Peluang Jana Pendapatan Dengan Kad Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada zaman sekarang ni, terdapat bermacam-macam cara untuk menjana pendapatan sampingan.. Ada sahaja Strategi Tambah Wang Saku  yang boleh kita laksanakan.. Cuma yang berbeza mungkin dari segi cara dan modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan tersebut.. 

Dalam ebook Mencari Sumber Pendapatan di Internet, saya ada kongsikan beberapa cara yang dapat kita lakukan untuk menjana pendapatan sampingan seperti: 
  1. Mengambil upah menjahit pakaian
  2. Menjaga anak-anak jiran tetangga
  3. Membuat Kuih-muih dan menjualkannya kepada pengusaha kantin, gerai atau kedai makan
  4. Mengambil tempahan kek
  5. Membuka Kedai Runcit Di Rumah
  6. Penulis Artikel atau Rencana dan menghantarkannya kepada majalah/laman web/blog
  7. Menjadi Ejen MLM
  8. Menjadi Ejen Jualan Insurans
  9. Membuka Kelas Jahitan
  10. Membuka Kelas Masakan
  11. Menjadi Pengajar Sambilan di Pusat-pusat Tuisyen
  12. Menjalankan Perniagaan Gaya Pos
  13. Mengambil Upah Membangunkan Laman Web
  14. Mengambil Upah membuat grafik atau designer
  15. Menternak Ikan
  16. Berkebun secara kecil-kecilan
  17. Menjadi jurugambar di majlis-majlis pernikahan dan kenduri kendara
  18. Menanam Cendawan
  19. Mengambil Upah Menulis Surat
  20. Membuka Cyber Cafe di Rumah
  21. Mengambil upah sebagai Penterjemah bahasa
  22. Melukis Plan Bangunan
  23. Menjadi Stokis jualan Telefon Pra bayar
  24. Menjadi Agen Dropship untuk pelbagai jenis perniagaan
  25. Berniaga Tanpa Modal
  26. Menjadi agen promosi 
  27. Mengambil upah membaiki Komputer Rosak
  28. Mengambil upah menggunting rambut
  29. Mengambil Upah memotong rumput
  30. Mengambil upah mencuci kereta
  31. mengambil upah mengemas rumah 
  32. Menjalankan Perniagaan Internet
  33. Dan Lain-lain Lagi
Kalau nak dikirakan terlalu banyak kerja "part time" yang boleh kita lakukan untuk menambahkan pendapatan sampingan.. Cuma kita yang perlu berusaha mencari peluang tersebut... Dalam masa yang sama kita perlu mempunyai kemahiran yang dapat memuaskan hati pelanggan kita... Apabila seorang pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan/servis yang kita berikan, selepas itu Insya Allah semakin ramai pelanggan akan mencari kita.. 

Hmmm.. Kerja part time yang saya senaraikan di atas mungkin dah biasa kita dengar... 

Jadi, pada kali ini, saya nak berkongsi sedikit info tentang kerja part time lain yang mungkin tak ramai lagi orang dengar... Disebabkan teknologi ini masih belum digunakan secara menyeluruh di negara kita... 

Contohnya Peluang Jana Pendapatan Dengan Kad Pengenalan... 

Sehingga kini, saya percaya tidak ramai yang tahu... Kad pengenalan boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun dalam urusan jual beli di mana-mana kedai atau pasaraya yang mengambil bahagian... Program ini dikenali sebagai Mykad Smart Shopper Programme (MSSP) yang diperkenalkan pada tahun 2010...

Setakat ini, hanya terdapat kira-kira 300 kedai/syarikat yang telah mengambil bahagian.. dan hanya kira-kira 100,000 pengguna di seluruh negara yang telah mendaftarkan kad pengenalan mereka untuk menyertai program ini... Bagi membolehkan mereka mendapatkan diskaun di mana-mana kedai yang telah mengambil bahagian... 

Walaupun cuma 100,000 pengguna yang telah mendaftar, tetapi dah ada beberapa rakan pemasaran yang telah mendapatkan hasil yang agak lumayan melalui program ini... Maklumlah setiap kali pemilik kad pengenalan berdaftar dalam program ini membeli barang di kedai yang mengambil bahagian, rakan pemasaran akan mendapat komisyen sebanyak 1%... 

Mari kita lihat apakah kebaikan program ini kepada semua pihak:

  • Rakan pemasaran (Affiliate) : Mendapat komisyen sebanyak 1% daripada pengguna berdaftar (Customer Referral Incentive), mendapat komisyen 1% daripada hasil jualan bagi setiap kedai/pasaraya yang kita daftarkan dalam program ini (Merchant Referral Incentive), dan lain-lain komisyen yang disediakan oleh syarikat sekiranya dapat menarik rakan pemasaran untuk menyertai program ini
  • Kedai/pasaraya yang mengambil bahagian : Dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk berkunjung ke kedai mereka (Katakan sebelum menyertai program ini bilangan pengunjung seramai 10000 orang sebulan, dengan menyertai program ini, bilangan pengunjung akan bertambah dengan bantuan rakan pemasaran dan aplikasi melalui Smartphone)
  • Pengguna berdaftar : Mendaftar secara percuma dan dapat menggunakan kad pengenalan untuk membolehkan mereka mendapatkan diskaun sebanyak 5% di kedai-kedai yang mengambil bahagian (Katakan sebelum ini kita berbelanja sebanyak RM100, dengan menyertai program ini mereka dapat berjimat sebanyak RM5.00)

Win-win Situation untuk semua pihak yang menyertai program ini.. Berminat untuk mengetahui kelebihan menyertai Mykad Smart Shopper Programme (MSSP) (Klik Di Sini)




Melalui program ini anda boleh menjana pendapatan melalui 3 cara iaitu:

1) Customer Referral Incentive

Katakan anda menjadi rakan pemasaran (Affiliate).. Dan terdapat 10,000 orang pengguna kad pengenalan berdaftar di bawah anda.. Setiap seorang menggunakan kad pengenalan berbelanja dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM100 sebulan. Komisyen yang akan diperolehi oleh rakan pemasaran adalah seperti berikut:



  • Komisyen Bulanan Rakan pemasaran = 10,000 X RM100  X (1/100) = RM10,000.00 

Ini berdasarkan sebahagian pendapatan yang diperolehi daripada 10,000 pengguna berdaftar dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM100.00.. Adakah memadai  berbelanja sekadar RM100.00 sebulan... Tentu tidak bukan? Tentu setiap orang akan berbelanja lebih daripada itu... 

Dalam masa yang sama saya juga percaya pengguna berdaftar untuk program ini akan sentiasa berkembang dari masa ke semasa disebabkan pendaftaran adalah percuma... Ditambah pula dengan kelebihan yang bakal diperolehi oleh pengguna berdaftar yang mana boleh mendapatkan diskaun sebanyak 5% setiap kali membeli di kedai-kedai yang mengambil bahagian...

2) Merchant Referral Incentive


Sekiranya anda nak mendapat keuntungan yang lebih lumayan, anda perlu memujuk  beberapa 'tokey' kedai untuk mendaftarkan kedai mereka menyertai program ini.. Anda akan mendapat komisyen sebanyak 1% daripada setiap hasil jualan yang diperolehi oleh kedai tersebut. Katakan kedai yang anda daftarkan mendapat hasil jualan sebanyak RM50,000 sebulan, komisyen yang bakal anda perolehi melalui kedai tersebut ialah:


  • Komisyen Bulanan Daripada Kedai Yang anda daftarkan = RM50,000  X (1/100) = RM500.00 


RM500 sebulan melalui sebuah kedai sahaja.. Jadi kalau nak dapatkan komisyen yang lebih banyak, kenalah rajin-rajin memujuk 'tokey-tokey' kedai untuk menyertai program ini..  

3) Komisyen mendaftarkan rakan pemasaran


Selain itu tedapat juga komisyen yang diberikan sekiranya anda berjaya 'memperkenalkan' rakan pemasaran untuk mendaftar bagi menyertai program ini.. Jumlah komisyennya agak lumayan, tetapi saya tak dapatlah nak sebutkan berapa peratus bilangannya... Termasuk juga komisyen-komisyen lain yang turut disediakan... kalau berminat nak tahu dengan lebih lanjut, anda bolehlah melayari laman web Mykad Smart Shopper Programme (Klik Di Sini)

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program Mykad Smart Shopper Programme (MSSP), saya menjemput anda untuk membaca keratan akhbar berikut:




Sekiranya berminat untuk menyertai program ini, bolehlah menghubungi rakan saya menerusi butiran seperti berikut: 

  • Muhammad Khairi
  • sms/call/Whatsapp : 0195678410
  • Web : www.aj.my

Setakat ini saya difahamkan rakan pemasaran telah mencecah hampir 6000 orang. Ini bermakna tinggal lebih kurang 4000 orang sahaja rakan pemasaran diperlukan sebelum program ini dipromosikan secara besar-besaran menerusi media cetak dan media elektronik.. 

Di bawah projek MSC, saya percaya satu hari nanti My kad akan dapat digunakan dalam dalam pelbagai urusan seharian termasuk urusan jual beli seperti ATM kad, kad kredit dan Debit Kad.. Dengan erti kata lain satu kad dapat merangkumi pelbagai kad... 


Sumber : Klik Di Sini


Setakat ini terdapat sekitar 300 syarikat/kedai yang telah mengambil bahagian dalam program ini.. Untuk menyemak senarai kedai/syarikat tersebut, anda bolehlah klik di sini

dan hanya sekitar 100,000 pengguna My kad telah mendaftar menyertai program ini, daripada 28 juta rakyat Malaysia yang mempunyai My Kad..

Jadi, kalau nak tahu lebih lanjut tentang kelebihan My Kad dan peluang perniagaan yang dapat anda perolehi dengan aplikasi Mykad saya syorkan anda hubungi rakan saya di talian di atas...  Lagi cepat anda bertindak, lagi cerah masa depan anda untuk menerokai bidang ini.. Insya Allah...

Catat Ulasan

4 Ulasan