PRU13 : Tips memilih pemimpin berpandukan Al-Quran


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Tinggal satu hari lagi PRU ke 13 akan diadakan... Pada ketika ini saya percaya seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan (berumur 21 tahun ke atas) telah membuat perancangan untuk hadir mengundi di lokasi yang ditetapkan pada 5 Mei 2013... Bagi yang tinggal berjauhan dengan tempat mengundi, tentu telah membuat perancangan perjalanan... dan berkemungkinan besar ada yang terpaksa mengambil cuti semata-mata untuk mengundi... Takperlahkan berkorban sekali-sekala demi masa depan negara tercinta.... Bukannya selalu pun, 5 tahun sekali sahaja.. Selepas ini kita kena tunggu 5 tahun lagi untuk menikmati kemeriahan suasana PRU 14... ;)


Inilah peluang terbaik untuk kita memilih pemerintah yang kita suka... Pemerintah terbaik yang dapat mentadbir negara seperti zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin .. 

Semasa zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin pemimpin dipilih atas persetutujuan sahabat sebelum dipersetujui oleh seluruh umat Islam...  

Di negara kita Malaysia, kita mengamalkan corak pemerintahan sistem demokrasi berparlimen.. Dalam sistem pemerintahan ini, rakyat mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang mereka sukai melalui proses undian dalam pilihanraya... 

Kerajaan atau pemimpin yang dipilih oleh rakyat pula perlu bijak memenangi hati rakyat dan tidak boleh berat sebelah terhadap golongan minoriti kerana keadaan ini akan menjatuhkan kerajaan pemerintah pada masa akan datang.

Sistem demokrasi ini, ternyata telah dapat mewujudkan suasana politik yang stabil, aman, dan makmur di negara kita.  Syukur Alhamdulillah...

Disebabkan itu setiap undian warganegara Malaysia akan menjadi penentu kepada masa depan negara.. Sekiranya kita memilih pemimpin yang baik hati dan berhati mulia, Insya Allah, baiklah masa depan negara kita... Dan jika kita memilih pemimpin yang sebaliknya, maka "sebaliknya" jugalah yang bakal kita hadapi... Tetapi persoalannya...

"Bagaimana untuk memilih calon pemimpin yang berkualiti?"

"Di tempat saya mengundi ada dua calon, iaitu YB A dan YB M.. Tetapi saya tak kenal pun mereka.. Jadi siapa yang perlu saya undi?" 

"Ayah saudara saya merupakan salah seorang calon ditempat saya mengundi, tetapi dalam senarai calon tersebut saya dapati ada calon lain yang lebih berkaliber untuk dipilih menjadi pemimpin.. Perlukah saya mengundi calon tersebut atau mengundi ayah saudara saya?" 

"Pemimpin A seorang yang baik dan suka turun padang membantu masyarakat.. Pemimpin B pun apa kurangnya suka menolong orang yang berada di dalam kesusahan.. Tetapi dalam PRU kali ini mereka bertanding di kawasan yang sama dan masing-masing mewakili parti yang berlainan. Jadi, siapakah yang harus saya pilih?"

Dan mungkin ada beberapa persoalan lagi yang terbit difikiran anda menjelang hari pengundian.. Bagaimanakah kita dapat membantu mereka untuk membuat pilihan?

saya percaya persoalan-persoalan seperti ini pastinya wujud dalam diri kebanyakan rakyat Malaysia... Termasuk saya, dan rakan-rakan saya di seluruh Malaysia yang tidak terlalu fanatik dengan mana-mana parti politik.. Terutamanya dalam kalangan remaja yang baru pertama kali keluar mengundi... Golongan ini biasanya mudah dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan undian...

Sekiranya anda berada dalam golongan ini, saya syorkan kita merujuk kepada Al-Quran untuk memilih pemimpin terbaik sebagai pemerintah... Terdapat beberapa ayat dalam Al-Quran yang dapat membantu kita membuat keputusan... Ini kerana Al-Quran merupakan mukjizat yang diturunkan oleh Allah S.W.T untuk dijadikan panduan kepada umat islam. Sekiranya kita benar-benar beriman kepada Al-Quran, kita perlu percaya dengan isi kandungannya. Sekiranya ada kemusykilan terhadap  sesuatu perkara, jawapannya ada di dalam Al-Quran..



Sumber : Klik Di Sini

Antara ayat-ayat Al-Quran yang dapat dijadikan panduan untuk memilih pemimpin adalah seperti berikut:

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"(Surah Hud , Ayat 113)

Pada ayat ini Allah SWT memberi amaran bahawa orang-orang yang beriman kepada Nabi Muhammad saw dan menganut agama yang dibawa baginda SAW supaya jangan sekali-kali cenderung kepada orang-orang zalim.

"Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."(Surah Al-Ma'idah, Ayat 51)

Dalam situasi hari ini, sistem pengundian adalah bertujuan  untuk memilih pemimpin yang benar dan adil. Oleh kerana kebenaran dan keadilan  dituntut dalam agama maka ia menjadi satu kewajiban yang mesti ditunaikan oleh setiap kaum Muslimin.

"Dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar."(Surah Al-Thalaaq, Ayat 2)

"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri."(Surah An Nisa', Ayat 135)

Dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan kepada para hamba Nya yang beriman agar menjadi orang-orang yang benar-benar menegakkan keadilan di tengah-tengah masyarakat. Makadisebabkan itu Allah SWT memerintahkan kepada mereka untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang menyampaikan mereka kepada keadilan itu, seperti  keadilan dalam memilih pemimpin yang adil (iaitu berkelayakan).

Maka mengundi dan melantik orang yang tidak wajar dilantik menurut syara' juga adalah suatu kezaliman (kejahatan) ini kerana ia dianggap seolah menyembunyikan kesaksian yang sebenar seperti yang dituntut oleh ayat di bawah, Allah SWT berfirman :

"Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(Surah Al-Baqarah, ayat 283)

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."(Surah Al Maidah, Ayat 2)

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)" (Surah Al Nisa, Ayat 144)

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, [yaitu] di antara orang-orang yang telah diberi Kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir [orang-orang musyrik]. Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman. "(Surah Al Maidah, Ayat 57)

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpinmu; sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. "(Surah Al Maidah, Ayat 51)

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."(Surah Al Taubah, Ayat 23)


Demikianlah antara ayat-ayat Al-Quran yang menekankan bagaimana seharusnya kita memilih dan menjadi pemimpin. Ini disebabkan memilih pemimpin dengan baik dan benar adalah sama pentingnya dengan menjadi pemimpin yang baik dan benar.

Sekiranya kita telah memilih pemimpin yang terbaik, Insya Allah kita akan dapat membentuk  masyarakat yang baik, yang menurut suruhan dan perintah Allah S.W.T, sebagaimana dua ayat Al-Quran berikut: 

"dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, Yang memimpin (manusia ke jalan Yang benar) Dengan perintah kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada kami." (Surah Al Anbiya, Ayat 73)

"Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah Yang boleh menyampaikan kepadanya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan." (Surah Al Maidah, Ayat 35)

Setelah anda membaca dan memahami maksud ayat-ayat Al-Quran di atas, cuba laksanakan beberapa langkah berikut:


1) Anda perlu menyelidik atau mengenal pasti latar belakang calon yang bertanding ditempat anda mengund melalui beberapa sumberi.. Jangan terhad kepada sumber-sumber tertentu sahaja, disebabkan dunia pada hari ini penuh dengan fitnah untuk memburukakkan dan menjatuhkan orang lain.  Selidik latar belakang dan kepribadian setiap calon, kenal pasti bagaimana hubungan mereka dengan masyarakat, cara percakapan mereka, tempat-tempat yang biasa mereka kunjungi dan sebagainya. 

2) Beri markah kepada pemimpin-pemimpin tersebut bedasarkan ciri-ciri yang terkandung dalam ayat-ayat Al-Quran. Pemimpin yang mendapat skor markah terbanyak berdasarkan penilaian anda, sudah pastinya mempunyai kelebihan untuk menjadi pemimpin.. 

3) Sekiranya anda masih lagi tidak dapat untuk membuat keputusan, lakukanlah solat Ishtiqarah.. Berserah diri dan Memohon petunjuk daripada Allah S.W.T... Insya Allah pilihan kita lebih tepat...Kerana Allah lebih mengetahui apa yang berlaku di kemudian hari, berbanding pengetahuan kita sebagai manusia biasa yang hanya terbatas dengan keadaan semasa....  Jadi berserah diri kepada Allah S.W.T setelah kita berusaha..

Terdapat empat kriteria yang seharusnya dimiliki oleh seseorang sebagai syarat untuk menjadi pemimpin. Ianya sama seperti empat sifat yang dimiliki oleh para nabi/rasul sebagai pemimpin umatnya, iaitu:

1). Shidiq, iaitu mempunyai sifat yang benar ketika bercakap dan bertindak dalam melaksanakan tugasnya. Lawannya adalah bohong.

2). Amanah, iaitu kepercayaan yang membolehkan pemimpin memelihara dan menjaga amanah yang diberikan kepada mereka dengan sebaik-baiknya terhadap masyarakat yang dipimpinnya, lebih-lebih lagi terhadap Allah swt. Lawannya adalah khianat.

3). Fathonah, iaitu kecerdasan semasa bercakap, dan bijak serta kemampuan untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah. Lawannya adalah bodoh.

4). Tabligh, iaitu penyampaian secara jujur dan bertanggungjawab ke atas segala tindakan yang diambilnya. Lawannya adalah menyembunyikan (kekurangan) dan melindungi (kesalahan).



Semoga selepas membaca entri ini, akan dapat membantu anda dalam membuat keputusan untuk memilih calon pemimpin yang sesuai sewaktu mengundi nanti...

Selamat Menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi..




Catat Ulasan

1 Ulasan