tersebut sewaktu di sembelih.. Mujurlah saya dah berniat akikah terlebih dahulu dengan memegang tali lembu sebaik sahaja selepas menunaikan solat AidilAdha... Itu yang diajar oleh ayah mertua saya... Dengan niat melaksanakan Akikah untuk kelahiran anak, kerana Allah Taala.. Semoga ibadah akikah untuk anak saya diterima Allah S.W.T... Amin...
Jom tengok gambar-gambar yang sempat saya ambil sempena berlangsungnya Aktiviti Korban dan Akikah ini...
Proses menyiat bulu Kambing..
Proses Melapah Lembu Pertama..
Proses Melapah Lembu Kedua
Serahkan pada yang pakar... Bab ni memang saya tak reti...
Kalau setakat nak tolong pegang dan angkat-mengangkat tu, bolehlah saya tolong...
Kulit Lembu Kedua telah selesai di siat... Tugas melapah pula..
Bab nak keluarkan perut lembu ni kena serahkan pada Ram.. Dia memang pakar bab-bab ni...
Kan saya dah kata.. Ram memang pakar bab-bab ini..
Nak asingkan paru-paru, hati, perut dan hempedu kena lebih berhati-hati... Tersilap langkah boleh pecah hempedu...
Seronok betul dapat bersama-sama bergotong-royong macam ni...
Brader ni cuba untuk menguruskan kepala lembu...
Pakar "kepala Lembu" tak dapat turut serta dalam aktiviti Korban dan Akikah pada kali ini disebabkan balik Kelantan.. Tak ada rezeki adik ipar saya nak makan otak lembu seperti tahun-tahun sebelum ini... Saya memang tak berani nak makan otak lembu, walaupun mereka kata otak lembu sedap di makan... hehehe..
2 ekor lembu dah hampir selesai dikerjakan, tinggal seekor kambing lagi...
Aktiviti Korban dan Akikah pada kali ini agak lewat diselesaikan... Pukul 3.00 petang baru habis.. Pada masa tu dah ada anak-menantu penduduk taman ini, yang meminta diri untuk pulang ke rumah... Maklumlah esok nak kerja.. Bagi mereka yang tinggal jauh seperti di KL, Shah Alam, dan negeri-negeri lain mereka perlu memandu pulang ke rumah masing-masing pada petang itu juga...
Dan inilah hasilnya... Daging-daging korban yang telah ditimbang dan dibungkus untuk diagih-agihkan...
Daging-daging korban yang telah ditimbang dan dibungkus untuk diagih-agihkan...
Gambar di bawah pula bahagian daging Akikah yang saya terima untuk buat majlis kenduri akikah Naila esok...
Berat keseluruhan daging 84.xx Kg.. Apabila dibahagikan dengan 7, dapatlah dalam 12 Kg setiap bahagian... Apabila dicampur dengan agihan tulang, adalah lebih kurang 15KG..
Syukur Alhamdulillah... Segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, walaupun aktiviti Korban dan Akikah dimulakan agak lambat dan terpaksa mencari tukang sembelih lain disebabkan tukang sembelih asal tidak dapat datang pada saat-saat akhir... Semoga Ibadah Korban dan Akikah kami pada kali ini diterima oleh Allah S.W.T... Amin...
6 Ulasan
Alhamdulillah..
BalasPadamHari ni sekolah buat majlis korban jugak..
Dan sempat ambil gambar otak lembu..hehe
kat taman perumahan PM satu bahagian lembu korban RM450.00 , manakala kat Seremban RM400.00...
BalasPadamsalam aidiladha bro
BalasPadamSelamat hari raya aidiladha bro..mem besar pun ambik bahagian gak..kat sini rm430 satu bahagian..murah kat sana lagi lah..hehe..
BalasPadamterimakasih bos tentang infonya dan semoga bermanfaat
BalasPadamterimakasih bos infonya dan semoga bermanfaat
BalasPadam