Ada pengunjung blog Coretan Anuar mendakwa Shabu Shabu Steambot Ipoh tidak halal.. Ini berdasarkan komen yang telah saya terima dalam entri berjudul pengalaman Berbuka Puasa di Shabu Shabu Steamboat Ipoh ...
Shabu Shabu Steamboat Ipoh
Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang sudi memberikan komen atau maklum balas terhadap perkara/pengalaman yang saya kongsikan di blog ini... Cuma harapan saya, kalau nak tinggalkan komen tu harap sudilah menulis nama... Supaya dapat memudahkan saya menghubungi anda semula bagi bertanyakan beberapa soalan berkaitan komen yang telah anda tinggalkan...
Apabila orang yang meninggalkan komen tidak metakkan identiti mereka... Membuatkan komen tersebut menjadi tanda tanya?... Adakah ianya benar bagai di kata, Atau sekadar tuduhan tidak berasas dengan niat tertentu, dan sebagainya...
Baiklah.. mari kita sama-sama membaca komen yang telah ditinggalkan oleh "Tanpa Nama"
Sumber : Klik Di Sini
"Tanpa Nama" mendakwa Shabu Shabu Steambot, Ipoh tidak halal... Berikutan penemuan Daging Khinzir Slice oleh Majlis Agama Islam, Perak (MAIP).. Apabila mendapat info ini, saya pun terus menyiasat melalui Google, untuk memastikan kebenaran maklumat tersebut..
Hasilnya.. Saya berjumpa dengan laman web Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIP)... Tetapi melalui hasil pencarian Google, saya belum berjaya menemui cerita tentang kes daging Khinzir yang dilaporkan terdapat di restoran tersebut..... Takper teruskan mencari...
Di Laman Web Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, terdapat ruangan carian... Saya mulakan Carian dengan menaip perkataan Shabu...
Sumber : Klik Di Sini
Hasilnya..... "0 Results found"... Tiada maklumat tentang Shabu di laman web tersebut... Kemudian saya taip pula perkataan Shabu Shabu...
Sumber : Klik Di Sini
Hasilnya juga sama..... "0 Results found"... Tiada maklumat tentang Shabu Shabu di laman web tersebut... Disebabkan tidak berpuas hati saya tersukan mencari info melalui Google... Namun begitu, masih tiada lagi jawapan yang saya cari... Disebabkan itu, saya tidak berani nak mengeluarkan sebarang jawapan terhadap komen yang ditinggalkan oleh tanpa nama... Disebabkan tiada sebarang bukti kukuh, tentang apa yang diperkatakan...
Apabila berkaitan dengan isu halal-haram ini, biasanya kita boleh membuat semakan di laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)...
Untuk mendapatkan kepastian tentang status Halal Premis ini, saya telah membuat semakan di laman web JAKIM... Hasilnya...
Sumber : Klik Di Sini
Shabu-Shabu Steambot, Ipoh ada dalam senarai Premis Perniagaan yang disahkan Halal oleh JAKIM... Tarikh tamat Status HALAL tersebut ialah pada 28 Februari 2013... Selepas itu pihak JAKIM akan membuat pemeriksaan semula...
Apabila terdapat cerita tetang Isu Halal dan Haram ini.. saya teringat kembali semasa baru mula bertugas di Mukah, Sarawak... Pada ketika itu, saya rasa takut nak beli ayam atau daging lembu... Disebabkan kebanyakan masyarakat di sana, benar-benar mengamalkan "Satu Malaysia"...
Dekat Kedai makan orang Cina, ada orang Melayu (bertudung) yang turut sama menjual makanan... Dekat pasar, ada pelbagai bangsa yang turut berniaga seperti Malanau, Iban, Cina dan sebagainya... Keadaan ini membuatkan saya begitu berhati-hati sewaktu hendak membeli makanan, termasuk membali ayam dan daging lembu mentah...
Setiap kali nak membeli ayam atau daging lembu, saya akan menghubungi seorang Ustaz yang dah lama berkhidmat di sana...
Ustaz bagi tahu, kalau kita rasa was-was kita boleh merujuk kepada sumber yang boleh kita percayai... Sekiranya yang berniaga tu orang Islam, kita boleh terus bertanya kepada peniaga tersebut... Kalau peniaga tersebut berkata, ayam atau daging tersebut halal, kita boleh beli daripada mereka... Seandainya mereka menipu, mereka terpaksa menanggung akibatnya di akhirat kelak...
Untuk memastikan daging lembu Import yang mungkin diimport dari New Zealand, kita kena pastikan ada logo Halal.. Ustaz bagi tahu, dekat New Zealand atau mana-mana negara yang ada membekalkan daging mentah ke Malaysia, biasanya ada pegawai dari Malaysia yang bertugas di sana bertanggungjawab untuk memastikan daging tersebut halal, sebelum mendapat logo halal dan dihantar ke Malaysia...
Semenjak daripada itu, saya mula faham bagaimana untuk memastikan samada makanan tersebut halal atau haram di makan... Diharap anda jelas dengan penerangan saya...
Ok... Berbalik kepada isu perbincangan kita tentang Status Halal Shabu Shabu Steambot Ipoh...
Kita ni hanayalah manusia biasa yang mempunyai batasan terhadap sesuatu perkara... Disebabkan itu kita perlu bergantung kepada maklumat yang disampaikan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab... Setakat ini bila pihak JAKIM dah katakan premis tersebut halal, dan tiada bukti lain yang mengatakan premis tersebut tidak Halal, maka kita ikut apa yang telah disahkan Oleh JAKIM... Seandainya salah, maka pihak JAKIM yang akan menanggung akibatnya di akhirat kelak... Mudah sahaja... Kita kena menghormati tugas orang lain... ;)
Lagipun dekat Shabu Shabu ni, kita yang pilih makanan apa yang kita nak makan... Kemudian kita yang masak sendiri makanan tersebut... Cuma adalah sedikit makanan yang telah siap di masak... Walaubagaimanapun pilihan di tangan kita untuk memilih...
Persoalan tentang Slice Daging Khinzir yang telah dinyatakan oleh "Tanpa Nama"...
Kenapa hanya ada Slice sahaja? ... Sedangkan dekat Shabu Shabu ni kalau ada jual daging, pasti di akan jual daging dalam kuantiti yang banyak sepeti dalam gamabar di bawah
Kalaulah daging Khinzir tersebut, hanya ada slice sahaja... Dan bercampur dengan daging-daging yang lain... Macamana JAIP dapat tentukan itu adalah daging Khinzir...
Sebenarnya terlalu banyak keraguan melebihi kebenaran setelah membaca komen tersebut.. disebabkan tiada bukti atau sumber rujukan yang jelas mengatakan Shabu Shabu Steamboat, Ipoh tidak halal...
Jadi, sekarang ini terpulanglah kepada pandangan masing-masing... Sekiranya anda yakin dengan status logo Halal yang telah diberikan oleh JAKIM, maka jemputlah berkunjung ke Shabu Shabu Steambot, Ipoh...
Dan sekiranya anda masih mempercayai apa yang diperkatakan oleh "Tanpa Nama", saya syorkan anda teruskan menyiasat... Dan tolong bagi tahu kepada saya sekiranya anda berjaya mendapatkan maklumat seperti yang diperkatakan oleh "Tanpa Nama"... In Shaa Allah saya boleh mendedahkannya kepada umum sekiranya ada bukti yang jelas... Tak baik menuduh tanpa bukti, kerana ia boleh menimbulkan Fitnah...
Sekiranya anda berminat nak berkunjung ke Shabu Shabu Steambot, Ipoh.. Maklumat tersebut mungkin dapat membantu anda...
Macamana nak datang ke Shabu Shabu Steamboat Ipoh?
Shabu Shabu Steamboat Ipoh ni terletak di Jalan Dr. Nazrin Shah Ipoh... Berhampiran dengan Impiana Hotel... Untuk maklumat lanjut, anda boleh tengok peta di bawah..
Buffet Restaurant
No.14, Jalan Raja Dr Nazrin Shah
30250 Ipoh, Perak
Tel : 05-241 3555
Masa : 6:30 pm - 11:30 pm
5 Ulasan
mungkin ia satu sabotaj.. wallahualam
BalasPadamSatu lagi masalah bila ada orang yang terus menyebarkan sesuatu sebagai haram tanpa menyiasat. Mcm kes ni, saudara check dulu, patutnya mcm ni lah. Kesian industri makanan, selalu terkena perbuatan khianat sesetengah golongan.
BalasPadamHehe..tuuu dia hasil pencarian bro dan tanpa nama dah terjawab..tahniah atas usaha murni ni.,.hehe
BalasPadamCuma sekadar nak tahu..siapakah pemilik restoran shabu shabu ipoh ni. Tq
BalasPadamsupreme
BalasPadamnike sb
nike lebron 16
jordans
kyrie shoes
yeezy shoes
yeezy boost 350
yeezy
moncler
bape outlet