Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Sejak akhir-akhir ini, saya sering kali mendengar perkataan "Berfikir Di Luar Kotak"... Untuk mewujudkan budaya kerja yang cemerlang dan juga untuk menjadikan kita seorang yang kreatif dan inovatif, kita perlu berfikir di luar kotak...
Dan saya percaya anda juga tentu pernah mendengar perkataan tersebut.... Tentu bos, guru, cikgu, pensyarah atau emak dan ayah anda pernah menggesa anda supaya berfikir di luar kotak. Namun tidak ramai yang benar-benar faham apakah yang dimaksudkan dengan berfikir di luar kotak?
Baiklah saya cuba untuk berkongsi pemehaman saya tentang isu yang kita bincangkan.. Berfikir di luar kotak bermaksud berfikir di luar tempurung... Iaitu bagaimana cara kita berfikir secara:
- Kreatif
- Inovatif
- Luar biasa
- Lain dari yang lain.
- Unik
- Dan dapat menyelesaikan sesuatu masalah supaya dapat menjadi sesuatu yang berguna atau lebih baik lagi.
Bagaimana untuk melatih atau merangsang minda kita daripada berfikir di luar kotak?
Berdasarkan info yang pernah saya baca menerusi buku, majalah, akhbar, televisyen dan sebagainya.. Kita boleh merangsang otak kita untuk berfikir di luar kotak dengan bertanyakan banyak soalan BAGAIMANA / HOW?
Contohnya:
- Bagaimana hendak memudahkan kerja ini?
- Bagaimana hendak mempercepatkan kerja ini?
- bagaimana kalau saya buat begini?
- bagaimana kalau saya guna kaedah ini?
- Bagaimana hendak mengubahsuai peralatan ini?
- Bagaimana hendak menambahkan kualiti, di samping mengurangkan kos?
- Bagaimana kalau saya masukkan bahan ini dalam masakan saya?
- Bagaimana hendak melakukan dengan lebih efisyen?
- dan sebagainya..
Lebih bagus lagi sekiranya apa yang kita fikirkan tersebut tidak pernah dilaksanakan oleh orang lain... tetapi tidak melanggar hukum syarak atau sebarang peraturan yang ditetapkan oleh organisasi di tempat anda bekerja, tidak melanggar hukum agama dan tidak melanggar undang-undang negara.. Itu sudah cukup memadai untuk menjadikan anda seorang yang kreatif dan inovatif..
P/s: Jom kita bersama-sama berfikir di luar kotak dengan melihat Puzzle di bawah.... Berfikir... marilah berfikir..... Saya sedang berfikir.... Berfikir di luar kotak.... Hmmmm..
6 Ulasan
yang penting, kena rajin berfikir. hehe
BalasPadamTransformasi pendidikan turut menekankan konsep "berfikir di luar kotak".
BalasPadamselalu jugak fikir luar kotak...dan selalunya org lain x fhm...huhuuuuuuuu
BalasPadamklu boss x hargai pon masalah juga
BalasPadamBab berfikir ni memang orang sekarang dah jadi pemalas nak fikir.. Tu ygn jadi lemah fikiran ni.
BalasPadamHello, saya Encik Stahl, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang seumur hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda? Anda telah ditolak oleh bank-bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? mencari lebih banyak kerana kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu. Kami memberi pinjaman wang kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau yang memerlukan wang untuk membayar bil-bil, untuk melabur dalam perniagaan pada kadar 2%. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan yang boleh dipercayai dan benefisiari dan akan bersedia untuk menawarkan pinjaman.
BalasPadamWalau bagaimanapun, kaedah kami menawarkan kemungkinan untuk menunjukkan jumlah pinjaman yang diperlukan dan juga jangka masa yang anda mampu untuk menyelesaikan pembayaran balik pinjaman dengan kadar faedah sebanyak 2%. Ini memberikan peluang sebenar untuk mendapatkan wang yang anda perlukan anda.
Jadi hubungi kami hari ini oleh E-mel: stahlchristianloanfirm@gmail.com