Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Syukur Alhamdulillah... Masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas di bumi ini... Supaya berpeluang untuk menikmati kehidupan bersama keluarga dan insan-insan tersayang... Dalam masa yang sama turut berpeluang untuk menambahkan amal ibadah, terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini...
Sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini, saya jarang membawa isteri dan anak-anak berbuka di luar... Disebabkan tidak mahu terlepas peluang melaksanakan solat Terawikh secara berjemaah... Kalau ada pun adalah sekali dua di Sungai Besar... Itu pun sebaik sahaja lepas habis makan terus berkejar balik ke rumah di Sabak Bernam... Dan Alhamdulillah sehingga Ramadhan yang ke 17, saya masih berjaya menunaikan Solat terawikh secara berjemaah.. Cuma bilangan rakaat tak menentu... Kadang 20 Rakaat, dan kadang 8 Rakaat, mengikut kemampuan mata.... Adakalanya disebabkan terover makan, mata terasa berat untuk melakukan solat terawikh sebanyak 20 Rakaat... ;)
Tetapi pada Ramadhan yang ke 18 (pada hari Sabtu), saya terpaksa melupakan hasrat untuk solat Terawikh secara berjemaah... Disebabkan memberi peluang kepada isteri yang teringin sangat nak berbuka puasa dengan adik-adik ipar saya yang lain di Shabu Shabu Steamboat, Ipoh... Kebetulan pula pada ketika itu semua adik ipar saya dapat berkumpul di rumah ayah Mertua saya... Semakin seronoklah perasaan isteri saya pada ketika itu... ;)
Kami tiba di Shabu Shabu Steamboat Ipoh pada jam 6.30 petang... Sementara menanti waktu berbuka kena Survey kawasan dulu... Nak tahu di mana kami boleh menunaikan solat Maghrib, apa jenis makanan yang ada, dan yang penting sekali kena atur strategi supaya tidak lekas kenyang...
Pergi makan dekat Steamboat kalau lekas kenyang rugi... Nanti tak boleh nak makan banyak-banyak ... ;)
Jom cuci mata dengan gambar-gambar yang dapat saya kongsikan tentang pengalaman Berbuka Puasa di Shabu Shabu Steamboat Ipoh yang pastinya mempunyai sedikit kelainan dengan Shabu Shabu Steamboat Manjung yang pernah kami kunjungi sebelum ini...
Sekali tengok gambar bangunan Shabu Shabu Steamboat Ipoh menerusi internet dah rasa berkenan di hati
Reka bentuk bangunan yang menarik, dan pada bahagian dalam juga tidak kurang hebatnya..
Antara pengunjung terawal yang datang pada ketika itu...
Parking masih banyak yang kosong, tapi semua meja telah habis ditempah..
Nasib baik ada Surau disediakan dekat Shabu Shabu Steamboat Ipoh...
Line Clear boleh sambung makan selepas menunaikan Solat Maghrib... ;)
Apabila dah rasa yakin dan berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan, barulah berani untuk melangkah masuk ke dalam Restoran Shabu Shabu Steamboat Ipoh... Sekurang-kurangnya tiada masalah untuk menunaikan solat Maghrib, dan dapat sambung makan semula selepas itu... Tapi yang sedihnya terpaksa solat Terawikh secara bersendirian di rumah...
Mak Teh dan Haikal sempat bergambar kenangan..
Tempat Membancuh ABC antara perkara yang menarik perhatian saya..
Ditambah pula dengan ruangan Ais Krim yang disediakan..
Awas... Jangan membazir ketika makan.. Nanti kena bayar RM10/100 Gram..
Makanan yang dah masak siap pun ada... Macam-macam ada seperti mee goreng, nasi Goreng, Kuey Teow Goreng, Nasi Lemak dan sebagainya..
Antara bahan masakan yang boleh anda pilih.. Semuanya segar-segar belaka..
Nak sayur-sayuran pun ada..
Antara kelainan Shabu Shabu Steamboat Ipoh berbanding Shabu Shabu Steamboat Manjung ialah... dekat Shabu Shabu Steamboat Ipoh ada disediakan Grill... Para pelanggan tinggal pilih sahaja, makanan apa yang nak di panggang, kemudian masukkan ke dalam pinggan yang disediakan dan tulis nombor meja pada pinggan tersebut...
Setelah makanan siap dipanggang pekerja restoran ini akan menghantar makanan tersebut ke meja kita...
Pilih sahaja mana yang berkenan di hati... Kemudian para pekerja restoran yang akan memasakkan untuk anda
Di meja makan kami pula.. Penuh dengan makanan yang dipilih masing-masing... Kesemua makanan ini tinggal menunggu masa untuk dimasak...
Terdapat 3 kuah yang dipilih oleh adik ipar kedua saya... Sup, Tomyam dan Kari..
Apa agaknya yang disembangkan oleh Haikal Dan Adam pada ketika ini..
Anak saudara saya... Khalisha
Masa untuk memasak...
Masukkan kesemuanya... Mana yang berkenan di hati...
Daging Kambing panggang menjadi menu terakhir kami pada malam tersebut...
Badut ini turut memeriahkan suasana dengan menghadiahkan belon yang direka bentuk kepada objek tertentu kepada kanak-kanak..
Syukur Alhamdulillah.. Habis licin kesemuanya...
Sempat bergambar kenangan dengan Van Volsegen tang terletak di luar restoran...
Comey Van ni macam dalam cerita The Beatle...
Syukur Alhamdulillah... Dengan bayaran RM31 seorang kekenyangan kami dibuatnya... Kepada yang berminat untuk berbuka puasa di Shabu Shabu Steamboat Ipoh, sekarang ni tengah ada promosi... Ambil pekej untuk 10 orang dewasa boleh dapat satu baucer PERCUMA untuk bayaran seorang dewasa... Jadi, dengan baucer tersebut boleh datang sekali lagi pada Hari Raya nanti...
Macamana nak datang ke Shabu Shabu Steamboat Ipoh?
Shabu Shabu Steamboat Ipoh ni terletak di Jalan Dr. Nazrin Shah Ipoh... Berhampiran dengan Impiana Hotel... Untuk maklumat lanjut, anda boleh tengok peta di bawah..
Buffet Restaurant
No.14, Jalan Raja Dr Nazrin Shah
30250 Ipoh, Perak
Tel : 05-241 3555
Masa : 6:30 pm - 11:30 pm
Perut dah kenyang... Balik ke rumah kena berterawikh seorang diri... Walaubagaimanapun Terawikh tetap tak boleh tinggal... Sebab Bulan Ramadhan hanya akan datang setahun sekali.... Selamat Berpuasa semua... dan selamat berusaha untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar..
12 Ulasan
Buatkan hati dan mata ni terliur aje pada makanan tu..hehe..syabas bro..harap terawih penuh lah bulan ni yer..hehe
BalasPadambaru nak pegi try..nanti le pegi lepas raya :D
BalasPadamgeram plak bila tengok. hoho..
BalasPadamsaya rasa shabu shabu nie tak halal cuba check dgn Majlis agama islam perak. dulu pernah ada kes daging khinzir slice dia letak jamu sekali dgn daging. CUBA check dgn MAIP. Banyak kawan cina saya semua pergi situ untuk daging pork slice. Shabu tak jual alkohol dan tak leh minum alkohol itu pasal owner restoran kata halal
BalasPadambest konsep restoran ni yang takde kat tempat lain.
BalasPadammenarik nampak tempat ni
BalasPadamcantiknya restoran shabu2 ni
BalasPadamTanpa nama..are you sure..thanks for info..
BalasPadamYuyu, saya dah semak dekat Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Shabu-Shabu Steamboat ni halal... Untuk maklumat lanjut, Yuyu boleh baca dekat entri ini:
Padamhttp://www.coretananuar.com/2013/08/shabu-shabu-steambot-ipoh-disahkan.html
shabu2 manjung pon ada grill la..sy makan shabu2 manjung dari tahun 2009 smpai sekarang ade grill..tapi malam sahaja..nak grill,kan ade ayam,udang,sotong,kmbing n mcm2 lagi da siap di perap..bagi dekat kaunter depan tu..kat cashier..nnti die akan grill kan dekat blakang n hantar ke meja kita..
BalasPadamTerkini... Reger dah naik
BalasPadamTapi perkhidmatan masih baik setiap kali pegi
Ruangnsolat besar ke? Kat mana ruang solat dia?
BalasPadam