Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28 September 2012, peminjam PTPTN yang membuat penyelesaian hutang pinjaman / pembiayaan PTPTN sekaligus dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013 layak untuk mendapat diskaun 20% atas baki hutang semasa pada masa penyelesaian hutang pinjaman / pembiayaan dilakukan.
Bagi memudahkan para peminjam PTPTN melaksanakan bayaran balik pembiayaan dan menikmati pemberian insentif diskaun 20 peratus sekiranya menyelesaikan hutang secara sekali gus selewat-lewatnya pada 30 September 2013, waktu operasi bagi perkhidmatan kaunter untuk semua Pejabat PTPTN Negeri dan One Stop Center KL Sentral akan dilanjutkan mulai 21 September 2013 hingga 30 September 2013. Sementara itu, perkhidmatan kaunter di mana-mana Pejabat Cawangan PTPTN di UTC adalah kekal seperti biasa.
Waktu operasi perkhidmatan kaunter PTPTN yang baru adalah seperti berikut:
Tarikh:
21 – 30 September 2013
Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat
8.30 pagi - 6.00 petang
(Waktu Rehat Jumaat : 12.15 tengahari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
9.00 pagi - 6.00 petang
Talian Hotline
8.00 pagi - 6.00 petang (Isnin - Jumaat)
9.00 pagi - 6.00 petang (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
Sumber : Klik Di Sini
P/s: Kepada sesiapa yang nak dapatkan Insentif Diskaun 20% Bayaran Balik Pembiayaan PTPTN, bolehlah membayarnya dengan kadar segera sebelum 30 September 2013...
4 Ulasan
berita baik nih buat semua peminjam PTPTN...
BalasPadamTak mampu nak bayar sekaligus.. Bayar tiap2 bulan je skrg ni.
BalasPadamEmm kalau sikit dah lama saya bayr sekaligus..ni banyak..tak mampu sangat..haha
BalasPadamӀ enjoy what you guys are up too. This sortt of cleveг work and coverage!
BalasPadamKeep up thе amɑƶing worms giys I've included yoս guys to my own blogroll.
my homepage ... buy instagram likes fast