Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Syukur Alhamdulillah... Dalam tak sedar dah hampir satu pertiga Ramadhan telah kita tempuhi... Dalam tempoh tersebut, dah ada macam-macam perkara berlaku dalam kehidupan saya sekeluarga... Ada yang manis, ada cerita gembira, ada cerita sedih dan sebagainya... Yang pastinya inilah asam garam dalam kehidupan seharian yang pastinya akan ditempuhi oleh setiap makhluk bernama manusia...
Apabila dikenang balik semua kenangan tersebut... terutamanya dalam mengharungi kehidupan bersama seorang isteri yang sedang mengandung 5 bulan dan mempunyai dua orang anak lelaki berumur 6 tahun dan 4 tahun... Pastinya ada sahaja cerita menarik untuk dikongsikan bersama... Cerita tentang pengalaman anak sulung berpuasa, kesulitan menyuruh anak bersahur, ragam anak sewaktu bangun pagi nak pergi bekerja, membawa anak-anak ke pasar Ramadhan, berbuka puasa bersama isteri dan anak-anak, ragam anak kedua nak ikut pergi solat terawih dan sebagainya.. Bila diingat semula semua rentetan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan di bulan Ramadhan, pastinya ada sesuatu yang akan dikenang pada suatu hari nanti... ;)
Sebagai insan biasa, saya cuba sedaya upaya untuk melalukan yang terbaik sebagai seorang hamba Allah, suami, ayah, dan pekerja buat majikan saya... supaya dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkanNYA... In Sha Allah...
Pada malam tadi, anak sulung saya Haikal berasa seronok apabila dalam satu set minuman yang dibelinya mengandungi beberapa keping sampul duit raya PERCUMA... Disebabkan terlalu teruja, dia pun dah mula fikir nak bagi dekat siapalah duit raya pada tahun ini... Sambil membasuh pinggan, sempat saya perhatikan gelagat anak sulung saya ni...
Kemudian dia mencari pen untuk menulis sesuatu di sampul duit raya tersebut... Haikal bertanya kepada saya...
" Ayah macamana nak eja nama ayah... A... Y... A... lagi apa ye ayah?"
" h.. " jawab saya..
Dalam hati saya, adakah saya tersenarai untuk mendapat duit raya daripada Haikal... Kemudian Haikal bertanya lagi....
" Ayah macamana nak eja nama Faiz?"
" F...a.. Fa, I...Z Iz, Faiz " jawab saya..
" Z dengan I bukan Zi ke bunyinya ayah"
" kalau Z..I bunyinya Zi, Tapi kalau I...Z bunyinya Iz " jawab saya..
Kemudian, tak lama tu saya dengar Haikal membuka tabung kereta besi beliau.. Saya hanya dapat mendengar bunyi duit-duit syiling....
Tak lama lepas tu, haikal memanggil saya ke hadapan...
" Ayah mari sini sekejap, tengok ni"
" Kenapa Haikal? " jawab saya..
" Ayah datanglah sini, nanti baru tahu"
Saya pun pergilah ke ruang tamu... Jeng.. Jeng... Jeng...
" Ayah ni satu duit raya untuk ayah, dan satu lagi untuk Faiz"
Saya hanya mampu tersenyum melihat sambul duit raya yang berada dihadapan mata saya... Dekat sampul duit raya siap tertulis nama Ayah dan Faiz (kawan haikal dekat sekolah dan dekat rumah pengasuh)...
Faiz dan Ayah menjadi pilihan Haikal untuk pemberian duit raya Pertama... ;)
Bila dah dapat duit raya tu, tentulah nak tengok juga isi kandungannya...
Saya dapat semua duit sepuluh sen... Ada lapan keping duit sebuluh sen di dalam sampul duit raya untuk saya... Manakala untuk Faiz pula ada sebuluh ketul duit 5 sen.... Hahaha... Jadilah dapat duit raya.... ;)
Yang pastinya Ibu Haikal pasti jeles sebab tak dapat duit raya daripada Haikal.. hehehe ;)
Walaupun jumlahnya mungkinlah tidak sebanyak komisyen affiliate yang baru saya terima pada dua hari lepas...
Tapi saya sangat gembira menerima pemberian duit raya daripada Haikal... Mana taknya... Anak sendiri yang bagi... Rasa kelakar pun ada... Hahaha... ;)
Harap lepas ni ada lagi yang sudi bagi duit raya dekat saya.. Sebab tangan rasa gatal-gatal ni... Kata orang tua-tua, kalau tangan rasa gatal, itu tanda ada orang nak bagi duit dekat kita..
5 Ulasan
Wah bestnye dapat duit raya berganda..hihi :). Cara si kecil mengungkapkan kasih sayang mereka...
BalasPadamalhamdulillah, rezeki ^^
BalasPadamwah untunglah anak dah pandai bagi duit raya...
BalasPadamEmm untung budak kecik kan..haha.indahnya kehidupan bekerluarga kan bro..hehe
BalasPadamhaha cute nyee... kecik2 pandai sedekah ni.. InsyaAllah besar sok jadi pembayar zakat terbanyak.. Amiinn
BalasPadam