18th FIRA Roboworld Cup & Congress 2013 di Politeknik Shah Alam, Selangor

Laporan Terkini Pencapaian Pasukan PSIS Di 18th FIRA Roboworld Cup & Congress 2013 di Politeknik Shah Alam, Selangor

Sumber : Klik Di Sini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur Alhamdulillah... Pada petang tadi, mendapat satu berita yang menggembirakan apabila pasukan Robot Soccer PSIS (Politeknik Sultan Idris Shah) berjaya mengalahkan pasukan dari Negara India 25 - 0..

Berikutan kejayaan tersebut, berkemungkinan besar pasukan PSIS akan melangkah ke pasukan separuh akhir esok (28 Ogos 2013).. 

Mendengar kejayaan tersebut, esok PSIS akan menghantar satu bas penyokong bagi memberi semangat kepada para peserta kami yang sedang bertanding di Politeknik Shah Alam, Selangor sempena kejohanan 18th FIRA Roboworld Cup & Congress 2013..



Antara barisan penyokong yang akan turut sama memberi sokongan padu kepada pasukan PSIS esok ialah: 
  • Pengarah PSIS - Encik Sulong Bin Yahaya, 
  • Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSIS - Encik Zulkifli Bin. Md Isa, 
  • Pegawai Perhubungan Awam PSIS - Tuan Hj. Mohamed Rizal B. Mohd Tayab, 
  • Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik PSIS - Encik Amiruddin Bin Mahmud, 
  • Ketua Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), 
  • beberapa orang pensyarah JKE, PSIS 
  • dan 30 orang pelajar Jab. Kej. Elektrik PSIS..


TAHNIAH diucapkan kepada semua peserta dan pensyarah pengiring yang mewakili PSIS dalam kejohanan bertaraf Dunia ini... Marilah sama-sama kita mendoakan semoga pasukan Robot Soccer PSIS berjaya mara ke peringkat Akhir pada hari Khamis ini nanti... dan sama-samalah kita memberi sokongan padu dan semangat kepada mereka semoga dapat mewakili Malaysia ke kejohanan Robot soccer lain di peringkat Antarabangsa.

Untuk makluman anda, 18th FIRA Roboworld Cup & Congress 2013 ini telah berlangsung pada 24 Ogos 2013 dan akan berakhir pada 29 Ogos 2013.. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 26 Ogos 2013.. Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar sempena majlis perasmian tersebut... 




18th FIRA Roboworld Cup & Congress 2013 disertai oleh 67 Pasukan dari Pelbagai negara di seluruh dunia.. Selain Malaysia, terdapat 10 buah negara lain yang turut menyertai kejohanan ini iaitu India, China, Singapore, Rusia, Korea, Mexico, Kanada, Indonesia, Taiwan dan United Kingdom..

Terdapat Tujuh Kategori yang dipertandingkan pada Fira Roboworld Cup 2013 iaitu Humanoid Robot World Cup Soccer Tournament (Hurosot), Amire Soccer Tournament (MiroSot), Micro-Robot World Cup Soccer Tournament (MiroSot), Naro Soccer Tournament (NaroSot), Android Soccer Tournament (AndroSot), Robo Soccer Tournament (RoboSot) dan Simulation Robot Soccer Tournament (SimuroSot)...

Semasa pasukan PSIS nak menyertai kejohanan Robot Soccer ini, rasa begitu mendebarkan... Maklumlah sebuah pasukan kerdil untuk bersaing dengan pasukan-pasukan besar yang terkenal dengan kehebatan strategi pengaturcaraan masing-masing.. 

Walaubagaiamanapun, syukur Alhamdulillah... berdasarkan pengalaman pernah menyertai dan memenangi beberapa kejohanan Robot Soccer sebelum ini, memberi kekuatan kepada pasukan Robot Soccer PSIS untuk memberi saingan sengit kepada pasukan lawan...

Senarai Kejayaan Pasukan Robot Soccer PSIS
  • JOHAN Kategori SIMUROSOT, PERTANDINGAN ROBOT BOLA SEPAK PIALA DEKAN FTSM KE 3 2013, UKM
  • NAIB JOHAN Kategori MIROSOT ROBOT SECARA 'REAL TIME', PERTANDINGAN ROBOT BOLA SEPAK PIALA DEKAN FTSM KE 3 2013, UKM
  • NAIB JOHAN Pertandingan Simurosot – Robot Soccer (Simulation) pada PERTANDINGAN ROBOT SOCCER 6TH FIRA MALAYSIA CUP 2012.

Mungkin setakat ini, nasib masih berpihak kepada pasukan Robot Soccer PSIS untuk terus menundukkan pihak lawan... Tetapi belum tahu lagi kesudahan episod perjuangan mereka di atas gelanggang...  

Keputusan Perlawanan Pasukan Robot Soccer PSIS di 18th FIRA Roboworld Cup 2013 :

Result Day 1 (26 Ogos 2013)

Team SImorosot PSIS (Metal Warrior)
Metal Warrior Vs Politeknik Melaka  (Win 14-0)

Team SImorosot PSIS (Cyber Warlord)
Cyber Warlord Vs POLISAS  (Win 20-0)

Result Day 2 Result Day 2 (27 Ogos 2013)

Team SImorosot PSIS (Metal Warrior)
Metal Warrior Vs India  (Win 25-0)

Team SImorosot PSIS (Cyber Warlord)
Cyber Warlord Vs POLIMAS Ranger  (Win 11-0)




Seluruh warga PSIS pastinya mengharapkan kejayaan pasukan kami di sana.. Semoga Pasukan Robot PSIS dapat melangkah ke peringkat Akhir 18th FIRA Roboworld Cup & Congress 2013 yang sedang berlangsung di Politeknik Shah Alam, Selangor pada ketika ini...

Kepada anda yang tinggal di sekitar Shah Alam, jemputlah beramai-ramai memeriahkan kejohanan ini, dan jangan lupa memberikan sokongan padu kepada pasukan dari negara Malaysia.... Malaysia Boleh!!







Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Tahniah dan semoga berjaya melangkah ke peringkat yang lebih tinggi

    dulu pernah tengok sekali pertandingan robot di UKM

    BalasPadam
  2. bagus tu.. buat robot ni bukan senang

    BalasPadam
  3. program ini sangat menarik huhuhu lagi2 bab robot ni

    BalasPadam
  4. tahniah. semoga jadi juaralah nanti. memang membanggakan.

    BalasPadam
  5. taniah kepada peserta juga rakan2 saya yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini.semoga kalian menjadi juara dan mengharumkan nama JKE PSIS. Chayok!!

    BalasPadam
  6. semoga kali ini mereka berjaya..

    BalasPadam
  7. terbaiklah!

    moga2 jadi juara dan bakal mengharumkan nama robot soccer psis dan negara di mata dunia..yeah!

    BalasPadam
  8. Semoga ada kejayaan buat mereka semua..hehe

    BalasPadam