Pengalaman Menghadiri JomNiaga Summit 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 22 Jun yang lepas, saya berkesempatan untuk menghadiri JomNiaga Summit 2013 di Plug & Play Technology Garden, The Garden South Tower, Mid Valley City KL...


Kehadiran saya ke JomNiaga Summit 2013 berikutan jemputan yang saya terima daripada Mr. Gobala Krishnan (Founder JomNiaga) menerusi email... Disebabkan bayaran untuk menyertai event ini taklah mahal sangat... Cuma RM30 sahaja.. Dengan bayaran RM30 tersebut dapat sarapan pagi dan makan tengahari PERCUMA.. Selain itu dapat TShirt Jom Niaga, lencana, pen dan sebagainya... Dengan pekej menarik yang ditawarkan, apakan daya saya untuk menolak pelawaan Mr. Gobala Krishnan menghadiri JomNiaga Summit 2013.. 


Kebetulan pula pada ketika itu, saya pun tiada temu janji dengan sesiapa.. Jadi, line Clear untuk menghidupkan enjin kereta dan memandu ke Kuala Lumpur... ;)

Semasa berada di JomNiaga Summit 2013, sempatlah saya berkenalan dengan beberapa orang pakar dalam pemasaran online yang terdiri daripada rakan-rakan blogger, Afiliate dan Vendor seperti:  

Banyak ilmu tentang keusahawanan internet yang dapat saya pelajari daripada beberapa orang usahawan internet yang hadir ke event ini secara tidak langsung... Antaranya daripada Cikgu Hafiz, Najib Asaddok dan Mr. Gobala Krishnan  sendiri... 

Walaupun tak dapat banyak ilmu yang dapat saya pelajari pada ketika itu, disebabkan ramai usahawan internet tidak dapat hadir... tapi dapat berguru dengan sorang dua pun dah kira cukup baik... Syukur Alhamdulillah... ;)

Dalam event JomNiaga Summit 2013, terdapat beberapa penghargaan diberikan kepada para Vendor dan affiliate yang berjaya menunjukkan kecemerlangan sepanjang tahun 2012.. Menurut Mr. Gobala, penghargaan ini diberikan kepada mereka yang berjaya... Supaya dapat memberi semangat kepada para vendor dan ajen affiliate yang lain untuk lebih berdaya maju pada tahun 2013 dan tahun-tahun berikutnya... 

Antara penerima hadiah dalam JomNiaga Summit 2013 ialah:
  • Saufi Karim – Top Vendor 2012: Highest Sales Value
  • Saufi KarimTop Vendor 2012: Highest Sales Volume
  • Shuth (Mohd Suhaimy) – Top Vendor 2012: Most number of products 
  • Razif Yusoff – Top Affiliate 2012: Highest Sales Commission
  • Hani Nasir - Top Affiliate 2012: Highest Sales Volume
  • Hani nasir - Top Affiliate 2012: Most Consistent Affiliate
  • Nur Fatihah a.k.a Cik Tom – Top Affiliate 2012: Most Versatile Affiliate 
  • Azlinda Husin – Testimonial Pilihan Terbaik




Tahniah saya ucapkan kepada semua penerima anugerah... Mereka semua sememangnya hebat-hebat belaka... harap boleh menjadi salah seorang penerima hadiah dalam JomNiaga Summit yang akan datang...

Lebih menarik lagi terdapat beberapa orang wartawan dan wakil syarikat penerbitan turut menghadiri JomNiaga Summit pada kali ini... 

Adatlah... Bila ada wartawan datang, pasti akan ada yang dapat masuk surat Khabar... 

Hehehe... Tak sangka rezeki Cik Tom dan Mr. Gobala, dapat masuk surat Khabar pada hari tersebut.. Tahniah buat you all berdua... Dan Tahniah buat seluruh warga JomNiaga kerana berjaya menganjurkan JomNiaga Summit buat julung-julung kalinya... 


Dan semoga event seumpama ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan... Supaya dapat memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menjana pendapatan sampingan menerusi laman web JomNiaga.com.. 

Siapa pula agaknya yang bakal memenangi gelaran Top Vendor Jom Niaga 2013? Mungkinkah Saufi Karim masih mampu mempertahankan gelaran tersebut? 

Ataupun mungkinkah kedudukan tersebut akan dirampas oleh top vendor lain yang berpotensi seperti:
Ya... Berdasarkan prestasi jualan yang memberangsangkan sehingga kini.. kesemua mereka di atas berpotensi untuk mejadi Top Vendor JomNiaga 2013.. Good Luck saya ucapkan kepada semua... ;)

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Wah bestnya dapat jumpa otai! Ermmm niat tu ada nak joint tapi belum nak mencuba, In Shaa Lepas2 ni.

    BalasPadam
  2. hoho..tahniah pada mereka semua.

    BalasPadam
  3. hu hu.. tahniah semua, jgn lupa usaha gigih lagik.

    BalasPadam
  4. Top vendor tu menjadi impian tu. Saya kena edit balik website saya yang saya letak dalam jomniaga ni. Da lama sangat dalam maintenance, nasib baik jom niaga tak remove lagi huhu. Peluang ni

    BalasPadam
  5. Huhuhuh..ruginya tak dapat join sekali time ni...

    BalasPadam
  6. bertuah jumpa otai semua. tentu byk ilmu dpt diperolehi.

    BalasPadam
  7. satu pengalaman yang pastinya amat menarik

    BalasPadam
  8. tahniah pada semua yg berjaya...jadi inspirasi utk kita

    BalasPadam
  9. Wahhh hebat2 kan mereka..hehe..

    BalasPadam
  10. murah sangat tu rm30 berbanding ilmu, barang2 n makanan yg dapat..ehehhe

    BalasPadam