Tontonlah Kampung Semarah Padi untuk meredakan perasaan marah...

Assalamualaikum dan Salah Sejahtera...


Kita lihat banyak kesan-kesan negatif berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini berikutan perasaan marah yang keterlaluan... Sehinggakan berlaku kes bunuh membunuh, pukul memukul dan sebagainya... Walaupun adakalnya kejadian buruk tersebut melibatkan sahabat, ahli keluarga dan sanak saudara sendiri... Sebelum ni mereka mempunyai hubungan yang baik, tetapi tiba-tiba disebabkan perasaan marah yang keterlaluan, boleh menjadi musuh.... Inilah ragam manusia pada hari ini... Semoga perkara buruk tersebut tidak terus berlarutan dalam kehidupan masyarakat kita...

Perasaan marah merupakan perkara lumrah dalam kehidupan manusia biasa seperti kita... Tetapi ianya amat merbahaya sekiranya perasaan marah tersebut tidak dapat dikawal dengan baik... Saya faham ada sesetengah daripada kita ni mempunyai tahap panas baran yang sangat keterlaluan.... Tetapi cubalah berusaha mengawal perasaan marah tersebut mengikut ajaran islam, atau pemahaman agama masing-masing...

Menurut Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ahmad:
"Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan diri daripada marah"

Ini kerana menahan diri daripada marah melibatkan kekuatan mental... Ianya lebih mencabar daripada kekuatan fizikal....  Dalam Islam kita diajar Untuk menahan diri daripada marah dengan mengamalkan beberapa kaedah berikut :

  • Antaranya dengan mengamalkan beberapa zikir seperti "Ya Latif" secara berualang-ulang kali
  • Berishtighfar
  • Ambil Wuduk atau mandi - sebab perasaan marah datanganya daripada Iblis yang dijadikan daripada api..
  • Tengok benda lapang seperti langit atau pergi ke masjid-sebab masjid mempunyai kawasan yang lapang
  • Sentiasa mengubah pergerakan - kalau masih marah lagi duduk, kalau masih marah lagi baring...
Kalau masih tak dapat juga anak meredakan perasaan marah, saya syorkan anda tonton cerita Kampung Semarah Padi... Melalui drama ini, banyak ikhtibar yang cuba disampaikan dalam keadaan santai dan humor.... 



Semasa menonton drama ini, cubalah anda cermin-cerminkan diri anda, tentang betapa buruknya perangai orang yang sedang marah... hehehe...



Semoga dengan menonton Drama ini, akan dapat memberi ikhtibar kepada kita semua.... Selamat beristirehat di hujung minggu... ;) 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. ooh mmg ada ke semarah padi.. prof muhaya kata kalo marah tgk la muka kita yg buruk tu dicermin mesti kita x jadi marah..

    BalasPadam