Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Dah lebih seminggu blog ini tidak berupdate... Disebabkan pada ketika ini saya begitu sibuk dengan urusan kerja... Maklumlah semester pengajian dah hampir sampai ke penghujungnya... Dalam masa yang sama, di tempat saya bekerja tidak habis-habis menerima kunjungan auditor...
Pada minggu lepas sibuk dengan persediaan audit MQA dan Audit Aset dari KPT... Dalam masa yang sama terlibat dalam pembentangan projek semester akhir, sebagai penyelia dan juga sebagai panel pembentangan... Sampaikan tak tahu nak kejar yang mana satu... Walaubagaimanapun syukur Alhamdulillah... minggu lepas tetap berlalu... Dan segalanya berjaya dilaksanakan dengan seadanya...
Minggu ini kami menerima kunjungan auditor daripada MQA... Dup... Dap... Dup.. Dap.... Dup... Dap... perasaan di hati di sepanjang berlangsungnya audit tersebut... Ialah terlalu banyak ruang dan peluang untuk pihak MQA mencari jawapan kepada setiap persoalan... Mereka membuat pemantauan terhadap semua fail, dokumen, bangunan, kemudahan, perlatan dan sebagainya... Dalam masa yang sama mereka juga melaksanakan proses temubual bersama ketua jabatan, ketua program, pensyarah, pelajar, staf sokongan dan sesiapa sahaja yang boleh mereka temui... fuhhh Semangat... Doakan semoga proses audit di tempat saya bekerja dapat berjalan dengan lancar, tanpa sebarang masalah... Tak larat rasanya nak melalui proses audit seumpama ini pada masa akan datang....
Selepas MQA selesai, terlalu banyak kerja yang sedang menanti... Tapi tak larat saya nak bercerita kesemuanya.... Sebabnya kalau nak bercerita tentang kerja, memang tak akan ada kesudahannya.. Selagi kita terus bernafas dan selagi kita masih menjadi seorang pekerja, teruskan bekerja.. ;)
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam keadaan sibuk, malam tadi sempat juga saya curi-curi masa menulis entri ini, sebagai menjawab beberapa persoalan yang pernah di ajukan kepada saya menerusi email dan SMS tentang bagaimana cara untuk berniaga tanpa modal?
Disebabkan kebanyakan yang bertanya beragama Islam, jadi saya nak kongsikan beberapa perniagaan berunsurkan Islam yang boleh dijalankan tanpa perlu mengeluarkan modal.. Dengan erti kata lain, anda dapat menjalankan perniagaan ini secara 100% PERCUMA...
Antara perniagaan yang berunsurkan Islam yang boleh dijalankan secara percuma ialah Al-Quran Digital seperti dalam gambar di bawah..
Sumber : Klik Di Sini
Anda boleh menjadi agen pemasaran Al-Quran Digital ini secara percuma.. Tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal walau satu sen pun.. Anda boleh mendaftar secara PERCUMA sebagai agen pemasaran di link ini
Selepas proses pendaftaran selesai, anda boleh mendapatkan banner atau link affiliate anda untuk dipromosikan di blog, facebook atau mana-mana forum online yang anda sedang aktif pada ketika ini..
Sebagai contoh saya mempromosikan Al-Quran digital ini dengan meletakkan banner tersebut di blog saya:
Al-Quran Digital ini dijual pada harga RM300 secara Online (termasuk kos penghantaran)... Jadi, apabila ada orang membeli Al-Quran digital ini melalui link Affiliate yang terdapat pada banner tersebut, saya akan menerima komisyen sebanyak RM50 untuk setiap jualan yang berjaya saya lakukan..
Biasanya komisyen tersebut akan di bayar melalui nombor akaun bank yang kita daftarkan di laman web pendaftaran... Manakala proses penerimaan komisyen dan bayaran akan dimaklumkan kepada kita menerusi email.. Tiga gambar di bawah menunjukkan Screen Shot contoh bayaran yang pernah saya terima menerusi produk ini..
1) Contoh email pemberitahuan komisyen yang berjaya diterima
2) Email pemberitahuan daripada pihak bank tentang bayaran yang telah kita terima
Dengan bukti ini menunjukkan perniagaan ini telus, dan boleh dipercayai.. Selain daripada i-Furqan sebenarnya terdapat beberapa jenama Al_Quran Digital yang turut dijual secara Online.. Salah satunya adalah My-Qalam seperti dalam gambar di bawah:
Sumber : Klik Di Sini
Sekiranya anda perasan, saya juga pernah mempromosikan Al-Quran Digital My-Qalam di blog saya menerusi banner di bawah...
Dan hasilnya juga tidaklah menghampakan.. Saya juga pernah menghasilkan jualan melalui produk ini...
Produk ini dijual pada harga RM310.00. dan komisyen yang diberikan untuk setiap jualan yang terhasil ialah RM60.00, iaitu lebih RM10.00 daripada Al-Quran Digital I-Furqan.. Berikut merupakan contoh Komisyen yang pernah saya terima melalui produk ini:
Contoh komisyen yang pernah saya terima menerusi Al-Quran Digital My-Qalam.
Selain daripada Al-Quran Digital, anda juga boleh mempromosikan beberapa perniagaan berunsurkan Islam yang lain lagi seperti yang dipaparkan pada dua banner di bawah:
Ebook Panduan Lengkap Haji & Umrah
Tempahan lembu dan Kambing untuk Ibadah Korban dan Akikah
Sekarang saya dah menunjukkan beberapa contoh dan bukti, tentang beberapa perniagaan berunsurkan islam, yang boleh disertai secara PERCUMA... Tugas anda hanyalah mempromosikan perniagaan tersebut menerusi Blog, Facebook, Twitter, dan sebagainya... Dan anda akan di bayar untuk setiap jualan yang berjaya dihasilkan melalui link affiliate anda..
Tak rugi pun anda mempromosikan perniagaan seumpama ini... Kerana perniagaan ini berunsurkan islam.. Dalam masa yang sama anda boleh berdakwah untuk mengajak orang lain melakukan kebaikan...
Bagaimana saya nak mendaftar menjadi Agen Affiliate?
Cara pendaftaran untuk menjadi agen adalah sama untuk kesemua produk yang telah saya senaraikan di atas.. Jadi, memadailah saya memberikan satu contoh sahaja. Contoh paling mudah sekali, saya rasa adalah mendaftar sebagai agen equrban.com (Klik Di Sini)
1) Layarai laman web equrban.com (Klik Di Sini). Kemudian Klik pada Tab Rakan Niaga yang terdapat di laman web tersebut
Sumber : Klik Di Sini
2) Anda akan di bawa ke page rakan niaga EQurban.com.. Kemudian klik pada Tulisan Klik Di Sini, untuk daftar seperti yang tertera dalam gambar di bawah:
Sumber : Klik Di Sini
2) Anda akan di bawa ke borang pendaftaran Agen Affiliate EQurban.com.. Dan Klik pada button seperti dalam gambar di bawah:
3) Anda perlu mengisi semua butiran berkaitan diri anda seperti yang tertera dalam gambar di bawah:
Selepas anda selesai mendaftar sebagai agen pemasaran affiliate eQurban.com, anda boleh membuat semakan di mailbox anda.. Biasanya pihak syarikat akan menghantar email pengesahan pendaftaran anda sebagai seorang agen pemasaran..
Tahniah... Anda kini telah berjaya menjadi seorang agen pemasaran bagi syarikat Equrban.com
4) Setelah itu, anda pergi ke ruangan login agen affiliate.. Kemudian anda masukkan Affiliate ID dan password.. Anda akan mendapat link affiliate dan beberapa Tools yang boleh anda gunakan untuk mulakan kerja-kerja mempromosi perniagaan tersebut..
Klik pada Tab Bahan Promosi, dan pilih bahan Promosi yang anda ingin gunakan:
Contoh Link Affiliate : http://www.equrban.com/hop.php?ref=click_here
Contoh Banner :
Copy And Paste html Code ini di blog anda untuk mendapatkan banner seperti di bawah:
Mudah bukan... Untuk berniaga barangan berunsurkan Islam Tanpa mengeluarkan sebarang Modal walau satu sen pun.. 100% adalah Percuma.. Jadi, apa tunggu lagi... Bertindaklah sekarang.. Semoga anda juga berjaya menerima komisyen seperti agen pemasaran yang lain
Semoga dengan terhasilnya entri ini akan dapat menjawab beberapa persoalan yang telah diajukan kepada saya selama ini tentang bagaimana menjalankan perniagaan tanpa modal?
P/s: Sekiranya anda berminat untuk mempromosikan pelbagai produk lain lagi secara Percuma, saya syorkan anda melihat beberapa contoh lain lagi dengan klik di sini
3 Ulasan
menarik bisnes ni..:)
BalasPadamdgn blog ni, macam2 boleh buat, cuma harap2 kita semua buat yg baik2 saja.. all d best untuk bisnes affliate ni ye..
BalasPadamnampak menarik. nanti la cuba difikirkan. thanks atas perkongsian ini.
BalasPadam