Antara Qurban Dan Aqiqah?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Begitu pantas masa berlalu... Seperti baru semalam kita menyambut Hari Raya Aidilfitri... Tak lama lagi kita dah nak menyambut Hari Raya Qurban pula.. Hari raya Qurban pada tahun ini dijangka jatuh pada 15 Oktober 2013...

Kepada sesiapa yang berhajat untuk melaksanakan Ibadah Qurban atau Aqiqah, waktu ni merupakan masa yang paling sesuai untuk menyertai mana-mana kumpulan di masjid, surau atau organisasi tertentu yang ada mengadakan program Qurban...



Di Politeknik Sultan Idris Shah umpamanya... Kita juga tidak ketinggalan untuk mengadakan program Qurban & Aqiqah... Satu bahagian lembu RM450.. Harga tersebut mungkin agak mahal, jika hendak dibandingan dengan harga bagi 1 bahagian lembu yang ditawarkan oleh laman web EQurban.com.. Untuk maklumat lanjut tentang harga 1 bahagian lembu yang ditawarkan oleh syarikan EQurban, saya syorkan anda klik di sini..


Bagi saya dalam beribadah, bukan mahal atau murah ukurannya. . Tetapi keikhlasan dalam menunaikan ibadah. . Sekiranya kita menyingkap kembali sejarah ibadah Qurban yang telah dilaksanakan oleh nabi Ibrahim A.s untuk menyembelih anaknya sendiri iaitu nabi Ismail A.S.. Begitu besar pengorbanan yang perlu dilakukan oleh nabi Ibrahim pada ketika itu untuk melaksanakan perintah Allah S.W.T.. dan pada hari kejadian dengan izin Allah S.W.T tempat nabi Ismail telah digantikan dengan kibas.. Itulah titik permulaannya ibadah Qurban sehinggalah sekarang. .

Jadi, kepada yang berkemampuan eloklah kita laksanakan ibadah Qurban ini. .kata orang semasa tengah ada rezeki, dan semoga rezeki kita semakin bertambah disebabkan dengan melaksanakan ibadah Qurban, secara tidak langsung kita juga turut bersedekah. . Orang yang rajin bersedekah semakin murah rezekinya.. In Shaa Allah. .

Pada tahun ini saya dan isteri dah berniat untuk melaksanakan ibadah Aqiqah untuk anak ke 3 kami yang dijangka akan lahir pada 13 Oktober 2013. .

Syukur Alhamdulillah. . Duit telah pun diserahkan kepada ayah mertua saya untuk menyertai ibadah Aqiqah di Qariah Ayah mertua saya di Menglembu atau Pusing, Perak... . Kenapa di sana? 

Mengikut perancangan kami, isteri saya akan melahirkan anak ke 3 kami di Hospital Al Ridzuan Ipoh, dan akan berpantang di rumah ayah mertua saya,  di Pusing Perak.. Semoga semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. .

Tetapi, sekiranya anak ke 3 saya belum lahir lagi pada ketika itu, saya niatkan Ibadah Aqiqah tersebut dijadikan Ibadah Qurban. . Semoga ibadah kami diterima Allah S.W.T... In Shaa Allah. .


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. semoga makin ramai yang memberi :)

    BalasPadam
  2. Memang rasa kejap je kan nak masuk raya qurban dah,

    BalasPadam
  3. insyallah tahun ini aku akan buat aqiqah untuk anak sulung aku

    BalasPadam
  4. betul tuh bro , yang penting ikhlas...

    BalasPadam
  5. jom buat ibadah qurban dikemboja melalui equrban mudahan dapat membantu saudata kita disana, insyaAllah.

    BalasPadam
  6. Saya kalau ada rezeki saya nak buatkan korban utk anak ke 3 dan ke 4 saya nanti...

    BalasPadam
  7. In Shaa Allah, suatu hari nanti memang nak buat qurban di kemboja ni..

    BalasPadam
  8. eQurban..salah satu program yang bagus sempena musim perayaan yang bakal tiba nanti..emm tahun ni mem besar ambik bahagian...mem kecik tengok aje lahh.haha

    BalasPadam
  9. info yang menarik...semoga mendapat keberkatan dari program seumpamanya..

    ps: jangan lupa untuk baca entri terkini saya di [SINI]

    BalasPadam
  10. wow, x sangka dah nak raya haji pulak yer

    BalasPadam
  11. rasanya baru je raya puasa.... sekejap je dah nak raya haji ye...

    BalasPadam