5 Oktober : Sejarah berulang kembali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


5 Oktober 1956 pastinya salah satu tarikh yang bermakna bagi kami sekeluarga... Di saat lahirnya seorang lelaki yang kini menjadi ayah mertua ku... Iaitu Zakaria Hashim, atau nama glamournya Pak Ya @ Pengurus Pak Ya Homestay...

Suatu masa dahulu, pastinya beliau tidak pernah terfikir, satu hari nanti akan ada cucu beliau yang akan mempunyai tarikh lahir yang sama dengan beliau... Inilah yang dinamakan takdir... Pada hari ini, Bukanya seorang, malah dua orang cucu yang mempunyai tarikh lahir yang sama dengan beliau...


Lebih menarik lagi, kedua orang cucu tersebut, adalah anak saya sendiri... Ya itulah yang berlaku... Tarikh 5 Oktober sangat bermakna buat diriku.. Yang merupakan tarikh lahir ayah mertua ku, Haikal, dan yang terbaru Naila...  

Sumber : Klik Di Sini

Haikal dan atuk lahir pada 5 Oktober...


5 Oktober 2013, satu lagi sejarah berulang..


Pada 5 Oktober 2013, saya dan isteri bersiap-siap untuk mengunjungi Klinik Bersalin Dr. Raoofah, untuk membuat pemeriksaan kandungan dalam masa yang sama ingin membuat pendaftaran untuk bersalin di klinik tersebut..

Sebelum ini isteri saya membuat pemeriksaan kandungan di klinik kerajaan biasa, pada setiap hari Selasa.. Tetapi pada hari Selasa minggu tersebut, isteri saya tidak membuat pemeriksaan kandungan di klinik kesihatan Parit Bharu, Sabak Bernam.. disebabkan beliau telah bercuti dan berada di rumah ayah mertua saya di Pusing, Perak...

Jadi, pada pagi Sabtu 5 Oktober merupakan kali pertama kami mengunjungi klinik bersalin Dr. Raoofah.. Isteri saya nak merasa pengalaman bersalin dekat klinik/Hospital Swasta, disebabkan sebelum ini dah 2 kali bersalin dekat hospital kerajaan...  

Bagaikan bermimpi... Sebaik sahaja seorang jururawat, memeriksa kandungan isteri saya... Jururawat tersebut bagi tahu, isteri saya boleh bersalin pada hari tu juga... Bukaan pada ketika itu dah 3 Cm... Memandangkan kali ini merupakan pengalaman ke 4 isteri saya mengandung, jadi jururawat tersebut bagi tahu dalam pukul 3 nanti, In Shaa Allah isteri saya boleh bersalin....

Terkejut kami mendengar berita tersebut...  Tak sangka betul, pertama kali menjejakkan kaki Ke klinik tersebut, terus bersalin hari tu juga.. Ini semua dinamakan takdir.. Dan lebih bersyukur lagi, sebab kedudukan baby Normal.. Jadi, isteri saya boleh bersalin dalam keadaan normal, tanpa sebarang pembedahan... Syukur Alhamdulillah..

Jangkaan jururawat tersebut memang tepat... Isteri saya berjaya melahirkan Assyifatu Naila pada jam 3.06 petang dengan berat 2.72 kg... Dan ini pengalaman pertama saya dapat menyaksikan di depan mata sendiri proses kelahiran tersebut... Syukur Alhamdulillah, berpeluang menikmati satu lagi pengalaman baru dalam hidup saya... ;)

Haikal dan Naila (Kedua-duanya lahir pada 5 Oktober)

Adam dan Naila... Walaupun buas, tapi tetap sayang adik... ;)



Syukur Alhamdulillah... Dulu-dulu ada dua anak, sekarang dah ada 3 anak.. 4 tahun menanti untuk dapat anak ke 3 dan juga anak perempuan... Akhirnya tercapai juga hajat yang diidamkan... 


Kalau diikutkan due date, Naila sepatutnya lahir pada 13 Oktober 2013.. Tetapi dengan izin Allah Naila lahir pada 5 Oktober 2013... Nak sambiut birthday sekali dengan Abang Haikal dan Atuk yer... Selamat Hari Lahir Assyifatu Naila...



Keesokan harinya, isteri saya dan Naila dibenarkan balik.. Mujur juga, kalau tak bertambah bil yang perlu di bayar... Maklumlah bersalin dekat klinik Swasta... 

Sebaik sahaja pulang ke rumah, saya bawa Adam dan Haikal pergi jalan-jalan untuk cari kek hari Jadi... Kek Hari Jadi tersebut sepatutnya saya beli pada 5 Oktober 2013 sebaik sahaja selepas membawa isteri membuat pemeriksaan kandungan... Tapi perancangan terpaksa diubah.... 

Kek Hari Lahir Atuk, Haikal dan Naila..

Adam, Atuk dan Naila

Haikal, Atuk dan Naila..

Selamat Hari Lahir buat:
  • ayah mertua 5 Oktober 1956, 
  • Haikal 5 Oktober 2007 dan 
  • Naila 5 Oktober 2013.. 

Sambutan hari lahir 3 dalam 1.. Semoga mereka bertiga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Amin... 

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. hu3..tentu seronok..dpt sambut 3 sekaligus kan

    BalasPadam
  2. tahniah... seronoknya...........moga dimurahkan rezeki dalam keberkatan.

    BalasPadam
  3. senang sambut birthday serentak kan...hehe

    BalasPadam
  4. Waduh! macam dirancang-rancang kan!. Apapun tahniah. Entah tahun depan 5 oktober dapat seorang lagi?

    BalasPadam
  5. tahniah bro...selamat juga akhirnya

    BalasPadam
  6. tahniah... dapat baby baru. Senang la nanti sambut skali gus ...3 org terus. Bleh buat special2 sket.

    BalasPadam
  7. alhamdulillah, selamat menyambut hari lahir kepada ke tiga tiga nya
    moga beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat, amin Ya Allah

    BalasPadam
  8. Hahaha..memang tarikh ni kebetulan ataupun bro dah rancang?hehe..selamat hari lahir buat semua..hehe

    BalasPadam
  9. senang nak raikan hari jadi la nanti. haha..

    BalasPadam
  10. tahniah seronok ada anak nie hehe :)

    BalasPadam
  11. Berkongsi tarikh lahir. Bestnya bro :)

    BalasPadam