Semakin Ramai Pakar Pemasaran Facebook muncul sejak akhir-akhir ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Masih teringat lagi, hasil Perbualan saya dengan seorang rakan Blogger sewaktu sama-sama menghadiri JomNiaga Summit 2013.. 

Azwan : "Bro Anuar, macamana dengan trafik blog bro sekarang?.. Trafik blog aku sekarang ni dah semakin merudum lah... "

Anuar : "Trafik blog aku pun dah semakin merudum sekarang ni... dulu bolehlah dapat lebih daripada 1000 trafik sehari... Sekarang ni nak dapat capai 1000 trafik pun susah"

Azwan : "Aku rasa mungkin disebabkan sekarang ni dah ramai orang layari internet guna SmartPhone.. Jadi, mereka lebih suka mendapatkan info di facebok berbanding di blog"

Anuar : "Aku rasa ada betulnya apa yang ko cakap tu.. Kalau aku online guna Smartphone pun biasa aku tengok dekat Facebook jer, jarang lawat blog sebab loading pada Smartphone lambat"

------ Ini sahaja antara isi perbualan yang masih saya ingati sehingga sekarang-------

Inilah harga bagi sebuah kemajuan yang perlu kita terima... Dan kita juga mungkin perlu melakukan sedikit perubahan selaras dengan perubahan teknologi terkini...

Berdasarkan pemerhatian saya, Facebook lebih mudah menjadi tumpuan pengguna internet berbanding blog... Disebabkan itu ramai usahawan internet telah menggunakan facebook untuk memasarkan produk mereka... 

Sebagai seorang blogger, kita juga patut mengoptimumkan penggunaan Facebook dalam usaha mempromosikan blog kita....

Pada hari ini semakin ramai Pakar Pemasaran Facebook muncul.. Saban hari ada sahaja Fanpage yang baru diwujudkan, dan semakin banyak bilangan Fanpage yang mampu mendapatkan puluhan Ribu 'Like' sehingga melebihi Sejuta 'Like'.. 

Kalau tak percaya anda boleh tengok gambar beberapa FanPage yang sempat saya tinjau...

1) Kategori Fanpage yang berjaya mendapat satu juta like..


Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini


Apabila kita fikirkan balik, siapa sebenarnya pemilik Fanpage di atas sehingga boleh mendapatkan Sejuta 'Like' untuk Fanpage mereka.. Mereka bukanlah dalam kalangan ahli politik terkenal mahu pun artis ternama.. Sebaliknya mereka cuma manusia biasa seperti kita... Tetapi bagaimana Fanpage mereka boleh memperolehi sejuta Like?

Pasti ada teknik/strategi tertentu yang telah digunakan oleh pemilik Fanpage ini sehingga membolehkan mereka tergolong dalam Pakar Pemasaran Facebook..  

Bila dah sampai ke tahap sejuta 'like', pastinya banyak perkara bermanfaat yang boleh dilakukan dengan Fanpage tersebut seperti mempromosikan produk terbaru, promosi entri terkini blog, berita terbaru dan sebagainya... 

Kalau tak dapat nak capai sejuta like, dapat puluhan ribu like pun dah kira ok dah kan... 

Berikut pula saya kongsikan beberapa Fanpage yang berjaya mendapat puluhan Ribu 'like'.. Kebanyakan mereka terdiri daripada blogger biasa seperti kita dan juga usahawan internet sambilan..  

Sumber : Klik Di Sini


Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini

Saya percaya kebanyakan daripada Fanpage yang saya senaraikan di atas telah berjaya menjana pendapatan sampingan menerusi Fanpage mereka sekitar Ratusan Ringgit sehingga puluhan ribu ringgit sebulan... 

Ini merupakan andaian yang dapat saya buat, setelah berusaha untuk menyelongkar pendapatan yang diperolehi oleh salah satu Fanpage di atas iaitu Fanpage Mudah Membaca Al-Quran.. 

Fanpage Mudah Membaca Al-Quran dimiliki oleh seorang usahawan internet sambilan yang dikenali sebagai Encik Hafiz dari Sabak Bernam, Selangor.. Beliau menggunakan Fanpage ini untuk menjual Al-Quran Digital... Beliau telah berjaya memasarkan Al-Quran Digital, hanya melalui Fanpage semata-mata tanpa mempunyai laman web atau blog...

Saya pernah bertanya kepada Encik Hafiz, "Bagaimana Fabpage beliau boleh mendapat begitu banyak Like?"

Beliau telah membeli satu produk pemasaran Facebook yang dikenali sebagai Teknik FBads Optimization (FBO) yang diperkenalkan oleh Jamaluddin Bahari, seorang usahawan Internet sepenuh masa.. 

Saya bertanya lagi kepada Encik Hafiz, "Berapa bilangan Al-Quran Digital yang berjaya beliau jual pada setiap bulan?"

Encik Hafiz berkata, "Adalah melebihi 100 unit sebulan"

Saya berkata, "Melebihi 100 unit sebulan, banyak juga tu"

Saya bertanya lagi, "Boleh tak kalau saya nak belajar teknik pemasaran facebook daripada Encik Hafiz?"

Encik Hafiz berkata, "Boleh, tapi ada bayarannya"

"Berapa bayarannya?",Saya bertanya..

Encik Hafiz :  "Sekitar RM1000"

Anuar :  "Mahalnya.." Sambil menelan air liur

Encik Hafiz : "Memanglah mahal, sebab semasa saya beli Teknik FBO daripada Jamaluddin Bahari pun mahal macam ni juga" 

"Oh.. Mahalnya.. Tak mampu saya nak belajar teknik pemasaran facebook daripada Encik Hafiz" Bisik hati kecil saya

Selepas berjumpa dengan Encik Hafiz, saya pun melayari laman web Teknik FBO .. Tapi sayangnya Teknik FBO telah di tutup jualannya...  

Walaubagaimanapun saya terus mengikuti perkembangan Encik Hafiz.. Sehinggalah saya dapat tahu rupanya Al-Quran Digital yang Encik Hafiz jual dibungkus oleh jiran saya... 

Encik Hafiz hanya mempromosikan melalui Facebook, dan apabila mendapat tempahan dia akan menyuruh jiran saya membungkus Al-Quran Digital tersebut.. Kemudian jiran saya akan menghubungi Van Pos Laju untuk mengambil bungkusan-bungkusan tersebut.. 

Saya pernah bersembang dengan jiran saya, tentang macamana nak Deal dengan Pos Laju sehingga boleh mengambil bungkusan di rumah...

Jiran saya bagi tahu, semua tu dah diuruskan oleh Encik Hafiz.. Tugas dia cuma membungkus sahaja... Bila bungkusan dah siap, Van Pos Laju pun sampai ke rumah...

"Tentu mahal bayaran yang dikenakan oleh Pos Laju" Saya cuba meneka..

Jiran saya menjawab "Mahallah juga, Sebulan Encik Hafiz bayar dekat Pos Laju dalam RM20,000"

"Tentu banyak keuntungan yang berjaya Encik Hafiz Perolehi" Balas saya.. 

"Banyaklah juga..Sebab itu dia rajin bersedekah.. Encik Hafiz ada ambil satu sekolah Tahfiz di sekitar Daerah Sabak Bernam ini sebagai sekolah angkat... sebahagian pendapatan beliau disalurkan ke sekolah Tahfiz tersebut" Kata Jiran Saya

Cuba anda bayangkan... bayaran untuk pos Laju sahaja sekitar RM20,000 sebulan, dengan menggunakan teknik pemasaran melalui Facebook... Tentu banyak juga keuntungan yang berjaya Encik Hafiz perolehi...

Bila mengikuti perkembangan Encik hafiz semakin bertambah keinginan saya untuk mempelajari teknik pemasaran melalui Facebook.. Dan hasilnya tidaklah begitu memberangsangkan... Cuma berjaya mendapat hampir 7000 'like' sahaja.. 

Sumber : Klik Di Sini

Jadi, kalau nak berjaya macam Encik Hafiz dan usahawan internet yang lain, kenalah belajar... Tak belajar macamana nak berjaya... Betul tak?

Nak belajar daripada Encik Hafiz, mahal sangat bayarannya.. Nak beli Teknik FBO jualannya telah ditutup.. 

Sekiranya anda juga berminat nak belajar teknik pemasaran facebook seperti saya, sebenarnya dah ada ramai pakar yang sudi membantu anda... Mereka sudi berkongsikan kepakaran dan pengalaman mereka sepanjang terlibat dalam teknik pemasaran melalui Facebook.. Antaranya ialah:


1) Rahsia Menjadi Pakar Facebook Oleh David Jo

David Jo telah berjaya menjana pendapatan yang lumayan dengan perkhidmatan servis Facebook Ads secara peribadi. Sebelum ini Beliau pernah beberapa kali mengalami kegagalan setelah mencuba beberapa teknik pemasaran internet yang laian.. Banyak pengalaman yang pernah beliau timba menerusi perniagaan internet sehingga fokus kepada teknik pemasaran melalui Facebook... Nak tahu lebih lanjut tentang pengalaman dan kepakaran beliau, saya syorkan anda klik pada gambar di bawah:


Sumber : Klik Di Sini

2) Like Warrior 2 Untuk Wordpress dan Blogspot

Strategi teknik pemasaran facebook yang berkesan untuk blogger, di mana setiap pengunjung blog anda akan meninggalkan 'like' pada Fanpage blog anda.. Strategi ini boleh di gunakan oleh semua blogger tidak kira anda menggunakan Platform Blogspot ataupun Wordpress..


Sumber : Klik Di Sini


Sumber : Klik Di Sini

3) Samseng Facebook

Samseng Facebook pernah mengundang Konterversi, di mana para pengunjung akan "Di paksa" untuk klik like setiap kali berkunjung ke blog seseorang.. Secara logiknya dengan cara ini, memang mudah anda nak mendapatkan like... Tetapi berkemungkinan besar ada pengunjung yang tidak suka dengan layanan yang anda berikan kepada mereka... 


Sumber : Klik Di Sini


4) Robot Facebook


Robot Facebook antara teknik pemasaran Facebook yang menjadi pilihan ramai. Ini disebabkan ianya dihasilkan oleh Mr Gobala Krishnan (Founder JomNiaga) yang telah mempunyai pengalaman selama 10 tahun terlibat dalam dunia keusahawanan internet... Berdasarkan pengalaman yang telah beliau timba, saya syorkan anda mendapatkan produk ini..


Sumber : Klik Di Sini

5) Doktor FB


Robot FB merupakan produk pemasaran Facebook terbaru yang terdapat di pasaran... Bila sebut produk baru ni, biasanya lebih bagus daripada produk yang sedia ada.. Nak tahu samada produk ini bagus atau tidak, saya syorkan anda klik pada banner di bawah.. 


Sumber : Klik Di Sini

Sekarang ni saya dah kongsikan beberapa produk Facebook yang dapat membantu memeriahkan lagi fanpage blog kita... Anda nak pilih yang masa satu terpulang pada kemampuan sumber kewangan anda.. Tepuk dada tanyalah selera.. Dan yang pastinya setiap teknik pemasaran Facebook ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing...

Semoga dengan bantuan teknik pemasaran Facebook yang disenaraikan di atas akan dapat membantu meningkatkan pendapatan anda menerusi internet... ;)

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Mak aih sejuta like betul ke tu..

    BalasPadam
  2. kalau dulu reach dkt fanpage boleh dikatakan agak tinggi. tapi biasalah FB pun nk buat duit jugak. dan banyak pula pengusaha pemasaran internet guna fake page, fanpage2 besar untuk naikkan like page2 lain dgn teknik tagging. kalau dulu boleh dikira berkesan lah. tapi sekarang tak lagi sebab nak dapat reach tinggi kena bayar dkt FB dan boleh setkan siapa audience tu. Jadi kepada mereka yg berniaga dkt FB tu sesuailah.

    Pernah dulu hangat pasal apps dkt FB utk naikkan like. tapi sekejap je era tu now dah takleh pakai. asal FB tukar je sesuatu, internet marketer ni kena tukar strategi. cara paling cepat nak like guna duit lah. tapi sebenarnya banyak yg baik dari yg buruknya. :)

    btw, jemput lah singgah ye blog saya. al maklum lah. dh lama tak update. http://kaio.my :)

    BalasPadam
  3. Ada pergi kelas sifu Jamal dan mula mengunakan tips beliau. Memang terkedu juga jumlah LIKE bertambah.

    BalasPadam
  4. * Adakah anda memerlukan pinjaman segera?
    * Bayaran balik Mothly bermula dalam tempoh 8 bulan selepas anda telah mengumpul pinjaman dalam akaun bank anda.
    * Kadar faedah yang rendah 2%
    * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) tempoh.
    * Terma pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan.
    * Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan yang awal kurang daripada 24 jam, dan ***.
    *** Pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang kami perlukan.
    dari awak
     
    Hubungi kami sekarang
    E-mel: trustloan87@gmail.com
     
    Mr.Anthony Dave.
    Ketua Pengarah

    BalasPadam

  5. Sila jika anda memerlukan pinjaman atau anda memerlukan bantuan kewangan segera, hubungi saya sekarang melalui e-mel sebagai johnlutherloanfirm1@outlook.com dan saya akan memberikan anda pinjaman.
    terima kasih

    BalasPadam