Pada suatu hari, di suatu lokasi di Sabak Bernam.. Berlaku sesi perbualan diantara Zul (bukan nama sebenar) dan Anuar pemilik blog Coretan Anuar..
Zul : "Hebat blog Bro Anuar sekarang ni... Tengok trafik semakin kencang sekarang ni"
Anuar : "Bolehlah, dapatlah juga sikit hasil"
Zul : "Berapa Trafik Blog Bro sehari?"
Anuar : "Tak banyak pun, adalah dalam 1K sehari"
Zul : "1K sehari Bro kata tak banyak?"
Anuar : "Tak banyak tu... Kalau nak dibandingkan dengan Blog Orang lain, trafik blog aku ni kira masih sikit lagi"
Zul : "Kira ok dah tu Bro.. Boleh dapat trafik 1K sehari.. Bro ada tak tolong promosikan perniagaan orang lain dekat Blog.. seperti promosikan Hotel atau Kedai makan?"
Anuar : "Ada juga kadang-kadang"
Zul : "Hotel atau Kedai makan?"
Anuar : "Dua-dua aku pernah pomosikan"
Zul : "Boleh bagi Contoh Hotel dan Kedai makan Yang Bro promosikan"
Anuar :" Kuala gula Sanctuary Resort, Restoran Terapung, Ketam lembut, blablablabla..."
Zul : "Banyak juga tempat-tempat menarik yang Bro tolong promosikan yer.. Bro dapat apa-apa bayaran tak, dengan usaha Bro mempromosikan tempat-tempat tersebut"
Anuar : " Tak dapat apa-apa pun.. sajer buat seronok-seronok untuk meningkatkan Trafik blog"
Zul : "Laa.. Ruginya tak dapat apa-apa.. Takkanlah bro tolong promosikan Percuma sahaja"
Anuar : "Ia percuma sahaja... Sekadar berkongsi pengalaman dengan pembaca untuk menarik mereka berkunjung ke tempat-tempat menarik tersebut"
Zul : "Ok macam nilah... Apa kata kalau saya tunjukkan satu sistem pemasaran yang unik... Lepas ni bro tolong promosi apa sahaja dekat Blog Bro, dan bro boleh dapat komisyen secara berterusan"
Anuar : "Macamana caranya tu Bro?.. Betul ker ada satu sistem yang boleh buat macam tu?"
Zul : " Betul.. memang ada satu sistem yang boleh buat macam tu... Kalau tak percaya Bro boleh tengok penyata akaun di bawah"
Zul : "Pemilik akaun ini telah mendaftarkan satu kedai (Merchant) dan 41 MyKad.. Beliau mendapat komisyen 1% daripada setiap pemilik MyKad yang berbelanja di kedai yang beliau daftarkan... Dan 1% daripada perbelanjaan pemilik MyKad yang telah beliau daftarkan"
Anuar : "Setakat 1% jer Bro, takderlah banyak mana pun"
Zul : "1% tu memanglah tak banyak Bro.. Tapi kalau ada 100 atau 1000 orang yang berkunjung ke kedai tersebut pada setiap hari, daripada 1% boleh jadi 100% atau 1000% "
Zul : " Ok.. Saya ambil satu contoh... Bro pernah promosikan Kuala gula Sanctuary Resort dekat blog bro kan"
Anuar : " Yup... Betul"
Zul : "Berapa bilangan rumah sewa/bilik yang ada dekat sana?"
Anuar : "Aku rasa ada dalam 30 buah rumah sewa, lepas tu ada 2 Dorm (bilik) untuk asrama"
Zul : " Sewa sebuah rumah sewa berapa ringgit semalam?"
Anuar : "Sekitar RM150.00 semalam"
Zul : "RM150 X 30 bilik.. RM4500 Banyak juga tu..."
Zul : "Kalau Bro boleh dapat 1% daripada RM4500 semalam ok tak?"
Anuar : "Ok juga tu.. boleh dapat RM45 semalam"
Zul : "Katakanlah rumah sewa dekat Resort tu penuh pada setiap hujung minggu sahaja... Dalam sebulan boleh dapat RM45 X 8 hari... Boleh dapat RM360 sebulan daripada satu resort yang awak tolong promosikan dekat Blog... Kira ok tak?"
Anuar : "Ok juga tu... Macamana saya nak join dalam program ini? Berapa bayarannya?"
Zul : "Bro cuma perlu bayar RM1000... Dengan bayaran tersebut membolehkan bro mengaktifkan 1000 MyKad dan Kedai tanpa Had"
Anuar : "RM1000 sahaja.. Ok juga tu... Daftarkan saya secepat mungkin, supaya saya boleh daftarkan Kuala gula Sanctuary Resort ini dengan secepat mungkin... "
Inilah antara penyebab kenapa saya mendaftar sebagai Ajen Pemasaran MyKad Smart Shopper... Dengan bayaran RM1000 membolehkan saya berjumpa dengan tokey-tokey kedai untuk mendaftarkan kedai mereka... Apabila kedai mereka telah mendaftar secara sah, bolehlah kita tolong promosikan kedai mereka... Dan apabila orang berbelanja dengan menggunakan MyKad, bolehlah dapat diskaun 1%....
Pada ketika itu harapan saya tinggi menggunung untuk mendaftarkan Kuala gula Sanctuary Resort pada suatu hari nanti... Tetapi dari sehari ke sehari saya tidak berkesempatan ke sana..
Kesudahannya...
Kuala gula Sanctuary Resort telah di daftarkan dalam program MyKad Smart Shopper.. Siapa yang tolong daftarkan tidak pula diketahui... hancur luluh hatiku... Tulah siapa suruh lambat bertindak...
Takperlah... Bukan rezeki saya untuk dapat komisyen yang berterusan daripada Kuala gula Sanctuary Resort ... Mungkin rezeki saya ada terdapat pada kedai-kedai lain... Rezeki tu hanya Allah sahaja yang tahu bila dan di mana...
Ubah strategi seterusnya dan terus berfikir secara Positif..
Walaupun saya tidak berjaya mendaftarkan Kuala gula Sanctuary Resort seperti yang saya harapkan... Tetapi saya masih boleh mendapatkan komisyen dengan membawa pelanggan ke sana.. Dengan syarat pelanggan tersebut mengaktifkan MyKad melalui saya..
Sekiranya anda berminat untuk mengaktifkan MyKad anda sekarang juga.. Anda boleh menghantar maklumat yang diperlukan seperti berikut kepada saya
1) Nama Penuh :
2) No. Kad Pengenalan :
3) Email :
4) No. Tel :
5) Alamat :
menerusi email nuargto@gmail.com atau sms kepada 016-5425547
Pengatifan MyKad adalah PERCUMA.. Selepas MyKad (Kad Pengenalan) anda diaktifkan, anda boleh mendapat Diskaun dan Point ketika berbelanja di kedai-kedai yang telah mengambil bahagian..
Saya akan mengaktifkan MyKad anda dengan secepat mungkin supaya membolehkan anda menjadi antara orang yang terawal menggunakan kemudahan ini..
P/s: Kepada rakan-rakan blogger yang aktif mempromosikan perniagaan milik orang lain secara PERCUMA, saya syorkan anda menyertai program ini, supaya berpeluang untuk mendapat komisyen secara berterusan....
13 Ulasan
macam ni rupanya buat promosi..
BalasPadamTAZKIRAH RAMADHAN : BERSEGERALAH KAMU BERBUKA PUASA
hoho..hang lambat sangat ni..
BalasPadamBoleh tahan juga modalnya
BalasPadamModal besar jugaklah padanlah dengan hasilnya
BalasPadamnice sharing
BalasPadamterima kasih atas info
Sbnrnya aku x berminat nak ambil tahu pasal ni, di mana mana semuanya promote benda ni,heheh, ntah kenapa aku nak rasa terbaca plak pasal ni kat blog bro ni, sampai habis, skrg dah faham apa itu mykad smart shopper
BalasPadamingatkan tak perlu modal..ada modal juga..boleh tahan besar nilainya.
BalasPadamterbaiklah bro semoga terus maju n sukses
BalasPadamwow! terbeliak aku bila tau powernya kad ni
BalasPadambagus juga peluang ini...
BalasPadamkakiblog recently posted:Garis Panduan Menerbitkan Entri
Hehe..betul tu bro..mungkin belum rezeki nak kecapinya..hehe
BalasPadamMantap...
BalasPadamwah ! baru faham..selalu gak dengar orang ckp pasal bnda ni ;)
BalasPadam